Thursday, May 23, 2013

Hong Kong 2013 - Part 7 : Aberdeen Floating Village

Assalamualaikum!!!

Kembali semula untuk entry Hong Kong! Hari baru, hari ke-3 aku di Hong Kong. Nothing much yang berlaku. Hanya akan ada 2 destinasi saje untuk hari ni. Kalo nak tau, kene ikuti entry-entry yang berikutnya. Hahaha.

Seperti yang direncanakan oleh aku dan diolah semula oleh travelmates aku. Hari ni, kitaorang akan pegi ke Aberdeen Floating Village dan jugak Ocean Park! Yeayyy! Dua-dua tempat ni memang aku tak penah jejak lagi.  Kiranya first-timer la nih.

Seperti biasa, bangkit awal.  Tapi nampaknya cuaca tidak begitu memberangsangkan. Tapi tetap redha dengan apa yang ada jela. Aku pun dah lupa samada pagi tu kitaorang makan breakfast ke tak. Tapi kalo makan pun maybe sekadar di pinggiran saje. Hahaha. 

Kitaorang mula bergerak seawal jam 8 pagi dah keluar dari hostel. Yela, nak pegi tempat yang aku rasa agak jauh dari bandar ni. Taknaklah buang masa. Kawan Maszuber akan gerak sendiri ke Disneyland pagi tu. Maka, untuk hari tu kitaorang berpisah. Jumpa balik maybe malam je. Takdehal. Lain orang lain minat. Ye dok? 

Since nak pegi ke Aberdeen Floating Village, option yang kitaorang pilih adalah untuk naik bas. Aku pun dah lupa samada ada option lain ke tak. Rasanya macam takde. Untuk naik bas ni, kene pegi ke Exhange Square yang terletak di MTR Central Station (Exit D). Kiranya Exchange Square ni macam bus station. Dari MTR Central Station tu, korang carik Exit D untuk ke Exchange Square Bus Terminal. Don't worry, ada signboard kalo sesat barat. Dah sampai terminal bas tu, carik bas yang bernombor No.70 (Aberdeen). Naik bas ni, dan bas ni akan membawa kita ke Aberdeen Promenade. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit bergantung kepada trafik. Tambang adalah sebanyak HKD4.70/pax. Sila guna Octopus Card. 

view dari jejantas pejalan kaki menuju ke Exhange Square terletak kat bawah




Dalam perjalanan tu, hujan turun la pulak. Harap-harap tak lama. Jalan pun agak jem since masih lagi dalam waktu puncak. Nothing much to see dalam perjalanan tu except kepadatan bandaraya Hong Kong ni dengan bangunan-bangunan dan jugak rakyatnya. Sempat jugaklah ada diantara kitaorang ni terlelap. Hiks. Sapelah agaknya tuh! Membuta je! Time ni jugak nampak signboard menuju ke Ocean Park. So, kiranya sejalan jela. Takdelah jauh mana kalo nak menuju ke sini dari Aberdeen

Selamat sampai di Aberdeen bus station. Mula-mula tu agak was-was gak. Betol ke tak ni. Tapi kalo ikutkan kawasan di seberang jalan ni ada macam perkampungan nelayan. Sebabnya ada banyat bot-bot yang kecik dan jugak yang besar. Ikut instict jela. Jalan kaki menuju ke seberang jalan. Harap betol. 


Aberdeen Bas Station

kene guna jejantas ni untuk ke seberang jalan

Bila dah jumpa jejantas ni, ternampak pulak signboard yang kata Aberdeen Promenade. Kiranya memang betollah direction kitaorang jalan ni. Takde sesat barat. Pagi tu, macam tak brape nak ramai orang. Macam sunyi sepi je kawasan promenade tu. Kiranya pelancong pun takde nak ramai. 


jeti-jeti sampai di Aberdeen Promenade

Bila dah sampai kat Aberdeen Promenade, antara benda yang aku nak buat adalah nak naik sampan rides. Yela, dah sampaikan. Takkan taknak naik pulak. Walaupun aku rasa naik sampan ride ni macam biasa-biasa je. Tapi naik jugaklah. Aku dah buat research skit pasal harga tambang untuk seorang. Normally, harga yang dorang akan kenakan adalah dalam lingkungan HKD80-HKD90/pax. Mahal tak??? Untuk 30 minit sampan ride je tau. Tapi jangan lupa bargain. Tambah-tambah kalo datang secara group, lagi la boleh bargain. 

