Tuesday, November 29, 2011

Hi Seoul! - Soul of Asia : Day 3

Assalamualaikum.... 

Aku ingatkan bila cuti lama-lama ni dapatlah update blog selalu. Tapi vitamin M tu terlampau banyakkkk sangat! Lebih rela untuk duk main internet duk surf laman sesawang...apekebendeakuduksurf pun taktau! Hahaha....speku cepat! 

By the way, aku rase setiap post aku ada banyakkkk sangattt gambar! Hurm...try nk buang mana gambar yang tak sepatutnya, tapi rasa macam nak share sume! Haishh... 

Day 3 - 14/11/11

Ok..takmau buang masa...jom aku sambung Day 3 kat Seoul, South Korea. Tapi sebelum itu, hayati lirik lagu versi melayu ni dulu. Bak kata orang..amek mood dulu. 

Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua

( korus 1 )
Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

( korus 2 )
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi

( ulang korus1 & korus2 )

Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama

( ulang korus1 & korus2 ) 

Haaa....tau tak lirik ape tu. 10 tahun lepas, cite ni sangat2 laaa femes yakni aku sendiri pun TAK PENAH tengok ok! Sendu je manjang...hahaha..sori kepada peminat cite ni. But cite lain aku tengok sebab best! Ok...destinasi aku arini untuk hari-3 ialah Nami Island, lokasi penggambaran untuk drama yang membawa Hallyu Wave ke seluruh Asia pada ketika itu iaitu Winter Sonata. 

Untuk pengetahuan sume orang yang dah tahu atau yang belom tahu lagi. Untuk sampai ke Nami Island adalah agak jauh ye, ianya terletak di luar Seoul. Mengambil masa kira-kira sejam lebih untuk sampai ke sini dengan menaiki train. So, it's better to start your journey early morning. Tapi aritu Fatt ade pesan it's better untuk pegi dalam waktu petang camtu. Tapi bila aku pikir-pikir balik macam tak sempat je sebab waktu siang time musim luruh ni adalah pendek. I need proper planning. So, aku gerak pagi. 

Direction to Nami Island: By Subway
1. Line 4 (Baby Blue Line), turun kat Dongdaemun Station
2. Line 1 (Blue Line), turun kat Cheongyangni Station. 
3. Line Jungang (Turqoise Line), turun kat Sanbong Station
4. Line Gyeongchun, turun kat Gapyeong Station
5. Dari Gapyeong Station, keluar dari bangunan terus amek taxi cakap nak pegi Namiseom. Tambang dalam KRW3,000 untuk sebuah taxi. 

Haaaa.......banyak kan kene tranfer turun naik subway. Tapi ni adalah less tranfer dan less walking. So, kira okla tu. Tapi ada cara lain untuk ke Nami Island tanpa naik subway ni. Boleh naik bas...tapi kurang pasti. 


Sekitar Gapyeong Station

Bila dah sampai tu kat stesen Gapyeong, terus amek cab yang banyak tengah tunggu kat depan tu haaa. Just cakap nak pegi "Namiseom" dorang akan terus faham. Sebabnya...most of the people memang tujuannya akan pegi Nami Island. Tambang untuk sebuah teksi tak mahal pun sebab untuk sampai ke jeti pun tak jauh dalam lebih kurang 5-6 minit saja. Tambang yang kami kene aritu dalam KRW2,700/KRW3,000 untuk sebuah cab. Murah la tu kan? Time kitaorang sampai pagi tu dalam lebih kurang pukul 10.30 pagi. Owh ya, lupa nak cite...all the way naik train adalah kene berdiri dalam sejam lebih sebab takde tempat duduk ok! Try korang bayangkan! Nasib baik takde bau kepam mamat hitam kat dalam tu. Ok..nak cite satu incident yang bagi aku cukup buatkan aku malu tapi pada masa yang sama agak riak. Ade sorang ahjumma tu puji aku sebab aku "minam". Nak tau maksudnya..google sendiri ye. Hahaha. 

