Wednesday, May 8, 2013

Hong Kong 2013 : Part 1 - Aku Kembali!

Assalamualaikum!!!

Ye! Kali ni aku datang kali sejak kunjungan terakhir aku Mei 2010. Titik tolak aku start mula travel. I've come a long way since then. Walaupun cover negara-negara Asia je dulu, tapi aku puas hati. Sebabnya aku dapat travel! Hahah Alhamdulillah murah rezeki. Memang target aku kalo dah start keje nak travel as much as possible. Walaupun bagi orang lain better simpan duit beli rumah or kawen. But for me, I only live once... why not try to make as good as I want? Lain orang, lain pendapat.

Actually, trip ni dah lama plan. Tiket pun agak murah hanya RM140/sehala termasuk airport tax. Semuanya berlaku secara spontan. Ye ke spontan? Menipu sangat kan.. padahal dah plan lama. Hahaha. Tapi kebetulan AirAsia ada buat sales apekebendentahnya. So, geng asal adalah aku, Dan Arif, Maszuber dan diikuti oleh adik dan kawan Maszuber. So, kami akan berlima ler kiranya. Masing-masing dah excited walaupun still lambat lagi. Takpe, kene plan cepat-cepat sebabnya Hong Kong ni kan serba mahal. Kalo boleh accommodation ni nak dapat murah dan lokasi dia terbaek. If not, harga memang mahal. Yela, kata trip yang bajet. Tapi kalo aku selalunya bajet ke? Ahaks!

Anyway, plan demi plan dirancangkan. Since aku penah datang sebelum ni, aku try nak cover area-area lain yang dulu aku tak sempat datang. Tapi aku bersama dengan kawan-kawan yang belom pernah sampai sini. There's no harm for me to visit the same place again. 1 je, harap cuaca elok. Setiap perjalanan kita mesti berharap takde pape yang berlaku plus dikurniakan cuaca yang elok sepanjang trip ni. InsyaALLAH.

Hari yang dinantikan telah kunjung tiba tanggal 20 April 2013, penerbangan kami AK 1648 menuju ke Hong Kong. Kali ni agak senang hati untuk travel sebabnya cuti dah diapproved dengan jayanya oleh bos aku yang terpaksa ke Timor Leste next weeknya. Hehehe hari mengundi pun lepas aku balik dah. Adik-beradik sudah diwarning supaya jangan bagitau mummy and daddy pasal trip ni. Amboiiii mummy daddy ni tak menahan! Walhal duk kampung je. Tapi trip ni dukacitanya Dan Arif tak dapat turut serta atas komitmen kerja. Maka, hanya kami berempat je proceed with this trip. The show must go on babe. It's an expensive hobby! Maka menangis tersedu-sedanlah MasZuber di kaki lima LCCT hari tu. Puas duk pujuk supaya naik kapal terbang pagi tuh. *pasrah* 



This time, aku dapat duduk tepi tingkap! Yes! Kalo flight siang memang kalo boleh sememangnya aku nak duk tepi tingkap. Nak tengok view dari luar tingkap katanya! Kalo flight malam aku tak kisah sangat... lagipun aku bukan jenis suka kencing nak pegi toilet tatkala naik kapal terbang. Sungguh aku tak faham perangai manusia tak reti nak membuang air kumbahan tu siap-siap sebelom boarding tu. Dalam kapal terbang jugak nak membuang. Tapi whatever... usus dan pundi kencing masing-masing. 


Flight hari tu suprisingly tenang dan aman damai. Walaupun aku tau hanya aku dan kawan-kawan je melayu dalam perut ikan paus tuh. Takde bunyik bising-bising duk borak-borak. Nasik lemak pak nasser pun memang terasa sangat fresh! Lazat hingga menjilat sudu garpu lah orang kata. Ini turut diakui sendiri oleh ahli rombongan aku. Alhamdulillah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong antara airport yang paling sibuk di dunia lebih kurang jam 5.45 petang waktu tempatan. Tiada beza jam antara Malaysia dan Hong Kong, so tak perlu nak betolkan jam tangan masing-masing. 

Sebelum mereka mereka dan mereka bertanya lanjut, nak masuk ke Hong Kong TIDAK memerlukan VISA. Hanya perlu isi arrival card yang akan diberikan oleh steward/stewardess sahaja. Imigresen dorang pun takdelah banyak kerenah sangat. Makanan apa korang nak bawak seperti brahims, sambal ikan bilis, tuna, sardin, periuk nasik pun boleh! For this trip, kami bawak sambal ikan bilis kering, tuna magic, brahims jenama tesco, megi. Tu jela kot yang aku ingat. Harap-harap tak kelaparanlah kami sepanjang trip nih. 


