Assalamualaikum!!!
Ni adalah entry terakhir untuk jejalan di Macau. Kira layan gambar jela ye. Dari Senado Square, kami just berjalan menuju ke The Grand Lisboa. Dari jauh memang dah nampak bangunan ni sebab yang paling tinggi dan bercahaya di kala malam di Macau. Ia merupakan hotel, kasino dan jugak restoran. Ntah kenapa aku suka sangat dengan bangunan ni sebab rekabentuk dia unik dari yang lain.
Jom layan gambar...
Aku belom penah jejak kaki lagi ke Las Vegas, tapi rasanya lampu-lampu kat sini dah cukup meriah dah. Hidup sungguh kat kawasan kasino ni. Teksi keluar masuk dari kawasan entrance bawak orang untuk bercuti mahupun menginap kat hotel ni. Pelancong yang lain tak melepaskan peluang masing-masing untuk bergambar kenangan kat depan ni. Lampu lip-lap!
Dari sini, kitaorang amek bas shuttle yang disediakan oleh pihak hotel untuk ke jeti feri balik. Time sampai kat bus stop tu, kami tengok jam masih lagi awal. Apa kata kita naik bas shuttel untuk ke The Galaxy lak. Sebelah the Venetian. Saje nak buang masa kan. Lagipun tak brape jauh mana pun. Kejap je naik bas.
Ayuh layan gambar lagi!
|
bentuk kasino yang macam The Water Cube kat Beijing |
|
the Grand Lisboa dari kejauhan |
|
wow panjangnyaaaa limosin nihhh!!! |
|
the Fortune Fountain kat lobi The Galaxy |
|
chandelier di atas siling |
|
disebalik tabir ni lah ada kasino |
Bila dah abes amek-amek gambar, kami kene balik semula ke terminal feri nih. So, kene la amek shuttle bus balik. Tapi yang penting, kene lalu kasino pulak. Punyalah besar kasino nih! rasanya berjalan merentasi kasino ni rasa tak penah sampai hujung. Tengok pulak dia punye model keseluruhan kawasan bangunan The Galaxy. Giler babs punye besar weyyy! Penat berjalan sehari suntuk. It's time go back to Hong Kong.
Bila dah sampai terminal tu, dah tak ramai orang tu. Terus pegi ke kaunter tiket untuk balik. Ingatkan harga sama, tapi tidak ye... harga untuk tiket waktu malam adalah mahal skit compare dengan hari siang. Tiket untuk seorang adalah HKD184/pax. Actually, ada ulat-ulat tiket yang duk offer tiket feri gak. Katanya murah HKD10/pax. Tapi sebab tak berani, so better beli kat kaunter jela. Feri kami akan berlepas jam kalo tak silap aku dalam jam 11 malam. Sempat-sempat harap untuk naik MTR untuk ke Tsim Tsa Tsui balik. Takut gak. Dah naik ferry tu, masing-masing terus terbungkang tido.
Berakhirlah sehari di Macau.
mmg betul..semua bangunan di Macau..architechure dan design cantik dan unik..kalau nk view cantik mesti berjalan pada waktu malam..bekerlipan dengan lampu..meriah kan..
ReplyDeleteLil lap lip lap...becahaya mata JM tengok semua pic2 ni :-)
pandai kau ambik gambo malam malam.
ReplyDeletelawa lawa belaka
cantik jugak ek building yg lampu2 sume ni, mmg asyik la if nak berphotog. jenuh bedung tangan tanak kasi gegar hahaha :)
ReplyDeleteko rasa kat kelopak2 grand lisboa tu ada bilik ke? kalo patah, eiii takut plak hahaha!
dah macam dalam citer tron pulak, lampu lip lap banyak giler...ok jugak trip korang ni, free and easy, jalan-jalan ambik gambar, boleh la buat rujukan nanti, hehe...
ReplyDeletepesal banyak gambo je?
ReplyDeletepesal citer tak panjang2?
pesalll????
pulangkan balik duit akak!!
(tak puas hati..)
kbai
*komen sengal-sila abaikan*
hehe
ps: pandai hambek gambo waktu malam tak gegar...
Wah, boleh fefeeling mcm kt Vegas. So, berapa kau menang? Hahaha
ReplyDelete