Saturday, November 1, 2014

8D7N Germany - Total Expenses!

Salam 1 November!

Fuhh~ pejam celikk, pejam celik dah 1 November dah. Lagi 2 bulan nak masuk tahun baru kan? 

Apa plan next year? Aku rasa ramai yang dah ada tiket kapal terbang berderet-deret untuk next year kan. Haruslah plan setahun awal, untuk buat preparation. Kalo banyak duit, last minute pun boleh jalan je~ 

Anyway, seperti yang dijanjikan sebelum ni. Ni aku nak share total expenses aku sepanjang trip aku kat Germany bulan Ogos aritu. Fuhh~ dah 2 bulan lebih rupanya. Total expenses adalah berdasarkan cara aku travel yang maybe ada kala bajet, ada kala lavish skit. So, feel free to use it as your guidance and modify as per your own preferences. 

Ayuhhhh!




Transportation

  • Flight ticket Ryanair (London Stansted - Frankfurt) : GBP19.99/pax
  • Flight ticket Ryanair (Berlin - London Stansted) : GBP29/pax
  • National Express (Airport Shuttle) : GBP26/return journey
  • Taxi to Birmingham Coach Station : GBP7/way
  • Frankfurt - airport shuttle : EUR14/pax
  • Heidelberg - Metro fare : EUR2.20/way
  • Stuttgart - Metro daypass : EUR6.50/pax
  • Munich - Train to Fussen : EUR23/return
  • Munich - Inner day pass : EUR6/day
  • Berlin - Metro fare : EUR5.80
  • Train (Frankfurt - Heidelberg) : EUR19/way
  • Train (Heidelberg - Stuttgart) : EUR19/way
  • Train (Stuttgart - Munich) : EUR19/way
  • Bus (Munich - Berlin) : EUR22/way
Total transportation costs : GBP81.99 & EUR136.50


Accommodation

  • Heidelberg - Lotte Backpackers Hostel : EUR23/night
  • Stuttgart - The Hi Hostels : EUR31/night
  • Munich - The 4you Hostel : EUR44 for 2 nights
  • Berlin - Heart of Gold Hostel : EUR32 for 2 nights
Total accommodation costs : EUR130


Meals

  • Frankfurt : EUR13
  • Heidelberg : EUR14.30
  • Stuttgart : EUR15.85
  • Munich : EUR37.21
  • Berlin : EUR31.65
Total meals cost : EUR112.01


Miscellaneous

  • Frankfurt : EUR4.50
  • Stuttgart : EUR2
  • Munich : EUR15
  • Berlin : EUR7
Total miscellaneous cost : EUR28.50


Souvenirs

  • Frankfurt : EUR12.90
  • Heidelberg : EUR7
  • Munich : EUR9.45
  • Berlin : EUR20
Total souvenirs cost : EUR49.35


GRAND TOTAL : EUR456.36 & GBP81.99




Untuk semua entries berkaitan dengan Germany, boleh rujuk links dibawah ye....




Overall, aku agak puas hati dengan trip kali ni. Dengan berbekalkan EUR400 yang aku bawak. Ada certain expenses tu memang dah prepaid awal seperti tiket kapal terbang, shuttles dan beberapa lagi. Aku still berbelanja jugak dengan benda lain. Sempat shopping beberapa helai baju baru lagi! Ahaks... balik Birmingham sempat kene cerca dengan kawan-kawan lagi. Haiii... sabarlah wahai hati. Ahaks. 


Untuk transportation - aku rasa okla kot, aku banyak berjalan guna kudrat kaki ni je. Sebab apa yang aku perasan macam bandar Heidelberg dan Stuttgart actually boleh jejalan sendiri je kecuali nak pegi tempat yang macam terkeluar skit daripada bandar. Macam Frankfurt sendiri, aku memang jalan kaki all the way. Takde naik public transport langsung kecuali airport shuttle. Manakala untuk Munich dan Berlin memang aku rely 100% kat public transportation dorang yang daboom tuh!

Untuk accommodation - ni bergantung kepada preferences masing-masing. Aku macam ada range brape yang aku sanggup spend untuk accommodation ni. Normally, untuk travel sekitar Europe ni, rate untuk hostel selalunya boleh dapat less than EUR15/night. Ni bergantung kepada lokasi jugak. Kalo dekat dengan city centre, memang lagi mahal. Tapi aku baca pun based on review. Unless memang terpaksa terlalu mahal memang kene duk jauh skit dari city. Bukan apa, kalo duk dengan main station ke ape. Memang jimat masa dan duit lagi. Plus, convenient. 

Untuk makan - aku ada bawak megi 3 paket, tapi semua tu tak makan langsung! Banyak makan benda-benda kecik macam roti, biskut dan coklat. Aku make sure makan berat skali sehari. Pastu ada la beli kopi ke air. 1 portion tu ada kala besar, kalo perut kecik memang boleh share dua orang. Kalo lelaki, maybe abes la kot. Aku boleh katakan average harga makanan adalah dalam EUR6-7/meal. 

Untuk souvenirs - Bagi aku, souvenirs kat Germany ni sangat-sangat mahal okeh! Fuhhh~ untuk fridge magnets jenis batu pun boleh cecah EUR4-5/seketul. Design jenis biasa-biasa je. Kalo nak lawa skit, jenis metal tu. Harga boleh cecah EUR7-8/ketul. Memang jarang untuk jumpa yang macam beli bundle tu. Ada tapi aku tak jumpa. Maybe korang jumpa? So, aku ended beli untuk aku sendiri je. Sori la kawan-kawan. 

Apa lagi eh?

Ok dah tu je...

Till then...

Bye!

16 comments:

  1. Wow!! not bad, at least with RM3K dah bole travel Germany, but for sure kena control bajet la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Semuanya bergantung kpd preferences sendiri. Blh arrange spy blh lg bajet.

      Delete
  2. >.< uiks.. mahalnye magnet fridge tu... kalau ikut duet kite dalm rm16-28 seketui... haha.. tapi takpelah.. wat kenang kenangan kan.. =D

    ReplyDelete
  3. Tq for all the entries utk Germany. Boleh dijadikan rujukan dimasa hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome. ;) insyaALLAH sedikit sebanyak blh membantu nnt. ;)

      Delete
  4. omgeeeee.......Akak jeles sgt2 ni. Kasi jalan je ya. How's ur study?

    ReplyDelete
    Replies
    1. akakkkkk jgn jeles pls... ahaks. study? alhamdulillah. semua ok.

      Delete
  5. best budget....kami nak ke Jepun...tengah baca blog anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ke? sure? ahaks. terima kasih sbb sudi baca ;)))

      Delete
  6. details, memang aku refer sini kalau nak buat bajet. at least bila dekat sana tak lari banyak sangat dari yang dah plan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la nak kata details tu. buat panduan org kata. ni actually tak larik pun dr bajet aku.

      Delete
  7. Replies
    1. yupppp mmg mahal sgt rasanya. paling mahal kat switzerland. huk huk

      Delete
  8. Ada masalah komunikasi tak di German ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far, mmg takde sbb dorang blh communicate dlm english dgn fasih

      Delete