Friday, September 13, 2013

Hello Kitty Cafe, Hongdae

Hellloo!!!

Kalo mereka yang pernah melawat ke Seoul, mesti perasan deretan kedai-kedai coffee yang mempunyai pelbagai jenis tema whatsoever. Aku dulu dalam kunjungan lepas memang tak lepaskan peluang saje-saje datang lepak minum coffee takpun makan waffle panas-panas yang dihidangkan. Saje suka tengok ambience yang berbeza dari kita biasa tengok kat Malaysia. Kalo tak Starbucks, Dome takpun San Francisco untuk ummah universal. Kalo Old Town White Coffee, Pak Li Kopitiam sekadar menyebut beberapa nama pulak untuk ummah Malaysia Lokal. 

Sebelum ni, aku penah ceritakan berkenaan coffee shop yang penah aku singgah ---> SINI 

Untuk kunjungan kali ke-2 ke Seoul, aku dah lama aim nak jejakkan kaki ke Hello Kitty Cafe. Dah lama dibukak, tak silap lepas aku balik dulu baru dia bukak. Saje nak tengok kekiutan Hello Kitty ni walhal aku sendiri pun tak tau mana datang asal usul binatang kucing femes nih! Yela.. aku sendiri pun dah comel~ *muntah hijau*

Kalo tak silap aku, kat Seoul sendiri ada 3 buah cawangan Hello Kitty Cafe nih. Tapi cawangan aku pegi ni terletak di Hongdae. 


Direction untuk ke Hello Kitty Cafe, Hongdae:

  • Naik subway Line 2 (Hijau), then turun kat stesen Hongik Universiti
  • Keluar ikut exit 9, dan terus ke jalan belah kiri anda nampak Paris Baguette
  • Jalan terus, dan belok ke kiri pada lorong yang ke-2
  • Jalan terus sambil memandang ke kiri anda, nanti akan nampak Hello Kitty bangunan kaler pink yang agak tersorok

Kalo sesat gak, jangan malu bertanya kat pegawai informasi yang berpakaian merah untuk menunjukkan jalan. 



Bila dah jumpa tu, teruslah masuk. Haihhh semuanya kiut-miut lah kat dalam tuh! Kalo kapel-kapel yang suka benda comel-comel gini confirm masuk! Alaahh.. bukannya nak makan bersungguh pun dalam tu. Takde jual macam nasik goreng, mee goreng takpun tomyam! Kat dalam tu sekadar makan waffle etc dan jugak minum pelbagai jenis coffee kalo berminat yang didekorasi dengan bentuk Hello Kitty. 

Aku pun sekadar nak merasa.. jom tengok gambar!


bangunan!

konon-konon comel ler tew~


antara cenderahati yang dijual

bahagian dalam

anak patung size anak kecik


waffle... yumyum! berharga KRW4,200

air coffee latte KRW3,500


Okla kalo nak datang sini sekadar singgah lepaskan penat lelah berjalan tu. Ada gak wifi free disediakan. Time kitaorang datang ni, memang agak penuh cafe ni. Nasib baik ada tempat kosong kat bahagian atas. Segenap inci bahagian dalam cafe ni dihiaskan dengan pelbagai bentuk Hello Kitty!

Kalo comel, datanglah!

Bye!

11 comments:

  1. Ingatkan ada la gambar Kaki Berangan buat2 cute dengan Hello Kitty, tengok2 tak ada.

    Hampa rasanya, haha!

    ReplyDelete
  2. Apa motifnye jantan macho mcm kau nk lepak kat cafe Hello Kitty? gay? muahahahhaa

    ReplyDelete
  3. Ha'a lahh..so cute with light pink...kalau comei boleh pergi?..nampak nya JM tak termasuk dalam senarai hehehehe..tapi perasan cute adalah...jgn pengsan lepas baca statement hi ahahahah

    ReplyDelete
  4. boleh le kita lepak-lepak kat hello kitty cafe..kita peminat kopi tegar.

    ReplyDelete
  5. I really would like to try this one day ... cute to the highest level gitu!

    ReplyDelete
  6. oh ho.. ini tempat kene pi ngan gurl cute.. baru la romantik.. kalau pi serong tak kot hahaha...

    by the way memang hello kitty tu cute.. nape la tak bergambar gedik ngan patung tu hahhahaa.. :P

    ReplyDelete
  7. harap harap dapatlah nekcik jejaki tempat ini ...soon..insyaallah

    ReplyDelete
  8. Aish..tak mampu la masuk sini sbb x comel..
    *redhooo*

    ReplyDelete
  9. @RaW,
    hahaha honestly mmg takde gambar tu dalam simpanan saya. hahaha



    @Chawanna,
    hahahah motip? macho + comel = mamel. hahahaha ;p



    @Jari Manis,
    hahaha bertabah jela~ hiks.



    @Khairudin Lim,
    haaaaa boleh la lepak2 minum kopi nnt. ;) ade byk jenis coffee house. ade byk tema. ;)



    @Azra,
    haaaaa sila sila!



    @Time Traveller,
    haaa boleh la bawak gf @ bini nanti. fefeeling romantik gitu. hahaha. nape nak amek gambar dgn patung tu? segan bro~ hiks.



    @Nekcik,
    insyaALLAH.. mari berdoa.



    @Syieda,
    bertabahlah~ hiks. ;p

    ReplyDelete
  10. masa aku datang sini, malam.. romantik je masa ni... tapi hello kitty cafe ni memang sangat best! decoration dia sweet and comel je.. pinkish je semua :D

    ReplyDelete
  11. 대박.. korea is the best country to travel. :)

    ReplyDelete