Dah keluar dari arrival hall tu, terus mencari exit untuk amek bas ke Kowloon disebabkan kami akan stay di area Tsim Tsa Tsui. Ada dua cara bagaimana nak pegi ke Kowloon. Samada nak naik bas ataupun airport express (ala-ala ERL). 

Untuk info mengenai 

1. Airport express and related pass please refer ---> HERE

2. Octopus card please refer ---> HERE

Disebabkan aku penah try guna airport express punye pass untuk 3 hari, dan aku merasakan tak berapa nak berbaloi since aku guna pun takdelah kerap sangat turun naik MTR dorang ni. So, aku pilih untuk guna Octopus Card je. Octopus card ni macam kad Touch & Go kalo kat Malaysia nih. Kat mana nak beli Octopus Card ni? Tak susah pun.. just pegi ke kaunter customer service MTR di airport express station lepas keluar dari arrival hall. Just follow signboard yang ada logo train. Dah sampai tu, kene tau nak kene beli kad untuk dewasa atau kanak-kanak. Since masing-masing dah besar panjang, maka belikan untuk orang dewasa (adults) yang berharga HKD150. Dalam HKD150 (Refundable deposit: HKD50, Value inside the card: HKD100). Kalo ikut bajet aku yang awal HKD100 memang cukup untuk pusing Hong Kong kira-kira 3 hingga 4 hari. Bergantung ke mana korang nanti akan terjah dan kekerapan guna Octopus Card ni. Octopus card ni memang berguna sebab boleh guna untuk naik MTR, tram, bas dan feri, pastu boleh guna pulak untuk beli groceries kat 7-eleven! Bagus dok? 




Dah lepas beli Octopus Card untuk setiap seorang, apa lagi pegi tunggu bas la pulakkan. Dari kaunter customer service tu, just follow signboard ke tempat bas. Kat sini ada banyak bas yang akan menuju ke destinasi yang berlainan. Kekerapan adalah sangat tinggi! Tak perlu risau kalo terlepas bas. Since kami menuju ke Tsim Tsa Tsui (TST), maka kene amek bas yang bernombor A21 (Citybus) dengan tambang sebanyak HKD33/pax. Kat sinilah bergunanya Octopus Card ni sebab just perlu sentuh kat mesin. Kalo tidak, kene sediakan duit cukup-cukup HKD33. Kalo kasik duit besar, alamatnya takde dapat baki balik. Sendiri faham? 




Ayuh... bas dah sampai. Bas ni dua tingkat dan ada FREE WIFI! Takke heaven macam tuh? Hahahaha bolehla bazirkan sementara menunggu nak sampai ke destinasi yang sepatutnya. Duk tingkat atas dan paling depan. Haaa amek ko. Kalo eksiden, ko mati tercampak dulukan. Tapi yang penting agak syiokkk sebab dapat tengok view. Free wifi all the way.... Perjalanan lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Bergantung kepada trafik. So far perjalanan kami smooth je. Takde tersangkut dalam jammed je ape. Nak turun kat mana tak perlu risau, sebab akan ada papan tanda LED dalam bahasa cina dan jugak english. Just kene alert kat mana nak turun. Tu je. Untuk turun di TST, kene turun stop kat No.13 di Nathan Road since hostel kami berdekatan dengan stop no.13. 








Sepanjang di Hong Kong untuk 5 hari 4 malam, aku dah booked Kowloon New Hostel di Mirador Mansion. Hanya lebih kurang 150 meter dari Chungkin Mansion. Tak susah nak carik pun sebab ada papan tanda tulis Mirador Mansion depan pintu masuk. Just kene alert je. Compare antara Mirador Mansion dengan Chungkin Mansions, kat Mirador Mansion lebih tenang. Time nak check-in tu macam ada salah faham skit dengan pihak hostel. Dahla dorang tak balas emel aku berkaitan dengan cancellation yang aku buat tu. Agak naik hantu gakla aku time tuh. Akhirnya dorang kasik 2 bilik untuk kami yakni setiap bilik boleh muat 3 orang. Maka aku akan stay sorang je dalam bilik 3 orang tu sepanjang kat Hong Kong ni. Takpelah... janji aku bayar harga untuk 1 pax bukan untuk 3 pax. Harga untuk 4 malam menginap di sini ialah HKD689/pax ataupun HKD172/night. Actually agak mahal, tapi nak buat macam mana kan. Bayar jela. 


