Assalamualaikum!!!
Takde introduction kali ni. Mari kita terus sambung untuk bahagian yang ke-2 di hari yang ke-4.
Oleh dek kerana semua orang dah tahan dengan bahang terik mentari tengah hari ditambah pulak dengan kami yang tak brape nak sihat, maka kami sepakat untuk check-in hotel je untuk separuh hari tu. Elok jugak check-in hotel sebabnya, lama tu nak tunggu train kami jam 2 pagi ke Agra. Since Bhaijan ade bagitau yang dia boleh bawak kami ke hotel yang murah-murah berdekatan dengan stesen ketapi, maka kami turutinya.
Sebelum tu, kami pegi semula ke Hotel Maya Niwas untuk amek balik bagpacks kami kat sana. Lepas dah ucapkan terima kasih kat orang receptionist tu, kami bergerak ke hotel yang seterusnya. Macam hotel hopping pulak! Hahaha. Penuh tuk-tuk Bhaijan dengan bagpacks kami yang masing-masing gedabak tu. Terpaksa riba je. Bagpacks yang kecik kami letak kat bonet. Eh, ada bonet ke? Hahah. Jangan taktau, ada ye...tapi kecik jela. Macam ni la keadaannya. Lemas!
Mula-mula rasa was-was gak, yela ke manakah arah tujuan kami? Siap masuk kampung lagi tu. Ada ke hotel kat dalam kampung camni? Suprisingly, memang ada ye! Memperkenalkan... Hotel MoonLight Palace . Dari luar, hotel ni nampak macam bersih dan menarik. Tapi time nak masuk ke hotel tersebut, terdengar pulak bunyik gendang macam dalam filem Mohabbatein tu. Rupanya ada macam perarakan menyambut perayaan makan makanan semalam! Aku pun dah lupa nama perayaan tersebut. Ianya disambut oleh kaum wanita dan kanak-kanak selepas mereka bekerja keras setiap hari menyediakan makanan untuk keluarga. Kiranya hari ni mereka tak memasak langsung! Makan makanan semalam je. Masing-masing pakai pakaian yang berwarna-warni berjalan keliling kampung! Menarikkk!
Ok jom kita check-in hotel. Rupanya hotel tu kepunyaan orang muslim. Sebelum tu Bhaijan perkenalkan kami bagitau yang kami nak check-in untuk setengah hari sahaja bla bla bla.... Then, receptionist tu suruh tengok bilik dulu samada ok ke tak. Naik ke tingkat 1, dia bukak bilik tu. Fulamakkkk!!! Cun nak mampos walaupun sempit skit. Kiranya dalam hati dah setuju dah tu. Then, kami turun bawah. Tanyala rate brape. Dia bagitau 1200 rupees. Erkkkk!!! Pengsan kami. Manala ada duit banyak macam tu nak bazirkan kat hotel kan. Time ni cakap kat Bhaijan yang kami tak mampu nak bayar sebanyak tu. Hanya mampu bayar dalam 500-600 rupees sahaja. Then, orang tu macam taknak kasik. Kami buat-buat nak blah cakap nak pegi ke hotel lain. Bhaijan tu macam tak putus asa siap pujuk lagi receptionist tu bla bla bla. Akhirnya receptionist tu setuju nak kasik last price is 800 rupees. Aku and MasMZ macam nak nego lagi. Hahah tapi macam tiba-tiba bila dah convert balik 800 rupees tu bersamaan dengan RM50 jek! Ek elaaaa.......lagi mau nego ka? Tergelak besar kami kat depan kaunter tuh! Cheapskate nak mampos kan? Muahah. Kami setuju jugak dengan 800 rupees tu. Nasib baik kami ada lagi duit balances yang kami allocate untuk accommodation. Alhamdulillah....ada jugak tempat berteduh untuk kami hari tu.
Ni alamat untuk Hotel Moonlight Palace:
Contact Person: Naim Khan
S-34, Shanti Nagar, Nagar Labour Court
Opp. NBC, Jaipur - 302006 (Raj.) India
Phone: +91-141-2450753, 6508059
Mobile: +91-09828017814
Time ni dah pukul 2petang. Masing-masing dah kepenatan plus sakit perut. Owh ya, ada free wifi tau kat hotel ni. Awesome! Aku kuar jap dengan Bhaijan sebab nak teringin nak makan limau madu yang duk dijual kat tepi-tepi jalan tu. Beli 1 kg je dalam 35 rupees. Then, beli buah delima sebijik yang berharga 30 rupees. Lepas gian sebab mengidam! Alhamdulillah...manis limau dan delima tuh! Kami berehat selepas menunaikan kewajipan. Kami dah janji dengan Bhaijan suruh datang amek kami balik dalam pukul 4.30 petang untuk tengok sunset kat Tiger Fort pulak. Hehehe.
