Friday, April 20, 2012

India is Incredible? - Day 4, Part 1 (Hawa Mahal & Jantar Mantar)

Assalamualaikum!!! Salam hari Jumaat untuk anda semua!!! 

Tanpa buang masa, moh kita sambung cerita aku untuk hari-4 kami di India. Kali ni masih berada di Jaipur, India

Malam sebelumnya, kami dah janji dengan Bhaijan untuk bawak kami pusing-pusing bandar lagi esoknya lepas kami check-out dari Hotel Maya Niwas. Since tempat-tempat yang kami nak lawati keesokkan harinya tak brape jauh antara satu sama lain, dia cadangkan kami mulakan hari kami sedikit lewat yakni kira-kira pukul 11 pagi. Kira okla kan...boleh tido lama skit. Yela, dah 3 hari duk berjalan sakan....plus hotel cantik, why not we enjoy the moment dulu kan. Hehehe. 

Kami check-out dulu sebelum berjalan-jalan, tapi kami tinggalkan bagpack kami yang gedabak tu kat receptionist hotel. Dia cakap boleh tolong simpankan dalam bilik managernya yang berkunci. So, kira agak selamat la jugak. Plus, muka dia macam seorang yang jujur. InsyaALLAH... 

Tempat-tempat yang menarik yang kami akan lawati ialah Hawa Mahal, Jantar Mantar, Albert Hall Museum dan juga sunset di Tiger Fort! And more...cuaca sangat-sangat baikkk!!!

Ayuh kitaa!!!

Destinasi pertama kami ialah.... Albert Hall Museum. Actually, aku pun taktau pun pasal muzium ni. Maybe someone can tell me? Jap..nak google pasal muzium ni. Ok...korang google sendiri ok! Aku dah baca dah...hahaha. 

Info sedikit dari Wikipedia:

Albert Hall Museum is a museum in Jaipur city in Rajasthan state of India. It is the oldest museum of the state and functions as the State museum of Rajasthan. The building is situated in Ram Niwas Garden outside the city wall opposite New gate and is a fine example of Indo-Saracenic architecture. The building was designed by Sir Samuel Swinton Jacob and was opened as public museum in 1887. It is also called the Government Central Museum. Maharaja Ram Singh initially wanted this building to be a town hall, but his successor, Madho Singh II, decided it should be a museum for the art of Jaipur and included as part of the new Ram Nivas Garden. The museum has a rich collection of artefacts like paintings, carpets, ivory, stone, metal sculptures, colourful crystal works etc.[1] It is named after King Edward VII (Albert Edward), during whose visit to the city as the Prince of Wales, its foundation stone was laid on February 6, 1876 

Jom layan gambar.... owh ya, kat depan muzium ni pun boleh naik kuda kalo nak. Sangat cantikkkk plus banyak burung kat situ!!! Tapi malangnya....kami tak dapat masuk ke dalam muzium tu sebabnya tutup pulakkk! So, kami bergambar jela kat depan muzium ni. Dari luar pagar jela duk terkinja-kinja depan gate muzium. Hahah. Rugi pulak rasa tiket kombo yang kami beli semalam tu. Tapi takpelah, nak buat camne kan. Takde rezeki. I bet mesti lawa kat dalam tu. 

Kat seberang jalan muzium tu, ramai orang duk berlegar-legar sambil tengok bangunan muzium tu sambil melukis atas kertas. Aku rasa orang berseni ni ataupun arkitek. Amek mood sebab architecture yang menarikk untuk diolah di atas sekeping kertas.







Next...kami bergerak menuju ke Hawa Mahal ataupun dikenali juga sebagai Palace of Winds. Most of us kalo pegi Jaipur mesti teringatkan Hawa Mahal kan.... bangunan ikonik ni memang menjadi tanda pengenalan untuk bandar Jaipur. Plus, ianya berada ditengah-tengah Pink City. Tiket masuk ke dalam Hawa Mahal telah disekalikan dengan tiket kombo yang kami beli tu. Just kasik kat penjaga pintu dan kasik dia tebuk lubang aje. Aku rasa entrance fee yang paling jimat ialah kat Jaipur. 5 in 1 dengan hanya 300 rupees sahaja. 

Info mengenai Hawa Mahal dari Wikipedia 

Hawa Mahal juga dikenali sebagai Palace of the Wind dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Sawai Pratap Singh dan merupakan sebuah bangunan setinggi 5 tingkat yang dibina sepenuhnya dengan batu mar mar! Sejuk giler dalam tu. Terdapat tingkap-tingkap kecil (lebih kurang 953 tingkap kecil) terdapat di sekeliling Hawa Mahal. Sebenarnya Hawa Mahal ni dibina untuk wanita-wanita kerabat di Raja yang waktu itu rata-rata wanita di sana diwajibkan memakai PURDAH. Tingkap-tingkap kecil yang dibina membolehkan wanita-wanita tersebut mengintai segala aktiviti yang berlaku di luar bangunan sekaligus melambangkan kebebasan mereka. 

Jom layan gambar-gambar yang sempat ditangkap~ 




My first impression tentang Hawa Mahal ni, ingatkan dari depan je kita takleh masuk kat dalam tu. Yela, kalo tengok dari luar macam sekeping dinding yang banyak tingkap kecik-kecik je...rupanya kat dalam tu pun luas bukan main ok! Plus, kita boleh jenguk dari tingkap-tingkap kecik tu jugakk. Menarikk! Hari ni cuaca agak panas, taktau la napa. Boleh mengundang malapetaka ni. 

