Monday, December 31, 2012

The Best of 2012!

Assalamualaikum!!!

Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2013. Jom kita singkap segala travel trips aku yang aku rasa terbaek untuk tahun 2012. Banyak suka, duka yang dikongsi bersama. Riuh gelak-ketawa, bergurau-senda, tangis dan sebak. Semoganya momentum yang terbaek terus berada dalam diri kita semua untuk menikmati keindahan bumi ciptaan ALLAH Taala. InsyaALLAH....

Trip pertama bersama Janggel, Masmz dan Kak Coco. Alhamdulillah.... memang 1 kepala abes setiap seorang. Time ni memang gamble abes ajak dorang naik cruise sama-sama. Percutian ala-ala orang kaya walaupun tido atas lantai. Hahah. 

Trip pertama secara besar-besaran bersama Travelholicawesome ke USS. Alhamdulillah...everything went very very well despite nak carik hostel yang kene menapak beribu langkah jauhnya! Banyak benda-benda manis. Thank you all for this trip. 

Trip yang paling tak sangka aku nak buat yakni India very the Incredible!. Paling adventure, paling drama, paling best, paling menyayat hati dan semua yang ada paling paling lah! Betol-betol menguji diri mental dan fizikal. Hahah ok drama lagi. Memang takkan lupa sampai bila-bila. Thank you Janggel dan Masmz. 

Trip Travelholicawesome yang kedua menerjah Taiping, Perak demi nak makan satey Pak Ein. Kegigihan sungguh bermakna. Memang best tambah-tambah siap borak sampai pukul 4.30 pagi! Hahaha makanan yang sungguh sedap. Gelak ketawa memanjang. Thank you geng! 

Percutian yang aku anggap antara yang berdrama jugaklah. Plan since January 2012 akhirnya terlaksana walaupun Kak Coco banyak sungguh dramanya. kekek Tapi sumenye berjalan lancar menerjah Hatyai dan Krabi. 4H3M yang bestttt! 

Trip paling mega sepanjang tahun 2012. Lebih setahun plan dan 2 minggu bercuti yang amat bermakna sebabnya aku nak migrate pegi sana terus. Hahah Boley? Thank you Haz dan Yan. 

Trip Travelholicawesome yang ke-3, paling lama yakni 3h2m. Plan yang agak lama alhamdulillah tercapai jua akhirnya. First time pegi Pulau Redang weh aku ni. Memang cantek sungguh air laut kat sana. Jom kawan-kawan kita plan trip lagi! Hoyehhhhh!

Trip ke Ipoh yang tak dijangka. Terus beli tiket ETS menuju ke Ipoh bertemu Masmz, MasZuber dan Byya dalam misi mencari tempat mistik di Negara Eeypoh bak kata Neelopak. Thankkkks! Bestttt!

Trip company yang diadakan di Club Med, Cherating. First group trip aku join walaupun dah 2.5 tahun bekerja. Anti-social la katakan. Hehehe. Overall, percutian yang agak mewah dan seronok! Betol relax abes! 

Trip penutup untuk tahun 2012. Patutnya ber5 tapi akhirnya berdua. Alhamdulillah...everything also went well and we had a really great time in Jogjakarta. Tak puas! Sebab takde sunrise dan Ratu Boko! Hahaha. Tak plan untuk budget ended up overbudget terus. Boleh gitew? 

Apa resolusi tahun 2013? Jom kita travel dengan lebih kencang lagi! InsyaALLAH! Tak lupa kepada semua-semua pembaca Kaki Berangan semua! Diharap anda mengecapi impian masing-masing tak kira ape yang diingini.

Till then, wasalam...


Sunday, December 30, 2012

Shopping : What did I bring back from Jogjakarta?

Assalamualaikum!!!

Seperti biasa, ni barang-barang yang aku bawak balik ketika trip ke Jogjakarta aritu. Memang tak banyak aku beli sebab takde barang yang menarik minat aku kecuali t-shirts je kat sana. Kain batik memang tak beli la korang sebab memang tak brape nak minat. 

