Saturday, June 8, 2013

Macau : Asia's Las Vegas! - Part 2 (The Hard Rock Hotel & Senado Square)

Assalamualaikum!!!

Hurm... mood nak menaip semakin hari semakin malas. Keje pun agak banyak walaupun sekarang agak off-peak. Nasib jela duk umah rehat je weekend. Gigihkan jugak nak menaipkan. Hahaha... 

Bersambung dari dalam The Venetian tadi, since dah abes pusing-pusing merata dalam bangunan tu. Jom kita pegi tempat lain lak. Takleh spend lama-lama sangat kat 1 tempat. Kita ada 1 hari full je kat Macau ni. Kalo boleh nak tengok semua kasino yang ada. Maybe tak sempat la kot. 

Next kitaorang pegi ke The Hard Rock Hotel. Sebelah The Venetian je. Cuma kene lintas jalan skit. Kalo dah datang sini tentulah nak singgah The Rock Shop kan. Bagi yang memang simpan koleksi barang-barang HRC ni memang wajib singgah la kan. Aku tak kumpul sangat benda-benda semua. Just teman kawan yang memang collect benda ni. Kadang-kadang kalo ada benda yang berminat, beli je tapi kene tengok harga dulu mampu milik ke tak. Ahaks! 

Okeh, sebelum tu kita tengok dari luar The Venetian... tak sempat nak amek gambar full bangunan.  Agak lawa gak. 









Aku suka duk tengok dekorasi kat setiap hotel atau kasino kat sini. Semuanya dihias begitu indah dan giler babeng punye mewah! Yela... income yang masyukkk pun agak lumayan. Orang duk berjudi sakan. Takkanlah semuanya yang datang berjudi tu balik jadik jutawan pun kan. Duit yang masyuk tu pulak invest tu tarik orang lain datang. That's why shuttle buses setiap kasino tu bersepah dan kekerapan pun tinggi. Apelah sangat nak provide free service kepada mereka yang datang holiday atau berjudi pun. So, kita yang datang sini bukan untuk berjudi, kenela guna free shuttle tu kan.  Ahaks! 

Nota: sebelum korang bertanya samada matawang HK boleh guna ke tak di Macau. Jawapan: YES! matawang HK memang laku di Macau sebab beza currency rate dorang lebih kurang sama (plus minus). Dorang memang accept HK Dollar. So, tak payah gigih duk carik money changer untuk tukar kepada MOP. Sepanjang kat Macau, kami just guna HK dollar untuk beli pape. 

Dah jumpa The Rock Shop. Kali ni Maszuber terjumpa baju t-shirts yang agak lawa. Mula-mula nak beli warna sedondon untuk chinta hati. Tapi apekah daya, size pulak takde. Bertabah jela beli untuk diri sendiri. Aku lak mula-mula taknak beli. Tapi kes terjumpa sweater Hard Rock yang memang saiz aku sendiri pulak tu. Dah lama carik nak beli tapi pegi-pegi memang takde saiz aku. Yang tinggal pulak saiz XL to XXXL. haaaa... amek kau! Plus, memang ada 30% diskaun on top of that. Haruslah beli uols! Harga untuk sweater tu dalam MOP301/sehelai. Mula-mula agak terkejut gak sebab dah dapat diskaun tu. Normally, untuk harga sweater HRC ni, aku dah tengok kat banyak HRC kat Sydney mahupun Gold Coast. Bodo harga after convert duit Malaysia pun dalam RM170++. Tapi bila aku balik Malaysia check statement credit card, jadik RM117 je.... (bagi yang jenis lahanat skit, je ko cakap boleh la cakap banyak duit, pfft!) which is murahlakan! Orang lain aku taktau la. For me, yang selalu tengok harga barang. This is quite cheap enough. Kadang-kadang kalo beli barang swipe pakai credit card, conversion rate yang bank kasik lagi murah berbanding bayar cash. Aku selalu buat, kalo dah pakai credit card, akan put aside siap-siap duit tu. Nanti balik Malaysia, just convert dan bayar balik credit card tu. Untuk orang lain, maybe prefer pakai cash. By the way, same goes with debit card. 