Pada mulanya aku ingatkan hostel aku ni memang kat Mirador Mansion, tapi rupanya di Chungking Mansions. Kenelah berjalan ke Chungking Mansions pulak. Rupanya dorang ni under 1 group yang menguruskan hostel di sekitar kawasan TST ni. Jangan risau. Walaupun time nak masuk ke Chungking Mansions tu agak scary, tapi buat bodo jela. So far, takde pape yang berlaku. Hostel kami terletak kat level 16. Paling atas katanya. Walaupun dari kawasan sekitar sebelom masuk hostel nampak macam scary, tapi bila masuk kawasan hostel tu memang bersih dan tak berbau busuk pun. Masuk bilik pulak walla! Katil pulak dari ikea. Awesome. Walaupun agak sempit tapi bersih. Cuma toilet dia memang giler babeng sempit. Nak berak duduk pun giler payah sebab tersangkut lutut dengan pintu toilet. Macam mana tuh? Hahahah. 







Dah setel check-in semuanya..., kami bersiap-sedia untuk keluar jejalan di sekitar Avenue of Stars sebab nak tengok lampu-lampi di kawasan Victoria Harbour. Kalo nak catch show Symphony of Lights, kene ada kat sana jam 8 malam. Tapi time kami sampai tuh show tu dah abes, just tengok-tengok kawasan sekeliling jela sambil amek gambar. Malam ni orang pun agak ramai. Maybe sebab weekend. Cuaca tak panas. Berangin lembut. Just pusing-pusing kawasan sekeliling. Cuaca pun agak berkabus. Kiranya langit tak berapa nak clear malam ni. Redha. Lupa nak bagitau, macam mana nak pegi Avenue of Stars ni? Kalo dari Chungkin Mansion punya pintu masuk, just belok kiri. Jalan terus dan akan ada signboard yang menuju ke sana. Kene jalan skit lebih kurang 10 hingga 15 minit. 








Dari Avenue of Stars, kami bergerak menuju ke Mongkok sebab disitu terletaknya Ladies Market ataupun Ladies Street. Tempat shopping ler apa lagi kan. Tapi pegi ni just nak usha-usha je. Takmo shopping lagi. Tambang MTR dari TST ke Mongkok adalah HKD4.90/pax. Kat Mongkok Station ni ada banyak exit. Kene tau which exit should we take. Supaya tak perlu berjalan jauh untuk sampai ke Ladies Market nih. Aku dah lupa which exit yang menuju ke Ladies Market. Nanti pandai-pandailah Google sendiri. Nak senang, just refer kat signboard exit yang bersepah dalam stesen MTR tu untuk tau ke mana hala tuju kita. 

Tengok Line kaler Merah. 

Time kami sampai ni, dah almost 11 malam. Kedai-kedai pun dah banyak berkemas-kemas barang jualan untuk tutup kedai. Redha. Tapi keadaan masih lagi meriah dengan orang ramai dan jugak lampu yang berwarna-warni. Pusing-pusing kawasan sekeliling dan tengok barang-barang yang dorang duk jual. Bila masing-masing dah letih, menuju pulang ke sarang. Naik balik MTR ke TST dengan tambang HKD4.40/pax. Nak terus sampai ke depan Chungking Mansion. Terus amek exit E. Walla terus sampai depan dan kene lintas jalan. Tak susah bukan? 

Malam tu, sebelum naik semula ke hostel. Singgah beli nasik putih kosong dalam Chungking Mansions tu untuk makan malam. Dalam bangunan Chungkin Mansions ni banyak makanan halal yang dijual, tak perlu risau kalo lapar. Hanya perlu sediakan duit sahaja. Harga 1 bekas polistrin nasik putih adalah HKD15/bungkus. Giler mahal tak? Tapi mamak tu memang isi penuh-penuh bekas polistrin tu dan siap tolong panaskan lagi nasik tuh. Hahaha...makan bersama sambal ikan bilis kurniaan Kak Coco. Sedap dan pedas! 

Malam tu tido lena... akibat kepenatan. 

Dah panjang ni... cukuplah dulu ye. 

Till then.. wasalam! 

26 comments:

  1. Gitew.. mummy and daddy katanya hahahahhaaaa.

    betol ke Maszuber nanges tepi kaki lima LCCT?????? OMAI sangat!!!

    ReplyDelete
  2. hebat korang, sekali trip cover dua trip kitaorg. best! best!

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar waktu malam kat avenue of stars tuu...

    ReplyDelete
  4. Hehe mummy daddy kekdahnya kan..

    Send my regards to your mummy. bahaha.

    Weiii gigih je typee.. and cpt dan pantas uols..

    ReplyDelete
  5. @AnakOmak,
    hahaha best ke? nak lagi? adoyaiii penat dah menaip nih! hahah ;p



    @Janggel,
    katanya drama queen kat epot tuh. sume org tgk okay! lol.



