Sunday, June 23, 2013

Floria 2013, Putrajaya : Orchid - Tropical Treasure!

Haaa...

Buat apa korang kat rumah time jerebu-jerebu nih? Aku ni gigih pegi pagi-pagi ke Putrajaya untuk menyaksikan sendiri Floria 2013 dengan bertemakan Orkid. Bertempat di Precint 2, Putrajaya. Ni sebenarnya first time aku datang ke Floria ni. Last year nak gak datang tapi terlupa. This year, memang kene datang gak demi memenuhi keinginan katanya. Haaa... this time aku heret Kak Coco datang bersama. Bolehla dia ceduk-ceduk idea untuk hias taman kat mansion beliau yang baru dibeli katanya. Jutaan ringgit katanya! Tak sabar nak datang housewarming. 

Seawal jam 9 pagi, aku dah terpacak kat parking spot tunggu kak Coco sampai. Tapi nampaknya orang ramai mula datang berpusu-pusu dah. Macam takde kisah akan jerebu yang melanda negara kita sekarang ni. Ada jugak yang pakai topeng. Menyamar katanya. Kalo ada event macam ni, aku suka datang awal pagi sebabnya kurang panas skit dan jugak parking senang carik. 

Tema tahun ni adalah Orkid. Maka, kita akan lihat bermacam-macam jenis bunga orkid yang akan dipamerkan kat sini. Dari jenis orkid tempatan dan jugak jenis hybrid. Dan jugak bermacam-macam warna, bentuk dan jugak saiz. Kalo penggemar bunga-bungaan dan jugak seni hiasan lanscape, aku rasa kat sini memang wajib datang ler. Aku rasa golongan ibu bapa mesti takkan lepaskan peluang. 

Di sini ada beberapa kawasan antaranya ruang pameran, ruangan berair-con untuk seni hiasan untuk pertandingan dan jugak bahagian jualan pelbagai jenis benih-benih bungaan dan etc. 

Aku tak lama kat sini sebab orang semakin ramai, cuaca semakin panas. Sebelum balik, aku dan Kak Coco pegi pekena nasik ayam kat foodcourt yang disediakan. Nampaknya ruangan foodcourt untuk kali ni agak lebih elok dan teratur. 

Butir lengkap mengenai Floria 2013:

Date: 22 June 2013 - 30 June 2013
Time: 9.30pm - 11.30pm
Venue: SisiranTasik, Presint 2
Entrance: Free 

Apa lagi jom layan gambar!






































































Haaa... ape lagi. Jemput datang beramai-ramai! 

13 comments:

  1. aku dah alert pasal pesta floria ni last week, tetiba hujung minggu ni boleh terlupa pulak. kurangkan aktiviti luaran katanya, hehe...gambar-gambar semua ohsem..

    ReplyDelete
  2. ceh! kalu tau pegi situ patu pekena Nasik ayam, kompom suh bungkus patu hantar rumah idaman. dh la smlm rasa nk mkn Nasik ayam!

    ReplyDelete
  3. ok
    akak nampak gemuk
    (terus gigih turun naik tangga opis dari tingkat 8 ke 9 sahaja)

    gambo sume cantik.....sANGAT TAK PERCAYA...(TETIBA CAPSLOCK)

    ReplyDelete
  4. wahh..lawanya gambar..leh tahu pakai camera ape???

    ReplyDelete
  5. aku nak gi tp jerebu teruk..tk psl2 kang kejung kt situ...

    ReplyDelete
  6. Menarik.....rumah dekat je...nanti nak pergi...harap jerebu berkurangan

    ReplyDelete
  7. Terpengun dgn keindahan bunga-bungaan...

    ReplyDelete
  8. Waahhh...gamba version lg lawa dr real pnya, bgs2!!

    ReplyDelete
  9. Waahhh...gamba version lg lawa dr real pnya, bgs2!!

    ReplyDelete
  10. Cantik-cantik semua gambar tentu dari camera yg mahal tuh kan ????......

    ReplyDelete
  11. mcm biasa gambar ohsem..mula2 cam malas je nk pegi time2 jerebu ni tp bila tgk gambar2 ni..hai terdetik kat hati nk pegi..walhal opis beberapa meter je dari lokasi :-)

    ReplyDelete
  12. wow cantik.. nak pergi ari tu tapi jerebu kan..

    ReplyDelete