Friday, April 13, 2012

India is Incredible? - Day 3, Part 1 (Amber Fort & Maya Niwas Hotel)

Assalamualaikum! 

Salam Jumaat kepada semua!!! Esok dah weekend...adeh, cepat sungguh masa berlalukan? Pejam celik pejam celik dah mid-April. Papepun, arini aku rajin skit nak update blog so that cerita India aku ni cepatlaaaa abeskan.

Jom kita teruskan ke hari yang ke-3. Kali ni kami akan mengembara ke bahagian lain di India yakni Jaipur, Rajasthan. Yang terletak kira-kira 280km dari New Delhi ataupun 3.5 jam perjalanan. Untuk pergi ke sana, kami dah booked tiket train kira-kira jam 6 pagi di New Delhi Railway Station. Pagi tu dah suruh Alok kejutkan kami dalam pukul 3 pagi camtu untuk bersiap-siap. Pagi ni agak sejuk. So, kenela pakai sweater. 

Dah setel check-out sume, kami just jalan kaki je menuju ke stesen ketapi dalam 10 minit berjalan kaki. Sunyi sepi je jalan raya, sesekali terserempak pulak dengan orang yang tido kat bawah jambatan, anjing-anjing berkeliaran. Bila dah sampai stesen, dah mula ramai orang. Ada yang siap tido kat stesen lagi. Kiranya, kalo naik train awal-awal pagi, jangan risau sebabnya sudah ramai orang kat sana. 

Mula-mula tu suspen gak sebab taktau macam mana procedure dia. Since kami dah print out e-ticket train kami, just nak double confirm, pegi la tanya kat kaunter untuk kami pergi ke platform yang sepatutnya. Actually, ada board yang menyatakan nombor train dan jugak platform untuk kita tuju. So, don't worry. Nak masuk ke platform pun kene scan bagai pulak. Redha jela...nasib baik die takde nak geledah beg ke ape. Mengikut research dan riki-riki dengan kawan bloggers yang penah pegi sana. Nama penumpang yang dah confirmed untuk naik train akan dipamerkan di satu notice board. Kat situ kita boleh check nama kita samada telah di'confirm'kan atau tidak. Alhamdulillah...nama kami ada. 




Sedang duk tunggu train dah ni, masing-masing leka duk amek gambar especially aku. Then, tiba-tiba kene tegur dengan sorang officer yang bekerja kat stesen ni. Dari segi pemakaian dia memang kemas dan beruniform. So, memang agak kaget jugaklah bila kene tegur tu. Time tu baru aku tau yang kat stesen ni pun takleh amek gambar sesuka hati. Dia mintak nak tengok e-ticket kami, aku pun hulurlah kat dia. Officer tu duk belek-belek tiket kami, dia pun cakap yang train kami delayed. Plus, ada 9 train lagi dah pun delayed. Time ni sume orang macam terpinga-pinga. Yela, first time nak naik train kat India, pastu boleh pulak delay kan? Mau tak harunya... 

Mula-mula tu kami macam tak percaya gak, pastu officer tu cakap kami kene pegi ke HQ railway station kat Nizamuddin ke ape ntah. Tak jauh katanya untuk dapatkan refund balik duit kami pastu beli tiket baru untuk naik train jam 7 pagi. Alahai....betol ke tidak ni? Nak percaya ke taknak percaya. Bagai dipukau, kami dibawa oleh officer tu berjumpa dengan salah seorang officer lagi di tingkat atas. Officer B ni pun cakap train kami dah cancelled. Pulak dah... So, die suruh kami amek government taxi untuk ke HQ. Tambangnya tau brape? 300 rupees haiii....lahanat tak? Kami pun naiklah taxi tu. Time ni rasa sangat-sangat blur dan taktau nak kene react camne. 

