Saturday, November 26, 2011

Hi Seoul! - Soul of Asia : Day 2

*Entry ni dah aku update..harap maklum*

Assalamualaikum! 

First thing first, esok aku dah start cuti for 2weeks!!! Tapi bukan cuti saje-saje ye...study leave ok! Harap-harap lulus laaa kali nih. Abes duit jek kalo asyik failed jek. Btw, thank you soooo much kepada anticipated readers yang duk tanya bila nak sambung untuk hari ke-2 lak. Untuk komen-komen yang kat entry day 1, thank you sooo much! *muah muah muah* 

Ok, malam ni jugakkkk aku sambung entry Day 2 ni untuk korang. Harap-harap sempat ler siap. 

Day 2 - 13/11/11

Macam biasa bangun awal...bersiap dan turun breakfast kat living hall. Makan roti bakar dengan jem bersama dengan penginap yang lain. Tak ramai pun dalam 2 3 orang camtu je. Borak-borak sesama sendiri. Aku perhatikan kalo orang dorang ni, i mean korean people dorang kalo duk kat semeja sekali mesti bercakap dengan geng sendiri je. Tapi kalo orang melayu pun camtu jugak. Hehehe...dorang nak tegur kita pun macam segan-segan. Maybe sebab masalah bahasa. Nak mulakan perbualan tu agak kekok. Nak mintak jem ngan aku pun kene tanya kawan-kawan lain macam mana nak sebut jem. Huhuhuhu....

Orait...tak nak menceceh banyak-banyak. Destinasi yang pertama untuk hari ni ialah melawat istana. Kat Seoul ni ada banyak istana lama yang dipelihara dan menjadi warisan UNESCO. Ada Gyeongbukgung Palace, Chandeokgung Palace, Deoksugung Palace. Tapi sebab dari opinion dari teman-teman. Dorang cakap pegi 2 sahaja dah memadai kerana mostly senibinanya adalah lebih kurang sama je. So, aku pilih Deoksugung Palace and Gyeongbukgung Palace. Kedua-dua tempat ni dekat-dekat je antara satu sama lain.

Direction untuk Deoksugung Palace:
Ade dua line subway untuk sampai ke sini. Nama stesen subway ialah City Hall
1. Line 1 kaler biru, keluar Exit 2
2. Line 2 kaler hijau, keluar Exit 3

Kitaorang sampai ke Deoksugung Palace dalam pukul 10 pagi camtu. Actually boleh sampai awal lagi, sebab gerak dari guesthouse pun agak lambat. Kene bersiar-siar berjalan-jalan lagi dalam bangunan subway bak ibarat 4 @ 5 tingkat bangunan bawah tanah. Kene menapak lagi kan...hahah. Exercise di awal pagi. Habes hadam roti bakar aku! 


Time sampai tu, orang tak berapa ramai lagi. Owh ya, Deoksugung ni terletak betol-betol depan City Hall Building. Actually, aku ingatkan bangunan ni dah siap, rupanya still under construction. Kalo tak silap aku, City Hall ni ibarat Dataran Merdeka la kalo kat Malaysia. Time ni ade festival benda ntah. Ok...bila dah sampai depan istana tu haruslah bergambar dulu kat depan pintu gerbang tu. Kat situ jugak ada askar-askar yang duk berkawal. Boleh pegi approach dorang untuk amek gambar. Just berdiri je tepi dorang. Takleh peluk bagai, haram ok! Btw, can u imagine dorang boleh preserve kawasan istana yang agak luas ni tengah-tengah bandar yang kiri kanan pesat membangun! Bravo ok! Plus pokok-pokok maple bersepah! Tapi sayang..daun-daun dah banyak kering dan gugur. Takde yang kaler merah maroon tu. Huhuhu

Kat situ jugak, ade booth untuk terai @ try baju traditional dorang iaitu hanbok. It's freeeeeeeee.....hihihi. Apa lagi, time tu takde nampak orang yang nak try, group aku yang first pegi try. Kang ramai orang tak best lak. Hahaha....berposing sakan depan istana tu. Orang lalu lalang duk tengok dah tak kisah dah time tu. Janji posing! Owh ya, gambar-gambar yang ada muka kitaorang, aku cartoonkan la ek. Yang penting ape yang ditunjukkan adalah niat yang sebetolnya aku nak tunjuk.






Ok then, masa untuk masuk ke dalam Deoksugung Palace. Ada entrance fee berharga hanya KRW1,000 sahaja. Tak mahal pun. Kawasan istana ni tak seberapa besar mana pun. Owh ya, kalo korang nak datang sini, masa yang sesuai untuk datang ialah samada sebelom pukul 11 pagi, 2 petang ataupun 3.30 petang. Sebabnya, masa-masa tu ada upacara changing guard. Alaa...sama macam kat Buckingham Palace kat London. Dan jugak, upacara ni takde pada hari Isnin.

