Saturday, December 3, 2011

Ombak Rindu

Assalamualaikum....

Aku stop kejap cite pasal trip ke Korea ok? Aku nak cite pasal filem yang baru je aku tengok tadi, iaitu Ombak Rindu. Aku rasa dah ramai perempuan kat luar sana yang dh tengok atau akan pegi tengok filem ni nanti. Hahaha..nasib baik aku tengok awal. Menarik, dramatik, syahdu, sedih dan gembira. Itu yang dapat aku katakan pasal filem ni. 


Sinopsis skit pasal filem ni mengikut cerita aku sendiri. Kisah ni bermula dengan seorang gadis kampung yang naif bernama Izzah yang telah dijual oleh bapa saudaranya sendiri di sebuah kelab malam dengan harapan dapat gunakan wang yang telah diperolehi untuk menampung kos pembedahan mak saudaranya. Izzah pada mulanya tidak mengetahui niat jahat bapa saudaranya itu. Menangislah Izzah teresak-esak setelah diperlakukan sedemikian rupa. 

Malam itu jugak, Izzah telah dinodai oleh Haris. Izzah merayu dengan Haris supaya membawanya pergi dari tempat jahanam itu. Haris tak sampai hati lalu telah membeli Izzah dari taukey kelab malam tersebut dan dibawa pulang ke villa persendirian Haris. Izzah telah dianggap sebagai perempuan simpanan Haris yakni tempat melempiaskan nafsu Haris dikala kegersangan. Tetapi, Izzah merayu sekali lagi kepada Haris untuk memperisterikan dirinya dengan syarat-syarat tertentu. Haris menunaikan permintaan tersebut. 

Semakin hari, semakin sayang. Sape tak sayang bini oiii!!! Haris mula terpaut terhadap Izzah begitu jugak Izzah. Maka....bermulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri yang bahagia. 

Korang mesti suka kan scene ni? I loike ok! Hahaha


Tetapi, langit tidak selalunya cerah....badai pasti datang menimpa. Kepulangan Mila Amylia iaitu kekasih hati Haris untuk sekian lama telah merancang untuk berkahwin dengan Haris telah meletakkan Haris dalam dilema antara Izzah dan Mila. Haris tiada punya perasaan cinta terhadap Mila, tetapi demi untuk kepentingan keluarganya dan juga perniagaan. Haris terpaksa, malah telah direstui oleh Izzah sendiri. Mila tidak mengetahui siapakah Izzah yang sebenarnya. 

Panjangnyaaa aku tulis pulak. Cut the crap...Haris terlibat dalam satu kemalangan. Ibu Haris telah melarang Izzah untuk melawat malah telah menghalau Izzah keluar dari villa tersebut. Haris pula tidak dapat berita mengenai Izzah. Ibu Haris telah menabur fitnah terhadap Izzah mengatakan Izzah telah menduakan Haris. Fitnah tersebut telah menyebabkan Haris membenci Izzah dan telah digantung tak bertali. Ok dah...malas nak cite panjang-panjang. Korang tengok sendiri ok. 

Overall, aku suka cite ni. Tak macam cerita melayu yang lain yang asyik-asyik bergenre seram, komedi plus merapu! Walaupun cerita ni diadaptasi dari novel karya Fauziah Ashaari, untuk versi filem ianya sudah memadai. Kalo buat drama bersiri...aku rasa lagi best dan panjang ceritanya. Filem ni tak sempat ada flashback. Kalo korang nak tau tentang apa flashback yang penting kene la tengok sendiri.


Para pelakon pulak...Maya Karin sebagai Izzah. Lakonan yang boleh merentap air mata. Walaupun kadang-kadang dia ni cakap macam ala-ala pelat skit tapi not bad. Raut wajah seakan perempuan kampung memang sesuai dengan Maya. Scene menangis tu memang buatkan aku sendiri kesian dan sedih. Aaron Aziz sebagai Haris, lakonan yang berjaya. Perempuan kat luar kat sana mesti tangkap leleh punye tengok Haris ni menangis sampai keluar air mata ok! Kadang-kadang ada  2 3 scene yang lawak jugak dengan perkataan yang diluah oleh Haris sendiri. Hahah...riuh panggung tadi. Aaron dan Maya memang sesuai menjadi pasangan kekasih. Bagi aku ada chemistry disitu. Lisa Surihani sebagai Mila. Tidak sekayu yang disangka. Tatkala Mila mengamuk tu memang nampak itu diri Lisa yakni seorang yang bermuka garang dan keras berhati batu, tetapi tetap ada kelembutan dalam hatinya. Para pelakon lain jugak berjaya membawa watak masing-masing...

Ok dah...malas dah aku. Till then...sila pegi tengok! Bye!