Tak sampai 10 minit, sampailah kami kat salah sebuah office ni. Nak kata ada rupa HQ railway, memang takde rupa pun. Macam pejabat travel agent jek. Babi betol, rupanya memang betol pun. Kami pun masuklah, dia pun cakap banyak train dah kene cancelled that day. Kami suruh dia call kot ada still ada train untuk hari tu pegi ke Jaipur. Katanya sume dah full. The only train available is on next 2 days. Lagilaaaa lahanat. Takkan nak stay kat Delhi untuk lagi 2 hari. Takke bosan tu? Dahla kami dah booked hotel kat Jaipur. So, dia suggest untuk sewa kereta bawa kami ke sana. Time ni muka dah abes kesian dah ni. Bukan 10sen lagi dah. 1 sen pun belom tentu laku. Huhuhuhu. 

Tengah duk berdiskusi dengan orang agent tu. Dia quoted 1 kereta kecik untuk ke sana 1 way dalam RM900 tau tak??? Pengsan kejap kat situ!!! Mana nak cekau duit sebanyak tu haii...bawak duit belanja pun tak sebanyak tu ok! Muka Janggel dan MasMZ toksah cakap la clueless termasuk aku sekali. Try lagi nego dengan dorang cakap yang kami ni takde duit dah. Cukup-cukup nak cover hidup kat India lagi 5 hari. Orang agent tu banyak pulak tempelak dan alasan dia cakap itu ini. Dasar lidah berbelit nih! Sume benda janganlah percaya 100%. Orang ni memang suka tipu orang. Hanya segenlintir sahaja boleh percaya tu pun, kita kene ada sedikit prejudis kat dorang ni. Bila dah setel nego sume.... last sekali dia kasik RM600 untuk sebuah kereta. Nak tak nak kami terpaksa amek jugaklah. Swipe jela credit card yang ada tu. Nanges tak berlagu ko tau.....

Dalam kereta, masing-masing diam melayan perasaan kecewa
Maka tujulah kami menaiki kereta tersebut ke Jaipur. Time ni jam 7.15 pagi. Pagi yang agak berkabus dan gloomy. Macam tu jugaklah perasaan kami ketika tu. Masing-masing naik kereta tak bercakap. Duk layan perasaan sendiri. Taktau nak kata ape dah... Dalam benak hati aku ni berkata, memang confirmed yang kami dah kene tipu! Tapi takleh nak patah balik dah. Terpaksa redha dengan apa yang berlaku. Maybe ada hikmah disebalik ni. InsyaALLAH... 

Peringatan kepada semua yang naik train ye. Jangan percaya kepada sesiapa pun yakni officer stesen ke ape ke. Mesti rujuk kepada train master tak kira ape. Kalo masih lagi ragu-ragu tanya orang yang bawak beg besar macam orang kaya skit samada train akan sampai atau tidak. Kalo masih lagi ragu-ragu, tunggu sampai waktu train berlepas. Kat platform tu ada banyak skrin yang bagitau train delay ke cancel. Always stick to your travel buddies. InsyaALLAH semuanya selamat. Semua ni pengajaran buat kami ketika nak naik train ni. Pasni takmo percaya kat orang dah. 

Perjalanan menuju ke Jaipur, aku banyak tido. Maybe nak hilangkan rasa kecewa tu. Dalam diam, air mata keluar mengalir sambil tido. Maybe rasa ralat sangat kot sebab kene tipu dengan sejumpa wang yang besar. MasMZ pun nyenyak tido. Sesekali Janggel sempat BBM kat Kak Coco bagitau situasi kami kat dalam kete tu. Huhuhu.....bertabah jela kami semua. Perjalanan menuju ke sana disajikan dengan ladang gandum. Aku tak nampak tapi Janggel yang bagitau. Yang ni pun aku taktau nak percaya ke tak. Hahaha...katanya ala-ala Diwale Dulhania La Jayenge. Layan jela... 

Kami sempat singgah di sebuah RnR di tengah-tengah highway. Driver kami tu macam nak terkucil pastu lapar. Kami pun turun jugaklah just untuk tengok keadaan sekeliling... Jom layan gambar. 