Ok jom layan gambar apa yang ada kat dalam kawasan Deoksugung Palace ni. May the pictures speak for themselves! 





aku suka gambar ni sebab burung terbang!

sedang cuba bwt daun-daun terbang! hahaha


balai mengadap
Time kitaorang masuk dalam kawasan ni, hurm...ade certain area je yang daun-daun kuning lawaaa...yang lain ilek..daun kering je banyak. Tapi okla dari takde langsung. Sejarah istana ni yang sempat aku google hanyalah tempat kediaman raja-raja yang memerintah korea. Sudah banyak kali bertukar nama....akhirnya kepada Deoksugung.





salah sebuah rumah korea yang ada dalam kawasan istana





Kitaorang spent dalam kawasan Deoksugung Palace dalam sejam lebih camtu. Next destination is Gwanghamun Square, Gyeongbokgung Palace. Tak jauh pun jalan kaki untuk ke sini. Kalo korang kuar dari Deoksugung Palace ni, terus belok kiri. Jalan terusssss je. Dari jauh akan nampak tugu kat area Gwanghamun Square, bahkan akan nampak sekali pintu gerbang Gyeongbokgung Palace. Kene jalan kaki dalam lebih kurang 500 metres sahaja. Bukan jauh mana pun. Kalo nak naik subway pun boleh. Tapi kenapa perlu bazirkan duit. Ye tak? Hihihi.. Kalo korang tak tau jugak macam mana nak ke sana, jangan segan atau malu untuk approach information guide yang ade berlegar-legar kat area istana. Dorang pakai baju dan topi berwarna merah. Kat topi tu ada tulis huruf i. Boleh berbahasa inggeris. So, don't worry too much. 



City Hall

Bunga kobis dijadikan hiasan


Direction to Gyeongbokgung Palace:
1. Gyeongbokgung Station, Line 3 kaler oren, Exit 5
2. Gwanghamun Station, Line 5 kaler purple, Exit 2 

Alrite....berjalanlah kami menuju ke istana yang seterusnya. Tapi, before sampai istana dan jugak Gwanghamun Square, kita akan lalu Cheongyecheon Stream. Korang mesti tau kan stream yang sangat femes kat Seoul ni. Harus datang sini kalo melawat Korea Selatan. Sedikit sejarah mengenai stream ni boleh refer kat SINI dan SINI JUGAK  . Time ni ada lantern festival, so dapat tengok lantern dalam pelbagai bentuk dan rupa. Kalo malam mesti lagi cantikkkk...cant wait to come here again!





Lepas dah berjalan menyusuri stream ni, kitaorang patah balik menuju ke Gwanghamun Square. Ketika ni, aku pelik jugak ramai korean yang duk bersiar-siar bawak anak bini jejalan. Tak keje kah? Musykil musykil...ramai je memanjang kat tempat tumpuan pelancong.

Statue of Admiral Yi Sun-Shin


kecik-kecik dah diajar untuk bergaya sakan, mesti high maintenance nanti besar nih! Hihihi


King Sejong Statue
Ok..kat penghujung dataran ni kita akan nampak Gwanghamun Gate. Banyak sungguh sejarah mengenai pintu gerbang ni. Mengalami banyak resolusi sejak dari dulu lagi. Aku tepek skit info dari Wikipedia ok. 

"Gwanghwamun was first constructed in 1395 as the main gate to Gyeongbokgung Palace, the main and most important royal palace during the Joseon Dynasty. During the 1592 Japanese Invasion, it was destroyed by fire and left in ruins for over 250 years."

"Gwanghwamun was reconstructed in 1867 along with the rest of Gyeongbokgung Palace by the order of regent Daewongun during the reign of Emperor Gojong. The gate stood until 1926, when the Japanese government had it deconstructed and moved it just to the southeast of the current location of the National Folk Museum of Korea to make way for the massive Japanese Governor General Building.

The Korean war completely destroyed the wooden structure of Gwanghwamun, and its stone base lay in complete disrepair and neglect. In 1963, during Park Chung-hee's administration, the stone base was again relocated in front of the Japanese Governor General Building. The destroyed wooden structure was rebuilt in concrete, while the sign on Gwanghwamun was written by Park himself. Gwanghwamun remained as a concrete gate until late 2006."

"Gwanghwamun underwent a major restoration project since December 2006 and was finished in August 2010. The gate was disassembled and moved back to its original location 14.5 meters to the south, and its wooden structure was again reconstructed in wood. It was rotated in order to accurately place the gate to its original location, which perfectly aligns it with the main north-south axis of Gyeongbokgung Palace. The restoration was commenced by the Korean government because an earlier restoration employed concrete instead of traditional materials and wrongly aligned the gate to the entrance of the Governor General Building, now destroyed."

"The aim of the latest renovation was to restore Gwanghwamun to its original wooden construction while paying meticulous attention to historical accuracy. The name plate of Gwanghwamun was recreated by analyzing its century-old glass plate photographs, while its wooden structure was devised from a blueprint created in 1925 by the Japanese Colonial Government. Pine wood used in the construction was painstakingly selected in Korea as the use of foreign imported wood for recreating Korea's historic buildings was strictly forbidden."

