Thursday, October 4, 2012

#Travelholicawesome : Redang Island (Part 2)


Assalamualaikum!!!

Okeh jom aku sambung bahagian kedua trip #Travelholicawesome ke Pulau Redang.

Perjalanan menuju ke Redang Kalong dari Jeti Merang mengambil masa kira-kira 40 minit jugaklah. So, kepada sesiapa yang mabuk laut tu, sila telan pil siap-siap sebelum naik bot. Yela, keadaan ombak yang asyik berombak tu boleh mengundang rasa mual dan loya. Kalo muntah sape nak jawab? Haaa…tanggung ler sendiri. Our organizer sepanjang perjalanan duk diam je..katanya mabuk laut. Hahah walhal dirinya sendiri dah datang berpuluh kali ke pulau. Ada badi gamaknya. Sesekali bila bot memecah ombak, terasa melayang naik roller-coaster pun ade! Hahah best best!

Akhirnya sampai jugak kami ke Redang Kalong, menurut Maszuber Redang Kalong ni ada private beach dorang sendiri. Memang privacy adalah terjamin tapi harganya versi murah dan berbaloi. Dorang ade bot sendiri, van sendiri, sumenye sendirilah! Semua #Travelholicawesome tak lepas dari perkataan “woahh”, “lawanyaaaa”, “perghhhh”, “ek-elaaaa” tanda kagum. Alhamdulillah… hari kami sampai tu cuaca sungguh elokkk! Langit membiru.


Risau tengok beg-beg kat bahagian atas ni, kot-kot la melayang terbang time bot duk melayang tuh! Nasib baik masih selamat...





Bila dah jejak kaki ke Redang Kalong, get ready untuk check-in. Sebelum tu, kami semua kene berkumpul kat kantin? Kantin la kot aku panggil senang. Ada sorang resort representative yang in-charge untuk allocate kunci bilik kami masing-masing. Owh ya, lupa nak bagitau dalam previous entry yang Keluarga Bahagia Ely Hasrul pun turut serta bersama her new born. Sebagai diva lagenda, beliau dah sampai dulu sehari sebelum kami sampai. Dorang datang naik kereta. Senang katanya nak angkut stroller bagai.

Susunan bilik adalah seperti berikut:

Seaview room: Keluarga Ely Hasrul
Couple room: Chawanna & Biqque
Triple sharing 1: Janggel, Dan Arif and Me
Triple sharing 2: Fatt, Kak Anash dan Masmz
Triple sharing 3: Byya, Lily Riani dan Pa’e
Triple sharing 4: Maszuber bersama adik beliau

Menuju ke bilik masing-masing

Dewan makan


Ruang untuk beriadah: board games dan karaoke!

Triple sharing room. Actually boleh buat 4 orang sebab ada 2 singles dan 1 double bed.


Bagus tak aturan kami? Hahah Time kami sampai ni lebih kurang jam 11 pagi. Actually, masih lagi awal untuk check-in. Tapi disebabkan ada bilik yang dah kosong kami boleh terus masuk untuk segarkan badan. Yela, tak mandi lagi nih dari semalam okeh!~ Ayuh kita masuk bilik.

So, since ada lagi masa lebih kurang 2 jam sebelum makan tengah hari. Kami sepakat untuk adakan sesi photography bersama-sama. Tema pakaian telah ditetapkan sebelum kami bertolak. Tema yang dah sepakat ialah marine theme? Kaler yang wajib ada ialah biru, merah, putih. 90% of us pakai mengikut tema. Kecuali sape? Ce teka sape yang lain dari yang lain? Hahaha. 



Walaupun keadaan panas terik, tapi tak menghalang kami dari duk berposing sakan tengah panas tuh! Lantakler. Duk gelak ketawa tanpa henti tengok gelagat masing-masing yang tak brape nak betol tuh! Hahah. Bertabah jela. Sempat gak Dan Arif rakam video time ni. Adoyaiii macam-macam gaya dorang duk buat. Masing-masing duk berebut nak masuk dalam frame. Haha. Sape yang paling banyak masuk frame? Haaa…. Layan jela gambar kat bawah ni ye. 

Kulit album terbaru Diva Terkenal kita

Diva Terkenal bersama peminat dan back-up singers
Aksi-aksi latihan untuk sesi persembahan pentas ala-ala Akademi Fantasia sangat!