Sekitar Nami Wharf

Alhamdululillah....time kitaorang sampai still tak ramai orang yang sampai. Untuk ke Nami Island, boleh guna feri atau pun Zip Wire. Haaa...korang mesti nak tau menatang benda laa Zip Wire tu. Benda ni macam ala-ala flying fox yang korang kene bergayut dari jeti sampai laaa ke Pulau Nami. Tak jauh pun. Kalo naik feri dalam 10 minit saje, kalo bergayut lagi laaa cepat kan. Hahah. Zip Wire ni taklah aku try sebab agak mahal dalam KWR38,000 untuk seorang termasuk dengan entrance fee ke Nami Island ni. Kawan aku ade try, dia cakap macam tak berbaloi je sebab sekejap sangat. Aku lak pilih nak naik feri. Tambang feri termasuk tiket masuk ke Nami Island ialah sebanyak KRW8,000 per person. Owh ya, Nami Island ni pun dorang gelarkan sebagai Naminara Republic. Kekdahnya...macam masuk negara lain gitu.

Lepas dah beli tiket sume tu, terus beratur untuk naik feri. Kekerapan feri ialah setiap 10-20 minit dan setiap feri dapat memuatkan agak ramai penumpang dalam satu-satu masa. Takde tempat duduk ye..memang kene berdiri all the way sampai laa ke Nami Island. Jangan berangan nak ada tempat duduk bagai sebabnyaa jaraknya adalah sangat-sangat dekat!






Bila nak sampai ke jeti Pulau Nami, alangkahhhhh terkejuttnya aku sebabnya penyambut kami ialah perempuan bogell! Haa....kelas tak? Hahaha.ala-ala porno skit bila sampai ke pulau ni. Nasib baik pengunjung tak perlu vogel-vogelan. Kalo tidak? Camno tu? Hahaha.

hello u...cantik tak saya? Hahahaha
Berdiri lebih kurang 10minit, sampailah kami ke tempat yang selalu orang duk cakap must visit place kat South Korea nih! Nak jugak aku tengok..ape laaa yang ada kat sini nih. Actually pulau ni tak luas sebesar Langkawi waima Singapore pun (Motif guna waima macam Lily? Hahah) Kalo korang jalan non-stop keliling pulau pun dapat abes dalam masa lebih kurang 2 jam je. Haaa...kecik je kan? Pulau ni start femes bila winter sonata tu ditayangkan...sejak dari tu memang femes abes laaa pulau ni dek kerna cite tu je. Shooting location kat sini adalah sangat-sangat lawa ok! Kalo korang datang setiap musim iaitu panas, bunga, lurus dan jugak sejuk memang akan dapat tengok pemandangan yang sangat-sangat berbeza! Aku datang pulak musim luruh. Ingatkan time aku datang ni, daun kuning, maroon, oren still ade lagi. Tapi banyak pokok dah kontang...daun abes gugur. Tinggal 2 3 pokok je yang still berdaun..tu pun dah berapa nak lawa dah. But still...ramai orang jugakkk kat sini ok. Malaysian pun bersepah. Owh ya, bila beli tiket tu jangan lupa amek brochure pasal pulau ni tau. Ada maps dalam tu yang berguna. Aku lupa nak scan tepek kat sini. 

Bila aku jejak kaki aku kat pulau ni, memang frust jugak laa...sebab sekeliling duk bau daun kering tau! Mane tak sedih..tak romantik gitu. Tengok orang lain duk berkepit, bercium bagai...tentulah jeles datang menjelma. Sob sob sob...daun-daun lak dah banyak gugur...haishh memang ade reason suruh aku datang balik la nih! Damn betol! Hahaha.

Untuk berjalan-jalan disekitar pulau ni, anda boleh sewa basikal atau beca. Harganya aku kurang pasti, tapi yang pasti agak mahal dan tak berbaloi sebabnya better jalan kaki je. Bukannye jauh sangat pun. Exercise ok!

Oklah...aku pun taktau nak cite ape kat korang pasal pulau ni. Biarlah gambar ceritakan segalanya ok! Layaannnn! 








Apa yang aku boleh katakan...pulau ni semuanya cinta..cinta dan cinta lagi. Banyak spot-spot yang dibuat semuanya berkisarkan tentang cinta. Ada logo cinta, daun yang dikumpul jadik bentuk love dan sebagainya. Lokasi penggambaran Winter Sonata pun banyak dihiglightkan disini. Memang menarik! Aku perasan jugak dorang ni suka susun-susun batu tinggi. Kawan aku cakap, dorang susun batu ni then make a wish. Adoii...kurafat skali lagi! Hahaha. 