Wow...bila aku baca balik sangat-sangat menarik. Kalo korang google, pada zaman pemerintahan Jepun, kat belakang gate ni ada bangunan pentadbiran Jepun. Sekarang ni dah takde...dah dirobohkan. Yang ada hanyalah binaan semula Gyeongbokgung Palace sebabnya most of the building were destroyed by Japan. Kawasan ni adalah sangat luas ok.  Kawasan ni sangat-sangat cantik. Ramai sungguh orang datang melawat palace ni. Aku bila tengok ramai orang mulala rimas sebabnya susah nak amek gambar yang clean dari orang ramai..yela, tak cantik ok! Kitaorang decided untuk skip je istana ni dulu. Maybe on my next visit, aku mesti datang!

Gwanghamun Gate




Lepas dah skip tu...kitaorang decide nak pegi Bukchon Hanok Village. Tak jauh pun jalan kaki ke sini dari Gyeongbokgung Palace tu. Dalam 10-15 minit berjalan kaki. Apa ada kat Bukchon Hanok Village ni? Haaa...kat sini laa kita boleh tengok rumah traditional orang korea. Kat sini, kebanyakkan rumah asal dari zaman dulu lagi. Dorang just bina yang baru takpun upgrade yang lama tu. Kawasan kat kampung agak berbukit ye, memerlukan stamina yang tinngi untuk mendaki. Sekali lagi, awek-awek cun korea gigih mendaki dengan heels 3-4inci. Perghhh!!!

Owh ya, sebelum kitaorang start mendaki kampung hanok ni. Kami berhenti rehat dulu kat satu coffee shop yang kat sebelah kedai Coffee Bean dan jugak depan information counter. Nanti compilation of coffee shop yang aku masuk akan ku bwt. Tapi aku just tak cite kat sini je ok. Btw, aktiviti singgah lepak di coffee shop adalah aktiviti WAJIB ye bila berada kat Seoul. Korang pun kene buattt ok. Spesis kaki berangan macam aku ni harus laa bergaya sakan masuk coffee shop! Hahaha.

Direction Bukchon Hanok Village: Turun kat Anguk Station (Line 3) kaler oren, pastu Exit 2. Jalan lebih kurang 300meter sahaja. Ada papan tanda untuk ke sini. Sila tengok-tengok yee....

Back to the story. Sebelum korang start explorasi kampung hanok ni. Adalah baiknya korang jenguk sekejap kaunter informasi tu. Korang kene dapatkan peta @ maps keseluruhan kampung hanok ni. Dorang akan bagitau 8 photospots yang kita perlu pergi untuk dapatkan images yang best kat kampung hanok ni. Selain itu, ada jugak information guides berlegar-legar kat area kampung hanok tu untuk membantu. Tak perlu gusar ok. Ayuhhh kita tengok gambar. Owy ya, kat bawah ni gambar on the way menuju ke kampung hanok.

Ooopppsss!!!!

THIS IS NOT A REAL MUSEUM! IT'S JUST A CONSTRUCTION SITE AT THE BACK OF THIS! HAHAH


Yang ni pulak....beberapa pictures kat kawasan sekitar Hanok Village. Sempat cover 5 dari 8 photospots yang dicadangkan. Orait la tu kan..penat wehh nk daki turun naik bukit. Next trip cover yang 3 lagi ok!











Bila dah setel melawat Hanok Village ni, time ni dah pukul 3 petang dah. Next destination ialah Insadong. Kat sini ibarat Central Market ada jual kraftangan dan tempat kebudayaan kat Seoul. Macam-macam barang antik yang boleh dapat kat sini. Btw, hari ahad ada flea market yang dibuka di Insadong. Memang ramai orang dapat jalan-jalan kat sini. Nak beli souvenirs pun boleh. My own opinion, kat sini harga barang-barang agak mahal. So, tak payah beli kat sini..beli kat Namdaemun Market saje. Mode of transportation untuk ke sini, kitaorang just jalan kaki je sambil makan waffle beli tepi jalan sebab dah lapar. Hahaha....

KRW1,000 sahaja...sedapppp!

Direction to Insadong: Turun kat Anguk Station (Line 3)

Kat Insadong jugak, korang boleh jumpa Starbucks original yang dikatakan yang pertama dibuka di Seoul. Tulisan sume dalam Hangul yakni bahasa korea. Sekali lagi ditekankan, aku tak masuk pun just amek pictures dari luar sahaja.





Haaa....lepas balik dari Insadong tu terus balik guesthouse tu. Malam dinner dengan instant rice je beli kat Family Mart. Malam lak jejalan kat Myeongdong pulak...hehehe.

Till then...wasalam.

