Monday, April 16, 2012

India is Incredible? - Day 3, Part 2 (Jal Mahal & Mughal Town)

Assalamualaikum!!!

Hari Isnin kembali lagi! Minggu ni akan menjadi agak busy sebab tahun berakhir 31 Mac dah bermula. Haishhh...redha jela. Korang faham tak? Hahaha. Tak sabarnyaaa nak tunggu weekend nih! Nantikan sesuatu yang besar akan berlaku ok!!! 

Jom sambung hari ke-3 kami selepas melawat Amber Fort. For your information, perjalanan kami dari hotel ke Amber Fort sebenarkan melalui Jal Mahal. Tapi kami terus pegi dulu ke Amber Fort sebabnya Amber Fort adalah lebih jauh dari Jal Mahal. Kami singgah ke Jal Mahal selepas balik dari Amber Fort

Jal Mahal merupakan sebuah istana yang telah terapung dek kerana terbinanya empangan di Tasik Man Sagar ni. Ianya dibina betol-betol di tengah tasik. Memang nampak sangat-sangat cantikkk! Sebelum sampai sini, aku duk tanya Janggel, boleh ke kita masuk dalam istana tu. Yela, dah namanya terapung mesti ade sampan ke bot untuk sampai ke sana. Katanya tak boleh sebab under renovation ke apekebendenya. Bak katanya lagi, kalo air surut, boleh nampak jalan yang dibuat untuk sampai ke Jal Mahal ataupun Water Palace ni. 

Since kami tak boleh pegi sana, Bhaijan just berhentikan kami di tepi jalan sahaja untuk amek gambar kenang-kenangan. Time ni dah almost 3 petang. Ramai jugak local yang duk bersiar-siar di tepi tasik. Tak lupa juga penjual minuman dan makanan. Agak meriah jugaklah di samping untuk bersantai bersama keluarga. Unta pun dapat kita lihat untuk tunggang. Busukkk ler bau unta tu. Tak mandi kot. Muahaha. 

Sedikit info mengenai Jal Mahal. Aku copy dari Janggel. Hehehe: 

Jal Mahal merupakan sebuah istana 5 tingkat di mana 4 tingkat telah ditenggelami oleh air akibat daripada pembinaan empangan di Tasik Man Sagar. Sejak tahun 2000, kerja-kerja pemulaharaan telah dibuat terhadap Jal Mahal di mana ia merupakan tarikan pelancomg sehingga kini.

Sambungan boleh baca kat Wikipedia : Jal Mahal 







Lepas dah puas bergambar sakan kat tepi tasik tu, Bhaijan bagitau kami yang dia nak bawak kami ke Mughal Town. Mula-mula tu tertanya jugak, kat mana Mughal Town tu, ade bandar purba ke kat situ. Rupanya, lepas disoal-siasat, rupanya Mughal Town tu ialah kilang kain ok!!! Hahaha. Nampaknya beliau bijak dalam membuat perniagaan mendapatkan komisen dengan penjual kain. Tapi kami ikut aje sebabnya takkan nak balik terus ke hotel lagipun hari masih cerah. Rugi pulak kalo duk bersantai kat hotel je. Alang-alang tu boleh tengok kain ape yang dorang duk buat. 


Kami disambut oleh pekerja kilang kain tu. Rupanya kilang kain ni agak femes dikalangan pelancong dan menyediakan aktiviti melawat kilang kepada pelancong luar untuk melihat proses-proses membuat kain yang dijual di dalam kilang tersebut. Kilang ni tak besar mana pun. Macam rumah kedai pun ada. Tour guide tu pandai cakap english. Mula-mula sekali, kami dibawa untuk melihat cara-cara membuat kain batik blok. Ala yang jenis tekup dengan bongkah kayu untuk hasilkan corak sekata tu. Lebih kurang macam proses kat Malaysia jugak. Sesuatu yang baru untuk aku tengok sebab sebelum ni tengok kat tv jek. Menurut tour guide tersebut, warna-warna yang digunapakai untuk mencetak ke atas kain ialah warna-warna semulajadi yakni sebagai contoh, kalo nak kaler oren mereka gunakan carrot, hijau guna bayam dan lain-lain lagi. Aku pun dah lupa. Sempat jugaklah tengok dorang duk cetak kain tu. Semuanya guna tenaga kerja manusia. Takde mesin pun. Bongkah-bongkah yang digunakan untuk tekup corak adalah sangat berlainan antara satu bongkah dengan bongkah yang lain. Tetapi hasilnya akan menghasilkan 1 corak yang sama. 