Mula-mula sampai tu agak blur gak. Kat mana nak carik kaunter beli tiket. Haha tapi ada seorang Ah Soo ni datang approached kitaorang tawarkan sampan ride ni. Macam biasa, masalah bahasa tu adalah wajib.  Tapi dia ni dah fully prepared, dia kuarkan kat dia. Kiranya ada keterangan dalam bahasa inggeris. Pastu tanya pulak tambang, dia mintak  HKD80 tak silap. Aku tawar jadik HKD40/pax. Mula-mula dia taknak kasik, tapi macam biasala taktik taknak kan buat-buat nak blah. Nak tak nak dia pun setuju jela. Dahla takde orang lagi pagi tu, sombong ye taknak kasik murah. Hahaha. 

Ayuhhh naik sampan ride! 




Sedikit info mengenai Aberdeen Floating/Fishing Village ni:-

 located at the Aberdeen Harbour in the Southern District of Hong Kong. The harbour contains approximately 600 junks, which house an estimated 6,000 people.

Since the 19th century, Aberdeen has emerged as one of the most important fishing ports in Hong Kong. Now in Aberdeen, as the catering and tourism industries are on the rise, so is the demand for seafood. In the past two decades, the population of the Aberbeen Floating Village community has decreased due to rapid fisheries development in the nearby Guangdong Province and the increase in operating costs of the fishing industry in Hong Kong. Instead of living on the boat permanently, now the majority of the boat people only fish on the boat during the day.

More info ---> Wikipedia

Jom layan gambar lagi... 












Perasaan time naik bot ni? Honestly, biasa-biasa jela. Kecuali kita dapat tengok masih lagi ada orang yang tinggal dalam sampan/bot untuk menyara keluarga dengan mencari hasil-hasil laut walaupun negara berada dalam keadaan yang maju. Bau kat sini agak kuat dengan bau ikan. Boleh imagine tak macam mana? Penah pegi pasar basah? Haaaa... macam tu lah! 

Kat sini gak ada 1 restoran terapung yang terbesar yang diberi nama Jumbo Kingdom. Katanya dah ramai orang-orang ternama dunia penah datang ke sini seperti Tom Cruise, Queen Elizabeth II, The Rock dan jugak Kaki Berangan. Eh! Hahaha. 

Untuk more info ---> Jumbo Kingdom






Lebih kurang almosty 30 minit dalam sampai tu, it's time to go back. Pakcik tu dropped kitaorang kat salah satu jeti yang terdapat di Aberdeen Promenade tu. 



Maka, dah abeslah sampan rides kitaorang tu. Pasni kemana lak? Ocean Park la weyyyy!!!

To be continued.....

Till then... wasalam! 

8 comments:

  1. klau hkd80 bg JM agak mahal lah, mmg pandai bargain betul klau boleh dpt hkd40 tu

    JM ni x berapa pandai nk bargain klau mintak pun paling kuat hkd50 jek, bg tips sikit :-)

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tgk gmbr2 dalam ocean park... sb aritu x pegi situ just pegi disney je...

    ReplyDelete
  3. restoran dlm entry nie x silap penah masuk dalam cite jacky chan kot...
    cite ape ntah, dah lupa.....

    ReplyDelete
  4. jauh beza tu 80hkd dengan 40hkd, separuh harga kot...memang pandai lah korang tawar menawar...

    untunglah orang ternama dah pernah singgah sini, hehe...

    ReplyDelete
  5. banyak nyer tempat persinggahan korang
    haiii
    gigihnyerrr

    ReplyDelete
  6. brapa banyak episod cerita ko nie? dah episod 7 dh nie, watak aku x sampai2 lagi.. haha

    ReplyDelete
  7. hi John. Kak Suri in HK now going to Aberdeen. Very precise direction given by you. Terima kasihh banyak2. Travelling with 13 family members.. akak refer ur blog selalu.

    ReplyDelete