48 comments:

  1. aik, pukul brp ni ko update? tak tido ke? eh aku ni tanya org aku pun sama burung hantu..hehehe

    aku ada cerita lawak masa kat deoksugung...cam bangang jek..dtg punya beria sekali tutop!!! pastu baru tau tak bukak hari isnin. fadan lah muke :P

    klu tak sure aku dah merasa pakai baju hanbok tu kan? takpelah, dlm mimpi jelah nmpknya. aku nak pakai kimono nanti sbg gantian..cewah~

    aku rasa daun2 time ko pegi ni byk yg dah gugur ala2 togel je sume pokok, tp still ada yg kaler merah so okla tu. time aku haritu byk hijau kekuningan...ko ada tak simpan daun utk aku? ngee~

    oh mai, tetiba aku nmpk budak kecik pakai coat burberry....terkesim seketika...gile bapok stylo kecik2..klu ciplak pun still stylo la jgk kan? kekecik dah ajo branded, beso nti tah mende plak le pakai...

    last but not least, goodluck, study lelok...hopefully ko tak ripit paper. hehehehe :)

    ReplyDelete
  2. harus sungguh santek gambar2 ni time autumn siap pakai hanbok bagai mmg ley feelin2 retis korea :)

    Anyway pasan x guard2 kt gwanghamun gate tu sume gigih berdiri xde perasaan...even if take pic sblh2 pon wat bodo je...siap ade yg ley tdo ms berdiri tegak...dasat :P

    ReplyDelete
  3. ahaa... kat sana pon ada pokok kobis tu! aku ingat ada kat sini sajok. aku jumpa dua version kobis yg berbeza kat sini (except kobis konvensional tu lah).


    http://syukcurz-ii.blogspot.com/2011/11/aku.html

    http://syukcurz-ii.blogspot.com/2011/11/ko-mampu-haha-ps-paris-18hari-lg.html

    ReplyDelete
  4. fuh,finally update jugak.dari semalam tunggu setiap 10 minit check,dah update belum.hehe.

    banyak info boleh dapat dari En John ni.info-info ni menyebabkan saya fikir 2 3 kali untuk ambil travel agent.En John rasa kalau saya travel sendiri dengan budak kecik umur 5 tahun,selamat dan senang tak?

    ReplyDelete
  5. @Fatt!
    hahaha...pukul yg tercatat kat bawah tu ler aku update. tp aku tak tido lag sbb duk blogwalking....baru je baca entry liliriani! hahaha...kdg2 internet ni bwt aku jadik burung antoo....

    HAHAHA...YA ALLAH! korang tak check ke? rugi lak sbb penat2 dtg jauh2...dorang tutup kalo tak silap isnin dengan selasa. bab ni mmg kene check betol2. ;)

    ape mksd ko klu tak sure aku dah merasa pakai hanbok. means pakai ke tak ni? hihihi....keliru dah aku ni. tggu pakai kimono teruss lah! abes-abesa dia ikat kain kat pinggang ko nnt. kerengga ler jawabnya body ko. kihkihkih.

    EXACTLY! BYKK DAH GUGUR...sedih ok. tu pun ade sisa je ni. daun untuk ko ade....ko nk aku laminate x?

    psl stylo milo tu..perghhh mmg dididik oleh parents utk bergaya. sbbnya baju untuk budak2 kat korea ni mmg cun melecun wehhh! bila aku tnye rege, mahal jugakkk lebih kurang mcm baju utk adult jgk. owh ya, kat namdaemun bersepah baju coat burberry utk budak2. hehe...lawaaaakkk dan comey.

    thank you for your wish! ko pun tido lambat nih! hahah.

    ReplyDelete
  6. @Ainlicious,
    hahaha..thank you again. harusss laaa fefeeling retis korea bila kat sana ok! lol. yup..mg perasan yg sume guard kat sana take perasaan. tp bila dh pegi amek gmbr tu, we all said kamsamina, dorang respon tp takde la segalak mana. just mcm angguk kepala camtu je. yela, berkawal kene laa ade disiplin.



    @Syuk,
    hahaha...menarikk kan? ni mmg kobis dijaga dgn elok nih!



    @Pineapple,
    adoyaiii....thank you sgt2 sbb gigih duk tggu entry ni. keadaan tak mengizinkan utk update cpt2.

    sy hnya berkongsi ape yg saya tau je. kalo budak umut 5 tahun tu tak byk ragam, insyaALLAH ok. tp harus ingt ye, kat korea ni kalo berjalan sendiri TERSANGATLAHHHH PENATT! jgn main2 tau. org dewasa pun boleh pengsan naik turun tangga subway. huhuhu.

    ReplyDelete
  7. hoyeehh... bangun pagi2 terus2 aku bukak blog ko...penat tunggu ko update semalam.. hahahaha... addictive weh bace blog ko nih....
    kat bukchon tu mmg tak penah takde org gamaknye.. wat spoil gambo sungguh laa....anyway gambo2 ko mmg superb cam biase..... aku suka waffle bentuk love itu... :D

    ReplyDelete
  8. En John,ada jugak 2 3 org kawan-kawan yg dh penah pergi cakap macamtu.sebab tu lah saya sekarang dalam dilema,sama ada nak redah sendiri atau amik travel agent.hajat memang nak bawak budak umur 5 thn tu.sebab dia peminat kpop.hehe.

