Wednesday, November 19, 2014

Harry Potter | Warner Bros. Studio Tour, London

Harry Potter

Sape peminat filem ni? *angkat tangan

Ahaks. Mesti ramaikan peminat filem ni, kalo yang hardcore die hard fan tu memang akan baca semua siri novel dia la dari yang pertama sampailah yang ke-tujuh kalo tak silap aku. Sepanjang aku hidup selama 19 tahun ni *ehem* dah 3 orang yang aku jumpa yang betol-betol kipas susah mati ni. 2 orang tu adalah housemates aku skang ni, dan yang lagi sorang kawan skolah aku yang jenis collect bermacam-macam koleksi dari Harry Potter nih. Fuhh~ 

Aku?

Takdelah hardcore mana pun, tapi aku memang layan siri ni dari yang pertama (zaman cd cetak rompak) hinggalah siri yang terakhir (zaman blu-ray). So, bila dorang bukak studio ni yakni lokasi asal penggambaran filem ni sejak 10 tahun yang lalu, maka takleh la nak lepaskan peluang keemasan ni untuk meninjau sendiri tempat ni. Kiranya feels the magic! 

Produksi Harry Potter ni memang preserved kebanyakkan sets, props yang telah digunapakai dalam filem ni. Untuk memberi peluang kepada rakyat marhaen macam kita semua tengok dengan lebih dekat cara mereka membuat filem dan teknologi yang digunapakai. Nama pun filem yang berbajet besar, maka sets. props yang digunakan adalah bagi aku sangat massive dan impressive! 

By the way, ni entry bergambar so, layankan ajela okeh! 


pintu masuk studio

Monday, November 17, 2014

Summer '14 Spain (Part of Andalucia) - Total Expenses!

Hmm...

Ni baru betul-betul penutup la kot untuk entry Summer Trip 2014 aku ni. Tapi total expenses ni aku just fokus kepada expenses yang telah lebur kat Spain je. Yakni sekitar Madrid dan sebahagian daripada kawasan Andalusia (selatan Sepanyol). 

Andalusia terdiri daripada 8 wilayah yakni Seville (ibu kota), Granada, Almería, Cádiz, Córdoba, Huelva, Málaga dan Jaén. Tulisan yang highlight kaler biru tu adalah kota yang sempat aku terjah aritu. Maybe next time boleh singgah Malaga pulak. Kota-kota lain tu, tak penah aku dengar pulak. Maybe tak ramai orang pegi kot berbanding kota-kota. Maybe jugak ada hidden gems yang aku sendiri pun tak tau. Who knows... 

Anyway, tanpa membuang masa ayuh!

Thursday, November 13, 2014

P9 (Finale) | Summer 2014 | It's Paris - City of Love?

Bonjour everybody~

Okeh ni hanya ada satu entry sahaja. Tiada duanya untuk aku buat hasil daripada summer trip aku bulan 6 aritu. Ni adalah entry susulan daripada summer trip yang berakhir di Barcelona dan aku terus menuju ke Kotaraya Paris yang terletak di Perancis. 

Ada sesiapa yang tak tau Paris tu kat mana atau ada apa kat Paris? 

Aku rasa semua orang tau kot. Rata-rata mereka yang suka travel sana sini, kalo datang travel ke Europe, Paris mesti ada dalam list dorang. Jarang aku dengar, orang travel europe tak singgah Paris. Maybe ada, tapi jarang la kot. 

Anyway, aku pun tak tau macam mana boleh terbabas sampai ke Paris ni. Tapi disebabkan ni bukan trip aku 100% (hanya in-charge untuk buat booking accommodation sahaja), maka aku turutkan sahaja ape yang diplankan oleh travelmates yang lain. Cuma sesekali kasik pandangan aku berkaitan dengan itinerary. 

Wednesday, November 12, 2014

P8 | Summer 2014 | Ringkasan di Barcelona, Sepanyol

Buenos Dias!!!

Lama aku tinggalkan entry pasal summer trip aku kat Spain bulan June aritu. Tak sedap pulak bila tinggalkan entry tergantung camtu. Baik aku habiskan sebelom aku dah betol-betol terlupa. 

Untuk entry sebelumnya, boleh rujuk ---> P7 | Di Alhambra, Granada 

Taknak buat entry panjang, cukup aku rangkumkan sekaligus dalam satu entry sebabnya, masa yang aku spent kat sana pun takdela lama mana pun. Tak silap aku hanyalah 2h1m. Kejap je kan?

Hurm... aku pun kalo ikutkan hati nak stay macam lama skit. Busuk-busuk 3h2m ke ataupun 4h3m. Sebab ada a few places yang aku nak terjah tak sempat lak nak sumbat dalam jangkamasa yang pendek ni. Maybe kalo ada kesempatan masa yang lain. InsyaALLAH. 

Sagrada Familia, Barcelona - binaan yang tak pernah siap

Tuesday, November 4, 2014

Dubai, UAE - Transit selama 17 jam!

Assalamualaikum! 

Ni entry satu je. Ianya takkan ada sambungan sebab sekejap je singgah pun. 

Kejadian ni berlaku kira-kira 9 bulan yang lalu? Fuhh~ lama betol dah terjadiknya ketika penerbangan aku menuju ke Tanah Ratu dan sempat transit selama 17 jam di Dubai dengan penerbangan Emirates ler ape lagi. Memang aku sengaja beli tiket untuk transit selama 17 jam tu. Kekononnya nak jejalan la sekejap tengok apa yang ada kat Dubai ni. 

Flight aku touched down kat Dubai International Airport kira-kira jam 2:30 petang waktu tempatan. Flight aku untuk ke Birmingham pulak esok paginya jam 8:30 pagi. Kiranya aku akan bermalam kat airport ler jawabnya. Takkan nak check-in hotel kan. Dah bertaraf student ni, semuanya kene la berjimat cermat. Takleh nak main boros macam zaman kerja  dulu. Hiks. 

Time ni, aku bersama dengan dua orang lagi members aku. Dorang akan fly ke Manchester awal 2 jam dari flight aku. Tapi memang kitaorang dah plan untuk keluar jejalan sama-sama sebab flight kitaorang dari Kuala Lumpur ke Dubai adalah sama. 

Nak masuk Dubai, rakyat Malaysia hanya perlu bayar Visa-on-Arrival waktu sampai nanti tak silap aku berharga 80 dirham? *please correct me if i'm wrong*  aku tak bayar sendiri pun sebab dah termasuk dalam harga tiket flight yang aku beli tu. Lepas dah setel chop passport semua, terusla keluar menuju ke city centre. Naik metro jela...

Saturday, November 1, 2014

8D7N Germany - Total Expenses!

Salam 1 November!

Fuhh~ pejam celikk, pejam celik dah 1 November dah. Lagi 2 bulan nak masuk tahun baru kan? 

Apa plan next year? Aku rasa ramai yang dah ada tiket kapal terbang berderet-deret untuk next year kan. Haruslah plan setahun awal, untuk buat preparation. Kalo banyak duit, last minute pun boleh jalan je~ 

Anyway, seperti yang dijanjikan sebelum ni. Ni aku nak share total expenses aku sepanjang trip aku kat Germany bulan Ogos aritu. Fuhh~ dah 2 bulan lebih rupanya. Total expenses adalah berdasarkan cara aku travel yang maybe ada kala bajet, ada kala lavish skit. So, feel free to use it as your guidance and modify as per your own preferences. 

Ayuhhhh!