Dah dapat barang masing-masing, kitaorang tanya kat orang HRC tu kat mana nak carik bus shuttle. Hahaha. Dia kata just turun bawah dan carik ikan duyung kat bawah tu. Haaa uols mampoo carik ikan duyung dalam hotel. Hahaha mula-mula tak paham ape yang dia duk kata tu. Betol ke? Jom turun... yela nak carik shuttle bus kan. Rupa-rupanya... ikan duyung duk dalam skrin! Tengok gambar bawah ni...


ikan duyung tuh dalam skrin berair tu. Takdelah gambar dia. lupa nak snap. 

Carik shuttle bus ni sebab nak pegi ke Senado Square lak. Dari sini, kitaorang naik shuttle bus pegi ke Sintra Hotel. Nanti pekerja hotel ni agak bagitau nak naik bas mana. Even ada signage pun. So takdelah risau sangat. 

Jom layan gambar kejap. 



Macau Tower : tak sempat nak singgah sebab tak cukup masa. ada sorang blogger ni siap celebrate bday kat sini tau. Hebat!


Dah sampai Sintra Hotel tu, taktau kat mana kitaorang berada. Peta di tangan nih. Tak tau nak pegi ke arah mana. Tanya orang tepi jalan macam tak tau. Tapi dari situ aku nampak bangunan Grand Lisboa. So, aku just ikut instict jela time berjalan tu. Dari turun bas tu, kitaorag berjalan menghala ke kiri. Kira berjalan menjauhi bangunan Grand Lisboa tu. Jalan terus je takde kona-kona pegi tempat lain. Akhirnya jalan yang kitaorang amek tu memang benar, jumpalah Senado Square tuh! Aku dah lupa time ni pukul brape. Panas terik gilos dan orang pun giler ramai kat dataran tuh! Shopping kekdahnya. 

Jom layan gambar! 



nasib baik tak jauh nak pegi tempat ni dari Senado Square, kene jalan dalam 10 minit macam tu sebab kene mendaki skit

dekat Senado  Square ni ada 1 lorong kecik macam gambar diatas, ada banyak kedai souvenirs kalo nak beli kat sini plus harga pun boleh tahan murah. tak jumpa tempat lain souvenirs. kalo nak beli, better beli kat sini, jangan segan nak tawar-menawar nanti dia gerenti kasik! 








Okeh tu jela kot. Nak pegi hospital nih!

Bye! 

Wednesday, June 5, 2013

Macau : Asia's Las Vegas! - Part 1 (Turbo Jet & The Venetian)

Assalamualaikum!!!

Aku rasa cerita trip di Hong Kong berakhir di Ocean Park. Untuk hari ke-4 trip kitaorang, aku memang allocate 1 hari full untuk pegi ke Macau. Aku rasa semua orang tau kot kalo dari Hong Kong nak pegi ke Macau tak jauh mana pun. Amek masa 1 jam untuk sampai kalo nak feri laju. So, why not include skali ye dok? 

Ada beberapa cara dan lokasi untuk naik feri menuju ke Macau ni. Salah satu company yang kendalikan feri ni adalah Turbo Jet. Boleh refer kat website dorang ---> Turbo Jet

Disebabkan aku dah buat research siap-siap, kitaorang pilih untuk naik feri ni di Shun Tak Centre. Cara nak pegi sini adalah naik je subway menuju ke stesen Sheung Wan (Exit D). Kemudian naik ke tingkat 3 untuk beli tiket feri. Jangan risau, ada signboard bagitau pasal hal-hal berkaitan dengan feri ni. Ada lagi 1 ferry terminal terletak di Canton Road iaitu China Ferry Terminal. Kalo yang stay kat area Tsim Tsa Tsui, lagi dekat naik kat sini. Aku aritu terlupa lak nak datang sini. 