    ReplyDelete
  9. woo time aku gi ujung taun lepas bunga kobis tu warna putih je time winter...gini rupenye kaler bunga kobis tu..hehhehe

    ReplyDelete
  10. John, sory aku tak sempat nak baca habes lagi entry ni. Nanti aku baca ye, aku sempat tgok gambo je..

    Ada beberapa soalan nak tanya ko:-

    1. Ko coti 2 mgu????lamanya..ko study ke exam? Alamak banyak plak tanya. Sory. Apa² pon gudlak.

    2. Pulak banyak benau muka katun nih???? Sejak bilekah??? Hahhaa terjangkit Fatt nih!...

    Eh dua soklan je rupanya...

    Gambar as usual...superb!

    ReplyDelete
  11. semalam baca kat iphone, ending lain... tetiba lain lak...baca 2 kali kot tersalah entry *almost luku kepala sendri*

    again, nice capture on the scenes, hanok villange tuh i think appeared in once of the korean drama whereby father pompuan nih architect tersohor - my beautiful princes ke apa ntah. oh yah! adek i kpop fanatic, and sbb dia ler tukang download lagu tuk i and dia tak de lagu omputeh so i takda choice but kene ikut suka kpop ler....ehhehe... what a way kan.

    btw, minah jacket brown tuh nye jacket cool, did u ask her beli kat mana? ehhehehe..... AHHAHAHHA....HOOHOHO....

    mana mamat hensem korean yg dlm movie semua tuh...

    naked museum tuh masuk dak?> kat bali pun ada similar. ehehhe...

    ReplyDelete
  12. @Azra,
    gigih ko bangun pepagi terus bukak blog aku! kekeke..thanks! terharu nih! addictive ke? aku lagik addictive kat porem! maha bahaya punye racun! LOL.

    tula...kdg2 aku berharap aku yg conquer tempat tu utk 2jam. takmo kasik org lain masuk enterprem boley? hahaha....waffle tu sedappppp tp bentuk mmg menarikk! ala-ala love scene gitu.



    @Pineapple,
    hurm..pikir btol2 sbbnya mmg kene ade byk stamina. kang tak pasal2 anak awak tu meragam kat sana xmo jalan. tp kalo sy, redah jela...worth the penat bila kita puas hati. adeh...kecik2 dh minat kpop nih! hahaha...



    @Mis,
    hihihi...tuler. tak sangka sayur pun boleh jadik perhiasan...pasni boleh letak carrot lak. LOL.

    ReplyDelete
  13. @Janggel,
    hahaha...orait2. no hal bro.

    1. YES, dengan bangganya aku cakap aku cuti 2weeks! tp bukan utk senang2 la. kene stdy. aku stdy leave for 2weeks. exam aku 14dec nnt. harap2 tak fail mcm aritu ler. huhuhu. thank you bro!

    2. katun sbb xnk overexpose. nnt ramai lak yg berkenan nk bwt menantu. KAHKAHKAH!

    tanya lagik soklan bebanyak!

    ReplyDelete
  14. @Lily Riani,
    hahahaha...idakkk. i mmg bwt half je sbb ngntokk giler! td bangun pagi bru sambung tulis balik. kekeke.

    YES, Tp kalo x silap i, bukan area sini scene cerita tu. BTW, I WATCHED THAT DRAMA OK! WHICH IS PERSONAL TASTE! hahaha...pelakon die lee min ho a.k.a Boys Over Flowers tu. kalo u tgk la. hahaha. adek tu mmg gilerrr kpop kalo lagu omputih pun ilekkkk! hahaha.

    yeah, i pun perasan cool giler! stylo abes..mmg mcm takde jual kat butik mana2 kot. i think kat korea je ade. mybe i can search for you again bila i pegi sana. hahaha.

    movie mana ni lily?

    it's not a museum!!! hahaha...tipu sume tu. i mula2 tu mati2 ingt museum, ingt nk jugak masuk...rupenye construction site ok!!! hahahah...giler unik punye idea!

    ReplyDelete
  15. Hehheh... Muka2 cam hyunbin tak da ke? My current obsession. iPod nano i half lagu korea, qtr omputeh, 5 hindustani, qtr melayu, 4 jepun. Ahahahhaha i patut taruk ngr lain nye gak then baru trully asia

    Gambo u n chawan cantek2; yr end bila i go osaka nnt nak beli pentex kx lar.... Idaman sejak few yrs back.

    Ler miss statement "this is not a museum ...", hvg said that, bali betul ada naked painting museum.

    ReplyDelete
  16. oh kita ada amik gambar yg hampir serupa! tapi tak sama. mungkin kesan kamera & editing.

    btw, nice photos.