Seperti biasa, tempat tumpuan pelancong dipenuhi oleh pelancong dari bangsa yang sama. Hahah susah benor nak jumpa orang yang macam kami ataupun foreigners. Seperti biasa..kagum dengan binaan Hawa Mahal ni. Bila kat dalam tu tak rasa panas sebabnya dinding laluan macam terowong tu diperbuat daripada batu marmar. So, memang sah-sah sejuk ler. 

Malas nak menulis..korang layan jela ek.. Owh ya, time ni kami dah diserang sakit perut yang memulas macam kari kambing semalam! Cilanat betol. Hahah. Tapi masih lagi boleh dikawal....tak sanggup aku kalo terpaksa melepas kat public toilet. Baikk melepas kat tandas hotel. 

Jom layan gambar sekitar Hawa Mahal... 






















Lepas dah abes pusing Hawa Mahal, kami bergerak semule tempat Bhaijan parked tuk-tuk dia. Hari semakin panas dari biasa, semalam pun taklah macam ni. Terik je rasa... Next, kami bergerak ke Jantar Mantar (Calculation Instruments), kat sini ialah tempat di mana para astronomi zaman dulu membuat kiraan bintang, bulan, dan ramalan cuaca. Kat sini terbanyak banyak alatan yang digunakan untuk membuat kiraan tersebut. Ianya telah disahkan yang kiraan yang dilakukan oleh mereka dahulu adalah tepat. Owh ya, jangan lupa Jantar Mantar juga merupakan warisan dunia oleh UNESCO. Tiket dah termasuk sekali...takyah beli lagi. 

Kat Jantar Mantar ni tiba-tiba kami semua macam panas semacam, dengan perut rasa tak selesa. Lagipun time ni dah lebih kurang jam 1.30 tengah hari. Panas, lapar, penat dan segala macam kelemahan yang ada time tu. Since hari tersangat panas, kami berehat kat kerusi panjang kat tempat yang teduh. Amek angin katakn...time ni jugak MasMZ dah tak selesa dah. Sambil mengalir air mata, sambil muntah kat situ. Kesiannn...pakcik yang sedang syiokkk abes melantak lunch terpaksa alihkan pandangan dari MasMZ. haha...lawakk dan kesian pun ada! 









Disebabkan kami semua dah tak larat, kami dah membuat keputusan untuk check-in mana-mana hotel murah disekitar Jaipur untuk melepaskan penat. Aktiviti kami yang terakhir di Jaipur ialah untuk melihat sunset di Tiger Fort. Since, hari masih lagi terlalu awal, better kami berehat dulu plus kesihatan pun tidak berape nak megizinkan. Panas....panas..panas!!! 

Owh ya...bersebelahan dengan Jantar Mantar ialah City Palace. Pada mulanya, kami bercadang nak masuk jugak. Tapi disebabkan bayaran masuk adalah 300 rupees untuk seorang, maka terpaksa kami batalkan. Yela, duit pun dah makin kempis. Takleh nak bazirkan sesuka hati je. Huhuhu. Tapi terasa rugi pulak tak masuk, sebabnya tengok gambar dari orang yang masuk ke dalam City Palace tu, lawa sangat-sangat! Oleh itu, kepada sesiapa yang bersempatan, sila masuk ye.... 

Kat bawah ni ialah the Ambassador Taxi. Teringin nak naik tapi taktau ler tambangnya berapa...tengok jela dari luar. 



Cukuplah untuk hari ni....

Till then, wasalam... 

13 comments:

  1. aku tgk gambo sekali lalu je dulu..esok bru baca okeh..aku nk tido..babaiiiiiiiiiiiiiiii

    Hawa mahal tu cun la pulak kat dlm nye!! cessss

    ReplyDelete
  2. Cerita beserta dengan photo-photo yang menarik ni memang rasa puas bila ditatap dan dibaca kan.

    ReplyDelete
  3. Drama betol MasMZ kat Janta mantar tu! gambar lawa giler.!!! terbaik!

    ReplyDelete
  4. Macam teringin gak nak gi India, tapi semangat kena kuat ni. Banyak sangat cabaran...

    Gambar2 memang mantop...

    ReplyDelete
  5. kesiannya korang kena cherry berry tu.. i masa kat sana memang memilih gila time makan. takuttt sebab dengar banyak cerita orang kena diarrhea.

    ReplyDelete
  6. tetibe jd jakun tgk kepsi terselit kat situ..hahahaha!!

    tgk gambau dulu..esok2 iols baca cerita pulak.. hahahaha

    *dalam hati.. uuu cantiknya.. lawanyeee.. ohsem seii gambau2* haha

    ReplyDelete
  7. ok, hawa mahal dalam dia besar ek? hmmm...ok, noted!

    gambar burung berterbangan tu cun siut! seb beik taik tak kena kepala hehehe...

    bertabah je la muntah ceri beri tapi gambar sume CUN!

    ReplyDelete
  8. As usual, ur photo can makes me amazed, especially the flying birds part. I noticed foreign student is more cheaper. John/Danny, you have ACCA student card right? Can use one. I able use in other countries before. Hahaha

    ReplyDelete
  9. Dulu visitor dari shah alam sekarang dari sg petani lak, tetiba perasan kat freedjit

    ReplyDelete
  10. it reminds me of my trip to jaipur 2 year ago...tapi tak sempat nak blog pasal jaipur ni...but it was soooo memorable...unbeaten tracks.. nice photos u have here!

    ReplyDelete
  11. I'm new :).. Awesome gamba2 kat albert hall n hawa mahal...leka jp tg..hehe..xsangke ade plk kfc kt jaipur

    ReplyDelete
  12. hi, i selalu gak browse ur blog tp x pernah tinggal comment..tp nak cakap all the pics adalah sgt beautiful..tq for sharing

    ReplyDelete