Untuk trip ke Macau ni, aku dah bagitau siap-siap kawan-kawan aku ni yang kalo boleh aku nak gerak awal untuk naik feri ni. Takut orang ramai katakan... Lebih kurang jam 7 pagi kitaorang dah gerak dari hostel menuju ke ferry terminal. Nasib baik hari kitaorang nak pegi ke Macau ni bukan weekend, jadiknya takde orang ramai sangat duk beratur beli tiket. Dah sampai level 3 tu, terus la melulu pegi ke kaunter tiket. Hahaha.. Harga tiket untuk ke Macau ni ada beberapa kelas. Ada business class, ada gak economy class. Jadiknya yang tak berapa nak kaya ni, amek jela ekonomi je. Harga untuk seorang adalah HKD159. Kekerapan feri adalah setiap 15 minit. Tak perlu risau kalo terlepas. 

tiket feri, sticker kaler oren tu ialah nombor seat masing-masing.



Hari tu, feri menuju ke Macau agak penuh. Tapi masing-masing ada seat. Penuh gak dengan group dari Mainland China. Bising tuh toksah cakap lah macam pasar ikan dah. Nak carik seat masing-masing riuh-rendah. Haishhh... sabor jela. Boleh pulak ada sesetengah tu tak jumpa seat sendiri pastu main duduk je tempat orang lain. Macam mana tuh? Bila feri dah start bergerak barulah masing-masing senyap. 

Pengalaman naik feri laju ni? aku rasa sangat ok. Takde bunyi bising pun. Berombak pun biasa-biasa je. Tapi Maszuber tetap mabukkk! Hahahah terpaksalah dia tido. Sepanjang sejam tu, kitaorang membuta je. Yela, bangun awal giler kot pagi tadi. 




Dah keluar dari perut feri, terus menapak menuju ke imigresen. Nasib baik lagi beratur kejap je. Tak perlu visa untuk masuk ke Macau ye. 


Dah keluar kat arrival hall tu, ada ramai gak macam agent-agent yang menawarkan pakej-pakej. Aku taktau brape harga pakej tu, sebab aku terus say no. Hasil dari bacaan aku ni, kalo nak pusing-pusing Macau ni, memadai kalo guna shuttle buses yang disediakan oleh pihak hotel dan kasino yang bersepah kat Macau ni. Sebelum tu, aku pegi amek dulu peta Macau tourism counter. Free of charge. Kemudian carik kat mana nak naik shuttle bus ni. Tak susah pun, keluar je dari bangunan terminal feri ni, lalu underpass menuju ke seberang jalan. Kat sini kira memang port shuttle buses dari setiap kasino. Free of charge! 





Mula-mula pening gak nak naik shuttle bus yang mana satu, tapi kalo ikutkan hati ni memang nak terus pegi ke The Venetian. Ayuh kita naik bas The Venetian! 

Macau ni terbahagi kepada 4 daerah (Macau Peninsula, Taipa, Cotai dan Coloane). Terminal feri tadi terletak di Macau Peninsula. Dan untuk menuju ke The Venetian yang terletak di Cotai. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai. 

Cuaca time kitaorang sampai ni agak berjerebu. Plus agak panas berbanding Hong Kong. Pakai t-shirt nipis dan seluar pendek adalah yang terbaek. Hahaha... 

Jom layan gambar sepanjang naik bas. 





Dah sampai kat The Venetian. Kalo sape-sape penah tengok cite drama Korea "Boys Over Flower". Kat sinilah salah satu shooting location dorang. Kantoii kan tengok drama korea gak. Ada aku kesah? Hahahah. Kalo tengok interior kat dalam bangunan ni kira memang terbaekk lah! Penuh dengan kemewahan dan simbol kekayaan abes. Sempat lalu kat kawasan kasino dorang. Tapi takleh amek gambar la pulak. Just lalu tengok orang sedang leka berjudi. 

Jom layan gambar... 