Perjalanan menuju ke Tiger Fort lebih kurang macam nak pegi ke Amber Fort. Tapi melalui simpang yang berlainan. Perjalanan menuju ke Tiger Fort agak menarik sebabnya melalui jalan-jalan yang bercerun curam dan kecik. Disebabkan tuk-tuk tak stabil, aku kene duk depan dengan Bhaijan. Hehehe. Bertabah jela... Kami sempat singgah kat selekoh tajam untuk amek gambar keseluruhan bandar Jaipur dan jugak Jal Mahal. Kata Bhaijan, selekoh ni tempat ramai orang bunuh diri sebab bertebing curam. Owh ya, nampak jugak kat sini beberapa ekor burung merak liar. Cantikkkk!!!!
Actually, aku pun taktau sangat pasal Tiger Fort ni sebabnya memang takde langsung dalam perancangan kami. Tapi since kat sana boleh tengok sunset cantik kat Jaipur, maka kami turutkan saja. Rasanya macam takde entrance fee yang perlu bayar, tapi time nak masuk gerbang kubu tersebut kami kene bayar 10rupees untuk 1 tuktuk. Okla kan... Bila aku tengok keadaan sekeliling kubu tu macam runtuhan sejarah. Banyak bangunan yang dah roboh. Macam kawasan terbiar camtu. Plus orang yang melawat pun tak brape ramai. Sunyi dan menakutkan jugak. Tapi sunset kat situ memang terbaikkk! Siap nampak kat bawah tu macam padang pasir untuk main sandboarding. Menarikkk!!!
Jomlah layan gambar.
Lepas dah puas menembak kat satu point, kami beralih pula ke point yang lagi satu. Sunset tak brape nak berbentuk bulat tapi still cantekkk. Hari semakin gelap, kami cepatkan langkah walaupun agak lapar dan penat. Tak makan lunch lagi ni. Kat atas ni jugak terdapat sebuah restoran terbuka untuk orang luar menikmati makan malam yang romantik berbumbungkan langit dan bintang. Menarikk!
Dalam perjalanan pulang tu, kami sempat singgah sekejap kat tepi Jal Mahal untuk amek sekeping dua gambar pemandangan waktu malam. Wahhh cantiknya! Dengan simbahan lampu yang cantik! Seolah-olah terapung. Orang masih lagi ramai duk melepak dan beriadah kat tepi tasik.
Malam ni Bhaijan mempelawa kami untuk dinner dirumahnya. Kami mula-mula menolak dengan baik sebab macam segan. Tapi nampak macam dia bersungguh-sunguh plus keluarganya juga begitu teruja untuk berjumpa kami. Maka kami menerima pelawaannya dengan hati terbuka. Heheh.
Sebelum bergerak pulang, kami singgah kejap kat Mughal Town, kilang kain untuk amek baju yang kami tempah semalam. Kejap je singgah. Bayar dan terus blah. Owh ya, Bhaijan tu teringat pulak yang MasMZ nak beli cincin yang ada batu untuk adiknya. So, Bhaijan tu bawak kami singgah kat sebuah kedai pertama. Sorry takde gambar yang sempat kami tangkap. Mula-mula rasa malas sebabnya kedai macam ni mesti mahal dan kasik komisen kat siapa2 yang tolong bawak pelancong. Tapi dah sampai, kami turun la jugak. Pekedai tu cerita macam-macam la yang kedai dia ni menjual pelbagai jenis batu permata yang pelbagai warna, harga dan kualiti. Bla bla bla..katanya lagi dia juga membuat cincin untuk kedai ternama seperti Chopard, Tiffanfy dan lain-lain. Mula-mula dia bukak 1 beg yang penuh dengan cincin dari batu delima, zamrud, nilam, topaz...MasMZ dah mula rambang bijik mata. Aku pun ada jugak berkenan yang cincin lelaki. Tapi takde la minat sangat. Tiba-tiba MasMZ terpandang satu cincin perak yang bertatahkan pertama yang sangat besar dan cantikkkk!!! Hatinya meronta-ronta nak beli plus cincin tu betol-betol muat kat jari dia! Harga yang dia letak mula-mula agak mahal. MasMZ macam dah putus asa... tapi aku tetap menghasut supaya beli je. Kang balik Malaysia nanti teringat-ingat. Menyesal tak abes. Tapi since harga mahal, kami blah je. Dah naik tuk-tuk dah ni, pekedai tu panggil balik lepas dipujuk oleh Bhaijan. Akhirnya pekedai tu setuju dengan harga yang MasMZ nak. Menanges la beliau kat kaunter cincin tu sebab cincin cantik tu berjaya dibelinya! Aku lega....hahaha
Kemudian, kami menuju ke rumah Bhaijan. Sempat jugakla aku terlelap sebab dan mengantok giler! Lebih kurang jam 8.30 malam kami sampai ke rumahnya. Anggapan kami salah. Ingatkan rumahnya kotor dan busuk. Rupanya bersih dan kemas! Tak berbau langsung! Walaupun agak sempat, tapi masih lagi terjaga rapi. Kata Bhaijan, semua ahli keluarganya tinggal bawah satu bumbung. Ramai jugak dlam 4 keluarga tinggal dalam 1 rumah. Wow! Bhaijan hanya ada sorang saje anak perempuan. Comel orangnya. Siap pakai baju gown ala-ala princess lagi. Kami juga sempat berjumpa ayah dan ibu Bhaijan. Masih sihat dan bertenaga. Isteri Bhaijan masih lagi bekerja malam. Balik lambat katanya. Kami berborak-borak tentang diri masing-masing. Ayah Bhaijan siap bagitau yang dia kenal Tunku Abdul Rahman. Wahhh kagum jap!
