Thursday, November 8, 2012

Club Med Cherating - Part 1

Assalamualaikum!!!

Lama rasanya tak menaip untuk cerita baru. So, aku try korek mana-mana cerita yang boleh aku kongsikan dengan korang sume. Kali ni trip percutian 3h2m bukanlah aku yang organize sendiri tapi ni adalah company trip. Ni first time aku ikut company ni, dah dua tahun aku missed out sebab malas nak pegi dan takde geng. Yela, time tu junior lagi. Hehehe. Tapi kali ni aku pegi, untuk rank aku kene bayar hanya RM350/pax. The rest will be sponsored by our company and partners. Auww~ So sweet of them. Thank you!

This year location was Club Med Cherating! Kalo ikut pengetahuan aku ni, Club Med ni bukan suka-suka orang luar boleh masuk, tapi hanya members sahaja yang boleh menginap kat sini. If I'm not mistaken, one of our partner is a member here and also a client of us. Hehehe. Maybe can get special rate? Who knows right?   Group trip ni diadakan pada 1 week of October aritu. Mula-mula ingat nak drive sendiri untuk pegi sana, so that boleh buat road trip a.k.a stopover at different locations. Yela, boleh beli kepok lekor on the way tu kan. Tapi malangnya, semua kene naik bas direct from our office. Ada 4 jenis bas semuanya yang bakal mengangkut kami ke sana. Nama-nama bas diberi nama The Hulk, Iron Man, Thor and lagi satu The Avengers. Gitew sangat nama superhero. Hahaha.


Kami bertolak dari office lebih kurang jam 8.30 pagi menuju ke lebuhraya Karak. Tapi on the way tu, kami akan singgah makan tengah hari di Restoran Pak Su. Gitew... pak su sangat namanya! Ingatkan kedai seafood melayu. Rupa-rupanya! Hahahah lawakkkk! Namanya satu lawakkan kat kami time tiba kat restoran tuh! Cis! Sume tertipu! Bila dah semua bas sampai, kami pun makan tengah hari kat situ. Sumenye jenis seafood. Ada stuffed crab! Korang penah makan tak? Sedappp bangattttt!!!! 



Bila dah setel makan tu, kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Cherating yang ada berbaki 1 jam nak sampai. FYI, sebelum kami bertolak dari Kuala Lumpur, each of us need to provide our name, ic no as well as our home address to be registered with their system. Maybe registered as a member. Who knows. Takdelah aku tanya dengan lebih lanjut pulak kan. Time kami sampai tu, kat main entrance tu dah nampak para pekerja Club Med duk melambai-lambai menyambut ketibaan kami. Pekerja dorang kebanyakkannya adalah foreigners yang bergelar G.O. (General Officers, if I'm not mistaken). Tu yang aku nampak ada mat salleh, korean, negro dan lain-lain. Bila dah sampai tu, dalam bas tu Club Med representative akan menyerahkan kunci bilik berserta towel card kepada each one of us. Setiap bilik akan ada 2 orang. 

Dah setel semua sesi penyerahan kunci, ada pulak hot towel dan welcome drink untuk segarkan diri. Ucapan welcome tak lepas dari mulut para G.Os sekalian. Hehehe. Kami diminta berkumpul kat 1 dewan untuk diberikan taklimat sebelum masing-masing menuju ke bilik untuk berehat buat seketika. 





Kat sini terdapat banyak blok bangunan untuk bilik yang bermula dari Blok A sampailah Blok Z if i'm not mistaken. Nama-nama blok pun adalah nama haiwan. Contoh Blok E ialah Enggang dan Blok O ialah Orang Utan. Hahaha. Aku duk blok D which is Dangan. What is that? Hahah. Keadaan bilik agak luas. Binaan bangunan semuanya diperbuat daripada kayu dan dalam kawasan hutan. Not exactly hutan tapi dalam kawasan yang semuanya hijau-hijau! Menarikkkk! 