Jom! 

Ni antara t-shirts yang sempat aku rembat ketika berada di Jogjakarta. Boleh beli kat kaki lima kedai kat Jalan Malioboro tu sendiri. Memang bersepah orang duk jual plus design pun memang sebijik sejibun sama antara satu sama lain. Since time ni tak cukup cash, aku swiped je credit card kat kedai yang menerima kad. Harga untuk sehelai adalah IDR30,000. Kualiti memang puas hati sebabnya corak macam-macam jenis, kualiti kain sangat tebal, tetapi di bahagian kolar tu agak ketat skit. Make sure korang beli size yang betol. Ukur baju dibadan sendiri gitew. 

Ni pulak fridge magnets. Puas duk cari kat merata kedai, akhirnya contact MasZuber tanya dia kat mana beli fridge magnet aritu sewaktu kunjungan beliau kat sana. Kalo korang nak beli fridge magnet, boleh singgah ke Mirota Batik yang terletak di hujung Jalan Malioboro yang terletak di Jalan Ahmad Yani. Kedai dia memang besar ala-ala Mydin gitew sebab macam-macam jenis barang krafttangan yang dijual. Harga untuk sekeping adalah IDR6,000. Okla jadik buat buah tangan untuk kawan-kawan. 
Mirota Batik
Jl. Ahmad Yani No.9 Ngupasan Gondomanan Yogyakarta 
Daerah Istimewa Yogyakarta Indonesia 
No. Tel: +62 274 588524

Ni pulak kuih istimewa dari Jogjakarta. Namanya Bakpia. Macam-macam jenis perisa ada. Boleh try kat situ kalo nak. Kiranya testerla. Mula memang taknak beli pun. Tapi kang teringat-ingat pulak. Belila 1 kotak yang berharga IDR15,000. Ada 4 perisa. Tapi tak abes pun masih ada dalam peti sejuk umah aku tunggu masa nak buang je. Hurm... rasanya macam mana? Seperti kuih jepun yang ada inti kacang tu cuma lebih seperti makan bersembut keluar serbuk. Haaa... bayangkan sendiri. 

Ok dah tu je... hehehe skit je bahan rembatan kali ni. Alhamdulillah... 

Till then, wasalam. 


Jogjakarta : Never Ending Asia - Total Expenses!

Assalamualaikum!!!

Jom aku reveal brape total expenses yang aku abes ketika berada di Jogjakarta selama 5h4 malam. 

Day 1
  • Flight Airasia return : RM150 (including baggage and meals)
  • Cab from Jogjakarta Airport to Pop Hotel : IDR 35,000/pax
  • Dinner at Lesehan Jogjakarta : IDR24,000/pax
  • Groceries : IDR9,500
  • Beca back to Pop Hotel : IDR7,500/pax
  • Hotel Pop for 1 night : RM100
Day 2
  • Entrance fee Gunung Merapi : IDR3,000/pax
  • Sewa motor : IDR15,000/pax
  • T-shirts kat Merapi : IDR120,000 for 3 pieces
  • Lunch : IDR22,000/pax
  • Parking at Merapi : IDR2,500/pax
  • Entrance to Dieng Plateau : IDR2,500/pax
  • Telaga Warna Entrance : IDR6,000/pax
  • Parking at Telaga Warna : IDR1,500/pax
  • Entrance fee Kawah Sikidang : IDR5,000/pax
  • Parking at Kawah Sikidang : IDR1,000/pax
  • Photo with Teletubbies : IDR5,000/pax
  • Parking at Candi Arjuna : IDR1,000/pax
  • Dinner : IDR17,000/pax
  • Martabak : IDR25,000
  • Rumah Boedi : IDR295,000/pax
Day 3
  • Entrance fee Candi Borobudur (Sunrise Package) : IDR380,000/pax
  • Postcards : IDR35,000/pax
  • Entrance fee Candi Prambanan : IDR171,000/pax
  • Lunch : IDR27,750/pax
  • Dinner : IDR10,000/pax
  • Slurpee : IDR6,000
  • Supir for 2 days : IDR475,000/pax
Day 4
  • Mineral water : IDR2,500
  • T-shirts at Jalan Malioboro : IDR215,000
  • KFC : IDR37,500/pax
  • Bakpia : IDR15,000
  • Fridge magnets : IDR102,000 (IDR6k per piece)
  • Taman Sari and Kraton Entrance fee : IDR16,000/pax
  • Beca around the city : IDR17,500/pax
  • Dinner : IDR15,000/pax
  • Stamps for postcards : IDR37,500 (IDR5k/each)