    ReplyDelete
  17. uih,3 inci tu dalam sabar je tu kot..aritu msa sy g Great Wall,hamek, lbih dr 3 inci macik korea tu wat panjat great wall.sgt2 eye-opening.dan dia panjat lagi tinggi dr sy =_='

    ReplyDelete
  18. wahh.. ni memang dah membangkitkan kerinduan nih. best2~... hebat gak tu cover 3 per 8. Kitaorang satu cover satu je. Tu pun dah tak larat sebab sehari sebelumnya dah memusing sehari suntuk. Banyak giler bukit kena cover. huhu

    yang orang korea tu kan, dia pemalu je lebih sebenarnya. Kalau time2 takde geng selalunya diaorang baik je. Serius...

    ReplyDelete
  19. Deoksugung Palace tu memang macam cun jek, gambar ko pun kebabom kat situ..

    Gambar daun maple kt pokok ko amik tu memang cun, I loike!!!

    Mati2 aku ingat naked museum tu betul weh!!hahaha

    P/s: Ni yang buatkan aku tak sabor nk petik kamera kt Jepun nih huhuhuh..

    ReplyDelete
  20. @Lily Riani,
    WAHHHHH!!! U MINAT HYUN BIN KE?? hahaha. adehh...mmg totally truly asia nih! jgn lupa lagu bangra ok! LOL

    my pictures bese2 je. ade jugak yg tak jadik. just klik klik klik je. OMG! u nk pegi osaka nnt??? jelesssssss!!! btw, i need your address. do drop me an email k. ;)

    statement tu i bru letak daaa...hihihi

    ReplyDelete
  21. @d_yanz,
    which photo? hihih..thank you for your compliment. am i still learning.. ;)



    @Anonymous,
    may i know ur nickname? yeah...bagi dorang beauty is really pain. hahah tu yg sanggup daki pakai heels.



    @Ainul Arina Madhiah,
    hahaa...rindu dh ke? me too! btw, 5 dari 8 ok. not 3. heheheh. mmg penatt giler kan? mmg boleh tercabut kaki nih. haishh..tp memorable experience.

    ReplyDelete
  22. @BlueEwoke,
    hahahah...thank you2! hasil dari lens ko jugak. =)

    susah jugak nk carik daun maple kat sana...ade je terus snap. yg lain2 dh bykk kering.

    aku pun mula2 pecaya tu museum ok!! rupenyee BUKANNN! hahahhaa.

    takpe. smpai jepun terus petik petik daannn petikk lagi!

    ReplyDelete
  23. hai, saya nak tanya....tmpt ats ni semua mmg dekat2 ke...

    ReplyDelete
  24. @Eka,
    yup...walking distance shaja.

    ReplyDelete
  25. Hey, John! U took study leave for what exam? Don't tell me is ACCA? Hahaha.. I am taking exam soon. That's why seldom update.

    By the way, gosh I don't dare to post my South Korea trips after seeing yours. All your photo damn nice and awesome. Mind to ask you got edit or not? >.<

    ReplyDelete
  26. John, aku datang balik!!!!

    Ok ko pegi tak taman apa tah nama dia, yg diorg bgtau hanya muda mudi je boleh masuk, org tua tak leh masuk? Ada pi tak? Aku pon tak tanya pulak nape.

    Kalo ikotkan sejarah , org2 korea ni still marah dengan org jepun. Tak sure la semua atau segelintir je. Ni client aku berbangsa korea sendiri bgtau aku, dia benci org jepun sebb dulu org2 jepun jajah diorang, diorg hidup susah dan macam² lagi la. Beria2 dia cerita kat aku.

    Ko pegi rumah Personel Taste tu???? Arghhh jeles. Sama tak macam dalam drama?

    ReplyDelete
  27. @Diana Teo,
    YES!!! ACCA! hahaha...just started my stdy leave. at my hometown now. too lazy too stdy! when u gonna post about ur korea trip?? been waiting for a long time alrdy lor....hihih.pls dont be intimidated though...huhuhu...i did edit but only a lil bit. add some colors and deepen the effect.

    ReplyDelete
  28. @Janggel,
    hahaha..secret garden! tu kat istana changeokgung. aku x pegi sbb tak cukup masa. mybe next visit..org ckp kat situ mmg lawaaaa gilerrr! hahaha.

    yup..aku pun ade dgr gak cite tu. dah laa negara jiran tp dorang mmg bersaing antara satu sama lain..maju pun sama2. kagum! kita ngn spore ni pun..haishhh..jauh panggang dari api. ayam pun x masak2 lagi nih!

    umah personal taste tu aku x sure kat mana...tp penah tgk kawan aku pegi. amek gmbr dr luar jela sbb mmg sebijik...aku takdela gigih benar nk g cari umah tu. hihih

    ReplyDelete
  29. Oic. Sama lah kita dalam satu kapal. Struggle with ACCA. Which paper are u taking now?

