Friday, May 10, 2013

Hong Kong 2013 - Part 2 : Sekitar Avenue of Stars & Ding Ding Travel

Assalamualaikum!!! 

Hari ke-2 di Kotaraya Hong Kong. Malam tu memang tido nyenyak abes. Sejuk pulak tu sambil berselimut dengan duvet yang sangat selesa! Rasa macam taknak bangun pun ada. Haippp! Datang jejauh, nak membuta je kejenye? No no no.. totally BIG NO! Paksa diri untuk bangun. Dahla subuh kat Hong Kong ni masuk jam 4 pagi??? Syuruk pulak lebih kurang jam 6 pagi. Haaa sape nak jawab tu? Pandai-pandailah paksa diri bangun. Kalo idok, subuh gajah ler jawabnya. 

Pagi ni hanya bersarapan dengan roti plus sambal ikan bilis. Lazat tak terkata! Lebih kurang jam 8 pagi kami dah gerak keluar dari hostel tu untuk upacara berjalan-jalan di negara asing yang dinamakan Hong Kong! Pagi tu jalan raya pun tak brape nak ramai orang sangat. Tenang je... plus berangin. Best best best! Since destinasi untuk hari ni agak banyak, maka aku rasa elok aku pecah-pecahkan dalam beberapa entry. Malas nak type panjang-panjang nih. Semuanya bergantung pada mood dan ayat-ayat cinta dalam akal aku. 

Untuk pengetahuan semua, bagi mereka yang taktau lagilakan... Hong Kong terbentuk dari gabungan beberapa wilayah iaitu Hong Kong Island, Kowloon, New Territories, Lantau Island dan jugak Outlying Islands. Tapi wilayah yang selalunya femes dikalangan pelancong adalah Hong Kong Island, Kowloon dan jugak Lantau Island.

Untuk info lanjut berkenaan pelancongan di Hong Kong, aku suka baca kat sini ---> Wikitravel


Pagi tu, kami mulakan dengan jejalan di kawasan Avenue of Stars yang menghadap Victoria Harbour. Semalam dah tengok view pada waktu malam, kali ni kita tengok waktu siang pulak. Memang nasib aku kadang-kala tak bernasib baik. Cuaca di Hong Kong ni selalunya memang gloomy dan berawan tebal. Memang payah betol nak dapatkan langit biru. Ada sape-sape penah amek gambar langit biru di sekitar Victoria Harbour ni tak? Mohon share bulan brape korang pegi. Time kami datang ni... berangin agak kuat plus ada gaya macam nak hujan gitew. Dalam hati hanya mampu berserah supaya better gloomy dari hujan. Atleast, kaki ni boleh lagi melangkah dari terhenti akibat hujan turun. Ye dok? 

Ayuh... nak cerita panjang lebar pun takde guna. Mari layan photos of the day yang sempat aku snapped. 

Pintu masuk Chungking Mansions. Ada gaya masuk rumah kongsi gelap dok? 

Ni bunga plastik. Motif tanam/letak tepi jalan? Nak kata wangi tidak sama sekali.


Sekitar Avenue of Stars. Mendung tak bererti hujan bak kata lagu Ella. 


Hong Kong International Convention & Exhibition Centre terletak di Hong Kong Island

Nampak tak bangunan The Peak dari kejauhan. Time ni masih nampak jelas, lepas tu dah ditutup kabus tebal. 

Hong Kong's most famous skylines along the coast of Victoria Harbour

Avenue of Stars ni kiranya macam Hollywood Walk of Fame. Ada nama-nama artis terkenal Hong Kong yang tinggalkan kesan tapak tangan dorang kat atas lantai. Ada beberapa nama pelakon Hong Kong yang aku kenal yang sempat aku snapped. Salah satunya Jackie Chan! Sape tak kenal dia? Sila terjun lombong. 

Patung Bruce Lee dari kejauhan. Time ni memang ramai nak bergambar dengan dia. Al-maklumlah orang femes. Aku? hahahah pikirlah sendiri. 


Smart tak kasut aku? Hahahah lama giler aku carik kasut ni. Design ni tak sampai Malaysia ni. Motif sangatkan! 


Lorong  hijau. Sangat sesuai kalo nak buat photoshoot kat sini. Tapi bakal pengantinnya tak cukup korum. Pasrah! 