    @PM,
    alaaaaa rushing jugaklah PM, takdelah cover semua tempat pn. Takpelah dpt smpai tempat2 penting pn dh ok. ;)



    @Rozita,
    saya tak puas hati actually akak sbb kabus malam tu agak tebal. huhuhu... tp okla dr xde pape kan.



    @Fida Jacob,
    hahahha motif nk kirim salam kat mummy i? lol. haruslah gigih takde cerita kekdahnya!

    ReplyDelete
  6. @Zura Lee,
    sabar sabar sabar... ingat aku nih mesin taip ke ape? hahahaha ;p

    ReplyDelete
  7. hehehe..
    drama queen sungguh maszuber

    oh sambal ikan bilis...
    (pedas ker? sori aaa)

    sah..akak akan sesat jika ke hk..
    (sedangkan ke kl pun leh sesat?)

    *kuis semut terapung dari air masak*

    ReplyDelete
  8. cantiknyaaaaaaaaaaaa gambar......

    aish.. sesuka hati jer nak hantar ke chungkin mansion tu ek...napa tak tukarkan ke holiday inn kat sebelah tu jek, kekekeke .....nasib baik tak jauhkan.

    ReplyDelete
  9. Teruskan melangkah dan melangkah....dun stop dreaming!!!

    ReplyDelete
  10. Hongkong ni memang tak puas kalau pi sekali jer walaupun negara die kecik jer.. Aku yang dah pergi HK ni pun memang berangan nak pergi HK lagi... best giler

    ReplyDelete
  11. Hong Kong Again?..waktu JM baca entry HK dulu thn lepas..travel solo kan time tu..so sweet..ingat lagi pakai baju warna merah..gambar kat Mac D kalau tak salah ehehe..tapi bila lihat thn 2013 ni bertambah sweet dan slim sikit.hihih

    ReplyDelete
  12. waaa.. hong kong lagi ka... bagus2.. by the way lawa all picture waktu malam tu..

    nak berangan jugak lah.. kot2 boleh sampai hong kng jugak hahahahaa.. :D

    all the best.. !!!

    ReplyDelete
  13. @Kak Anash,
    kannnn! sgt drama queen btol. hehehe. sambal ikan bilis tu sedapp tapi bg saya pedas skit. org lain makan ok je. motif akak sesat? kami kan ade... hehehe ;p



    @Syieda,
    hehehe terima kasihhh!!!! ;)
    nk buat macam mana, terima seadanya. nasib baik bilik sgt ok. holiday inn??? pengsan nk bayarnya.



    @Nekcik,
    insyaALLAH... mari kita teruskan. ;)



    @Lavender,
    tu la... mmg tak puas. kalo nak dtg saje jalan2 pn ok. ala-ala weekend getaway. flight pn x lama kan.



    @Jari Manis,
    hahaha alamakkkk ade org baca ke lagi entry lama tuh. malunya! sekarang lagi gemukla. dulu yg slim melim tuh. hahaha. ;)



    @Time Traveller Boy,
    terima kasih! ;) HK lagi... kali ni cover yg lain pulak yg tak sempat dlu. jom kita berangan ramai2. all the best to u too!

    ReplyDelete
  14. Owhhhh emmmmm gagaggagagagaa... ok nak komen dlam hati..... hahahahaha.... hi mummy #tetiber

    ReplyDelete
  15. Owhhhh emmmmm gagaggagagagaa... ok nak komen dlam hati..... hahahahaha.... hi mummy #tetiber

    ReplyDelete
  16. henry, apa yang ko maksud dengan "scary" tu? sebab nampak seram or sebab ada geng yakuza dekat situ...

    tengok ko punya perjalanan smooth jer, nak terjah jugaklah nanti :)

    ReplyDelete
  17. @Masmz,
    hahaha motif komen smpai 2 kali nih? ;p



    @Orga,
    actually kat situ dari luar je nmpk scary sbb ramai org negro and pakistan duk berlegar2 depan pintu masuk.

    smooth ke? ada je yang terbantut. biasalah.. dlm plan nk smooth, realiti tak perfect mana pun. ;)

    ReplyDelete
  18. Siap bagi warning untuk adik-adik awak. Hahaha...

    ReplyDelete
  19. As salam, tumpang tanya, naik bas dari airport, turun point mana masa di Tsim Sha Tsui? Jauh tak dari point turun bas ke Mirador Mansion? Bape minit?

    ReplyDelete
  20. salam....nk tnya hotel tu book dekat agoda ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. saya booked thru hostelbookers kalo tak silap.

      Delete
  21. Ok..thanks.. byk info pasal Hong kong dlm blog ni... suka sgt... ;)

    ReplyDelete
  22. tengah study entry blog ni utk trip jan2019..

    ReplyDelete