Day 5
  • Supir to airport : IDR35,000/pax
  • Airasia meals : IDR32,000
  • Hotel 1001 Malam for 2 nights : RM240/pax

GRAND TOTAL : IDR2,227,250 + RM490 = RM1,198/pax

Saturday, December 29, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Jalan Malioboro, Kraton & Taman Sari

Assalamualaikum!!! 

Tanpa buang masa, aku sambung terus. Maybe entry ni banyak gambar dari perkataan sebab aku takde mood nak bercerita lanjut. Giteww... Hahaha. Hari ke-4 di Jogjakarta. Aku bangun memang lambat tak silap al-maklumlah tido lena. Tapi order breakfast sampai ke bilik pastu makan kat balkoni sambil menghirup udara segar. Pastu sambung duk golek-golek atas katil sambil layan cerita. Hahaha. 

Kami keluar untuk berjalan-jalan dah lewat time tu lebih kurang lepas Zohor. Amek kau... pergunakan masa di hotel sebaik-baiknya sebab bayar mahal dan cantek kan. Hari mendung tapi panas udaranya. Jalan-jalan di sekitar Jalan Malioboro. Kat sini shopping paling heaven! Ingat tu ye sume... Jalan Malioboro adalah tempatnya. Tapi kebanyakkan barang-barang yang dijual tidak menarik minat aku. Nasib baikkkkkk ler... Hehehe. Paling aku berkenan ialah t-shirts!!!!







Kami berjalan dulu sampai hujung ke Jalan Ahmad Yani sebab dah dekat menuju ke Kraton. Ape yang best kat Kraton ni? Kiranya Istana untuk Raja di sana. Tapi sekarang macam sudah tidak digunakan lagi. Untuk lebih info sila refer sini ----> Info Kraton .








Entrance fee untuk masuk ke Kraton ni adalah sebanyak 8,000 rupiah seorang. My personal opinion: Kraton biasa-biasa je. Bosan dan tak masuk pun takpe. Kawasan pun tak besar mana, plus takde pun macam signboard yang menceritakan description sesuatu kawasan. Maybe that's why ada tour guide untuk korang amek kalo nak tau lebih lanjut. Kawasan bangunan atau sekitar macam tidak dijaga rapi. Plus siap berdebu dan ada sarang labah-labah lagi okeh. Maybe ada mistik yang tersebut kalo orang kata. Tapi aku tak berminat unless benda tu menarik minat aku. 

Lepas dah keluar tu, kami spend rasanya tak sampai 30 minit kat dalam tu. Lepak kat luar kawasan untuk minum air kelapa. Panas weh! Kemudian bergerak menuju ke Taman Sari. Dalam 1 km macam tu dari Kraton. Kami amek beca jela since malas nak jalan kaki sendiri. Tambang dalam 15,000 rupiah. Okla tu kan. Tapi kesian jugaklah yela, bawak 2 ekor anak gajah ni. Kesian pakcik tu. Huhuh. 


Dah sampai kat depan pintu masuk Taman Sari. Nak tau ape ada kat Taman Sari ni? Baca sini ----> Info Taman Sari

Ramai haiiii orang dalam tu. Amek sume angle best-best ada orang. Bertabah jela... 






Lepas tu balik semula ke Hotel 1001 Malam untuk berehat. Giler banyak rehat! Hahaha... malas weh nak jalan-jalan ni. Penat pastu duit macam nak abes. Malam ni nak keluar lagi untuk beli souvenir and t-shirts untuk bawak balik. Malam ni gigih duk tulis poskad untuk kawan-kawan tersayang. 