Alhamdulillah...kami selamat sampai ke Jaipur lebih kurang jam 1 tengah hari selepas menempuh perjalanan kira-kira 4 jam dalam kereta. Haishhh...sakit bontot ni ha. Driver tu siap call hotel untuk confirmkan dimana lokasi yang sebenar. Kami dah booked Hotel Maya Niwas. Katanya mengikut website booking.com hotel ni baru plus berdekatan dengan railway station. Keadaan Jaipur yang boleh aku tafsirkan pada 1st impression ialah bandar yang berada di kawasan separa gurun. Napa aku cakap camtu? Sebabnya kurang pokok yang tinggi-tinggi. Sumenye renek-renek takpun tak berdaun langsung. Matahari terik memancarkan sinarnya tapi tak brape nak panas. Panas kering katanya. 

Di Jaipur, terkenalnya Pink City. Nape dipanggil Pink City? Sebabnya most of the building are colored with pink color. Actually it's not a real pink. Macam kaler coklat pun ada. Aku pun pelik nama nak panggil Pink City. It should be Chocolate City. Hahah. Di dalam Pink City ni la terdapatnya Hawa Mahal

Sedikit info mengenai Pink City:

Pink City mempunyai 5 buah pintu masuk dan salah satu daripadanya adalah Amer Gate di mana pintu tersebut kami lalui untuk ke Hotel yang telah kami booked melalui internet. Jaipur is one of the finest planned cities of India, located in the semi-desert lands of Rajasthan. The city which once had been the capital of the royalty now is the capital city of Rajasthan. The very structure of Jaipur resembles the taste of the Rajputs and the Royal families. At present, Jaipur is a major business centre with all requisites of a metropolitan city. In 1876 Jaipur was colored in terracotta pink to welcome Prince Albert, and thus the name “Pink City” was attached with the city.

Source: Wikipedia : Jaipur 

Sekitar Pink City...Jom layan gambar.




Sampai jugak kami kat Hotel Maya Niwas ni. Suprisingly memang cantik dan agak mewah ok!!! Yela, namapun hotel baru, mesti sumenya baru kan. Hehehe Bayaran untuk 1 malam kami ialah RM150, so seorang kene bayar dalam RM50. Ni dah termasuk VAT. So, kira agak murahlah. Bila dah sampai depan hotel tu, kami sempat kasik tips kat driver tu kira-kira 50 rupees seorang. Yela, dah penat drive kami selama 4 jam. Kesian pulak tengok dia kene balik sorang-sorang ke New Delhi

Address Hotel Maya Niwas:

Arjun kuchhal

Mobile No. : +91 9829063600 
Kunal kuchhal
Mobile No. : +91 9829067776
56, Hathroi Fort, Hari Krishna Somani Marg,
Ajmer Road, Jaipur Rajasthan 302001 
Email: mayaniwas@gmail.com


Saat kami tengah duk angkut beg keluar dari taxi tu, mai dah tuk-tuk datang approach kami. Dia bagitau kami yang dia muslim, namanya Ahmad Gulzar. Time ni dah malas nak layan orang, kami buat dont know je. Dia masih tak putus asa. Gigih kekdahnya. Dia cakap kalo nak pegi jalan-jalan, just bagitau dia. Dia kasik special price. Jom check-in hotel! 


Hotelnya cantikkk!!! Pilih pun bersih, kemas dan cantikkk!!! Tak sia-sia aku pilih hotel ni. Staff dia pun helpful sangat. Untuk makan tengah hari, kami just order room service. Plain rice, pineapple juice dan jugak telur mata goyang. Hehehe. Makan bersama sambal ikan bilis dimasak khas oleh Chef MasMZ. hehehe. 