Pasangan yang disumpah menjadi batu!





Bila dah penat berjalan tu, perut mestilah berkeroncong ye tak? Hahaha...kalo lapar, jangan khuatir, ada restoran halal kat Pulau Nami nan indah ni. Nama kedai makan ni ialah Drama Cafe ataupun nama lain ialah Cafe Yeonga Jiga. Nama kedai ni boleh tau dalam brochure Nami Island. Senang je nak tau cafe ni kat mana...sebab memang lokasi ni berada di sekitar kawasan cafe-cafe lain. Sebelah galeri Winter Sonata to be exact. Pilihan makanan adalah terhad ye. Takde nasik goreng ikan masin, mee goreng mamak ke kat sini. Hanya ada nasik dalam tin kimchi, kimchi pancake je. Owh ya, air kosong jangan lupa. Free flow. Harga untuk nasik dalam tin ialah KRW5,000 sahaja. Dalam tu ade telur dan jugak kimchi. Kene goncang tin tu dulu before makan dengan guna glove yang disediakan. Barulah sebati dengan elok. Tapi aku tak goncang ler..sebab aku tak suka sangat kimchi ni. Makan pun lite-lite je. Okla..licin jugak abesnya! 



Lepas dah makan tu, still berjalan lagi pusing pulau lagi. Time ni dah pukul 2 petang kalo dah tak silap. Kejap je rasenye...jom layan gambar lagi ok! 







Overall, Nami Island ni bagi aku overrated. Sorry to say...maybe sebab ape yang kita nampak dalam gambar tak sama bila aku pegi sendiri. Plus terlampau ramai sangat orang time aku pegi ni. Memang tak cun la. Maybe pendapat orang lain berbeza. Yang penting, aku nak datang lagi..tapi nak datang time winter sebab mybe lagi cantikk..putihhh je! Tunggu pak tony bukak promo dulu la gamaknya. 

Untuk yang alim ulama dan ingin menunaikan solat zohor disini. Jangan risau, pihak kerajaan Naminara Republic dengan sukacitanya telah menyediakan tempat solat bagi umat muslimin dan muslimat sekalian. Aku aritu ade jugak cari-cari kat mana tempat solatnya, tapi tak jumpa lak. Korang boleh refer kat blog kak Zarina ni Muslim Prayer Room. Jangan lupa solat ok! 

Kami beransur pulang ke Seoul lebih kurang pukul 2 petang. Macam biasa, tahan teksi kat jeti tu untuk ke Gapyeong Station semula. Tambang balik kene charge lebih kurang KRW3,000 jugak per cab. Murah la tu bila bahagi dengan 4 orang. Bila dah sampai jeti tu, bantai pulak beli jagung rebus dan waffle. Haishhh..waffle ni sejak duk korea asyik nk beliiii je. Kekdahnya perasan western! Hahah. 

Beli jagung jah! Hotdog tak beli tau!


Bila dah naik train tu, nasib baik ade seat kosong. Terus duduk...terlena terus sampailaaaa ke Seoul. Penat beb. Memang mulut ternganga abes laaa bila tido tu. Hahaha. Rugi kawan aku tak amek gambar aku! Lentok abes! Hahah. Since kitaorang sampai Seoul masih awal, terus bercadang pegi Itaewon. Boleh solat terus kat situ sebab ade Seoul Grand Mosque kat situ. Kat Itaewon jugak tempat longgokkan para foreigners. So, memang banyak kedai-kedai makanan kat sini. Price a lil bit pricey. Biasala kan, kat mana-mana negara pun yakni Singapore pun makanan halal adalah mahal sedikit. Tapi kalo korang stay kat Itaewon tak brape strategik la sebabnya agak jauh untuk ke tempat-tempat menarik yakni seperti Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun dan lain-lain.

Direction to Itaewon: 
Line 6 kaler coklat, turun kat Itaewon Station. 

Ok bila dah sampai kat Itaewon Station, terus kitaorang pegi ke tempat information tanyakan kat mana masjid ni. Lupa lak aku nak catatkan direction ke sana dari Malaysia. Nasib baik dorang tau lokasi masjid ni. Dorang tunjuk peta cara untuk ke sana. Tak jauh pun. Tapi nak sampai kat sana...ya AMPUNN...tinggi weh nak panjat bukit sebabnya masjid ni terletak di atas bukit. Sorry guys, aku lupa nak catat direction untuk ke sini. Korang boleh tanya information guide tau. 

