Saturday, June 23, 2012

Pameran Raja Kita - Daulat Tuanku!

Assalamualaikum!!! 

Salam sejahtera untuk korang sume! Ni adalah entry auto-publish. Papepun korang layankan jela ok. Aku masih lagi di bumi Australia. Bestnyaaa!!! Mengharapkan cuaca baik sepanjang trip aku ni. InsyaALLAH. 

Pada 16 Jun 2012, aku dah berkesempatan untuk pegi tengok Pameran Raja Kita yang diadakan di Istana Negara Lama, Jalan Istana Kuala Lumpur. Seumur hidup aku memang dah lama teringin nak masuk kat dalam istana. Yela, asyik duk tengok dalam tv je ketika upacara pertabalan dan jugak hari keputeraan sahaja. Takpun, bila lalu depan istana tu, ade je ummah manusia dan pelancong asing yang datang duk amek gambar depan pagar istana walhal time tu takleh masuk pun. Kadang-kadang, sesetengah rakyat Malaysia ni sanggup amek gambar depan Istana Buckingham, England. Tapi depan istana negara sendiri takmo pulak? Hahah..macam mana tu? Sila jawab. Papepun, marilah kita amek masa yang ada ni untuk menjenguk istana negara sendiri. 

Setelah siap Istana Negara Baru, Jalan Duta, akhirnya Istana Negara Lama ni dibuka untuk kunjungan orang ramai. Tapi bukan main building yang dibuka tapi sebahagian sahaja. Yakni dewan yang lain untuk pameran dijalankan. Okla tu kan...maybe in the future aku harap dorang bukak semua kawasan. Bolehlah rakyat marhaen tengok sendiri macam mana kehidupan Raja dan Permaisuri. Heheh. Plus, bangunan istana negara lama ni sangat bersejarah. Mesti korang dah tau, yang bangunan ni adalah asalnya hak milik saudagar Cina di Kuala Lumpur suatu ketika dahulu. Dibeli oleh pihak Kerajaan Malaysia dan diubah menjadi istana negara. 

Pagi tu, memang aku dah janji dengan Janggel supaya datang awal. Dalam pukul 9 pagi, kami dah sampai depan pintu pagar istana. Yela, kena datang awal supaya senang dapat parking. Kalo lambat, dah penuh parking tu. Yela, korang kan tau jalan depan istana ni kan selalu sibuk dan sesak. Alhamdulillah...time kami sampai tu, tak brape nak ramai orang. Dah ade dalam 4-5 orang rakyat Malaysia. Masing-masing duk gigih amek gambar disegenap sudut pagar. Yela, pintu pagar kecik hanya akan dibuka lebih kurang jam 9 pagi. Tak lama tunggu dan kemudiannya pagar pun dibuka. Dulu sebelum dibuka Istana Negara Baru, kat pintu pagar istana ni ada askar berkuda macam kat England sana. Tapi dah takde pulak. Kalo dorang kekalkan agak bagus. Yela, trademark jugak kadang-kadang tu. Heheh. 

Untuk pengetahuan semua, pada mulanya Pameran Raja Kita berlangsung selama 2 bulan dari 15 April hingga 15 June 2012. Tapi maybe disebabkan kunjungan orang ramai ianya dilanjutkan sehingga Desember 2012. So, pada sesiapa yang masih belom datang melawat, jangan lupa datang ok! Bawak semua anak-anak anda untuk mengenal raja kita. 

Jom layan gambar... 










Bangunann utama istana negara tidak dibuka untuk orang ramai. Plus, ada notis diletakkan supaya tidak menghampiri pintu kaca bangunan. Tapi sebab nak tengok ape ade kat dalam...ingkar jugaklah. Hahah. Macam mansion kat dalam tu. Nampaknya bangunan utama masih belom bersedia untuk jadikan bahan pameran untuk rakyat marhaen. Harap Datuk Seri Utama Rais Yatim dapat menjadikan Istana Negara Lama sebagai muzium untuk kami melihat apa ada dalam istana. Hehehe. Kalo diteliti, kawasan istana negara ni kecik je bangunanya. Kalo mengikut buku yang aku baca, kawasannya adalah seluar 11 hektar sahaja. Tapi Istana Negara Baru adalah seluas 241 hektar. Haaa....besar giler tuh! 