Kemudian, kain tersebut akan dibasuh dalam 2 jenis air. Yang pertama ialah air garam dan kemudian last sekali air paip biasa. Tetapi warna yang terhasil adalah berlain dari yang asal dan warna ni takkan luntur. Impressive!!!




  

Kemudian kami dibawa pula naik ke tingkat atas untuk melihat proses menyulam kain sutera dengan pelbagai jenis manik, batu permata dan kristal swaroski (ok tipu jek). Time tu terdapat 2 orang pemuda dalam lingkungan sebaya aku sedang tekun menyulam kain. Perghh! Laju siot dorang sulam, macam pejam mata pun boleh. Dah la korang tau kan manik-manik ni kecik-kecik, tapi cepat je cucuk kat kain tu. Hasilnya wallaaaweyyy! Sumpah cantik. Dorang tunjuk 1 baju kot labuh untuk lelaki yang dipakai untuk majlis perkahwinan. Sumpah sangat lawaaaaaaaaa!!! Harga ialah kalo tak salah aku dalam RM1000++ untuk sepasang baju. Menurut tour guide tu lagi, pekerja ni antaranya adalah anak petani yang mencari rezeki. Hebat mereka... 




Later, kami dibawa pula masuk ke bahagian jualan. Ni yang tak menahan ni...yela, bila dah masuk ruangan jualan, mereka akan sedaya upaya pujuk kita beli something. Dorang akan bukak dan tebarkan sebanyak mana saree atau kain yang boleh sampai kita rambang bijik mata nak memilihnya. Dorang pun akan claim yang kualiti kain dorang sangat-sangat berkualiti. Pastu harganya mestilah melambung tinggi. Tak gitu adik kakok kito? Hahaha. 

Sebelum mereka memulakan ritual tebar kain, dorang akan offer kita dulu nak minum apa. Katanya it's their courtesy untuk hidang air. So, we just asked for mineral water. They gave us 1 bottle each. Hahaha. Amek jela labu. Kat sini macam-macam jenis kain dijual. Ada saree, kain satin, cotton, pashmina, customade suit, karpet dan macam-macam lagi. Saje je gedik suruh dorang bukak kain saree jek. Ditebarnya kain saree jenis mahal-mahal. Pengsan... hahah MasMZ dah excited dah tengok belek-belek kain. Katanya cantik...cantik...cantikk.. bila tanya harga, pengsan! Hahaha. 

Bila kami dah tak berminat nak beli, dorang macam nak marah tapi tak boleh sebab salah sendiri. Sape suruh tebar kain banyak-banyak? Kan jenuh nak lipat balik. Since dorang provide jahit baju, kami suruh dorang kuarkan baju lelaki yang jenis kain cotton tu. Alaaa...macam baju kat kedai British India tu. Kalo nak beli kat kedai tu mesti mark-up harga gile-giler punye! Tapi since dah kat sini, dorang boleh tolong buatkan. Pilih jenis kain dulu dan kemudian amek ukuran badan kami. Esok boleh datang amek katanya. Harganya dalam 700 rupees sahaja. Okla tu kan dalam RM50. Boleh pakai buat jalan-jalan g pulau nanti! Tak sabarnyaaaaaaaa.....hehehe. Kami beli tu je. Sebab dah tak mampu dan rasa tak berbaloi kalo nak beli yang lain-lain. 