Kami diberi masa untuk berehat sebelum ada acara petang. Konon-konon macam team building? Tak jugak kot... rasanya lebih kepada sukaneka. Yela, bila datang ramai-ramai macam ni agak seronok untuk bermain-main bersama-sama kumpulan. Ni gambar-gambar yang sempat aku tembak! Hehehe. Layan jela ye....










For your information jugak, kat Club Med ni jugak menyediakan pelbagai aktiviti untuk dilakukan bersama anak-anak ataupun keluarga. Kat bawah ni jadual untuk aktiviti yang diadakan. 



Lepas dah setel aktiviti sukaneka tu, aku dan kawan-kawan amek peluang untuk explore kawasan Club Meb ni. Agak luas ye plus bila dalam hutan haruslah panas! Hahaha. Kami berjalan menuju ke kawasan Zen Place. Nak kill the time katanya kan... Hahaha layan gambar jela ek, aku dah malas nak menaip dah nih! Let's the pictures speak for itself. 




at Zen's Place. Only for adults




View from my balcony

Jomlah mandi dan solat! Sebelum kita terjah coffee house untuk dinner! By the way, kat sini sumenya dah termasuk dengan makanan yakni breakfast, lunch, dinner as well as snacks are available! Memang kenyang dan gemuklah kalo bercuti kat sini! Hehehe. Makan ala buffet all the time! Makanan ada banyak jenis dari malay cuisine, western, asian dan jugak pelbagai jenis dessert! Awesome! Hehehe. 



Malam tu still ada lagi aktiviti untuk kami semua. Nanti aku sambung dalam next entry.

Till then... wasalam.


Tuesday, November 6, 2012

Photobook : Perth has arrived!

Assalamualaikum!!!

Lama rasa tak update sebab terlampau busy dengan kerja hakiki. Try nak sambung cerita pasal tempat yang aku pegi last October aritu tapi masih takde masa nak menaip. Banyak kerja perlu disetelkan. Yang penting next week cuti 1 week! Cuti bersambung katanya. InsyaALLAH. Boss dah kasik approval verbally pagi tadi. Thank you so much boss! I owe you fridge magnets okeh! Hahaha 

Papepun, ke mana hilangnya photobook Krabi aku? Yang aritu aku duk membebelkan dari company Photobookmart. Yang tu memang tak dapat lagi, baru dapat e-mail dari dorang semalam katanya akan dipos pada hari khamis nanti. Nanti sama-sama kita tengok camne. If not, memang aku spam wall fanpage dorang! Hahah. 

Hari ni hari gembira lagi sebabnya photobooks untuk Perth, Australia dah sampai! Tak kepalang gembiranya aku! Kali ni aku order dari company Pixajoy. Boleh refer kat website dorang ---> Pixajoy takpun fanpage dorang ----> Facebook Fanpage Pixajoy . Time aku beli ni sebab saje macam dah gian sangat nak beli photobook. Nak tunggu dari company Photobook Malaysia tak keluar-keluar lagi promo dekat Groupon ke, Mydeals ke, etc. Tup-tup ada la promo dari Pixajoy yang berharga RM78 termasuk delivery charges. Agak mahal sebenarnya compare to harga sebelum ni. Tapi sebabkan dorang ada buat promo untuk size yang aku nak yakni A4 Landscape (11.5 inch x 8 inch). Maka dengan tanpa segan silu aku buat bayaran untuk 2 buah photobook. Malam tu terus pilih gambar untuk Perth! Hehehe. Betapa kegigihan aku layak diberikan penghargaan! Hahaha. 

Sebelum aku beli tu, aku dah buat research skit-skit pasal company ni. Aku dapat rekomen dari kawan-kawan kat fanpage kata Pixajoy ni pun bagus companynya. Plus, bila aku baca review dari orang yang penah buat dengan Pixajoy ni rata-rata ni memberikan pujian dan puas hati dengan kualiti, customer service dan printing dorang. Aku baca semua ni kat fanpage dorang tau. So, why not to give it a try? Kalo review bagus takde salahnyakan. At least we have another option instead of Photobook Malaysia. Am I right? Hahah. By the way, layout software antara Pixajoy & Photobook Malaysia adalah sama! So, sangat senang untuk guna! 