    I plan to blog about Korea next yr. Mau give way for my trip around Uk and Europe 1st :)

    ReplyDelete
  30. waa bestnye tgk sume pics tu...canteq okeh..;)

    cheongyecheon stream tu cantik kan.. aritu masa pg time summer so dorang ada wat pameran lukisan kat bwh tuh.. plus ada gak pokok buah ceri, sempat la jugak petik n makan..hahaha

    teruja jgk tgk bukchon hanok village tu...aritu tak pegi pon tapi baru2 ni ada tgk cite 2days1night, dorang g situ, clip clap kat 8 photospots trus rase cm nak pg lagi...hahaha

    family mart? hahaha kenangan takleh lupa, sempat beli pen kaler merah kat family mart konon nak wat kenangan blk mesia sb harga pen 500won.. sampai skg dok guna lagi, setiap kali tulis pakai pen tuh terimbau la kenangan kat korea...hahaha

    day 3 please.....;)

    ReplyDelete
  31. Gambar memang superb .. Jeles jeles... I mintak izin follow sikit yr direction tu, i rasa useful sangat. Sebab i ada gak survey plus lagi dgn yr direction tu.. Hopefully my trip will turn ok ... Can't wait for day 3.

    ReplyDelete
  32. ,huhu stress kejap sbb pny pnjg ak mengarang komen kat entry ko sblm ni sekali x sempat post ak tdelete huhu.skng ni ak addicted folo blog ko nh siap recommendkan kt kakak ak sbb dia nak g shenzhen n hongkong x lm lg so bley bc entry ko yg lps2 tuh n it turns out kakak ak knl la ko plk virtually,,ahli mesyuarat tingkap forum ctenya,,hehe.

    dl g sn x g pn deoksugung nh tp sempat g changdeokgung..bestla tgk daun2 tuh cantek..

    bukchon hanok village tuh wkt kteorg pegi sibok la dok tgk kot2 nmpk rmh sanggojae personal taste tuh..hahha. tp gl la penat asik daki bukit je stress bl d tmbh pnt daki tangga subway..blk dr seoul mmg fit gl lah citanya ngn daki namsan tower smp puncak lg.ak sndr amaze ngn stamina diri sendiri wakkakkka.:P..huhu

    ReplyDelete
  33. la, ko ni study lagi ke bang? hehehe!

    gambar mmg tak leh kata apa la, terbaek cun gile!

    aku kutip daun maple 4 warna kat sana la, mmg cun gile secret garden tu :)

    aku shopping kat insadong weh, aku masuk satu kedai uncle ni, aku tekan kaw2 :D sume souvenir aku sapu kat dia jer...

    ko beli kat pakcik waffle tu gak? samaaaaaaaaaaa! hahahaha! sedap tu makan panas2 :D

    kobis tu patut ko bawak sambal belacan, patu duk bersila, cicah2 sambil makan nasik ahahahaha!

    janggel, yup, kalo ko tgk sejarah, korea mmg marah kat jepun...lagi marah, orang2 pompuan dia la...sbb diorang jadi hamba seks masa tu...

    ReplyDelete
  34. @Diana Teo,
    P1! hahaha..coz i failed my last semester. hahah..quite playful. what to do. ok then...will wait for your entry.



    @Muna,
    thankkk youu!!! kat stream tu mmg cantikk. ade pokok ceri??? menarikkknyaaa!!! adehhh sy pegi daun sume luruh dah.

    kat bukchon tu mmg cantik, tp penat duk menapak jela. mmg boleh patah kaki turun naik bukit. nnt kalo pegi lagi, nk cari remaining 3 spots tu.

    day 3...tgh buat! hahah



    @Anis,
    thank you! boleh je...silakan copy and paste k. free takde kene byr pape pun. insyaALLAH..your trip gonna be just fine!

    ReplyDelete
  35. @Izariah Zainal,
    bertabah jela weh..aku pun penah kene camtu gak. last2 tak komen. hahaha. thank you sbb addicted to this blog.happy ok! sape kakak ko tu??? leh kasik nickname dia tak??? hahaha....

    tulahh...next trip nnt which is insyaALLAH nk g changdeokgung pulak. kat sana lagi cantik katanya..

    rumah sanggojae tu susah skit nk cri. but my friend dulu pegi managed to find ni. tp aku takdelah gigih benor nk crik sbb cite tu tak brape best! hahaha.

    ReplyDelete
  36. @Biqque,
    ko dah balik penang ke??? nak buah pala ade takkkk??? jgn bagi aku buah kepala hotak ko sudah la ok! hahaha.

    yelaa. stdy lagi tp amek part time je. gigih tak aku ni? LOL. secret garden tak pegi ler sbb tak cukup masa. mybe next trip.

    insadong..time tu kitaorang tak carik pun souvenirs. just jejalan sekeliling je pastu bosan. boleh tak camtu? hahah.

    BELI!!! sbb my faverit ok! kalo makan 10 bijik pun blom tentu kenyang lagi. hahaha. tp mmg sedapppp!

    hahah...haruslah bwt camtu. tp kene heret ko sama ok! kang tak pasal2 org tgk buang tebiat ke ape budak2 nih! hahah..dah laaa kobis tu btol2 tepi jalan besarrr!

    dengar tu janggel, cikgu sejarah berkata2 a.k.a mak hayam!

