Saturday, June 30, 2012

Malacca (Melaka) : The Historic State! - Part 3 (Finale)

Assalamualaikum!!! 

Jom sambung episod ke-3 dan terakhir untuk sesi jejalan di Bandar Melaka. Pagi tu, macam biasa bangun awal untuk makan breakfast. Ok dah lupa apa nama coffee house dia tapi terletak kat level 11. Ok malas nak tulis dah sebab aku tengah packing untuk berangkat... layan gambar jela ek. 







Lepas dah makan breakfast, kami jejalan kat dalam Dataran Pahlawan Mall tu. Saje nak masuk sebab aku tak penah masuk. For me, takde pape sangat pun dalam tu...pusing-pusing sampai ke hujung dan patah balik ke hotel untuk kemas-kemas sebelum check-out untuk balik ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum balik, kami makan dulu tengah hari kat Seafarer. Jalan-jalan cari makan ler katakan. Hehehe.




















Till then...wasalam! Sorry sebab takde intipati nak cerita apa. Gambar menceritakan segalanya.


Kathmandu : Micro Fibre Towel for SALE!!!

Assalamualaikum!!!! 

Ada sape nak beli towel ni tak? Murah tau HANYA AUD28 SAHAJA!!! Kalo sape nak, aku nak beli bwk balik untuk korang. Kalo nak, sila tinggalkan alamat email kat ruangan komen. Nanti aku kira brape ramai yang nak. Tarikh tutup adalah ISNIN JAM 12 TGH HARI. 

1. Kak Coco - Baby Blue
2. MasMZ - Soft Pink
3. Chawanna - Soft Purple

HANYA ADA 3 WARNA: BABY BLUE, SOFT PINK AND SOFT PURPLE SAHAJA. 
SIZE LARGE: 50CM X 100CM
MEMANG SESUAI UNTUK BAWAK TRAVEL SEBAB RINGAN DAN MUDAH KERING!
TAK RUGI KALO BELI!!!






CEPAT!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA!
SEMENTARA AKU MASIH DI SINI DAN SALES MASIH ADA!!!

Friday, June 29, 2012

Malacca (Melaka) : The Historic State! - Part 2

Assalamualaikum!!!

Walaupun tajuk aku dalam bahasa omputih, tapi entry aku dalam bahasa melayu tak kisahla kan nak poyo ke tak, janji korang baca ok! Hahaha.

Entry ni tak panjang pun. Sekadar nak buat cerita ketika di masa lapang...so, korang layankan jela ok! Lepas kami balik dari jejalan di sekitar Bandaraya Melaka, tibalah masa untuk kami check-in hotel. Yela, dah sehari suntuk duk keluar berpanas dan berpeluh bagai. Kenela refreshkan badan kami dulu sebelum dinner! FYI, time kami sampai kat Hatten Hotel tu, dorang baru je start beroperasi selama seminggu. So, hotel ni memang sangat-sangat baru. Ada certain bahagian kat bangunan hotel ni masih under construction. Bau cat lagi ok! Hahaha. Aku dan Janggel amek 1 bilik twin. Bila dah masuk bilik tu, wallaweyyy!!! Cantik siot! How i wish my room is like this! Memang taknak keluar.

Jomlah layan gambar bilik ni. Overall, kelengkapan dalam bilik hotel lengkap dengan segala peralatan.





Dah setel menunaikan kewajipan dan baring-baring kejap, kami keluar semula untuk menikmati makan malam seafood di Medan Ikan Bakar Pernu, Melaka. Tempat ni dah banyak kali aku tengok orang lain datang selain dari Umbai yang femes tu. Tapi Umbai pun aku tak penah sampai. Macam mana tu? Hahah. Darat la katakan. Kawasannya agak luas dan bersih. Ada beberapa buah kedai yang menjual pelbagai jenis ikan bakar dan makanan laut. Kami memilih Nakhoda Restoran. Agak besar keluasan restoran ni. Since kami datang agak awal, banyak lagi ruang kosong. Kami pilih untuk duduk bersila sambil menikmati juadah makan malam. Hehehe..kampung style gitu! Jom tengok kawasan restoran ni. 







Since orang pun tak ramai, so makanan sampai pun agak cepat. Tak lama pun tunggu. Dibawah ni ditunjukkan makanan yang diorder. Sedap bangat haiii...sampai aku tambah 3 kali nasik. Bertabah jela anak gajah sorang nih! Hahah...








Dah setel makan malam...kami beransur pulang ke sarang. Tapi sebelum tu, malam masih muda, kami singgah dulu di Kampung Morten. Haaa...ada apa kat Kampung Morten ni? Aku pun first time dengar. Yela, dalam negara sendiri pun pusing tak abes. So, rupanya Kampung Morten ni merupakan perkampungan Portugis yang dipelihara oleh Kerajaan Melaka. Kampung ni berada di tepi Sungai Melaka. Kiranya part of tourist attraction jugaklah. Kerajaan Melaka memperuntukkan sejumlah perbelanjaan untuk diberikan kepada penduduk Kampung Morten supaya memperindahkan kampung mereka untuk tarikan para pelancong tempatan dan luar negeri. That's why ianya dihiaskan dengan lampu limpah dan jugak hiasan-hiasan tempatan. Since kami datang melawat waktu malam, takdelah nak naik ke atas rumah ni. Tapi kalo datang waktu siang, anda berpeluang untuk naik dan masuk ke dalam rumah yang terdapat di sini disamping dapat mendengar sedikit sebanyak sejarah Kampung Morten. Ok..ayat aku dah macam rencana RTM pulak. Hahaha. 

Jom layan gambar... 














Dah abes pusing...kami terus balik ke hotel untuk tido. Esok dah nak balik ke Kuala Lumpur dah...hehehe. 


Till then..wasalam!