Lepas dah dapat amek gambar semua, aku dan yang lain-lain mula bergerak meninggalkan Avenue of Stars ni. Makin lama duk sini makin ramai rombongan pelancong datang. Better blah cepat-cepat. Tempat seterusnya aku nak bawak korang pegi beli tiket masuk samada Disneyland, Ocean Park, Madame Tussaud ataupun The Peak Tram & Sky Terrance yang murah berbanding beli kat kaunter mahupun online. Aku tau pasal benda ni pun after buat bacaan kat Forum Cari. Kene gigihla skit ye. 

Pada mulanya aku macam agak skeptikal skit pasal beli kat travel agent ni, yela kita tau kalo beli kat travel agent ni selalunya harga mesti lagi mahal daripada beli kat kaunter mahupun online. Tapi baca review dari orang lain, semua kata harga lebih murah. Why not to give it a try. Ye dok? 

Aku ringkaskan macam mana nak pegi ke Ding Ding Travel ni:- 

  • Naik MTR menuju ke Mongkok Station. Dari situ, carik EXIT E2.
  • Dari EXIT E2, jalan ke belah kanan di kaki lima bangunan yang tinggi. 
  • Cuba carik signboard depan pintu masuk bangunan tu seperti gambar di bawah. 
  • Dah jumpa Sino Centre ni, terus naik ke tingkat 14. Cari ofis Ding Ding Travel (sebutan: Ting Ting Travel) seperti alamat yang tertera di gambar aku yang letak ni. 
  • Tak susahkan? Kalo sesat, jangan malu untuk bertanya kepada orang kat tepi-tepi jalan tu. 



Mesin jual payung. Macam-macam warna ada, tapi harga sedikit mahal berbanding beli kat tepi jalan. 

Nampak tak simbol "S" tu. Tulah pintu masuk ke Sino Centre

Lobby Sino Centre. Just tanya guard tu pun boleh. Takpun terus naik lif ke tingkat 14. 

Hallway menuju ke Ding Ding Travel


Business card Ding Ding Travel just in case korang perlukan. Salin alamat ataupun no.telefon kalo tersesat. 

Pada mulanya, aku dan yang lain-lain tersesat gak. Sebabnya berpandukan alamat yang diberikan oleh forummer tu memang aku dah sampai ditempat yang ditujui. Tapi bila aku tanya pak guard tu, dia kata takde travel agent guna nama Ding Ding Travel ni kat bangunan tersebut. Tapi bila aku sebut Ding Ding Travel tu, dia faham kat mana nak carik sebenarnya. So, dia dengan baik hatinya tulis atas kertas dalam bahasa cina arah tuju aku yang sebenarnya. Memang aku tak faham langsung apa dia cakap dalam bahasa cina ni. Aku just guna instict je teka apa yang dia cuba perkatakan. Dari pemahaman aku sendiri, dia suruh lintas jalan. Pegi bangunan seberang. Kat situ terletaknya ofis Ding Ding Travel ni. Nasib baik seberang jalan je, tapi nak pegi ke seberang pulak memang kene jalan jauh skit untuk carik zebra crossing. Takleh nak sesuka hati lintas sebab ada pagar lak. Sepanjang duk jalan tu, aku tanya beberapa orang pejalan kaki dengan tunjuk kertas yang pak guard tu kasik kat aku. Semuanya tunjuk arah yang sama. Yakinla skit hati aku ni yang kami semua sedang menuju tempat yang betol. 

Dah sampai entrance, terus naik lif ke tingkat 14. Dah sampai tu, dalam hati pulak kata. Betol ke tempat ni weh? Senyap sunyi je.. dah la hallway dia macam malap je lampu. Ke ofis dia tutup hari ahad ni? Redah jela... manala tau bukakkan. Alhamdulillah... nasib baik ofis dia bukak. Hanya ada sorang je amoi yang bekerja aritu. Tak besar mana pun ofis dia. Kecik je. Tak buang masa, terus tanya nak beli tiket masuk ke Ocean Park/Disneyland, tapi tanya harga dulu sebab nak confirmkan betol ke tidak murah seperti yang diperkatakan. 

Seperti yang dijangka, memang harga yang dia jual murah berbanding beli di kaunter mahupun online, tapi harga kat bawah ni hanya untuk dewasa. Untuk kanak-kanak aku lupa nak tanya daaaa... 