Lepas dah setel, segarkan diri, menunaikan kewajipan...kami keluar untuk explore Jaipur. Dalam bilik tu, kami macam setuju untuk amek tuk-tuk muslim tadi tu. He seems nice. Harap-harap takdelah adegan kencing-mengencing. Rezeki dia.... muslim, sesama kita harus la kita tolong. 

Rupanya, memang dia duk tunggu kami kat depan hotel tu. Setelah nego, kami bersetuju untuk hire dia sebagai our full day driver cum guide dengan harga 500 rupees atau pun dalam RM32. Kami panggil dia Bhaijan (maknanya Abang, dia yang suruh panggil camtu. hahaha, overst!) Destinasi kami untuk hari ni ialah Amber Fort, terletak agak jauh dari hotel kira-kira 16km, kemudian ke Jal Mahal, Monkey Temple (sunset scene), dan Mughal Town. Cukuplah kot untuk hari tu sebabnya... kami keluar pun dah petang. Tak dapat cover banyak tempat. 




Destinasi cinta kami yang pertama ialah Amber Fort. Dari jauh dah nampak sebab senibina ni dibina diatas bukit. Sekali imbas memang macam Great Wall of India. Tapi Great Wall of China lagi kukuh dan teguh binaannya sampai sekarang. 


Sedikit info mengenai Amber Fort:


Amer Fort, also spelled and pronounced as Amber Fort is located in Amer (a town with an area of 4 square kilometres (1.5 sq mi)), 11 kilometres (6.8 mi) from Jaipur, Rajasthan state, India. It is one of the principal tourist attractions in the Jaipur area, located high on a hill. Amer Fort was made by Meenas king Raja Alan Singh Chanda later occupied by Kachhawa rajput . Amer Fort is known for its artistic style, blending both Hindu Rajput elements. The fort with its large ramparts, series of gates and cobbled paths, overlooks the Maota Lake, at its forefront.

Source: Wikipedia : Amber Fort




Bhaijan tu sempat berpesan kat kami supaya berhati-hati dengan orang yang cakap nak jadik tour guide kami. Nanti kene cekik darah kene bayar mahal-mahal. Plus, jangan sesuka hati kasik duit kat mana-mana pengemis. Nanti lagi ramai datang kerumun. Kami sempat berbual sesama sendiri yang kata baik jugak brother ni. Kalo dia betol-betol jujur, alhamdulillah sangat-sangat. Maybe ni hikmahnya kene tipu di Delhi. 

Untuk naik ke atas Amber Fort ada beberapa cara samada nak naik jalan kaki, naik gajah atau pun unta. Tapi since kami dah datang petang, no more unta atau gajah. Sebabnya ada pada sebelah pagi sahaja. Maybe gajah nak berendam kot petang-petang camni. The only option we have was to climb the steps. Hahah..agak cerun jugak tapi not bad as we thought. Plus boleh berhenti je rehat kalo penat. Jangka masa nak daki sampai ke pintu masuk dalam 15 minit camtu. Nasib baik tak brape panas....kering je rasa. 

Pemandangan memang superb abes la! Tak terungkap dengan kata-kata seorang hamba marhaen ni. Kagum dengan binaan kukuh berdiri atas bukit nih. Pelancong yang datang pun agak ramai tapi most of them are Indians.  







Dah penat menapak, akhirnya sampai jugak kami di pintu masuk Amber Fort ni. Ada dataran yang luar boleh kita lihat. Kat hujungnya ada kaunter tiket. Kami beli composit ticket, macam tiket kombo yang boleh masuk beberapa tempat dengan hanya 1 tiket. Harganya 300 rupees boleh masuk Hawa Mahal, Amber Fort, Jantar Mantar, Albert Hall Museum dan jugak Mahargarh Fort dalam masa 2 hari. Kami rasa berbaloi..terus kami beli. 

Binaan dalam Amber Fort ni dibina dengan begitu teliti, banyak lukisan di dinding plus dorang bina guna batu marmar tau. No wonder sejukk je bila belajar dalam bangunan tu. Tak rasa bahang langsung. Jomlah tengok gambar...dah penat menaip ni ha... 