Dah keluar dari kilang kain tu, kami menuju ke Monkey Temple. Bak kata Bhaijan, kat sini sunset terbaikk yang boleh didapati di Jaipur. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 20 minit jugaklah. Melalui kawasan kampung. Dah dekat nak sampai ke kawasan Monket Temple, kami mula perasan yang makin banyak pulak babi yang berkeliaran. Ish rasa hati tak sedap. Yela, binatang tu berkeliaran, mana selesa nak berjalan bebas. Bila dah sampai tu budak-budak kampung sibuk duk kerumun tuk-tuk kami. Tak sempat turun lagi tu, dah sibuk-sibuk duk offer itu ini. Haishh. Kami dah tak selesa sebabnya nak sampai ke Monkey Temple tu kami terpaksa mendaki dalam 10 minit camtu. Haishhh...dengan babi ada banyak plus keadaan tidak berapa nak bersih. Kami sepakat untuk skip aje melawat Monkey Temple. Nasib baik Bhaijan tu faham dengan gelodak jiwa kami yang tak selesa. Ayuhlah balik hotel, lagipun dah nak masuk senja dah. 




Dalam perjalanan pulang, kami suruh Bhaijan bawak kami ke restoran tempatan yang halal untuk tapau dinner kami. Bhaijan tu tau satu kedai dalam Pink City. Plus, Jaipur ni ramai muslim so, jangan risau sebab senang nak dapatkan makanan halal. Dalam Pink City ni sendiri terdapat beberapa buah masjid. Kami bernasib baik dapat jumpa owner kedai ayam tandoori ni sekali. Kedai tandoori halal ni bersebelahan dengan Masjid Rehmania di Jalan Kurar. Harap-harap betol laaa landmark aku kasik ni. Excited sungguh pakcik yang berusia 60-an tu sebab dapat jumpa pelancong yang beragama Islam. Siap suruh promot lagi kedainya di dalam internet walaupun beliau buta IT. Hahaha. Tengah duk beli ayam tandoori dan capati, MasMZ pulak ternampak Nari atau kari kambing. Sedapppp sungguh baunya itu! Segar dari dapur katanya. MasMZ cakap kita beli skit buat rasa jek. Aku pun rasa macam tu gak. Alang-alang dah sampai kan. Kami beli seketul jela. Dah lepas bayar sume tu, harga untuk separuh ekor ayam tandoori dalam 110 rupees dan capati 3 rupees sekeping. Sebelum balik tu, kami dipelawa untuk minum chai panas (teh tarik) terlebih dahulu. Perghh! Awesome sungguh teh tarik tuh!   








PUNCA CHERRY BERRY!!!

Malam tu kami berdinnerkan ayam tandoori, roti naan dan kari kambing. Aku suspek dari situlah kami dapat cherry berry for the rest of the trip. Kenangan kami...hahaha. 


Till then...wasalam. 

18 comments:

  1. SALAM

    john. agak2 bile plak nk surut istana kuning tu? seyes ke blh jalan ke sana? hahaha

    btw kalo kari tu xpanas then mmg HIGH probability tu yg wat korng CB!

    wslm.

    ReplyDelete
  2. Aku ni tgh gigih menkopi itenary nz ko.harap halalkan lah ye.but mmg truly india ni variety color taste &bau :)...best trip ko &citer2di india ni.thks.

    ReplyDelete
  3. Danny
    nih le keroje nyer semalam eh?
    tak tido...nasib baik dapat bangun awal pegi kije ari nih...
    hehe

    yes..that kambing kari puncanyer...
    yes..nampak kurus balik dari india..(suke le tuh..)

    khindzir berbulu??? macam2 jenis kaler ada eh?

    ReplyDelete
  4. punce cery berry sungguh merah menyala. Patutla naga dalam perut meronta ronta. hahahahaha

    ReplyDelete
  5. YA ALLAHHH.. ba alif ba ya dia tuuu..

    akak kat kashmir tu tour guide tak bagi makan food yg juai2 kat tepi jalan walau akak teringin sangat...n alhamdullilah tak lah kena cherry berry..

    ReplyDelete
  6. penTIPUUUUU.... u kata HAWA MAHAL ada tasik kat sebelah, awat JAL MAHAL lak gi dia. HAHAHHAHAH..... lawaaaaa.... i nak gi balikkkkkkkk

    ReplyDelete
  7. sejak ko ade lens baru ni, bertambah creative hasil2 gambar.. zooomm Danny, jgn tak zooommmm.. he heee..