Gambar kat ni baru sebahagian kawasan lobi je. Jom kita gerak ke Grand Canal Shoppe lak. Kat sini dorang buat ilusi macam awan biru di siling. Rekaan bangunan sebijik macam kat Venice, Itali sana. Tak sampai sana lagi, tengok kat The Venetian pun jadiklah... Nak naik gondola pun ada! Tapi nak bergondola-gondola tu, tengok poket tu tebal ke tak. Kang gondol la poketnya! Hahaha... Kat sini gak ada banyak butik-butik pakaian kalo nak bershopping. Tapi time ni takde sales. Maka, aku tak masuk pun. Hanya masuk kedai Fossil je tengok jam. Tapi sekali lagi, mahalll! Pasrah. 











Dah puas ronda, perut lapar la pulakkan... makan kecik-kecik pulak kat Starbucks! Beli air 2 je. Share 4 orang. Hiks. 


Ok dah cukupla kot... hingus meleleh nih. Nanti sambung!

Bye! 

Monday, June 3, 2013

Memohon "International Driving Permit" (IDP) untuk Rakyat Malaysia

Assalamualaikum!!!

Takde keje sebab mood tengah elok ni. Akhirnya cuti approved! Alhamdulillah.... (time ni aku dah balik dari Jeju Island). 

Ni saje je nak bagitau kat korang sume. Kalo kita plan untuk travel ke sesebuah negara nak buat roadtrip contohnya bersama keluarga tersayang mahupun kengkawan. Kadang-kadang mesti kita tertanya-tanya samada kene buat ke tak international driving permit (IDP) ni? 

Kalo ikut pengalaman aku sendiri yang penah buat roadtrip di New Zealand dan Australia, lesen memandu Malaysia adalah boleh digunakan untuk sewa kereta kat sana. Tak perlu translate ke dalam bahasa Inggeris ke ape. Mereka yakni company sewa kereta mahupun polis (kalo kene saman) nak tengok lesen memandu tu valid ke tak. Make tarikh lesen adalah sah dan tidak luput. 

Ada sesetengah negara seperti South Korea, international driving permit adalah diperlukan untuk sewa kereta kat sana. Meaning, kita kene apply lesen memandu antarabangsa kat Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia sebelum kita proceed dengan roadtrip di negara yang memerlukan lesen memandu antarabangsa ni. Dari cakap-cakap orang jugak, aku dengar Negara-negara Eropah jugak memerlukan rakyat Malaysia mempunyai IDP ni sebelum buat roadtrip. Ada pulak aku dengar kalo nak buat roadtrip untuk pusing-pusing United Kingdom tak perlu. So, aku rasa better ada la kot IDP ni. Nak buat pun takdelah mahal sangat. Bagi negara lain, aku tak tau. Try Google gak tapi tak jumpa. Maybe perlu tanya car rental company di negara terbabit. 

Disebabkan negara aku nak pegi ni nak sewa kereta, maka aku terpaksa buat IDP ni awal-awal. Nak buat roadtrip katanya! Haruslah prepare awal-awal. 

Ni adalah langkah-langkah untuk memohon "International Driving Permit"
  1. Mempunyai lesen memandu yang sah. 
  2. Pegi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kawasan sendiri. 
  3. Bawa dokumen seperti 1 keping gambar passport, 1 salinan kad pengenalan, 1 salinan lesen memandu yang tarikh luputnya adalah lebih dari 1 tahun. 
  4. Isi borang yang diberikan oleh pegawai JPJ di kaunter sebelum amek nombor giliran. 
  5. Pegi ke kaunter dan serahkah borang dan dokumen diperlukan. Bayaran untuk IDP ni adalah sebanyak RM150 sahaja dan sah untuk tempoh 1 tahun. 
  6. Balik dan travel secara roadtrip dengan gembira! 
Untuk keterangan lanjut boleh refer website JPJ Malaysia ---> SINI 


Dalam ni ada beberapa muka surat yang diterjemahkan dalam beberapa bahasa antarabangsa.



Ni pulak link untuk negara-negara yang memerlukan IDP ni. Aku pun tak pasti. Kadang-kadang lesen Malaysia valid kalo nak guna kat sana. ---> Try Klik Sini 

Ok then... gudluck!