Lama jugak kami berlegar-legar dalam tu lebih kurang 2 jam jugaklah. Kami kene turun sebab dah janji dengan Bhaijan kat bawah. Dalam nak turun pulak tu, ternampak satu yang yang menjual pelbagai jenis souvenirs. Bak kata Chawanna, kalau dah nampak orang jual banyak-banyak tu, kene terus beli sebabnya nanti pegi bandar lain takde souvenirs ok!!! So, kami beli kat situ jugak, Banyak jugal fridge magnet kami borong. Kedai pertama tu letak dalam 80 rupees seketul! Tu pun dah rasa mahal, kami beli dalam 2 3 ketul sorang. Cukuplah kot. Jalan lagi kat kedai satu lagi, 60 rupees, kami beli lagi.... Jalan lagi kedai last, 50 rupees seketul!!! Waduhhh..bikin hati panas betol! Hahaha. Kami beli lagi untuk bawak pulang sebab takut nanti di Agra takde pulak jenis FM yang kami nak. Ada gelang-gelang tangan yang warna-warni, batu pertama dan jugak lukisan. Jangan lupa ya....sape2 yang singgah Amber Fort, boleh beli pelbagai corak FM kat sini.



Oklah...dah panjang dah ni. Nanti ada masa, aku sambung lagi untuk bahagian ke-2 ok. 

Till then, wasalam. 

32 comments:

  1. betul ker train tu delayed @ cancled??dpt refund tak??

    ReplyDelete
  2. @Nasrul,
    sampai ke sudah xtau...rsenye mmg dah sah2 kene tipu. nasib baik rege tix tak mahal dalam rm30.

    ReplyDelete
  3. hoi! skalik update panjang nk mampos! balas dendam nmpaknye.. jap nk baca hahah btw gambo sumpah cun lelagik gambo syahdu dlm kete hishh

    ReplyDelete
  4. mungkin kalau aku beli cincin kat Amber Fort nih, tak terbeli lah diri ku akan cincin cantik yang marbeles itewwww.... haihhhhhhh tetiber terbeli pulak kan yang tak tersenarai...

    ReplyDelete
  5. Amboi...kambing tu ushar saper?? bukan main lagi pandangan mata tu..hehe..

    Eh MasMZ ni xkan satu bilik ngn korang??

    ReplyDelete
  6. aduishh mmg sedih part tren tuh tp xpe paling penting korg sume selamat.. yg penting mas dpt cincin tunang hahaha

    ReplyDelete
  7. Jadikan pengajaran la bab kena tipu tu. If takde kena tipu, semua success je, nanti ko takde drama nk story kat org kan? Sakit ati tu standard la kan, sb melibatkan duit, tp apa2 pun korg selamat..

    GAMBO CANTIK!! TAK SIA-SIA KENA TIPU muahahahahhaha

    ReplyDelete
  8. bencilah..dah komen pepanjang tetibe tenet down!!

    hahaha..chanteknye noks gambau2!! tp giler skeri kena tipu mcm tu..nasib ber-tiga..kalau soram2.. pehh..gugur bulu kaki!

    ReplyDelete
  9. dah selamat pergi dan balik pun. Alhamdulillah.

    kena tipu tu pengajaran dan pengalaman, orang lain yang tumpang baca pun memang berterima kasih kat you all sebab kongsi cerita ni.

    hazab betul, terus tak berminat nak ke India.RM600 tu tiket ke NZ John!

    ReplyDelete
  10. pesal akak nengok pandangan kambing tuh macam hensem aje?(hahaha)

    payung tuh lawa, ok?

    ReplyDelete
  11. kesian bila baca...takpe...tu semua satu pengalaman...dulu masa dok kat delhi 6 hari...hanya bayar dalam 700rm je...siap transport atau kete ke agra dan jaipur termasuk hotel...dan dorang bawak ronda2 delhi.

