Assalamualaikum!!!
Sedikit pemberitahuan kepada semua: Kebanyakan perkara yang berlaku dalam trip to India adalah tidak dirancang. Bila travel, aku nak selesa dan kalo sesuatu tu still murah dan affordable, I will say why not. There's nothing to prove to others on how I travel because this is me! I'm not trying to be someone that I'm not. Tak perlu nak wannabe sangat. No identity bak orang putih kata. Correct me if I'm wrong.
Ok dah abes lempiaskan perasaan aku sendiri. Jom sambung Hari 0 kat India.
Bila dah setel hal imigresen terus pegi amek beg. Tak tau nak bagitau camne perasaan time tu. Bercampur-baur dengan macam-macam. Adakah dah sampai India? Adakah kita kat Malaysia lagi? Betol ke dah kat India? Haaa...macam tu sekali. Actually, the initial plan was we gonna spend the night at the airport. Since, we landed in India almost midnight. This is my first time actually overnight at the airport. Hahah. Al-maklumlah.... travel secara anak jutawan. Mana mungkin nak tido kat airport yang lantai sejuk dan keras tu. Tak elok untuk badan ok. Kang tak sampai 40-an dah sakit-sakit sendi. Tak gitu Doktor Shah_rule?
Menuju ke arrival hall. Perghh bukan main ramai orang dah duk tunggu dengan sighboard masing mempunyai nama penumpang. Terasa macam VVIP pulak. Tapi apakan daya, none of that is ours. Hahah. Maka berlalu pergi menuju ke port yang diberitahu oleh one of my friends. Dekat dengan premium lounge. Ada kerusi kat situ depan prepaid taxi counter. Tak besar pun arrival hall kat airport India ni. Tapi jangan risau, bersih je. Takde peminta sedekah lalu-lalang mintak duit sebabnya mereka yang mempunyai tiket yang sah sahaja dibenarkan memasuki kawasan airport ni.
Janggel dan MasMZ dah siap-siap kuarkan segala charger dan aku pulak kuarkan extension. Nak charge segala sume barang-barang elektronik kepunyaan kami. Nasib baik ada pinjam netbook Lily Riani untuk kegunaan kami sepanjang di India. Dapatlah jugak MasMZ siapkan keje dia kat atas lantai airport ni. Gigih sambil duduk dalam sleepingbag. Dalam gambar kat atas tu, ade kain hijau kan? Tu adalah minah salleh dari Poland tengah syiokk tido. Tapi tak lena tapi tido-tido ayam jek. Kerusi kat area arrival hall ni sangat tak menarik. Keras dan sedikit. Plus, lantainya takde karpet. Maka agak sejuk kalo nak baring macam tu je. Tapi time ni macam kental jugaklah nak try tido airport gak.
Tapi takpe...jom jejalan dulu pegi convenient store cari air minuman. Tengok-tengok kat rak coklat. Coklat Sneakers tak mahal ok kat sana dalam RM2.10 je untuk 1 bar tuh! Murah bangatttt...nyesal pulak tak beli untuk bekal kat India. Sumber tenaga tu. Dalam lebih kurang sejam lebih jugakla duk lepak kat situ. Aku lak taktau nak buat apa dah. MasMZ dengan netbook buat keje, Janggel dah sedap membuta atas kerusi keras tu. Tapi aku tau dia tak lena pun. Mata aku duk kedip-kedip sendiri tanda bosan. Hahaha. Sumpah mati kutu taktau nak buat apa dah... Tiba-tiba minah salleh tu terjaga. Sempat jugak borak dengan dia. Dia cakap dia dah 6 bulan kat India, and she said she hate India. Won't come back anymore. She had enough! Haaaa...macam tu sekali. Dia 6 bulan kot kat India. Aku ni dalam 8 hari je nak duk sini. We will see how ok. Hahaha. Dia ade gak mentioned, napa nak overnight kat airport, u can get cheap and good hostel around New Delhi. She suggested Smyle Inn near New Delhi Railway Station. Rate pernight dalam 900 rupees untuk 1 bilik. So, dalam 200 rupees je seorang or equal to RM14 je. Murah nak mampos tak? Kalo mahal, aku luku kepala sapa-sapa yang cakap mahal.