Esoknya kami check-in pukul 12 tengahari untuk balik ke Kuala Lumpur. Kami guna servis yang disediakan oleh pihak hotel untuk hantarkan kami ke airport dengan harga 70,000 rupiah untuk 1 trip ke airport. Okla tu kan murah. Perjalanan amek masa dalam 30 minit jugak. Senang dah check-in bagai sume. Flight kami pukul 2petang nanti. 

Maka tamatlah cerita trip aku ke Jogjakarta, Indonesia. Trip penutup untuk tahun 2012. Semoga kita berjumpa lagi di trip yang akan datang di tahun 2013. InsyaALLAH.

Till then.. wasalam. 

Friday, December 28, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Hotel 1001 Malam (Accommodation)

Assalamualaikum!!!

Sempat ke nak abes nih??? Haishhh... bertabah jela. 

Kali ni aku nak ceritakan berkenaan penginapan aku dan Janggel sewaktu di Jogjakarta pulak. Actually, aku boleh katakan memang aku tak brape nak involved sangat dalam planning. Itinerary sume Chawanna uruskan pastu aku review. Haaaa boleh gitew? Hahaha. Supir aku uruskan dengan duk kontek sana, kontek sini. Akhirnya dapat jugak. Untuk accommodation pada asalnya Chawanna uruskan sebab beliau berkata ingin duk tempat yang selesa skit. Aku dan Janggel takde pape halanganlah. Alah... Indonesia je pun. Tutup mata pun boleh. Hahaha. matilah riak melampau. 

Tetapi! Bila Chawanna tarik diri, flight AirAsia berubah jadual, maka sedikit sebanyak merombak planning asal kami. Janggel amek alih untuk carik acommodation terbaru tapi sebab agak last minute kebanyakan acommodation seperti hostel, hotel ataupun guesthouse telahpun fully booked! Waduuhhh kenapa ya kok? Memang Chawanna pada asalnya telah booked untuk kami semua 3 malam di Hotel 1001 Malam. Aku okkan aje since within my budget. Why not to try. Tapi aku dengan gatalnya nak ubah tarikh booking tu. Yelah since itinerary kami pun dah berubah. Cuakkk beb. Dah yang hotel dan hostel yang kat tempat kami nak tu yakni berhampiran Jalan Malioboro sumenye dah full house. 

Pendekkan cerita, Janggel berjaya jugak booked balik Hotel 1001 Malam ni jugak menggunakan agent website seperti http://www.hostelsclub.com/. Walaupun agak mahal skit, takpelah takdir.... 

Nape kami pilih Hotel 1001 Malam? Ayuhhh... 

1. Lokasi : Dalam memilih sesuatu tempat penginapan, kita mestila nak tempat yang strategik yakni dekat dengan tempat-tempat liburan, tempat makan, tempat shopping. Kalo pegi menginap kat tempat yang jauh dari kawasan bandar, agak leceh dan makan masa. So, di Jogjakarta, tempat penginapan yang paling strategik sekali kalo nak stay adalah yang dekat dengan Jalan Malioboro. Hotel 1001 Malam hanya mengambil masa kira-kira less than 6 minit berjalan kaki menuju ke Jalan Malioboro. Strategik tak? Kiranya kawasan Hotel 1001 Malam ni terdapat beberapa lagi hostel yang menawarkan harga berpatutan. 

Alamat: 

Sosrowijayan Wetan, Gt I/57, Yogyakarta, Indonesia ‎
No. Tel: 1-800-814648 (Bebas tol)‎

http://1001malamhotel.com/

Pintu masuk lorong


Entrance Hotel 1001 Malam. Klasik!


2. Kelengkapan atau free stuff yang ditawarkan: Bila nak booked bilik, kita kene amek kira samada hotel tu kasik tuala, breakfast, linen, free wifi, air-con ada ke tak. Bla bla bla... untuk Hotel 1001 Malam, sume benda yang aku nak sume ada! Yeayyy! 