    ReplyDelete
  12. Tak abis komen sebab kena panggil dek bos besar....

    ...err..nak komen apa?

    ooo tak de dah..

    kbai..

    ps: mood korang dlm kete tuh amat mengharukan...nasib korang sume tabah..
    yes..Janggel buat duty report ke akak..good job..

    ReplyDelete
  13. Aku rasa aku macam kurus dalam gambar ko... hmmmm musykil.

    Amber fort paling lawa.

    ReplyDelete
  14. @Ely Hasrul,
    hahaha marah nampak akak santekkk! haha tula panjang pulak kali ni tulis. balas dendam sbb entry before this pendek jek. syahdu kan? masmz siap nanges lagik ok! haha



    @MasMZ,
    hahah tak cantek pun cincin kat Amber Fort tu. kat kedai cincin tu lagi cantikkk!!! wahh teringat pulak aku nih!



    @Zila,
    haha kambing ushar org lalu lalang. muahaha. MasMZ tido bilik lain. tak sama ngn kami. ;)



    @Ely Hasrul,
    sedih kan? bertabah jela...nk bwt camno kan. dugaan sbb perangai eksyen tak bertempat. owh ya, jemput datang ke perkahwinan masMZ di agra nnt. kekeke.

    ReplyDelete
  15. @Na,
    hahaha...mmg kene jadikkan pengajaran utk kami semua. betol gak, ade gak drama dalam cerita India aku nih. baru thrill. berat mata memandang, berat lagi mata aku tgk duit terbang. huhuhu.

    terima kasihhh!!!!



    @Hanie,
    bertabah jela weh... huhuh

    terima kasihh!!! mmg skeri tak hinggat. mmg tak sangka langsung boleh jadik camtu. walhal dh beringat abesan dah ni dari msia. malang tak berbau bak kata org putih.



    @Anonymous,
    alhamdulillah....selamat balik jugak kami. tula kan...setiap journey ade ceritanya yg tersendiri. nasib baik kongsi 3 org dgn rm600. kalo sorang kene byr rm600, mmg pengsan sorang2. terus mood down.



    @Kak Anash,
    ambooiiii..taste kat kambing ke akak??? omg!!! hahaha payung tu mmg lawa. dari jauh dh nmpk dah. lupa pulak nk tnye rege brape 1.

    ReplyDelete
  16. @Jimmy,
    tula...terima kasih sbb kesian. dugaan kami time kat sana. paling tak sangka pulak tu. mmg dengar jugak dr org lain yg dorang byr utk 1 kereta utk pusing golden triangle pn tak mahal sampai mcm tu sekali. mybe sbb 1 way punye journey kot. that's why kene ketuk sampai mcm tu sekali.



    @Kak Anash,
    hahahah motif akak ade komen bersiri? kekeke.



    @Janggel,
    kurus? teknik fotoshop kot. nak kata kene cherry berry blom lg kan? hehehe

    ReplyDelete
  17. aduhhhh, pengalaman di stesyen keretapi tu berikan Wakjan satu pengetahuan baru. mesti mau rujuk pada 'station master' ekk ?

    RM600 tu ! alahaiiii, terkilan juga dengan amaun sebanyak tu.

    kalau ada masa terluang, singgah sini kejap boleh [http://basikaltouring.blogspot.com/2012/04/poskad-untuk-ceritera-touring.html] ? minta tolong identify gambar2 dalam sekeping poskad yang dikirim dari Jaipur pada Wakjan. cuba2 teka tapi tak dapat meneka keseluruhan gambar yang ada dalam tu.

    ReplyDelete
  18. Another nice shots! Gambo yg melayan perasaan tu, kenalah. Sy dapat merasainya.

    Nak satu fridge magnet boleh?

