Sunday, April 1, 2012

India is Incredible? - Day 1, Part 1 (India Gate & Sarojini Market)

Assalamualaikum!!! Happy Sunday Everyone!!!

Sob Sob...semalam geng Travelholicsawesome dah tinggalkan aku untuk photoshoot kat sawah padi kat Sekichan demi menyempurnakan misi Suci. Wallawehhh!, korang kene ganti balik session ni nanti! Aku tuntut! Hahaha. 

Jom sambung hari pertama aku di New Delhi, India. Destinasi yang seterusnya selepas Kompleks Qutb Minar ialah Lotus Temple, India Gate dan jugak Sarojini Market untuk shopping time!!!(Walhal, sebelum datang takmo shopping dah).

Selepas keluar dari kompleks tu, terus bukak maps dulu tengok arah kat mana Lotus Temple. Terus carik tuk-tuk. Time ni taktau lagi brape tambang untuk ke sana. So, main tanya jela mana-mana tuk-tuk yang ada. Kiranya, kalo kene kencing pun terpaksa redha. Hahaha. Jumpa satu tuk-tuk, tanya tambang untuk ke Lotus Temple. Dia quoted 300 rupees untuk menuju ke sana. Kiranya sorang kene kasik 100 rupees. Seriusly, memang we all taktau brape tambang sebenarnya untuk ke sana. We agreed to hop on the tuk-tuk.

Perjalanan ke Lotus Temple mengambil masa kira-kira 20 minit jugaklah. Dengan panas dan berdebu tak lupa jugak macet yang agak melampau. Sempat jugaklah aku terlelap dalam tuk-tuk tu....hahah tengah lapar pun ada. Nasib baik ada bawak biskut. Makan la kami dalam biskut. Sempat jugak offer kat driver tuk-tuk tu. Tapi boleh pulak demand nak lagi kan. Hahaha. Kasik jela...abeskan terus. Dia cakap sedapppp!

Dah sampai Lotus Temple, rupanya tutup temple tu untuk hari Isnin. So, kami amek gambar dari luar jela. Owh ya, time ni jugaklah bateri kamera aku kong, so terpaksa pinjam kamera kecik MasMZ untuk snap-snap gambar yang aku nak. Sob sob sob lagi....




Tak lama pun duk kat sini lebih kurang 10 minit je kot. Then, cakap kat Janggel and MasMZ yang next destination will be India Gate. Kawtim dengan driver tuk-tuk untuk ke sana. Dia quoted lagi 400 rupees untuk ke sana. Kira macam mahal gak sebenarnya. Ntah la... So, we agreed. Itu pun rasa macam dah hancing kene tipu. Redha jela...

Jauh jugak perjalanan kami menuju ke India Gate ni dalam 30 minit jugaklah. Last-last sampai jugak, tapi dorang turunkan we all kat tepi jalan which is kami kene menapak dalam 500 meter untuk sampai ke kawasan India Gate tu. Macam harammm! Time ni panas terik jugaklah. Tak sabar nak cari orang jual air gas. Kasik segar skit badan..

Sedikit info mengenai India Gate: Sumber dari Google.

The India Gate is the national monument of India. Situated in the heart of New Delhi, the India Gate was designed by Sir Edwin Lutyens, inspired by the Arc de Triomphe in Paris. It was built in 1931. Originally known as the All India War Memorial, it is a prominent landmark in Delhi and commemorates the 90,000 soldiers of the Indian Army who lost their lives while fighting for the Indian Empire, or more correctly the British Raj, in World War I and the Third Anglo-Afghan War. It is composed of red and pale sandstone and granite













Lepas dah lepak dalam 1 jam kat kawasan India Gate, tibalah masa untuk beredar. Agak ramai orang kat kawasan sini. Tak lupa satu incident berlaku kat sini. Hahah. Mula-mula cuak gak, tapi bila ingatkan balik rasa lawak yang amat! Time tengah duk syok amek gambar, datang la beberapa lelaki India. Dia cakap nak amek gambar aku. Wahhh gambar aku ok! Mula-mula aku ingat scam ke ape nanti dia print then, paksa kita beli photo tu. Rupanya dorang pun tourist gak! Muahaha.... Janggel pun terheret sama amek dalam foto. Giler glamer kat sana. *perasan*


Jom kita beredar....plan nak balik guna Metro jek. So, tanyalah orang sekeliling kat mana stesen metro. Ok, dorang tunjukkan jalan straight menuju ke Bangunan Kerajaan ala-ala Putrajaya. Moh kita jalan..... 



