Okeh!
Nampaknya aku lama tinggal cerita pasal trip aku dan kengkawan menjelajah secara sihat selama 2 minggu. Sebab yang utama adalah malas. Nak menaip panjang pun satu hal gak plus aku agak busy sejak dua menjak ni. Biasalah, kelam-kabut ke sana ke mari memenuhi tuntutan kerja.
Well, jom aku sambung balik ceritanya...
Dari Hostel Inn, Hong Kong, pagi tu kitaorang semua bangun takdelah lama sangat. Since hari ni kene check-out dalam pukul 11 pagi camtu. Sambil pack barang-barang memenuhi yang kitaorang yang semakin berat tuh. Sabor jela... sape suruh beli banyak barangkan. Nasib baik masih ada ruang kosong lagi. Arini punye plan takdelah pack sangat. Just free and easy kalo boleh.
Dah semuanya bersiap-sedia untuk bergerak menuju ke Shenzen, aku pegi sorang-sorang dulu untuk check-out sebab bangunan dia kat bahagian lain. Aku suruh mereka yang lain tunggu aku kat bawah je. Biasalah kalo aku ni, suka jalan laju-laju. A few kawan aku komplen kata aku ni jalan laju je manjang. Padahal takde papepun. Hahaha nak buat macam mana kan sebab dah selalu macam ni. By the time aku dah siap check-out, bila aku turun kat bawah, aku tak jumpa pulak dorang yang lain. Haaaa sudah. Ke manakah dorang? Adoyaii.. jenuhla nak pegi carik balik. Dah la masing-masing macam tak roaming kecuali adik Maszuber. Aku lak guna HK punye simkad. Tapi kredit tak brape nak banyak gak. Beg kat belakang ni takyah cakaplah, punye berat plus cuaca arini pun agak panas! Arghhhh!!!! I hate summer. Seriously dowh...
Taknak buang masa punye pasal, aku call je dorang. Rupanya dorang tersalah bangunan dan dah terlajak. Haaa amek kau. Dah jauh kene jalan kan. Sabor jela. Aku bagitau dorang suruh jumpa kat exit TST station. Senang sebab station tu in between aku dan mereka berada. Ewahh~
Untuk ke Shenzen dari Hong Kong via MTR:
1. Dari any point of departure. Aku dari Tsim Tsa Tsui station, aku kene pegi ke East Tsim Tsa Tsui station. Ok yang ni kene jalan underground bagi aku tersangat jauh, tambah pulak dengan beban yang ada kat belakang ni boleh menyebabkan perjalanan menjadi slow.
2. Dari situ, naik train menuju ke Hung Hom Station (baby blue line).
3. Dari Hung Hom Station, naik train yang menuju ke Lo Wu Station. Tambang adalah HKD33/pax.
Nasib baik time kitaorang naik train menuju ke Lo Wu tu, coach agak kosong. Masing-masing kepenatan. Semua pakat tido dalam train. Perjalanan menuju ke Lo Wu ni mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai.
Nak masuk ke China, rakyat Malaysia memerlukan visa. Klik ---> Permohonan China Visa
Dah sampai Lo Wu station, kitaorang refund balik duit Octopus Card sebab balance dalam tu masih ada banyak lagi. Adalah dalam HKD60- HKD80 sorang dapat balik termasuk deposit. Boleh buat belanja lagi. Yeayy!
And hellloooo Shenzen!
Dah setel sume urusan dengan pihak imigresen Hong Kong dan China, kitaorang bergerak menuju ke Shenzen Metro (ala-ala MTR gak). Kenela check-in dulu hostel yang dah kitaorang booked. Urusan booking dah dilakukan oleh Maszuber hasil cadangan dari Diana Teo. Thanks babe! Kali ni Shenzen Grand Theater Hostel yang menjadik pilihan kami. Harga untuk 1 malam 54 yuan/semalam. Oklakan takdelah mahal sangat.
Untuk ke sini takdelah susah sangat. Maybe sebab instruction yang diberikan agak jelas dan tak jauh dari metro station Grand Theater (2yuan/sehala) tu sendiri. Cuma kene tanya orang gak macam mana nak carik building tersebut. Tak banyak buang masa, dan kami berjaya check-in. Hostel ni merupakan sebuah apartment yang diolah menjadi sebuah hostel. Ada 3 bilik semuanya.
dorm 6 katil di tingkat 28 |
ruang tamu. abaikan sotong kering yang bergelimpangan |
receptionist |
Masing-masing rebahkan diri atas katil. Fuhhh~ lega sungguh rasanya dapat lepaskan beban atas bahu ni. Rehat dan mandi dulu. Makan makanan yang masih lagi ada yang kami bawak tu. Sempat gak kira duit yuan yang tinggal. Hiks. Kami akan menginap kat sini selama 2 malam.
Aktiviti untuk petang ni, apa lagi kan... shopping!!! dan selepas tu kesengsaraan telah timbul dengan jayanya. Tobat tobat tobattttt!
Untuk shopping ni, kitaorang pegi balik ke Lo Wu station. Sebab kat situlah terletaknya Louhu Commercial Centre. Kompleks membeli-belah yang aku rasa amatlah berbaloi untuk shopping. Bermaca-macam barangan boleh beli kat sini. Aku awal-awal lagi dah simpan DSLR, jam tangan aku dalam beg. Takmo kasik dorang nampak kita bawak benda-benda mahal. Nanti senang nak bargain dengan dorang. Maka takdelah gambar kat sini.
Hasil shopping? Hurm.. lupa nak snapped. Nantilah aku try korek-korek gambar kot-kot ada. Hiks. Malam baru kami balik berehat. Giler lama bertapa dalam tu. Ada yang beli beg, ada yang kain pasang untuk ahli keluarga, ada yang buat baju!
Louhu Commercial Centre |
Louhu Port, imigresen |
Ok... dah penat menaip. Nothing much to tell sebab kat Shenzen ni, aktiviti banyak diabeskan dengan shopping. What to do~
Till then.. bye!
cerita HK disneyland ada?? :)
ReplyDelete@Mama Leen,
ReplyDeleteaisehhh takde ler mama, tak pegi pun disneyland.
Haah, Shenzhen mmg shopping je. tp xdelah menarik sangat sbb penjual garang betol. nak tawar menawar pun jadi malas. *sigh*
ReplyDelete@ANR,
ReplyDeletehahah actually ade a few places yg sy rasa agak menarik utk pegi. tp sbb kekangan masa, so shopping jela jawabnya. tp so far pengalaman duk shopping kt sini sgt best! lawak pn ade.
Best shopping kat Shenzhen ni sebab barang jauh lebih murah banding dengan kat HK tu...
ReplyDelete@Mie,
ReplyDeleteexactly... so far bagi saya mmg murahh banyak. kat HK kebanyakkan branded punye barang. ;)
Gitewwww kisah zaman purba sangat!!!
ReplyDeletetadi baru je check curency duet yuan ke MYR lepas bace entri nie....
ReplyDeletemasa check, 54 yuan = RM27.91....
murah ye, kira ye itu harga per pax/night ke?
or ikut harga bilik jugak?????
haishooooooo....ada gak entry baru 2 hari tunggu dowh :) aritu pi HK tak singgah Shenzen, wajib repeat neh...
ReplyDelete~watie79~
@Janggel,
ReplyDeletehahaha gitewww la kan! malas katanya!
@Takky,
yup. tula harga yg kitaorg byr aritu. mmg murah kan... tggu nnt kt guilin. giler babs punye murah. hahaha. ni harga ikut per pax.