Nasib baik jumpa masjid ni, mungkin sebab Allah nak aku solat jugak. Alhamdulillah.... lepas dah solat tu, on the way menuruni bukit lepas keluar dari masjid tu ternampak sebuah restoran halal yang ade forummer penah try iaitu Murree Restaurant. Kedai makan ni restoran halal yang menjual pelbagai jenis makanan korean versi halal. Hihi...Kecik je kedainya...tapi dekorasi yang agak menarik. Setiap seorang daripada kami order dish yang berlainan. Kami order bimbibap, bulgogi, kimchi jiggae, kimchi singgang daging (ok yang ni aku lupa, sebab rasanya sebijik macam singgang daging, sedappp!). Overall, bulgogi yang paling sedappp! Harga untuk setiap dish lebih kurang KRW10,000. Ni dah termasuk nasik tau.  Tak rugi kalo order, singgang daging pun sedappp! Yang lain-lain tu kureng skit maybe bukan selera anak melayu macam aku. Melayu kah? Hahaha. 






Lepas dah mentekedarah kat Murree Restaurant tu, beredarlah kami untuk pulang semula ke guesthouse. Seharian berjalan....maunya tak penat. Btw, suhu pada hari ni dropped giler-giler ok! Dalam almost 1 darjah celcius. Gilerr punye sejukk! Ramai yang cakap suhu dropped giler. Even korean pun. Tapi sebelum kami balik, singgah dulu kat sebuah kedai souvenirs ni beli t-shirts. T-shirts yang ada kat sini design dia lain skit, maka dengan tak rasminya harga pun boleh tahan mahal lebih kurang KRW10,000 sehelai. Takleh kurang langsung! So, aku beli satu untuk aku, satu lagi untuk Aqilah. Yakni anak Chawanna. Sebab ape aku beli? Haaa...sebab Chawanna sudi pinjamkan lens kamera yang superb! Thank you!!! 

Owh ya, bila dah sampai kat Korea ni haruslah bergaya macam orang dorang. Dorangkan suka pakai spek yang takde power buat-buat macam nerd. So, aku belilaaaa satu spek untuk aku kat gerai tepi jalan tu. Mahal ok satu dalam KRW13,000. Sebab nak jugak...aku beli! Hahaha...tengok ni...hensem tak??? Hahaha...












Till then...wasalam. 

Saturday, November 26, 2011

Hi Seoul! - Soul of Asia : Day 2

*Entry ni dah aku update..harap maklum*

Assalamualaikum! 

First thing first, esok aku dah start cuti for 2weeks!!! Tapi bukan cuti saje-saje ye...study leave ok! Harap-harap lulus laaa kali nih. Abes duit jek kalo asyik failed jek. Btw, thank you soooo much kepada anticipated readers yang duk tanya bila nak sambung untuk hari ke-2 lak. Untuk komen-komen yang kat entry day 1, thank you sooo much! *muah muah muah* 

Ok, malam ni jugakkkk aku sambung entry Day 2 ni untuk korang. Harap-harap sempat ler siap. 

Day 2 - 13/11/11

Macam biasa bangun awal...bersiap dan turun breakfast kat living hall. Makan roti bakar dengan jem bersama dengan penginap yang lain. Tak ramai pun dalam 2 3 orang camtu je. Borak-borak sesama sendiri. Aku perhatikan kalo orang dorang ni, i mean korean people dorang kalo duk kat semeja sekali mesti bercakap dengan geng sendiri je. Tapi kalo orang melayu pun camtu jugak. Hehehe...dorang nak tegur kita pun macam segan-segan. Maybe sebab masalah bahasa. Nak mulakan perbualan tu agak kekok. Nak mintak jem ngan aku pun kene tanya kawan-kawan lain macam mana nak sebut jem. Huhuhuhu....

Orait...tak nak menceceh banyak-banyak. Destinasi yang pertama untuk hari ni ialah melawat istana. Kat Seoul ni ada banyak istana lama yang dipelihara dan menjadi warisan UNESCO. Ada Gyeongbukgung Palace, Chandeokgung Palace, Deoksugung Palace. Tapi sebab dari opinion dari teman-teman. Dorang cakap pegi 2 sahaja dah memadai kerana mostly senibinanya adalah lebih kurang sama je. So, aku pilih Deoksugung Palace and Gyeongbukgung Palace. Kedua-dua tempat ni dekat-dekat je antara satu sama lain.