Untuk menuju ke station Metro tu, kita akan melalui kawasan taman yang panjanggggg....ibarat taman yang takde penghujungnya! Waduhhh......panjang ok! Seingat aku, sambil jalan duk tanya orang kat mana station Metro. Sume tunjuk arah yang sama...tapi tak sampai-sampai jugak. Dah brape belas trafik light dah kami terjah, tak nampak-nampak jugak. Singgah jap beli air gas sejuk sebab rasa macam dehidrated pulak. Hahah. Dah la panas petang-petang camni. Jalan lagi.....sambil menyanyi gembira ala-ala hindustan kat taman bunga. Kadang-kala, kami berduet bersama-sama lagu tema kami. Tapi tak sampai-sampai jugak...ada la dalam 10 kali tanya benda yang sama. Musykil pun ada... last-last sampai jugakla kami. Rupanya memang jauh giler station nih! Betol-betol dekat dengan bangunan kerajaan tu. Hampeh!




Station metro kat HUJUNGGGGGGGGG taman nih!



Ok dah sampai stesen Metro. Dalam kepala otak aku yang agak geliga ni, ajak dorang pegi Sarojini Market dari sini. So, kene tanya local camne nak pegi sana naik Metro. Dorang cakap turun kat Station I.N.A line yellow kalo tak salah aku. Bayaran tambang adalah sebanyak 12 rupees seorang. Bila dah sampai kat INA station tu masih lagi blur kat mana Sarojini Market ni kan. Rupanya dari station, kene naik tuk-tuk menuju ke sana. Nasib baik MasMZ pegi tanya kat minachi yang duk bertenggek kat tangga station. Beliau berkata tambang hanya 10 rupees seorang. Maka, moh la kita ramai-ramai pegi Sarojini Market! Perjalanan agak jauh gak la. Nasib baik tak menapak. Hahaha

Ok dah sampai..jeng..jeng!!! Rupanya Sarojini Market ni macam pasar lambak pun ada, tapi still dikelilingi dengan kedai-kedai yang ber"air-con" maka tak basahlah ketiak ketika membeli belah. Time ni just pusing-pusing je dulu. Macam-macam barang ada...dari sarung kusyen, baju-bajan, kasut, tali pinggan, kemeja, cawan, periuk, gelas, karpet sume adalah! Pejam mata, dan buat hajat apa yang nak, mesti ada kat sini! Jangan lupa bargain tau. it's a must! 

Ok, time ni dah rambang mata dah aku. Kalo boleh nak beli macam-macam dalam kepala otak aku ni. Tapi control-control nafsu dulu. Janggel dan MasMZ pun sama. Alih-alih sangkut kat kedai baju kurti. Sempat la jugak rembat baju selai dua untuk sanak saudara. Tak mahal pun! Kalo dengar harga, boleh terkincit tau! Misi aku nak cari kedai saree sebab nak bawak balik jual kat Malaysia! Terima kasih yang dah sudi membeli!!! Nanti ada lagi, aku tepek kat blog ok! Yela, alang-alang untung 2 3 puluh sen, boleh buat travel jugak. Betol tak? Heheh 

Keadaan di kawasan Sarojini Market takdela bersih sangat but still bearable. Kena jaga-jaga jugak sebab banyak anjing berkeliaran. 















Dah setel beli pape yang nak, kami singgah kedai saree. Lama gak lepak kat dalam tu...sempat beli dalam 40 helai saree nk bawak balik Malaysia. Masing-masing duk berebut nak amek itu ini. Hahaha. Pekedai tu geleng kepala tengok gelagat kami. Punyelah excited lebih sangat! Hahah. Lebih kurang malam baru balik ke hotel semula. Yela, perut dah lapar baru nak balik sarang masing-masing. 



Amek tuk-tuk untuk balik ke hotel. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak 150 rupees. Bila sampai hotel, terus mintak room service. Order plain rice je pun 3 pinggan. Pastu tambang telur rebus 2 bijik. Makan dengan sambal ikan bilis! Yummy!!! Portion nasik dia kasik besar la pulak...sampai berlebih-lebih. Lain kali mintak 2 pinggan jek. 


Berakhirlah hari pertama....

Till then, wasalam... 

15 comments:

  1. Jalan kaki 1.2 km dr India Gate ke Metro station mmg tak bleh blah! jimat punya pasal.

    ReplyDelete
  2. Ada travel agensi yang menawarkan pakej one day tour atau half day tour kesekitar tempat2 menarik di Old dan New Delhi. Itu yang saya lakukan dulu ketika berada di New Delhi. Maybe bayar lebih sikit lah so lebih mudah tak payah pening kepala nak cari tempat menarik tu kan. Apa pun kadang2 kita akan rasa lebih seronok dengan cabaran yang kita hadapi ketika mencarik tempat2 menarik tu.