Back-up dancers





Dah setel sume amek gambar, ape lagi kan perut mesti ler lapar nak mampos! Terus kami beredar menuju ke kantin. Amek pot meja makan paling panjang untuk group kami. Dan la dekat dengan meja makanan. Hahah. By the way, makanan disediakan dalam bentuk buffet. Eat all you can babeh! Setiap hari menu adalah berlainan. Jangan risau. Jom melantak! Owh ya, kat kantin Redang Kalong ada free flow hot and cold drinks 24 hours dan jugak roti berserta jem, peanut butter, kaya dan lain-lain perisa untuk dimakan tatkala lapar untuk 24jam! Jangan risau kalo habes sebab dorang selalu refill... 

Antara lauk-pauk yang tersedia
Apekah acara kami selepas lunch? Nanti aku akan ceritakan dalam entry seterusnya!



 Till then...wasalam. 


Tuesday, October 2, 2012

#Travelholicawesome : Redang Island (Part 1)

Assalamualaikum!!!

Walaupun aku tau cerita ni agak basi dan outdated, tapi aku nak cerita gak kat dalam blog aku. Yela, trip tahun ni dah abes. So, aku kene korek-korek cerita trip yang tak penah aku type lagi untuk isikan dalam blog aku supaya tidak bersawang. So, layankan jela ye. So, macam mana percintaan Adam Mukhriz & Ain Hawani? Adakah mereka akan bersama? Sama-sama kita nantikan okeh! By the way, tahniah kepada Nurizyan Abdul Rahman kerana telah berjaya merembat tiket ke Perth tahun hadapan! Have fun! 

Untuk trip bersama #Travelholicawesome kali ni, destinasi kami adalah Pulau Redang! Kat mana Pulau Redang ni terletak ye? Timur, barat, utara atau selatan semenanjung? Mari kita google, letaknya di Negeri Kepok Lekor yakni di timur semenanjung Malaysia. Aku ni pun first time nak pegi Pulau Redang tau! First time!!! So, tak lepaskan peluang untuk melawat pulau yang penah masuk magazine mana ntah yang telah iktiraf sebagai one of the beautiful island in the world! Haaaa....kembang kuncut hidung aku. Walaupun dah hidup selama 19 tahun atas bumi Allah ni, ni first time nak pegi berenang di pulau negara sendiri. Matilah dah lupa daratan mana asal usul. Hahaha. FYI, saya lahir di New Castle okeh! 

Plan asal telah bermula sejak kami pulang dari Universal Studios Singapore Febuari lepas. Tak dan dan..terus plan untuk trip seterusnya. Eh jap...ke trip ke Taiping bulan April aritu? Owhhh lantaklah. Janji ni trip kami bersama untuk kali-3. Kiranya ni trip paling lama bersama. Eh? Bersama? Senggama? Hahah. Mastermind untuk trip ni adalah Maszuber dan dibantu oleh Fatt. Usaha untuk mencari pakej yang paling murah telah disurvey bersama tatkala menanti ketibaan Matta Fair untuk diterjah. Tapi sebagai pengunjung pulau yang setia yakni Maszuber telah suggest untuk menginap semalam 3h2m di Redang Kalong Resort. Tempat beliau menyemai cinta. Eh lagi? Haha. Tempat ni beliau dah datang beberapa kali bersama sahabat-handai selain kami. So, review dari beliau amatlah penting. Jika tidak, beliau akan dicerca sampai mati oleh kami. Pakej yang termurah berjaya dirembat di Matta Fair dengan harga RM318/pax untuk triple sharing. Untuk couple kene tambah tak silap dalam RM30/pax camtu. Sila kunjungi Matta Fair untuk tawaran menarik okeh! 

Untuk ke Kuala Terengganu, kami split kepada 2 kumpulan yang berasingan. Aku namakan 1 geng Diva, 1 lagi geng Otai. Sape ahli geng Diva? Tak lain tak bukan...diketuai oleh Biqque, Her Hubby, Janggel, Tan Sri Coco, MasMZ dan jugak Fatt. Nape geng diva? Sebab dorang naik bas baru katanya! Demanding sangat! Femeskah mereka??? Hahah. Manakala geng Otai diketuai oleh Chawanna, Maszuber, saya, Byya, Dan Arif, Lily Riani. Nape otai? Sebab dalam geng kami ade otai pulau. Tu je. Hahah. Geng Diva naik bas di Putrajaya Sentral manakala geng Otai naik di Hentian Putra. Bas bertolak tepat jam 10 malam menuju ke Kuala Terengganu. Dah lama aku tak naik bas. Selalunya naik flight. Demanding much? Hahah. Sepanjang perjalanan ke Kuala Terengganu tu, keadaan bas amat bising dek kerana ade sekumpulan monyet-monyet duk bercakap dan bergelak ketawa tanpa henti. Very very very rude i should say! Mesti terlebih gula nih! 