Direction untuk Deoksugung Palace:
Ade dua line subway untuk sampai ke sini. Nama stesen subway ialah City Hall
1. Line 1 kaler biru, keluar Exit 2
2. Line 2 kaler hijau, keluar Exit 3

Kitaorang sampai ke Deoksugung Palace dalam pukul 10 pagi camtu. Actually boleh sampai awal lagi, sebab gerak dari guesthouse pun agak lambat. Kene bersiar-siar berjalan-jalan lagi dalam bangunan subway bak ibarat 4 @ 5 tingkat bangunan bawah tanah. Kene menapak lagi kan...hahah. Exercise di awal pagi. Habes hadam roti bakar aku! 


Time sampai tu, orang tak berapa ramai lagi. Owh ya, Deoksugung ni terletak betol-betol depan City Hall Building. Actually, aku ingatkan bangunan ni dah siap, rupanya still under construction. Kalo tak silap aku, City Hall ni ibarat Dataran Merdeka la kalo kat Malaysia. Time ni ade festival benda ntah. Ok...bila dah sampai depan istana tu haruslah bergambar dulu kat depan pintu gerbang tu. Kat situ jugak ada askar-askar yang duk berkawal. Boleh pegi approach dorang untuk amek gambar. Just berdiri je tepi dorang. Takleh peluk bagai, haram ok! Btw, can u imagine dorang boleh preserve kawasan istana yang agak luas ni tengah-tengah bandar yang kiri kanan pesat membangun! Bravo ok! Plus pokok-pokok maple bersepah! Tapi sayang..daun-daun dah banyak kering dan gugur. Takde yang kaler merah maroon tu. Huhuhu

Kat situ jugak, ade booth untuk terai @ try baju traditional dorang iaitu hanbok. It's freeeeeeeee.....hihihi. Apa lagi, time tu takde nampak orang yang nak try, group aku yang first pegi try. Kang ramai orang tak best lak. Hahaha....berposing sakan depan istana tu. Orang lalu lalang duk tengok dah tak kisah dah time tu. Janji posing! Owh ya, gambar-gambar yang ada muka kitaorang, aku cartoonkan la ek. Yang penting ape yang ditunjukkan adalah niat yang sebetolnya aku nak tunjuk.






Ok then, masa untuk masuk ke dalam Deoksugung Palace. Ada entrance fee berharga hanya KRW1,000 sahaja. Tak mahal pun. Kawasan istana ni tak seberapa besar mana pun. Owh ya, kalo korang nak datang sini, masa yang sesuai untuk datang ialah samada sebelom pukul 11 pagi, 2 petang ataupun 3.30 petang. Sebabnya, masa-masa tu ada upacara changing guard. Alaa...sama macam kat Buckingham Palace kat London. Dan jugak, upacara ni takde pada hari Isnin.

Ok jom layan gambar apa yang ada kat dalam kawasan Deoksugung Palace ni. May the pictures speak for themselves! 





aku suka gambar ni sebab burung terbang!

sedang cuba bwt daun-daun terbang! hahaha


balai mengadap
Time kitaorang masuk dalam kawasan ni, hurm...ade certain area je yang daun-daun kuning lawaaa...yang lain ilek..daun kering je banyak. Tapi okla dari takde langsung. Sejarah istana ni yang sempat aku google hanyalah tempat kediaman raja-raja yang memerintah korea. Sudah banyak kali bertukar nama....akhirnya kepada Deoksugung.





salah sebuah rumah korea yang ada dalam kawasan istana





Kitaorang spent dalam kawasan Deoksugung Palace dalam sejam lebih camtu. Next destination is Gwanghamun Square, Gyeongbokgung Palace. Tak jauh pun jalan kaki untuk ke sini. Kalo korang kuar dari Deoksugung Palace ni, terus belok kiri. Jalan terusssss je. Dari jauh akan nampak tugu kat area Gwanghamun Square, bahkan akan nampak sekali pintu gerbang Gyeongbokgung Palace. Kene jalan kaki dalam lebih kurang 500 metres sahaja. Bukan jauh mana pun. Kalo nak naik subway pun boleh. Tapi kenapa perlu bazirkan duit. Ye tak? Hihihi.. Kalo korang tak tau jugak macam mana nak ke sana, jangan segan atau malu untuk approach information guide yang ade berlegar-legar kat area istana. Dorang pakai baju dan topi berwarna merah. Kat topi tu ada tulis huruf i. Boleh berbahasa inggeris. So, don't worry too much. 