    ReplyDelete
  8. @Abbazeef,
    hahah bila nak surut? sy pn taktau ler... kalo bak kata janggel, mmg ade jalan utk ke sana.

    kari tu mmg panas2 lagi time we all beli. tp sbb pedas sgt kot tu yg boleh CB. huhuhu.



    @MrJ,
    hahah sila-sila copy. free of charge je. mmg kaler ade kat india, sbb tu seronok, geram, sedih, klakar sume ade time kat sana. haha. terima kasih sbb sudi baca blog aku.



    @Kak Anash,
    hahah saya dah siapkan awal2 semlm b4 midnight. nasib baik dpt bangun awal pagi td. kalo tidak, mesti mengamuk client saya nih! haha.

    sy pn klakar tgk khinzir berbulu..dlu kat NZ pn ade time stay kat farmhouse.

    ReplyDelete
  9. @Iza Hyun J,
    hahaha kaannn...punca segala kesakitan perut yg melampau! hahaha



    @Biqque,
    babi sangat kannn!!!! hahaha siap kaler lagi bulu tuh. ko ade? LOL.



    @Azian Elias,
    kannn...terkejut sgt sbb banyak cik babs kat sini. kami pn xde makan yg kedai tepi2 jalan tu sbb tak brape. kami pegi restoran local yg murah2. mybe kebersihan tak terjamin. tu yg kene cherry berry.



    @Lily Riani,
    hahahah HAWA MAHAL tak pegi lagi ler. esoknya baru pegi. rupanya takde tasik kat sana. jalan raya ade ler. hahaha.



    @Cawan,
    terima kasihhhh!!! belajar dari yang pakar gak ni. hehehe.

    ReplyDelete
  10. WOW..CANTIKNYA SUNSET yg last tu.. aku jeles! tak pernah lagi dpt sunset yg mcm tu!

    Masa aku tgk restoran makan tu, aku ingatkan toilet!! Sebab kat dlam tu macam ada petak2 cam tempat kencing tepi jalan tu. Haram betul la...geli geleman dah aku.. kenapa la diorg pakai tiles kat dinding restoran mcm kat dlam toilet!!!!

    ReplyDelete
  11. Comelnya burung tu...tak tangkap buat sup, pengubat cherry berry?

    ReplyDelete
  12. Hahhaha macam aku pulak tour guide kat sana kan? Siap tanya aku lagi! Hahahahaha....

    ReplyDelete
  13. as usual,

    gambor marbelesssssssssss!

    tang diorang tebar barang yang nak dijual tue memang standard di mana2 kan. kite tak suruh pon, so bile kite macam x mau beli, diorang macam nak marah plak...sabor jea la!

    cherry berry yg penting boleh kurus! :-)

    ReplyDelete
  14. huish! gambar last terbaekkk! boley buat poskad raya nih! hahhaha

    ReplyDelete
  15. hebat penangan kari tu smpai CB. dia hidang panas2 tapi sure ke dia bukan reheat je? hahaha

    ReplyDelete
  16. @Na,
    kannn....thanks to MasMZ sbb dapat detect punye sunset paling cantik yg penah aku tgk! hehehe. terus kami amek gmbr ramai2.

    kannn...restoran tu guna jubin jamban ok! haha.



    @Naramas Aman,
    comelkann!!! actually burung tu jauh dari kami akak. dah abes zoom dah tu. heheh. pengubat cherry berry? owh no!!! hahah



    @Janggel,
    yela...dah aku tanye ko, so kene la letak nama ko! haha. eh, bukan ko penah duk kat india 10 tahun ke? muahaha.



    @MasZuber,
    thank you!!!
    kannn...aku cukup nyampah kalo dorang dh stat tebar2 barang. elok2 mood nk beli brg ade terus hilang. hahaha.



    @SyukCurz,
    hehehe thank you!!! =)



    @Khai,
    tau xpe bro! tapi aku pn tak sure tu makanan yg dorang reheat ke yg fresh punye. aku rse mcm dorang reheat jek. hahah tu yg punca cherry berry! muahaha

    ReplyDelete
  17. gambar superb!!!

    tak sangka sana pun byk cik bab yea...geli plak tgk nya.

    siannya ke cery bery....kena hati2 dgn food dan air di sana.

    ReplyDelete