Thursday, June 28, 2012

Malacca (Melaka) : The Historic State! - Part 1

Assalamualaikum!!! 

Ni entry auto-publish tau. Since sekarang ni aku berkelana selama 2 minggu ni, aku sediakan entry ni untuk korang. Nasib baik ada cerita yang nak diceritakan. Walaupun dah agak basi cerita ni, tapi whateverlah janji ada something untuk korang ok! 

Ni ceritanya dalam bulan April 2012 yang lalu. Aku, Janggel dan Kak Coco telah follow Lily ke Melaka sebab saje nak abeskan weekend. Disebabkan kami semua ni darat tak penah melawat Melaka, maka Lily pun dengan senang hati telah bawak kami sekali. Yeayy! Trip ni kejap je 2h1m je. Hahah...lagipun dari KL ke Melaka perjalanan tak sampai 3 jam. So, oklakan...lagipun seorang yang macam aku kesunyian memang patut jejalan makan angin kan kan kan... barulah hidup ceria berganda! Hahah. So, adalah cerita aku untuk korang! 

Kami gerak dari KL pagi sabtu lebih kurang jam 10 pagi. Hari yang cerah dan ceria bak muka aku. Hahah. Terus menuju ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Kalo tak silap aku, time ni ade cuti long weekend so bila nak sampai exit Port Dickson tu jalan agak sesak. The rest was a smooth journey. Hehehe. Alhamdulillah...kami selamat sampai di Melaka lebih kurang jam 12 tengah hari. So, boleh bayangkan kepanasan dan kepam dalam badan kami nih. Hahaha. Since hotel pun takleh nak check-in lagi, kami pegi isi perut dulu kat area depan Menara Taming Sari tu. Makan asam pedas..katanya restoran ni femes, plus ramai sungguh orang duk makan kat restoran ni. Nasib baik ada tempat duduk, tu pun kat area kaki lima rumah kedai yang lain. Hahah..janji dapat makan kan..  Owh ya, kami akan menginap kat Hatten Hotel, Dataran Pahlawan. So, kami masuk parking dulu then jalan kaki je ke area kedai makan ni. Alamakk...macam mana nak bagitau ek? Korang carik sendiri la ye...dekat dengan bazaar cenderahati tu je. 






Lepas dah isi perut kenyang-kenyang, kami jejalan je ke kawasan sekitar cover dari sekitar Taming Sari, muzium-muzium sampailah ke kawasan Bangunan Stadhuys. Yela, kalo dah sampai Melaka, memang taksah kalo tak singgah sini kan. Since kami datang tu weekend, punyelah ramai orang duk datang melancong. Tour guide yang bawak rombongan pun agak ramai. Plus, kat tebing Sungai Melaka yang ada jual cendol dan lain-lain gerak 1em; margin-right: 1em;">


Jomlah layan gambar..penat aku nak menaip. 















Bila dah penat berjalan tu, kami patah balik ke kawasan Bangunan Stadhuys tu, tengokla persembahan dondang sayang, ada seni kraftangan, badut pun ada. Plus, ada khemah untuk pelancong try sendiri permainan melayu seperti congkak dan jugak gasing. Tengok-tengok jela, takdela gigih sangat nak pegi bersila kan. Dahla panas hari tuh! Alang-alang dah sampai Melaka, memang taksah kalo tak merasa makan cendol kat gerai kat tepi jalan tu. Slalu memang ramai je orang duk lepak dan makan cendol kat situ. Nasib baik ada meja kosong untuk kami. Memang sungguh bertuah! Hahah. Mula-mula tu, adala orang amek order, tapi lepas 10minit senyap je tak sampai-sampai order kami tu, nampaknya terpaksa aku sendiri pegi amek kat kaunter tu atau pun gerai. Senang dan pantas! Hahah. Time ni memang ramai sungguh orang duk ke hulur dan ke hilir. Sumenye pakai payung sebab panas membahang jugaklah. Taktau nak kata apa dah... Tapi orang still  ramai. Tak lama kami lepak kat kedai cendol tu, yela kang asyik kene jeling je dengan orang yang nak duduk pulak. Hahah. 