City Hall

Bunga kobis dijadikan hiasan


Direction to Gyeongbokgung Palace:
1. Gyeongbokgung Station, Line 3 kaler oren, Exit 5
2. Gwanghamun Station, Line 5 kaler purple, Exit 2 

Alrite....berjalanlah kami menuju ke istana yang seterusnya. Tapi, before sampai istana dan jugak Gwanghamun Square, kita akan lalu Cheongyecheon Stream. Korang mesti tau kan stream yang sangat femes kat Seoul ni. Harus datang sini kalo melawat Korea Selatan. Sedikit sejarah mengenai stream ni boleh refer kat SINI dan SINI JUGAK  . Time ni ada lantern festival, so dapat tengok lantern dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kalo malam mesti lagi cantikkkk...cant wait to come here again!





Lepas dah berjalan menyusuri stream ni, kitaorang patah balik menuju ke Gwanghamun Square. Ketika ni, aku pelik jugak ramai korean yang duk bersiar-siar bawak anak bini jejalan. Tak keje kah? Musykil musykil...ramai je memanjang kat tempat tumpuan pelancong.

Statue of Admiral Yi Sun-Shin


kecik-kecik dah diajar untuk bergaya sakan, mesti high maintenance nanti besar nih! Hihihi


King Sejong Statue
Ok..kat penghujung dataran ni kita akan nampak Gwanghamun Gate. Banyak sungguh sejarah mengenai pintu gerbang ni. Mengalami banyak resolusi sejak dari dulu lagi. Aku tepek skit info dari Wikipedia ok. 

"Gwanghwamun was first constructed in 1395 as the main gate to Gyeongbokgung Palace, the main and most important royal palace during the Joseon Dynasty. During the 1592 Japanese Invasion, it was destroyed by fire and left in ruins for over 250 years."

"Gwanghwamun was reconstructed in 1867 along with the rest of Gyeongbokgung Palace by the order of regent Daewongun during the reign of Emperor Gojong. The gate stood until 1926, when the Japanese government had it deconstructed and moved it just to the southeast of the current location of the National Folk Museum of Korea to make way for the massive Japanese Governor General Building.

The Korean war completely destroyed the wooden structure of Gwanghwamun, and its stone base lay in complete disrepair and neglect. In 1963, during Park Chung-hee's administration, the stone base was again relocated in front of the Japanese Governor General Building. The destroyed wooden structure was rebuilt in concrete, while the sign on Gwanghwamun was written by Park himself. Gwanghwamun remained as a concrete gate until late 2006."

"Gwanghwamun underwent a major restoration project since December 2006 and was finished in August 2010. The gate was disassembled and moved back to its original location 14.5 meters to the south, and its wooden structure was again reconstructed in wood. It was rotated in order to accurately place the gate to its original location, which perfectly aligns it with the main north-south axis of Gyeongbokgung Palace. The restoration was commenced by the Korean government because an earlier restoration employed concrete instead of traditional materials and wrongly aligned the gate to the entrance of the Governor General Building, now destroyed."

"The aim of the latest renovation was to restore Gwanghwamun to its original wooden construction while paying meticulous attention to historical accuracy. The name plate of Gwanghwamun was recreated by analyzing its century-old glass plate photographs, while its wooden structure was devised from a blueprint created in 1925 by the Japanese Colonial Government. Pine wood used in the construction was painstakingly selected in Korea as the use of foreign imported wood for recreating Korea's historic buildings was strictly forbidden."

