Quick update!
Actually aku ada banyak entry yang kene update. Tapi biasalah, mood nak mengarang sekarang ni dah makin ke laut. Tak tau nak karang apa. Nak surfing je manjang. Nak travel pun malas okay! Hahaha rasanya kene rehat kot. Walhal... rehat bukan main banyak dah.
Anyway, aku hanya nak update pasal cafe yang aku teringin sangat nak pegi sejak duk layan series FRIENDS sejak zaman 2007? Ye.. selepas 3 tahun series tu tamat tahun 2004 barulah aku layan series tu. Ingat lagi zaman universiti dulu gigih pegi download kat bilik study sebab free wifi. Download satu-satu episod okay! Bayangkan ada 10 seasons semuanya dan satu season ada lebih kurang 23-24 episod. Haaaaa... gigih!
Atlast, aku ada semua episod dari season 1 sampai 10!
Dulu mana ada duit nak beli boxset sebab takde duit! Baik aku download je. Series tu sampai sekarang aku ada lagi dan duk layan kalau bosan. Honestly, memang aku dapat ingat most of the dialogues! Punyalah fanatik.
Sapa boleh lupa gelagat Rachel, Monica, Phoebe, Ross, Joey dan Chandler kan. Tell me about it! Owhh yes. My all time favourite is Phoebe! Who's yours? Tell me!
Tak lupa jugak tempat lepak dorang seharian yakni di Central Perk. Dulu aku terpikir gak, wujud ke cafe yang cosy camni. Minum dan lepak bersama kawan-kawan duk gelak-gelak. Tapi jangan tak tau! Memang ada ye! Tapi bukan kat US tapi kat UK je... haaa aku pun amek peluang la time duk kat UK dulu untuk pegi dan merasai sendiri duduk dalam cafe ni. Walaupun ianya sekadar replika, tapi jadiklahkan. Ahaks.
Ayuhhh layan gambar!
 |
| rupa depan Central Perk |
 |
| ruang utama |
 |
| kaunter untuk order |
 |
| angel lain dalam Central Perk |
 |
| ruang duduk tepi tingkap |
 |
| layout sebenar Central Perk kalau ikut dalam tv |
 |
| nak duk sini pun boleh |
 |
| cawan besarrrrr! hiasan semata-mata |
 |
| ruang lain dalam Central Perk |
 |
| lampu |
 |
| souvenirs untuk dibawa pulang kalau berminat |
 |
| skrip asal untuk episod ni, yakni the day the know that Ross the father of Rachel's child. ahaks! |
 |
| hiasan |
 |
| kenela duduk dan minum di orange couch ni. |
 |
| waktu malam datang lagi sebabnya kawan terlupa nak beli mug souvenirs. malam tu adalah Halloween |
 |
| romantik haa pasangan tu conquer seat dorang je |
 |
| waiter dan waitress yang pakai costume sempena Halloween |
Overall, okla untuk pengalaman sendiri. Wishlist dah boleh Checked! Nak kata coffee kat sini sedap, rasanya biasa-biasa je kot. Sedap lagi kat tempat lain.
Other than that, datangla kalau ada jejalan ke Liverpool. Alamat dia boleh dapat kat website yang kat atas tu.
Till then.
Bye!