20 comments:

  1. bilalah dpt pi tgk wayang.. errr tolong jagakan anak2 akak jap bolehhh..?? muehehehe

    ReplyDelete
  2. Awat dok blog mlm mlm buta??? I ras cam cam penah baca buku ni kot.... I tak on sgt cite melayu but u jual cam real sgt, nnt rasa cam nak tgk.... If tak best, i kene belanja cite lain ahhahahhahh

    ReplyDelete
  3. ombak rindu!! tak sbr nk g tgk. novel cite ni pon ada dlm simpanan jd koleksi kesayangan gitu. rasenye memula bc novel ni masa blaja dip 7 thn dulu kot.. masa baca mencurah2 air mata, bile smpai part romantik rase x sbr nak kawen lak..hahaha gatai btol.. harap2 bile tgk filem ni nanti takde la gatai mulut nak compare2 antara filem dgn novel.....

    ReplyDelete
  4. smlm tetiba papi ckp 'b, kawan2 i ckp ombak rindu tu besh' aku terdiam seribu bahasa sbb laki aku mana tgk cite melayu! ahhaha sebab utama ialah dia xpaham. tp start tgk hantu kak limah balik umah tu terus plak dia suka hahahahah

    ReplyDelete
  5. hoitttt! sempat ko buat entry memalam buta tu???? hahahahhaha

    *ush....aku punya word verification = bandshi hahahahaha

    ReplyDelete
  6. @Anna Suzana,
    alahai akak...kesiannye. akak tak bawak anak2 skali tgk wayang? huhu. sy ni dgn budak2 kureng skit.



    @Lily Riani,
    hahaha...sbb i baru balik lepakkk! hahha..terus gigih nk blogging about this film. i jual mcm real ke? adehhh...biase2 je kot. ayat tunggang langgang. but i would love to read the novel. mcm tak puas sbb tak byk plot. btw, ayat u ke ni? if tak best, i kene belanja cite lain. not me? YES!!! hahaha.



    @Muna,
    kak munaa!!! best ke novel die? filem pun dh bestttt...apatah lagi novel kan. adoiii...part kawen tu mmg best. gatal pulak aku nih! mybe ade sedikit la beza but not much. versi filem pun menarik sbb yg real version punye. hehehe.



    @Ely Hasrul,
    akak cantikkkk.....haruslah bawak papi pegi tengok ok! semlm pun ade ramai je lelaki pegi tgk. mybe taknak tergugat dek aaron aziz kot. tak pun nak jaga bini masing2 kot meroyan sbb aaron ajis! hahaha. btw, sy pun jrg tgk cite melayu. bermilih jugak kalo nk tgk sbb ntah pape je kdg2 tu.



    @Janggel,
    hahaha..bukannye panjang pun! aku tdo lmbt laaa sbb cuti2 ni. jadik burung hantu. kekek...

    bandshi tu ape? erkkkk...

    ReplyDelete
  7. HAhahhaa...

    Sempat jugak tu nak wat review!!!! Baru ingat nak kacao kat mukabuku hahahahaha....

    *perkataan verification aku : "dendou".... tatau ada bunyi kuria atau bunyi2 sedih untuk gambarkan citer Ombak Rindu tu... huuuuu

    ReplyDelete
  8. @MasMZ,
    weiiii...ape kejadahnya sume tulis verficiation words nih! hahaha...aku punye ade mcm tu ek? taktau laa pulak! LOL.

    ReplyDelete
  9. hahaha serius baca novel ombak rindu sngat best!! sanggup la tak tido semalaman semata2 nk habiskan baca novel tu. rumate lain sesedap tido akak lak tersenyum2, terberangan-rangan, tergeram-geram dengan Datuk Sufiah, tersedu sedan sesorang tengah malam. lepas subuh baru abis baca n tdo. hahaha tp novel tu ada sambungan tau. Cinta tiada akhirnya....

    p/s: bile nak sambung korea day 4?

    ReplyDelete
  10. I pun dh tgk , memang best.. Memang tak leh ler compare dgn novel ... Tp tul lah memang best... Yg perempuan2 ni memang confirm mabuk kepayang dengan aaron ... Hihihi dlm cite ni jelah ... We want korea day 4... Hihihi

    ReplyDelete
  11. ko mmg aku nye faveret top list la sbb panggil akak cantek hahaha suka suka!

    rasa nk tgk gak la cite nih stlh mendapat review yg sungguh positip. aritu baru tgk hepi feet 2, twilight saga patu kena kasik movie sami - puss baru on dgn ombak rindu.. wahhh mmg sejarah la tgk ombak rindu hahaha

    ReplyDelete
  12. eh! shud be u ler belanja dak? ish!... kenkadang if guna mini nb nih... selalu tertekan salah

    ReplyDelete
  13. 1. ni novel aku baca zaman aku form 3 dl ak rasa,..

    2.ak prasan mmg ramai yang dok pos kt fb bgai nk g tgk cite nh..mmg letop abes la agaknya.