Then, bergerak meninggalkan kedai cendol tu, kami bergerak pulak ke jambatan yang menghubungkan ke Jonker Street. Kalo datang Melaka, memang wajib datang Jonker Street. Aku penah buat entry pasal Jonker Street dulu. Sila refer SINI . Dulu aku datang waktu malam, kali ni aku datang pada waktu siang. Agak berlainan situasinya sebab waktu siang tak banyak gerai-gerai kecik yang bukak tepi jalan. Plus, siang-siang macam ni memang panas kalo takde masuk kedai yang berair-cond. Hahah. Kawasan Jonker Street ni memang dorang preverse supaya warisan zaman dulu still ada. Ala-ala Chinatown pun ada. Ke memang Chinatown? Hahah...correct me if I'm wrong. 

Kat tepi sungai Melaka tu aku tengok ada construction sedang dijalankan. Rupanya, kat situlah tapak Hard Rock Cafe yang paling besar kat asia tenggara katanya. Katanya laaa...bukan aku kata. Dijangka siap akhir tahun 2012. Haaa...marilah kita sama-sama tunggu! Hahaha. Tak jauh dari tapak pembinaan, ada sebuah Hard Rock Shop. Haa...bagi pengumpul barang-barang Hard Rock, boleh la datang beli walaupun bercop Melaka. Tapi okla kot. Hahaha. Tak besar pun kedainya, kecik je. Tp okla kot. Kat Jonker Street, boleh beli bermacam-macam jenis souvenirs dan barang krafttangan dengan harga berpatutan. Aku suka datang beli t-shirts kat sini sebab design dia agak rare. Tapi harganya biasalahkan...a little bit more than others. Okla tu kan. Kami pun takdela duk pusing sume sebab hari tu memang menggigit panasnya! Taktaula..sempat beli fridge magnets je untu kawan-kawan. 

Tak lama lepas tu, hujan panas woii turun! Sume pakat lari  masuk dalam kedai. Dahla tak bawak payung. Hahaha.... Jam pun menunjukkan lebih kurang jam 5 petang. So, bila hujan dah reda, kami patah balik ke kawasan Stadhuys untuk ameki beca ke Hatten Hotel. Tak kuasa aku nak jalan kaki. Macam dah nak tercabut dah. Hahah. Kami kene bayar RM15/beca. Okla tu kot...ntahla. Bayar jela...







Kemudian kami balik hotel untuk segarkan badan... 

To be continued. 

Till then..wasalam. 


11 comments:

  1. Amboi pegi melaka tak ajak! hahahahah...

    Nasib aku dh pegi ngn Icam aritu..takde la sentap sangat..sekian melaporkan! ;p hahahaha

    p/s: Rasa nk pegi lagi la..nk makan asam pedas dan cendul jam besar merah tu hahaha..joms?

    ReplyDelete
  2. Tak bleh blah gambo tutup muka ngan tangan tu! Ibarat celebrity Hollywood! Hahahaha

    ReplyDelete
  3. tak pernah pegi melaka?
    huh..memang darat...
    tapi
    akak lagi darat,kan..kan..

    "...aku kesunyian..." - ayat disitu amat tipu sekali...

    yeap..gambar retis elak dipaparazzi...(sapa la sudi nak tegur akak di giant?..mmm)

    ReplyDelete
  4. Akak dah 1000 kali ke Melaka, tetapi Melaka masih cantik...

    Gambar angkat tangan tutup muka tu, sebijik mcm gambau akak

    ReplyDelete
  5. macam ni la retis, takde kat mesia pun sediakan post utk peminat...

    RETIS SGTTTTT! hahaha!

    apsal aku tak dpt apa2 souvenir pun dari melaka??? ni yg nak murka nih!!!

    ReplyDelete
  6. Aku pun berada di melaka time ni.. gi Jonker street malam. Melaka best tp panazzzzzzzz.. Kene tanam banyak pokok ^__^

    ReplyDelete
  7. auto publish.. ingatkan dr melben ke melaka hahaha..

    seb beik aku dh tersesat barat stuck kt jem kt melaka nih.. kalu idak sentap pg melaka tak ajak!

    ReplyDelete
  8. betoi ka kedai Hard Rock tu?

    ReplyDelete
  9. tengah tertanya-tanya sama ada gambar korang ngan dancer tu tahan napas dak kasik sama kempissss... ekekekekekek

    #larikkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  10. i angin ngan hotel tuh masa event ok!!! giler gambo i gediks

    ReplyDelete
  11. Nice, i love backpackers also..
    Im new to the blog, do visit my blog at the www.kenyalangsigat.blogspot.com
    Tq

    ReplyDelete