Sedikit sejarah mengenai Istana Negara Lama, sumber dari Google: -

Bangunan ini pada asalnya sebuah rumah agam yang telah dibina pada tahun 1928 dengan harga RM150,000 dan dahulunya adalah rumah kediaman seorang jutawan dari China, iaitu Encik Chan Wing. Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai ia dijadikan sebagai Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957. Bangunan yang indah itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dengan harga RM1.4 juta pada 1957 dan diubahsuai dengan harga RM328,000 untuk menjadikannya sebagai istana yang sesuai untuk kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru.Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan ketua negara Malaysia yang pertama mendiami Istana Negara iaitu bangunan putih yang mempunyai dua kubah emas beberapa minggu sebelum kemerdekaan diisytiharkan. Istana tersebut kemudiannya direka semula oleh arkitek Jabatan Kerja Raya, E.K. Dinsdale sementara pengubahsuaian dilakukan oleh kontraktor tempatan yang mengambil masa empat bulan dan tidak mempengaruhi struktur utama bangunan. Pengubahsuaian dilakukan dengan menambah bilangan bilik daripada 13 buah kepada 20 buah, dengan dapur bagi 100 orang, balai mengadap, 4 bilik tetamu, 2 balai kemasukan dan 1 dewan santapan.Istana ini digunakan secara rasmi sehingga 15 November 2011 apabila seisi istana berpindah ke Kompleks Istana Negara Jalan Duta.

Untuk pengetahuan semua, Pameran Raja Kita ni adalah meliputi sejarah Raja Berpelembangaan, Sultan Kedah yang baru dilantik menjadi DYMM SPB Agong ke-14 pada Desember 2011 dan jugak alat-alat kebesaran diraja yang tidak penah dilihat dengan mata kasar. Dalam kaca televisyen penah la kan. Hehehe. Kisah hidup Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim dan Sultanah Kedah, Sultanah Hajjah Haminah turut dipaparkan... Kisah raja yang telah menyambut jubli emas pemerintahan Baginda. 

Jom layan gambar:- 






Pakaian rasmi diraja untuk Sultan dan Sultanah Kedah. 

Kamera antik milik Sultan Kedah dan juga koleksi jam tangan milik Baginda. Baginda sangat meminati bidang fotografi! Awesome Tuanku! 

Tiara dan kalung rasmi yang digunapakai oleh Sultanah Kedah. Replika sahaja je yang ni...yang asli dalam vault katanya. 

Headset yang boleh digunakan untuk mendengar audio yang disediakan. Dalam bahasa Melayu dan Inggeris. 

Tepak sireh emas sebagai cenderahati yang diterima oleh Sultan Kedah dalam satu acara rasmi

Gambar-gambar DYMM Agong dan Permaisuri Agong yang lepas 

Passport dan jugak kad pengenalan Sultan dan Sultanah Kedah. Baru aku tau yang Raja dan Permaisuri pun ada passport macam rakyat biasa

Pinggan Peringatan sempena sambutan jubli perak dan emas pemerintahan Sultan Kedah turut dipamerkan 

Antara pingat dan bintang kebesaran yang diterima oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim

Ruang pameran Raja Kita

Cap Mohor Besar Raja-Raja. Besar giler ok! Dibuat di London. 

Hukun Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka turut dipamerkan. Mesti penah baca dalam buku sejarah kan. Jangan tipu! 