Smyle Inn
916, Cali Chandi Wali, Main Bazaar, Pahargani
New Delhi - 110055, India
Tel: +91-11-23584076 / +91-11-23589107
Faks: +91-11-228542651
E-Mail: smyleinn@hotmail.com
Time minah Poland ni bagitau cheap hostel ni, terus dalam kepala otak aku why not we go there? Lagipun, aku berani potong jari yang aku takkan dapat tido kat airport punyalah! Kalo mama aku tau, mesti dia tak suka. Napelah duk susahkan diri buat macam ni yakni tido kat airport. Bukannye takde duit...plus pegi ramai-ramai dapatlaaa tong-tong cost. Alhamdulillah.. Gigih cari internet connection. Tapi kat airport ni kene bayar. Hampeh sangat. Last-last guna roaming handphone MasMZ. Nasib baik dapat jumpa no telefon Smyle Inn tu. Terus call.alhamdulillah sekali lagi ade vacant. Terus pack barang-barang balik. Dalam hati dah berbunga. This is the way i travel. Napelah susah-susah nak susahkan diri? Hahaha. Whatever... i don't bother what people say to me. Pergi berambus!
Lepas dah setel, pegi beli prepaid cab untuk menuju ke Smyle Inn. Tambang yang dikenakan dalam 400 rupees untuk sebuah taxi. Hurm...taktau nak kata murah ke tak, since bahagi 3 orang. Boleh diconsiderkan sebagai murah. Lagipun bukannye dekat pun airport dengan kota Delhi. Agak jauh jugaklah.....so, we paid the fare. Keluar je dari pintu bangunan, udara sejuk menerpa. Nasib baik pakai sweater, so takdelah sejuk sangat.
Ok...here we go!!! Maka bermulalah pengembaraan kami di bumi Kari bak kata Janggel. Hahaha. Kat India, we need to expect what is unexpected. Tapi dalam kepala otak aku ni, dah bagitau siap yang kat sini kotor, berdebu, busuk dan macam-macam lagi. So, takdela culture shock sangat. So, aku tak kisah.... Malam-malam pun jalan raya still busy lagi dengan bunyi-bunyi hon sesama mereka. Gambar kat bawah ni menunjukkan seorang peminta sedekah...
Dalam 20 minit perjalanan, maka tibalah kami di suatu kawasan yang agak sunyi di depan New Delhi Railway Station. Banyak anjing berkeliaran. Dalam benak berkata, betol ke kawasan sini? Ish..cuak melanda. Banyak kali jugakla driver taxi tu duk pusing-pusing kawasan sekeliling pastu tanya orang. Anjing kat sini besar-besar ok. Alhamdulillah...dapat jugak jumpa Smyle Inn. Rupanya tersorok dalam satu jalan yang kecik dah gelap! See!!! Expect the unexpected! Kat dalam lorong gelap pun ade hostel atau inn. Hahaha. Mula-mula suruh driver tu lalu jugak celah lorong kecik tu, tapi dia cakap tak boleh sebab tak muat. Last-last, turun la jugak berjalan masuk. Ek ela....bukannye jauh pun dalam 5 meter je. Hahah terus jumpa Smyle Inn.
Terus ketuk-ketuk pintu. Rupanya receptionist tido depan tv kat depan kaunter! Terkejut jugak...tapi muka cool je. Procedure check-in bermula. Kena kasik passport untuk discan pastu kena isi buku kitab yang agak tebal. Macam-macam la kena fill up katanya untuk our own safety. Layankan jela... Nampak keadaan sekeliling hotel agak bersih. Kira okla...tapi lokasi tak brape nak strategik sebab agak terperut dan kotor kat luar. Untuk breakfast kena tambah lagi 100 rupees seorang. Kiranya total seorang kena bayar ialah 300 rupees (RM21) Murah lagi tu...berkata Janggel. Ntah-ntah dia pun dah terkena badi anak jutawan seperti aku? Hahaha. Terima kasih Janggel and MasMZ sebab layan kerenah aku.
Masuk bilik...not bad. Agak bersih... lepas dah setelkan perkara wajib. Maka membuta la kami untuk hari itu. What a day...
Till then...wasalam.
