Then lepas tu, kami dihidangkan dengan bubur nasi santan dan juga capati berserta kari ayam. Ohmai! Sangat-sangat sedappppp!!!! Kami gagahkan jugak makan walaupun perut kami sangat-sangat tak selesa. Lebih kurang jap 9.45 malam, kami beransur pulang. Sempat kami meninggalkan sedikit coretan masing-masing dalam buku Bhaijan. Katanya untuk ditunjukan kat pelancong lain katanya kami berpuas hati dengan servis yang diberikan. Kami sangat bersyukur yang walaupun kami dah ditipu, kami dibalas pula dengan berjumpa dengan muslim yang sangat-sangat baik. Sebelum tu, kami sempat berikan gula-gula dan choki-choki sebagai buah tangan kepada anak Bhaijan dan juga anak2 saudaranya. Happy bangat mereka!
Kemudian, Bhaijan hantar kami semula ke hotel untuk berehat. Dia akan datang pick-up kami semula jam 12.30 pagi untuk hantar kami ke stesen ketapi. Tido nyenyak kami malam tu walaupun sekejap. Penat yang amat!
Malam tu, kami menuju ke stesen ketapi. Agak fobia setelah kene tipu kat Delhi. Kami akan pastikan yang kali ni kami takkan ditipu lagi. Bhaijan sempat berikan nasihat supaya berhati-hati dengan penipu kat kawasan stesen. Kami bayar servis Bhaijan untuk hari tu, since kami dah cerita kat dia yang kami dah kene tipu sebelum ni dan duit pun nak abes dah. Dia sempat offer balik duit yang kami bayar tu kat kami. Ya ALLAH, baiknyaaa hati manusia nih. Sungguh tak sangka. Tapi kami menolaknya dengan baik. Mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki Bhaijan.
Malam tu kami dapat naik train sleeper class menuju ke Agra. Taj Mahal...here we come!!!
Till then...wasalam.
Gambar sunset2 itu telah membuatkan aku keSENTAPan keseorangan disini, sambil menghantuk2kan kepala di bucu katil!! auchhhhh..
ReplyDeletegambo sunset canteeeekkkk....
ReplyDeleteand my camera masuk blog... camera i kata thank you!
sunset tu babi cantik!!! *hentak kepala kat batu ala2 meroyan*
ReplyDeleteaku tatau nak cakap apa...dan aku takkan pernah lelah utk cakap GAMBAR KO AWESOME!
kbai!
baik sungguh Bhaijan tu.. untung sgt..
ReplyDeletekann..
ReplyDeletesangat cantik sunset itu
(tepi na..akak nak jugak share bucu katil antuk pala...)
budak pompuan yang sengeh tuh bila besar sok leh jadi camn aswara rai ape kenama artis bollywood tuh?..sweet...
santek gambo! penuh warna warni culture dorg nih
ReplyDeletegambai baijjan JOHN ni mmg tahap Saiful Nang dah la...ko kena masuk yg tourism gmbr2 cantik la weih...mmg layak!! lepas tgk gmbr ko, aku tiba2 rasa nk selongkar INDIA ni plak..aigooooo...
ReplyDeleteHi John.really enjoy your India trip stories..very informative. by chance, do you have bhaijan contact no if you dont mind to share?planning to go to India too. Thanks in advance :)
ReplyDelete