Assalamualaikum!
Seronok tengok kawan-kawan rapat semuanya sedang bertravel ke merata destinasi. Ada yang terbang ke London, ada yang terbang ke Korea. Ada yang sedang bersantai mewah di Itali. Semuanya memang awesomelah! My time will come. InsyaALLAH.
Takpe, lain kali kita cite. Bersambung lagi kisah hari ke-2. Dari Mongkok, naik semula MTR menuju ke TST sebab nak pegi ke ferry pier. Dari situ kami akan naik feri menuju ke Hong Kong Island. Kalo sape-sape datang Hong Kong ni mesti taknak melepaskan peluang untuk naik feri ni. Feri biasa je, takdelah apa yang menariknya. Tapi orang kata, tak cuba taktau. Plus tambang pun lebih murah berbanding dari naik MTR menuju ke stesen Central mahupun Admiralty.
Bila dah sampai stesen TST tu, carik exit L6. Sebab menuju ke Star Ferry Pier ni. Nape ni? Takde mood nak menaip tiba-tiba???
Sebelum sampai ke jeti feri tu, kita akan lalu dulu Heritage 1881.
Apa yang best tentang Heritage 1881?
Sedikit info:-
Melawat 1881 Heritage akan membawakan anda ke era Victoria di Hong Kong. Dari 1880an ke 1996, inilah ibupejabat Hong Kong Marine Police. Beberapa bangunan dan artifak yang bersejarah telah dipulihara dan dibaikpulih, dan tapak ini kini adalah pusat membeli-belah, sebuah hotel warisan, dan dewan pameran.
Di bandar yang mengekalkan tradisi di samping melihat ke masa depan, 1881 Heritage menggabungkan tarikan bersejarah dengan perkara-perkara kontemporari. Pelawat boleh membeli-belah jenama fesyen antarabangsa dan menikmati makanan mewah 'fine-dining' di tempat di mana lanun dipenjarakan, dan isyarat harian dipantau oleh kapal-kapal di pelabuhan apabila mereka bersiap untuk memulakan perjalanan yang panjang. Tradisi dan inovasi, dahulu dan sekarang, 1881 Heritage adalah pengalaman Hong Kong sebenar.
Di hujung sebelah utara 1881 Heritage berdirinya bangunan utama bekas Marine Police Headquarters. Ia dibina pada awal 1880an dengan kombinasi seni bina kolonial Victoria dan neo-klasikal. Di dalamnya adalah sel-sel di mana lanun dan penyeludup ditahan. Tingkat bawah yang dinaikkan, menjadikan bangunan ini sejuk di era sebelum adanya alat pendingin hawa. Reban di dinding bangunan itu adalah untuk burung merpati yang dibela untuk membawa mesej ke kapal-kapal di pelabuhan sebelum radio menjadi alat komunikasi utama dari kapal ke darat.
Sumber: Discover Hong Kong
Jom layan foto-foto...
Kemudian, teruskan lintas jalan untuk ke ferry pier. Lalu di kawasan menara jam dan jugak Hong Kong Theater. Since hari ni weekend, ramailah family bawak anak-anak berjalan dan beriadah. Cuaca pun tak brape panas sangat. Kitaorang sempat lepak jap kat kawasan rehat. Pekena sandwich buatan sendiri. Hilangla lapar skit pagi tu sementara nak tunggu lunch. Dah abes makan, pekena lak ice-cream lori. Giler babs punye mahal dalam HKD9 untuk 1kon. Tapi gedik nak makan jugak. Beli la walaupun agak sejuk bedal jugaklah!
Kitaorang naik tangga kat tepi tu untuk makan sandwich sambil menghadap Victoria Harbour |
Dah makan abes dah, kitaorang bergerak menuju ke jeti. Ada banyak platform mengikut destinasi yang kita nak pegi. So, sila tengok signboard sebelum bergerak menuju ke platform yang sepatutnya. Kitaorang lak akan menuju ke Central. Boleh pilih samada nak duk upper or lower dock. Kene bayar untuk naik tu samada guna Octopus Card ataupun kene beli token sebelum masuk ke dalam feri. Nampaknya tambang dah naik compared dengan time aku datang dulu. Tambang untuk seorang adalah HKD3.40/pax. (2010: HKD2/pax).
Perjalanan menuju ke Central tak lama pun. Dalam 10 minit je. Tak sempat nak panas bontot duk atas feri tu. Kalo sekadar nak merasa okla. Nanti bila dah sampai Central Pier, ada muzium Maritim kalo korang nak terjah. Aku rasa ni baru je bukak.
Lepas ni kita pi makan dimsum halal pulak ye...
Stay tuned!
Cantik gmbar...nanti aku nk pinjam letak dlm photobook hk aku yek hehehehe..
ReplyDeleteMentang2 aku pi jalan dlm malaysia, tak sebut pn destinasi aku pegi, semua eu je..ko kena sedar mabul pn ko xpegi lagi tau! Kekekekeke #emo
haish...pesal pendek sangat entry tak puas baca tau heee
ReplyDeletegambar2 mmg tak dpt di nafikan..cantik maaa
bila la nak pegi HK ni...haih...
ReplyDeleteAiseh... tak terlintas pun nak naik feri masa ke sini dulu...
ReplyDeleteYour article is very good. Thank you for sharing.
ReplyDeletethreeland travel
@Chawanna,
ReplyDeletehahaha motif baru nak buat photobook? hahaha...
nnt dlm next entry aku masukkan nama ko lak okay! hahah ;p
@Jari Manis,
hahaha takde idea! sabor jela~ kekeke.
@Biqque,
your time will come. ;)
@Mie,
tak dapat dah nak tolong. ;)
Kan Na Kannn... mentang2 ko pegi Mabul je, dia tak sebut walau seinci kan.. kejisss HAHAHAHAHA
ReplyDeleteUntung betul dapat makan sandwich mengadap Victoria harbor.
Gambar cantik. Tempat cantik. Best :)
ReplyDeleteuntungla dapat mkn sandwish duduk kat tangga di HK.
ReplyDeleteuntungla pastu dpt mkn dimsum halal...
untungla nak belanja akak mkn satay kat mirasa...eh..eh..
boleh berkelah pulak kan, hehe...sonok kalau lepak dengan satu geng, tambah jenis yang sekepala...aku pun, one day jugaklah nak terjah sini...
ReplyDeleteHenry Fox...kalau nak ke masjid ammar kat wan chai tu boleh naik feri ni tak..brapa tambang ye
ReplyDelete@Janggel,
ReplyDeletemotif dtg mengutuk secara berjemaah? hahaha.
@Naramas Aman,
terima kasihhhh! ;) ;) ;)
@Kak Anash,
hahahaha kannn! sgt untungla!!!~
@Orga,
hahaha berkelah kejap jela. takleh lama2. nnt kene dtg terjah pulak! pilih musim yg best2 skit.
@Nekcik,
dalam next entry sy akan ceritakan. ;)
First, gmbr2 ni lg cantik dr gmbr yg aku tgkp wpon tmpt yg sama..huhuhu...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedik..bole tau ko pakai camera jenis ape? peliss..peliss..nak tau..hahaha
ReplyDelete@Yuhanim Kasim,
ReplyDeleteguna DSLR Nikon D90 + lens 55-105mm. ;)