    ReplyDelete
  19. Sayang kalau tidur dalam perjalanan dah tentu terlepas banyak pemandangan menarik kat luar tingkap. Kalau lah iaorang tetap nak bayaran RM900 tu juga tak tahu lah apa nak jadi kan, terpaksa kasi juga kut....macam mana train boleh cancel...ya. Semalam baru tengok dokumanteri tentang Jaipur tempat yang belum lagi saya sampai...Fort tu memang cantik tapi suasananya nampak panas terik... lain kali pi musim dingin lagi best hehe

    ReplyDelete
  20. Siut tul aku taip panjang2 bleh dc plak!

    Takpe, lain kali jgn caya org lain selain TravelholicAwesome k? Melampau tak? Hahaha!

    Setiap journey ada kisah tersendiri. It was meant to be cuma cara kita je nak menepisnya. That makes our trip differ to others. Bezanya, it could be sweet or bitter je.

    Papepun, terimalah bahawasanya gambar ko suma AWESOME!

    ReplyDelete
  21. Memang korang kena tipu nie. Kalau tak silap blogger Masviona pernah kena situasi nie but dorang tak percaya la cakap kaki putar belit nie. Ala, biasala kena tipu nie....but baru thrill sikit travel kita. I pun kena tipu kat Ladies Market baru2 nie....hehehe but atleast dapat jumpa Jericho Rosales!!!! Hahahaha

    ReplyDelete
  22. nanges???? hahahhahahaahhaha ngok! ada kerrrrr adegan tu????? ko tau dak kat delhi tu banyak habuk!!!!!!! hahahahahahahahahahahahaaa......

    ni baru nak nanges nihhhhh kena pitonah nanges dikhalayak ramai nih...... huwaaaaaaaaaaaaaa

    kat stesyen ketapi tu, ada pulak yang dapat trace muka kitorang anak jutawan nih, haishhhhh...... #perasan

    psst : mengetuk keyboard sambil menjeling2 cincin cantik di jari, pheeewitttttttt


    @zila,

    time makan harusla sesama. biliknya asing :D

    ReplyDelete
  23. kes kene tipu kat railway stesen nie memang sedih la...aku memang saspen kalo ade orang approach tanye tiket neh..

    tp kes aku lain sket, bagpack aku kene bukak (tanpe aku sedar).. tersedar bile barang aku jatuh bile tunduk..rupe2nye ade lahanat telah curik mafla aku..dem!

    ReplyDelete
  24. saya punya travel partner dh serender nk travel ke india lepas saya cter korang nyer experience...tak sanggup dia ckp...hehe.

    Saya tak pergipun xper..sebab leh bygkan cmner tmpt tu lepas baca u all nyer experience :)

    ReplyDelete
  25. @Wakjan,
    lebih kurang mcm tu ler. kalo ade keraguan kat dalam benak hati tu. terus rujuk kepada yg berkenaan. kalo boleh jgn percaya kat semua org. kene ade perasaan predujis kat dorang. huhuhu. hrp2 ni jadik panduan kepada yg lain jugak.

    mmg terkilan jugaklah. tp benda dah lepas xleh nk bwt pape dah. pengajaran utk kami semua.



    @Naramas Aman,
    hehehe terima kasih akak. masih belajar dgn yg pakar2 jugak. ;) heheheh.



    @AndaQue,
    tula kan..nk bwt camne. sy ni kalo ngntok yg amat mmg tertido ler jawapannya. unless sy sendiri yg drive kete tu. confirm xkan tido punye. heheh.

    yela..punye la plan baik punye dari malaysia nk naik train je sbb dpt jimat yg banyak. alih2 kene byr dlm rm600 pulakkan. mane tak terkilannya.

    overall, sy sgt suka jaipur. sgt2 suka compare to delhi. psl amber fort tu, nampak je panas terik, tp kami mmg tak berpeluh pun. sbb panas kering. kalo musim dingin kene tgk keadaan. kalo berkabus tidak syiok pulak nk amek gambar. sy suka langit biru. kekeke.