    ReplyDelete
  37. untung tuh dpt terai baju traditional dorg.. paling penting FREE! haha

    diharap pasnih istana negara tu pong dibukak la spy kite leh tgk ape aje la yg ade kt dlm tuh hehe.. eh bagus ek ade i-guide kt situ, xdek le cam bongok tcarik2..

    aku tingin la instant rice tuh.. sure sedap! hahahaha..

    last week kt KK aku nk minum stabak, tnya la adik tu accept tk J-card utk 10% less mcm kt KL. budak tu bleh jwb

    'terima kak, kita kan one malaysia' cilakak tul kalu gitu napa rega nye lagik mahal? hahahahhahahah

    ReplyDelete
  38. aku ingat nak beli gak asam2 kat chowrasta tu tuk kita lepak2 TAPIIIII korang kata nak lepak tahun dpn! mau berkulatttttttt hahahaha!

    eh bukan ko gi penang sat ke aritu? mesti kerana tuntutan kerja kan...

    aku ingat nak sambung master, tapi...tapi...tapi...aku tak leh la kalo tak full time, kang aku tak focus hahaha!

    gud lak!

    ReplyDelete
  39. @Ely,
    akak...ok, since ko dh bahasakan diri ko akak, aku pun dgn sukacita panggil ko kak ely. Boley? Hahaha.

    yup..kat sana mmg ade booth utk terai baju dorang..It;s free!!! sbb nk beli pun mmg mahal nk mampos!

    btol2...sy pun harap istana tu dibukak utk org ramai. nk jugak tengok ade ape dalam tu. kalo nk tgk istana baru mmg tak dapat laaa..yup2. gunakan sepenuh hati i-guide kat situ. mmg bykk giler mmbantu.

    instant rice tu sangat2 sedapppp!!! sticky rice and rasa dia mcm pulut skit. tp sedappp!

    curlast adik tu, ade gaya ahkak pink cara jawab. hahaha.

    ReplyDelete
  40. @Biqque,
    chowrasta tu kat mana pulakk? adoyaiii...mcm2 tempat ni ko pegi! takpelah, aku singgah umah ko jela lepak2 makan cekodok pun ok. ajak na skali. harusss byk cite nk cite ni, jgn lupa lily! ajak janggel skali sbb die duk bukit jalil jugak. kecil-kecilan pun takpe. yang grand punye tggu tahun depan.

    pegi ler penang..kejap je. esknya pagi terus cabut balik KL. curlast tak aku? hahaha.

    hurm...aku dh takde hati dah nk sambung blaja. pikir duk nk travel pastu nk keje je. hahah..kalo boleh travel utk keje. camne tu? hahah thank you!!!

    ReplyDelete
  41. ha menarik gak tu lepak kecil2an :D

    penang tu banyak tempat siut bleh explore, nak2 tempat makan...kalo ko nak gi lagi, nanti aku sarankan ko tempat2 nyer ye...

    chowrasta tu tempat jeruk dijual besar2an...line clear satu lorong ngan chowrasta tu...

    ReplyDelete
  42. @Biqque,
    boleh2...takde masalah. nnt aku inform chawanna nnt. hihi.

    aku ni kat msia pun tak abes explore lagi tau. kekwat nk g oberseas je manjang. hahaha.

    ReplyDelete
  43. hah? kak ely?

    ciss tak buleh tak buleh! panggilan kakak cantek aje diterima.. akak2 lain tak terima okeh!! jgn nk ngarut hahahhaha

    ReplyDelete
  44. bdk2, aku jumpe blog ko kt forum..aku pun nk hapdet blog psl korea, tapi disebabkan gmbr2 aku tak bape nk cun, aku nk bagi link blog ko yg hebat ni utk rujukan org2 lain..heee..mintak izin dulu...;)

    -cikyayan-

    ReplyDelete
  45. masa kat palace yg masa changing guard tuu.. ade org beria2 kejor keliling kota.. padahal buleh jek rilek2 tepi tu tunggu dia lalu! wakakakakaka...




    hai fatt ;p

    ReplyDelete
  46. @Ely Hasrul,
    baikkllaaahhh KAKAK CANTIK! gitu boleh tak? hahah.


    @Cik yayan,
    aku suka tgk gmbr kat blog ko. mcm ade cerita plus kaler dia klasik! lain org lain bakatnye...=)


    @Hanie,
    hahaha...btol2. rilek2 aje sudeyyy... hanie, bila nk abes entry korea ko nih!!! lama sgt peram nih! LOL.

    ReplyDelete
  47. hehe..tenkiu..tu selepas di touch up sana sini..bile balik rasa menyesal sbb tak snap banyak2 gmbr...harus merepeat jugak ni..haishhhh..

    ReplyDelete
  48. nape xmsk starbuck kat insadong?

    ReplyDelete