  • Disneyland : HKD370/pax (online: HKD450/pax)
  • Ocean Park : HKD245/pax (online: HKD280/pax)
  • Madame Tussaud : HKD148/pax (online: HKD167/pax)
  • The Peak Tram & Sky Terrance : HKD65/return (online/kaunter: HKD75/return)

Haaa.... tu je harga tempat-tempat yang dia tawarkan dengan harga murah. Aku tak pasti tiket masuk kat tempat lain brape. Maybe untuk ke Ngong Ping 360 pun ada gak kot. Lupa nak tanya. So, nampak tak perbedaan harga? Banyak jugakkan. Duit jimat tu boleh buat duit makan. 


Aku, Maszuber dan adiknya beli tiket Ocean Park berserta tiket The Peak Tram. Manakala, kawan Maszuber beli tiket Disneyland katanya nak penuhi impian kanak-kanaknya. Hehehehe. Tak kisahlah janji masing-masing happy. Amoi tu bagitau yang tiket kami beli tu adalah open ticket yakni boleh masuk mana-mana hari as long as sebelum tarikh luput yang tertera di belakang tiket tersebut. It's only 1 day pass ye. Bukan annual pass. 


Dibuka setiap hari. 



Sebelum blah tu, sempat singgah toilet dulu nak membuang. Hahahah tinggalkan jejak katanya! 

To be continued. 

Till then... wasalam. 

10 comments:

  1. best..!
    cuaca mendung kat Avenue of stars tu memang nostalgia kan...
    cikda puas renung cari simbol S tu..hahaha.. jumpa jugak bawah Toy mart tu..

    ReplyDelete
  2. Ha'ah lah..mmg smartlah kasut tu..nampak mcm retis :-)

    Murah tu tiket ke disneyland..ritu JM beli kat kaunter 399HKD..tiket2 lain pun murah..Good info ni..lain kali (ada hati nak pergi lagi tue) nak beli tiket boleh rujuk kat c ni

    ReplyDelete
  3. Saya dulu stay di Golden Crown Guesthouse...kat Nathan Road gak..dkt juga tak smpai 100meter dr Chungkin Mansion...kat GH tu pun ada offer tiket murah ni...so senang la kami beli dr dia je... =)

    ReplyDelete
  4. Chungking mansions tu wajib la kena pegi/tido sana waima sekali seumur idup..memang dodgy gile tempat tu, masuk filem mansion tu uols!! heheheh

    Best kt area Chungking mansions ni, sb dekat ngn avenue of star hehehe..i lioke!

    Amboi kasut made in China ke? kelas kau...

    ReplyDelete
  5. ooooooooooooooo
    kisahnyer
    byk gak guna duit kat hk nih eh?

    ReplyDelete
  6. Wow glommynya hari.. gelap giler...
    Tak mampu nak g hongkong sebab miskin.

    ReplyDelete
  7. wow...awan giler gelap, hujan turun tak pastu? jenuh jugaklah nak cari tempat untuk beli tiket ni, tapi untungnyer dapat tiket murah. aku pun maybe 50-50 kot kalau pergi nanti, samada datang beli or tak, tengok bajet, hehe...

    ReplyDelete
  8. @Cikda,
    hahah nak buat macam manakan. redha jela. sy pn ade sesat gak. redah jela nasib baik jmpe.



    @Jari Manis,
    hahaha motif puji berlebih ni? ;p masih blom terpikir nak masuk HK Disneyland lagi sbb kecik katanya.



    @DJ,
    yup..ade certain hostel pn ade jual tiket masuk ni. tp hostel sy aritu jual sama harga mcm online.



    @Chawanna,
    hahaha mmg wajibbbb! takdela scary mana pn. perasaan je pn. heyy kasut made in USA okeh! lol.



    @Kak Anash,
    hahah bese2 je akak. mana mampu lawan tansree~



    @Janggel,
    mohon ikut hang dhamin! hahaha



    @Orga,
    yup.. mmg tak hujan pn. ade sesekali rintik2 kejap pastu dh stop dh. ;)

    ReplyDelete
  9. Dekat Dingding tuh ada jual 2 day ticket untuk Disneyland x?? Dengan boleh pakai credit card??

    ReplyDelete
  10. tgh buat ulangkaji last minit...nasib terbaca blog ko psl ding ding travel ni. guwe dah mula pening dengan harga tiket mahal yakmats tapi semua nak merasa...disneyland, ocean park, ngong ping, the peak..haa cemana tu. akan berusaha cari si ding ding ni...

    ReplyDelete