    ReplyDelete
  26. @Biqque,
    hahaha bertabahlah weh! better copy komen tu siap2 kalo terjadik dc lagik ok! hahaha

    aku percaya kat korang jela lain kali. xmo dah percaya kat orang lain! gilerr jahat! hahaha.

    mmg betol, lain orang lain ler pengalaman yg kita dapat. terima kasihhh!!!! ;)



    @Owen,
    tula owen...dpt benak aku ni mmg kuat duk kata yang kami mmg sah2 kene tipu dgn dorang. cilanat btol! tp overall, ade jugaklah kisah sedih nk cite kat org kampung. takkan nak cerita heppy je kan?

    ko pn kene tipu kat ladies street??? ohmai! tp dpt jumpa retis?? jeles!!! hahaha #kiasu.



    @MasMZ,
    hahahaha bukan ade ke??? ko je jgn nk cover lain! haha. actually, muka kita semua mmg nampak mcm anak jutawan. haha nk bwt camne nak. public figure. hehehe.

    ketuk jari di cincin??? ohmai..giler cantikkk cincin kamu itu~

    ReplyDelete
  27. @MasZuber,
    mmg sedih kan...ko xnak ke hulur seratus dua utk bayar credit card kami? hhuhuhu. ko kan baikkkkkkk. tula, lain kali kalo org approach jgn percaya bulat2. better refer kat org lain jugak.

    tula, bila ko cite tu, rse mcm kene extra precaution utk org lain jugak. mmg kene jaga2. mafla ko ke yg lily punye? huhuh



    @Zila,
    surrender??? nape? india sgt best dan mencabar tau! tak cuba kita takkan tau sejauh mana kemampuan dan juga pengalaman kita kat sana nnt.

    takmo pegi? manela tau..kot2 pasni terracun beli tiket ke sana pulak kan. hehehe

    ReplyDelete
  28. cm lama gl rs x singgah sini..
    hang da sampai india blk m'sia dah..hehhe.
    ak dok khatam edisi incredible india ni dr day 0 smp yg ni,,latest kan??hehe
    btw sdeh part kena tipu tu.. xpalah asam garam travel ceywah jnj selamat.

    ReplyDelete
  29. kene tipu baru best, else cite you flat nnt.... kalau tak caya, cuba tanya LILY RIANY!

    ReplyDelete
  30. Moral of the story, nak pi India ikut agent je, tak berbaloi kena kencing, atau tak yah masuk wish list langsung...NIK

    ReplyDelete
  31. Salam, saya baru balik dari delhi semalam..kes sama..ckp train cancel, kena bwk g IRCTC kalo xsilap nama tempat tu..sampai sana membe2 dah hangin..then kitorang lantakkan mamat tu, decide utk ke station semula..sampai station, saya terus tanya org tempatan yg tgh tunggu train kat situ..confirm mmg train tak cancel..pukul 5.30 pagi, train sampai (Bhopal Shatabhi)..kol 6 pagi, train gerak..senang cite, nex time jgn sape2 pon percaya kalo ade celaka2 yg dtg ckp train cancel..tu just 1 part of pengalaman jahanam saya kat sana..huhu

    ReplyDelete
  32. Skrg sy ade kat jaipur.. Mmg sy pon kena tipu mcm awk jgk.. Train delhi ke agra. Die kate delay. Die suh p kat satu opis ni suh amek refund.. Lepas tu kuncu die ni offer amek kereta.. Lepas tu sy ckp xnak. Mase tu mmg da give up. Mmg rase nak fly balik malaysia balik je. Haha! Sebab tiket train da nak pukul 6 dah mase tu.. Lepas tu sy suh die col bas.. And call kan station balik betul ke delay.. Lepas tu die ckp train tu tak delay. Mmg dah ade da pon kat station tu. Syukur tuhan tolong.. Save duit. Hehe.. Tp semua ni pengalaman kan..

    ReplyDelete