Wow...bila aku baca balik sangat-sangat menarik. Kalo korang google, pada zaman pemerintahan Jepun, kat belakang gate ni ada bangunan pentadbiran Jepun. Sekarang ni dah takde...dah dirobohkan. Yang ada hanyalah binaan semula Gyeongbokgung Palace sebabnya most of the building were destroyed by Japan. Kawasan ni adalah sangat luas ok.  Kawasan ni sangat-sangat cantik. Ramai sungguh orang datang melawat palace ni. Aku bila tengok ramai orang mulala rimas sebabnya susah nak amek gambar yang clean dari orang ramai..yela, tak cantik ok! Kitaorang decided untuk skip je istana ni dulu. Maybe on my next visit, aku mesti datang!

Gwanghamun Gate




Lepas dah skip tu...kitaorang decide nak pegi Bukchon Hanok Village. Tak jauh pun jalan kaki ke sini dari Gyeongbokgung Palace tu. Dalam 10-15 minit berjalan kaki. Apa ada kat Bukchon Hanok Village ni? Haaa...kat sini laa kita boleh tengok rumah traditional orang korea. Kat sini, kebanyakkan rumah asal dari zaman dulu lagi. Dorang just bina yang baru takpun upgrade yang lama tu. Kawasan kat kampung agak berbukit ye, memerlukan stamina yang tinngi untuk mendaki. Sekali lagi, awek-awek cun korea gigih mendaki dengan heels 3-4inci. Perghhh!!!

Owh ya, sebelum kitaorang start mendaki kampung hanok ni. Kami berhenti rehat dulu kat satu coffee shop yang kat sebelah kedai Coffee Bean dan jugak depan information counter. Nanti compilation of coffee shop yang aku masuk akan ku bwt. Tapi aku just tak cite kat sini je ok. Btw, aktiviti singgah lepak di coffee shop adalah aktiviti WAJIB ye bila berada kat Seoul. Korang pun kene buattt ok. Spesis kaki berangan macam aku ni harus laa bergaya sakan masuk coffee shop! Hahaha.

Direction Bukchon Hanok Village: Turun kat Anguk Station (Line 3) kaler oren, pastu Exit 2. Jalan lebih kurang 300meter sahaja. Ada papan tanda untuk ke sini. Sila tengok-tengok yee....

Back to the story. Sebelum korang start explorasi kampung hanok ni. Adalah baiknya korang jenguk sekejap kaunter informasi tu. Korang kene dapatkan peta @ maps keseluruhan kampung hanok ni. Dorang akan bagitau 8 photospots yang kita perlu pergi untuk dapatkan images yang best kat kampung hanok ni. Selain itu, ada jugak information guides berlegar-legar kat area kampung hanok tu untuk membantu. Tak perlu gusar ok. Ayuhhh kita tengok gambar. Owy ya, kat bawah ni gambar on the way menuju ke kampung hanok.

Ooopppsss!!!!

THIS IS NOT A REAL MUSEUM! IT'S JUST A CONSTRUCTION SITE AT THE BACK OF THIS! HAHAH


Yang ni pulak....beberapa pictures kat kawasan sekitar Hanok Village. Sempat cover 5 dari 8 photospots yang dicadangkan. Orait la tu kan..penat wehh nk daki turun naik bukit. Next trip cover yang 3 lagi ok!











Bila dah setel melawat Hanok Village ni, time ni dah pukul 3 petang dah. Next destination ialah Insadong. Kat sini ibarat Central Market ada jual kraftangan dan tempat kebudayaan kat Seoul. Macam-macam barang antik yang boleh dapat kat sini. Btw, hari ahad ada flea market yang dibuka di Insadong. Memang ramai orang dapat jalan-jalan kat sini. Nak beli souvenirs pun boleh. My own opinion, kat sini harga barang-barang agak mahal. So, tak payah beli kat sini..beli kat Namdaemun Market saje. Mode of transportation untuk ke sini, kitaorang just jalan kaki je sambil makan waffle beli tepi jalan sebab dah lapar. Hahaha....

KRW1,000 sahaja...sedapppp!

Direction to Insadong: Turun kat Anguk Station (Line 3)

Kat Insadong jugak, korang boleh jumpa Starbucks original yang dikatakan yang pertama dibuka di Seoul. Tulisan sume dalam Hangul yakni bahasa korea. Sekali lagi ditekankan, aku tak masuk pun just amek pictures dari luar sahaja.





Haaa....lepas balik dari Insadong tu terus balik guesthouse tu. Malam dinner dengan instant rice je beli kat Family Mart. Malam lak jejalan kat Myeongdong pulak...hehehe.

Till then...wasalam.