Tapi ni punye promo dah nak abes. Cepat sebelum kehabisan masa!!! 

Ok, sedikit info untuk korang kalo terbaca jenis-jenis kertas atau printing yang digunakan oleh company photobook seperti Pixajoy ataupun Photobook Malaysia

1. Matte Lamination : Jenis printing yang takde pantulan cahaya. (sesuai untuk muka surat kat bahagian dalam.)

2. Gloss Lamination : Jenis printing yang memantulkan cahaya. (Sesuai untuk cover page sebab kalo terkena air, boleh lap-lap je)

Korang boleh google kat Youtube perbezaan antara dua jenis printing ni. Aku dah tengok. Ada perbezaan okeh! Dua-dua pun menarik. My own choice is cover guna gloss lamination and content guna matte lamination. Kalo tangan orang yang duk tengok tu ada belacan atau berbau belacan, takdelah terletak sangat kotorang kat photobook aku. Boleh lap-lap dengan wet tissue je. Hehehe. Tapi baca dulu description promo okeh! 

Jomlah tengok gambar! Untuk photobook Perth aku ni, cover guna Gloss Lamination, content guna Matte Lamination. 

Enjoys~ 











Till then, wasalam.


Saturday, November 3, 2012

AirAsia 5-hour Sale!!!

Good day peeps!!! 

There's a good news for you guys! Managed to get free seats during Free Seats promo??? Hahah aku tak beli pape pun sebab tahun depan insyaALLAH dah fully booked. Tak berani nak pegi mana-mana dah. Kang kalo burnt tiket rugi je walaupun harga murah yang teramat murah-murah belaka. So, Think wisely before you click the button! Aku dah burnt 5 tiket tahun ni. Coverage hanya Asean. But still... ralat takde sangat tapi think about bad timing. What to do... you would not always get what you want. Am i right? 

Here's the good news for you!

Today marks AirAsia X’ 5th anniversary since our humble beginning in November 2007.

Every year we have been growing as a company and have carried over 7 million guests to 12 destinations across 6 countries.

As a gift for your continuous support, we are throwing a
5-hour sale just for you! For BIG members, you will also get additional 500 BIG points for every booking made during this sale.

It has been such an amazing journey and with your tremendous support, we are committed to serving you even better in the future. Thank you from all of us at AirAsia X, we could not have achieved this without you! 






Good luckkkk!!!! Jom pegi Kathmandu???
Bye bye~

Friday, November 2, 2012

Teaser?

Assalamualaikum!!! 

Cerita baru aku taktau nak cerita apa... trip tahun ni ntah ada ntah takde je. Cuti pun nak abes dah. How? Dah lama tak naik kapal terbang. Sob sob sob..

Papepun, layan gambar kat bawah ni okay! Nanti ce teka kat mana lokasi ni. Best!!!






Salam Jumaat semua!!!


Thursday, November 1, 2012

Where is my Photobook???

Assalamualaikum!!!

Aku saja tulis sebab busy dengan kerja, tapi macam nak cilok kejap jenguk blog dan tulis pasal photobook Krabi aku yang tak kunjung tiba. FYI, photobook ni aku order dari company Photobookmart. My advice, jangan beli any promo atau buat photobook dari Company nih! Sebabnya customer services sangatlah tidak membantu, lambat, software photobook dorang susah plus nak buat additional payment pun banyak songeh! Kualiti pun tak brape elok. 

Semalam duk godek-godek fanpage dorang kat facebook. Terjumpalah nama company ni. Dorang tak kasik anyone post status kat wall dorang. Kiranya dorang dah disable status. Kiranya dorang je boleh post, customers takleh nak berinteraksi dengan dorang. Tapi aku sempat csi, ada status tu ramai gakla yang complain pasal company and services dorang tawarkan. Rata-rata macam tak puas hati. Ni sempat aku snap untuk korang tengok. 

Maka, berhati-hatilah korang! Aku lepas ni confirm takkan beli dah dari Company ni! Choy sangat! 

Papepun, Happy November guys!





Till then, wasalam.