Bila time kitaorang sampai ni, hujan memang lebat menggila abeslah! Nasib baik supir tu ada payung dalam kereta, hanya kami sampai ke reception. Memang receptionist tu menunggu ketibaan. Cuma takde karpet merah bagai je. Hahahah Dah setel check-in sume. By the way, harga untuk sebuah bilik 2 dua adalah berharga USD44/night termasuk breakfast. Actually, agak mahal. Tapi kami tak bayar time check-in tu sebab bukak wallet macam tak cukup duit. Matilahhhh.... hahaha bayar nanti nak check-out. Ada lagi 2 hari lagi nih kat Jogjakarta. Kalo duit sume abes bayar hotel, mintak sedekah kejap nanti kat tepi jalan. 

Bila dah setel bab hotel, kami jumpa balik supir tu bayar harga untuk 2 hari tour kami amek tu yang berharga 900,000 rupiah. Dah ucap bye bye, kami masuk bilik ler. Penat okehhhh! Kalo tido kejap ni memang layan dengan hujan lagi kat luar tu. 



Reception. 

Antara pencapaian Hotel 1001 Malam. 

Antara tour-tour pakej yang disediakan oleh pihak Hotel


Cicak sebagai maskot rasmi

Ruang legar: Ada free pc disediakan. 


3. Bilik : Alhamdulillah... bilik kami agak menarik. By the way, rekabentuk Hotel 1001 Malam ni mengingatkan aku tentang Tourist Rest House, Agra. Sebab design lebih kurang sama dengan garden berada di bahagian tengah bangunan. Cuma, Hotel 1001 Malam sedikit kecik skit saiznya. Maskot Hotel 1001 Malam ni adalah Cicak! Lukisan cicak memang merata kat dinding. Termasuk dinding dalam bilik! Abeslah mulut kene katup time tido kang masuk taik cicak dalam mulut! Hahaha. Dalam bilik memang basic abes, ade aircon, kipas, lampu kuning, almari rotan kecik, ada safety box, hot shower. Bersih dan kemas. Tak crowded. Katil dia memang empuk abes! Free wifi memang sampai dalam bilik. Kalo tak sampai coverage, boleh lepak luar bilik sebab ada disediakan kerusi dan meja. 




Bila dah masuk bilik tu, mandi dan solat sume, rehat2 jela sambil main internet. Kang malam nanti baru keluar ke Jalan Malioboro sebab nak makan malam sambil cuci-cuci mata. Memang plan takmo shopping lagi malam ni. Kita tunggu malam esok pulak ye. Biasalah, bila sejuk camni nak minum air panas. Janggel dengan happynya pegi buat air kopi ke tak silap aku kat luar sebab ada disediakan free flow coffee and tea. Tapi kene buat sendiri ler... Jangan malu-malu atau segan. Amek je. 



Kawasan taman di bahagian ground floor

Kawasan luar bilik

Malam tu lebih kurang lepas maghrib, kami keluar ke Jalan Malioboro untuk makan malam. Ya ALLAH! Ramai okeh orang malam tu yela, tak silap malam minggu. Ramai orang keluar untuk berlibur. Jalan kat kaki lima tu, memang penuh dengan penjual pelbagai baju-bajan, souvenirs, dan jugak kraftangan. Kami jalan sampai hujung jalan yakni Jalan Ahmad Yani. Sepanjang kaki lima tu, memang ramai orang jual pelbagai jenis t-shirts pelbagai corak. Murah-murah aje dalam lingkungan 30,000 rupiah untuk sehelai. Kualiti kain memang puas hati. Tebal! 

Sebab aku craving gila nak makan KFC, maka kami masuk shopping mall Matahari kat Jalan Malioboro tu untuk makan KFC. Lepas tu terus balik hotel. Penat dan nak main internet! Hahahaha.... 

Ok tu je yang berlaku untuk hari tu. Berakhir dengan tido lena. 

Till then, wasalam....