    3. pasal maya karin tuh i beg to differ sket,heh aku n mmber rasa maya karin x sesuai wtk izzah sbb x innocent n x ckup kekampungan..hahha

    4. tingin nk tgk bab ko ckp lisa yang x sekayu disangka hehe coz bagi aku dia berlakon memang kayu but jgn misunderstood statement ak nh coz as person aku suka dia. kang mrh plk pmnat kak lisa..muehehe.

    5. ar ak nya verification manies!haha,x bermotif nk gtau:P

    ReplyDelete
  14. utk aku gi tengok kat wayang...hmmm...semestinya tak...tunggu masuk astro first je hahaha!

    ReplyDelete
  15. jiwang jugak kau bdk2.

    rasa cam nak gi tengok je citer ni.



    zany

    ReplyDelete
  16. novel dia ni aku baca waktu time uni dulu...memang mantap la novel dia...dulu waktu time novel dia kuar...aku dengan kawan aku ada la dok buat casting sendiri kalau jadi filem sapa berlakon...waktu time tu kitorang rasa Hans Isaac jadi Hariz Vanidah Imran jadi Izzah and of coz Mila tu straight forward Nasha Aziz...tapi tengok dia punya list of cast betul pon mantap gak...ikut peredaran zaman...hehehe...and seriously bro...kalau ko rasa filem dia best...baca novel dia...ada banyak gak la yang dia adjust untuk jadi filem...satu ajer yang aku cam tensen skit tengok citer ni is the editing...ada setengah scene tu tak sempat lagi nak abis dialog dah tukar scene...tapi soundtrack tangkap leleh...and waktu aku tengok semalam bila abis bersepah tisu kat atas lantai wayang...demmm...hahaha...but i think all the performances are seriously superb...eventhough maya karin cakap ala pelat skit...tapi boleh ampon la bila tengok dia bawak scene sedih...terbayek arrrr...

    ReplyDelete
  17. Ko memang tahap KELAS KO MARIAAAA...aku tabik spring sb ko p tengok citer ni, tapi sebabkan ko kate sedap, aku percaya la. Storyline yg ko kabor tu agak menarik la, sb confirm drama gile kan..

    Aku pun rase nya tunggu astro first la kot, lain la ada Ady Putra, confirm aku p tgk kat wayang hahahah..

    Biqque tu memang RATU Astro First!! Lepas ni kite suh dia bukak wayang kat umah dia, kite leh dtg, tgk ramai2 hehehehe..

    By the way, word verification aku ' losige' hahahaha (nak jugak bgtau tuuuuuu)

    ReplyDelete
  18. @Muna,
    yeke besttt??? kawan sy gigih duk cari novel ni sbb nk baca yg novel punye version. hehhe. akak nanges tgh2 malam??? waaahhh...btol2 feel abes nih! gilerrr ah!



    @Anis,
    exactly! mmg pmpuan duk mabuk abes laaa ngn aaron ajis nih!


    @Ely Hasrul,
    kannnn kakak cantekkk!! hahaha. ;p walllaaaweyyy...mmg moviegoers akak cantek ni. sila tgk yee ombak rindu nih.


    @Lily Riani,
    why not..i can pay for u. hahaha.


    @Izariah Zainal,
    hahah...lama sungguh ye novel ni. hahah psl maya karin tu lain org lain pendapat. aku xtau novel cmne so, bila tgk yg filem mybe berbeza. lisa mmg kayu...hahah tp bab bila die mengamuk rasa mcm mmg dia punye karakter kat luar. muka jenis keras skit.

    ReplyDelete
  19. @Biqque,
    hahha..aku takde astro biqque!!!!


    @Zany,
    hahaha..jiwang ke? bese2 je. sbb ramai yg nk tgk cite ni. aku on je kalo nk tgk. hehehe.


    @muhamadakmalwahab,
    hahha...smpai mcm tu skali ko duk terbayangkan sape pelakon dia. hahaha. hebat2... tula..kene pegi carik novel die la pulak ni. tp kene tggu abes exam ler dulu..kang tak pasal2 failed sbb duk stdy novel instead of duk stdy buku pelajaran. hehehehe.



    @BlueEwoke,
    curlastttt kan maria!!! hahaha. tak payah tabik spring, sbbnya ramai yg duk tggu nk tgk..aku pn nak tau laa btol ke tak best cite ni.

    hahaha..kalo ade astro boleh laa tgk. tp kat umah aku ni takde astro! huhuhu...sadis2.

    ReplyDelete
  20. ada colleaque tengok wayang weekend lepas, nak dekat habis cerita ada orang baru datang duduk seat sebelah dia. Habis cerita orang kat sebelah dia bangun dan tepuk tangan rupa-rupanya maya karim dengan lisa. Havoc kejap dalam panggung sebab pelakon real datang jugak...dekat pavilion

    ReplyDelete