Keadaan dalam Hentian Putra yang sesak dengan manusia. Panas!



Kami selamat tiba di Hentian bas Kuala Terengganu lebih kurang jam sebelum Subuh. Grumpy gak pagi tu dek kerana tak cukup tido dalam bas. Geng Diva katanya telah tiba sejam awal dari kami dan telah setel membedal nasik lemak berdakwat biru kat hentian bas tu. Sesi peluk cium berjalan lancar dan geng Otai turut sama membedal nasik lemak berdakwat biru sebelum pegi surau untuk solat Subuh. Lebih kurang jam 7 pagi, 2 buah van dari Redang Kalong Resort telah sedia tiba untuk membawa kami ke jeti di Merang? Betol tak ni? Main type je aku nih! Hahah. Muat-muat 2 buah van untuk #Travelholicawesome untuk ke jeti. By the way, trip Pulau Redang ni turut disertai oleh artis jemputan dari Johor iaitu Pa'e. Selamat datang ke Pulau Redang saya ucapkan! Hehehe. 



Bila dah masing-masing dalam 2 buah kenderaan berbeza, maka akan terjadi slightly miscommunication. Van aku, pakcik driver tu offerkan diri untuk bawa kami ke Chinatown yang terletak tidak jauh dari hentian bas. Sebabnya masih terlalu awal untuk terus ke jeti. So, kami tanpa rasa syakwasangka terus bersetuju. Pagi tu cuaca amatlah elok! Tetapi van yang kedua, tidak berpeluang untuk turut serta dek kerana driver mereka tidak sporting. Dibawanya mereka terus ke jeti. Mau tidak hangin Biqque dalam van tersebut! Hurm....saya nak kata ape? Takpelah takde rezeki....lain kali okeh! 

Kat Chinatown tu, terletak satu lorong yang aku sendiri pun tak penah tau akan kewujudannya. Lorong tersebut ialah Lorong Penyu ataupun "Turtle Alley" Lorong ni ditujukan khas kepada penyu-penyu yang amat femes di Terengganu. Kita semua haruslah memelihara penyu agak tidak pupus dek kerana kerakusan manusia terhadap haiwan comel ini! *save the environmental guys~*

Jom layan gambar sekitar... 






Lepas dah abes jalan sampai ke hujung lorong penyu, sampailah pulak kat tebing sungai Terengganu kot? Waterfront la kot tempat untuk beriadah seisi keluarga time petang-petang. Ade pokok-pokok lampu yang macam kat i-City Shah Alam tu. Kami diberi masa hanya 30minit sebelum driver van datang jemput kami semula untuk ke jeti. 



Wow!!! Mereka bersama??? Masam-masam manis? 



Aku redho....


Bila van dah sampai tue, terus kami menuju ke jeti Merang untuk join van yang lagi satu sebelum bertolak dengan bot laju untuk ke Redang Kalong, Pulau Redang. Perjalanan dari Kuala Terengganu ke jeti Merang mengambil masa kira-kira 30 minit macam tu bergantung kepada trafik. Tapi since masih lagi waktu pagi di hujung minggu. Kereta pun tak banyak berkeliaran di jalanan. Sampai tu terus nampak mereka duk melantak di sebuah restoran kecik di jeti. Bag-bag sume telah diletakkan di suatu tempat sebelum di angkut ke atas bot. Sempat beli keropok lekor sebagai breakfast! Perghhh! Enak bangat makan panas-panas! Rugi tak beli banyak-banyak! Memang penuh rasa ikan dalam keropok! Sebelum bertolak, kami dikehendaki membeli tiket masuk Marine Park yang berharga RM5/pax. Kene bayar sebelum bertolak. 

Bot Redang Kalong

Bersama Diva terkenal sebelum berhijrah






Perjalanan menuju ke Redang Kalong mengambil masa kira-kira 30-40 minit untuk sampai. Keadaan dalam bot agak bumpy. Ada seseorang yang asyik duk pening-pening lalat sepanjang dalam bot tersebut! Siapakah beliau yang dimaksudkan? Sama-sama kita nantikan di bahagian yang seterusnya... 


Till then...wasalam.