    ReplyDelete
  3. @Janggel,
    tau takpe...tp betol ke 1.2km kita jalan??? *pengsan*



    @Andaque,
    tula...tp mmg awal2 dh plan nk bwt sumenye sendiri sbb saje nk adventure. tp xde la adventure sgt. biase2 je. hehehe. bila ingat balik boleh buat ketawa sorang2. kekeke

    ReplyDelete
  4. salam.

    John, i'm on of ur silent reader! visiting india has been my target dr dulu ag. tp xtercapai2. hehe..

    btw yg korng jalan kaki tu mmg bertabah lah jauhnye. tgk gmbr pon dah gerun kot!

    tq for inspire me to write and have my own blog! do visit ya! tq!

    ReplyDelete
  5. korang jalan kaki dari india gate??? *pengsan* patut la beli saree tak hengat nyer banyak, balas dendam yeeee! hahahahaha!

    ReplyDelete
  6. shopping sakan.... sentap sebab tak ajak i join trip... HAH! *sambil jeling berlalu pergi*

    ReplyDelete
  7. best nye shopping kat local market!

    nasib ade camera extra.. bleh laa petik2 kenangan..

    sini jek pun dh 40 saree? adoi..

    eh xde jual saree kat na ke? utk raye dekat ni..

    ReplyDelete
  8. Adeh..serius best tgk Sarojini nih!!!! warna warni plak tu..kenapa la aku tak tau tempat ni dulu..why!! why! whyyyyyyyyyyyyyyyy

    Gigih jugak kome semua berjalan kaki paneh2 tu..

    ReplyDelete
  9. oit, kenapa ko suke ambik gambar senget erk? boleh share tak?

    ReplyDelete
  10. 1. Ko tak try guling guling gok ke kat atas rumput tu - kekonon kat negara mat salleh? wahaha.

    2. Bila di tilik2.. masih ada lg table cloth yg aku beli.. sebijik sebijan mcm dlm gambo tu :P

    3. Portion nasik tu memang banyak... share je sudoh huhu.
    Cuma kalu order thali kat rawat resto @ jaipur.. kompim2 ko sumpah seranah sbb nasik punyalah sikit (tp mmg sedap) :))

    ReplyDelete
  11. Oh lupa lak...

    4. Sarojini tu tak penah nya tak sale.. SETIAP HARI SALE SEPANJANG TAHUN SUDAH BERTAHUN2 HAHAHA ailoike!

    ReplyDelete
  12. oooomaiiiiiii pesal wa leh terlepas nih????? nampaknya entri dah sama..... ekekekeke....

    jom masuk day 2 lakssssss......

    #gilerr sungguh menjelajah taman yang tak berpenghujung tu!

    ReplyDelete
  13. @Abbazeef-wanderlust
    wasalam..thank you for visiting my blog. insyaALLAH...nnt kalo ade rezeki anda pn akan sampai ke sana jugak. kene tanamkan azam k.

    keep on writing!!!



    @Biqque,
    yeeeeeeee...kami jalan dr india gate smpai metro station! giler babas punye jauh ko tau x!!! hahaha.. lepas dendam sbb dapat beli saree byk2. heehehehe.



    @Lily Riani,
    yes...i'm shopping sakan. tak dapat join trip? next time i bwk u pulak k...kekeke.



    @Cawan,
    best gilerrr dpt shopping kat local market! tula..nasib baik masmz bwk extra kamera, boleh pnjm2. hehehe.

    na nk diskaun banyak...nnt tarak untung woooo....hahah ;p

    ReplyDelete
  14. @Na,
    ko cakap ko pegi sana dlu??? penTIPU! hahaha. haha..kami mmg gigih!



    @Lavender,
    hahaha. aku belajar dari masmz. dia pn suka amek gmbr senget2. dari different angle katanya...hehe.



    @Dekdaa,
    1. tak try pn...coz takut ade kencing anjing atau manusia..heheh nnt kene kurap!

    2. hahaha...we all x beli pn table cloths tu pn. tp mmg murahh giler ok!

    3. mmg banyakkkk portion nasik dia. boleh share2 je xmo mmbazir. hehe. thali tu ape weh?

    4. hahaha...mmg setiap hari sales! muahaha bila masanya tak sales kan! kan! kan!



    @MasMZ,
    hahaha...ko bila lak nk sambungnya???

    ReplyDelete