Gambar-gambar ketika acara rasmi melibatkan Sultan Kedah

Pakaian rasmi untuk Raja Muda Kedah

Dah abes pusing ruang pameran utama yang tak berape nak besar yang boleh abes pusing dalam masa 30 minit, aku dan Janggel beralih pulak ke ruang pameran yang kedua. Sebelah tu je. Ruang ni merangkumi pameran mengenai DYMM SPB Agong dan Raja Permaisuri Agong, alat-alat kebesaran diraja dan lain-lain lagi... 


Singgahsana Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong

Alat-alat kebesaran diraja. Atas kanan ialah Cogam Alam, dan bawah kiri ialah Cogan Agama

Pakaian rasmi DYMM Agong (Muskat dan Tengkolok Dendam Tak Sudah), Tiara dan Kalung untuk Raja Permaisuri Agong

Pending Diraja yang dipakai macam tali pinggang

Pingat dan bintang darjah kebesaran Diraja

Kiri: Watikah pelantikan SPB Agong ke-14. Kanan: Watikah ketika pelantikan SPB Agong ke-5

Gambar-gambar ketika upacara pertabalan SBP Agong ke-14 April 2012. Yang tengah duduk tu katanya kerabat raja jugak, sakit kaki katanya. Haha

Alat muzik nobat. Hanya dimainkan ketika upacara pertabalan dan hari keputeraan sahaja. Kain kuning membaluti alat muzik tidak akan diganti dengan kain baru sebaliknya kain baru akan membaluti kain kuning yang lama


Keris-keris rasmi SPB Agong


Makin lama, makin ramai orang datang mengunjungi pameran. Budak-budak sekolah yang datang buat lawatan pun ramai. Pelancong asing turut kelihatan. Since dah abes pusing semua, sempat duk belek-belek buku kenangan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim. Baginda mempunyai minat yang mendalam dalam bidang fotografi dan amat meminati dan menyayangi haiwan. Di Istana Anak Bukit, Kedah turut diadakann mini zoo yang menepatkan haiwan-haiwan peliharaan Baginda. Baginda juga turut menitikberatkan penjagaan haiwang-haiwan tersebut. Dalam duk belek-belek buku tu, amat tertarik dengan gambar dibawah and I think it was the best moment that I ever seen. Daulat Tuanku! 




Till then...wasalam. 



10 comments:

  1. Raja kita selamat bertahta :)

    Kamera filem antik tu, kalau tak silap saya namanya Bolex kan?

    Suka tengok nama-nama raja dalam passport.

    ReplyDelete
  2. ok hari tu dah smpi pintu pagar dia..tapi teragak agak nak masuk sbb x sure boleh masuk ke tak..tak nmpk manusia kuar masuk pun dr pintu gate tu ..sudahnye patah balik..ekek

    ReplyDelete
  3. wow...
    best jugak rupanyer nengok kisah istana diraja
    .
    .
    .
    .
    sungguh ilmiah
    .
    .
    .
    saya ingin ikut anda pergi trip nanti.
    bole tak?
    (...larikkk..)

    ReplyDelete
  4. penah dpt bersembang dgn 1 of dayang disana,dia sendiri ckp taksanggup sendirian if dok kat tingkat 1...sebab apa...eemmm..misteri meremang buluroma...if dpt tgk bilik tidur utama...beso giler!dulu katei bulat...

    ReplyDelete
  5. Terima kasihla sebab sudi bongkarkan kisah nenda diraja aku. Alhamdulillah...

    Kekekke.

    ReplyDelete
  6. Kat AUS skrg ni... jaga diri baik2... enjoy

    ReplyDelete
  7. Gilalah jam2 Longines, Rolex & IWC tu boleh buat display kat muzium je... Stress aku tengok.

    ReplyDelete
  8. I just have dinner with Seri Permaisuri Agong and Datin Seri Rosmah last month for Pandu Puteri event. Hehehe.. Wish to go here too but no kereta di KL. :(

    ReplyDelete
  9. Hai.... saya ada memiliki buku yang di pamer kan tu tajuk nya Sultan Abdul Halim A Royal Journey yang di terbit kan pada tahun 2009 sempena jubli emas sultan kedah.

    ReplyDelete