Friday, September 14, 2012

Photobook : India has arrived!

Assalamualaikum!!!

Salam hujung minggu buat semua rakyat Malaysia! Minggu ni long weekend...ape perancangan korang? Aku ni....masih dalam berbelah bahagi. Hati kata suruh relax-relax kat rumah ni, tapi body aku kata pi la mana-mana perabih duit! Hahaha giler jahat nafsu aku nih! Kalaulaaa duit datang main petik jari je...mau aku terbang malam ni pegi Hong Kong untuk shopping-shopping. Tapi....apekan daya, duit pun takde! Sob sob sob... 

Anyway, sebab terlalu excited giler babas! Balik keje tadi terus aku snap-snap gambar dari photobooks yang aku buat untuk trip India bulan 3 aritu. Aku buat 2 buku sebab aku rasa macam-macam gambar nak letak. Photobook ni aku beli kat kawan aku since dia beli lebih kat Groupon tempoh hari. Bila dah start buat tu, seronoklak kan...di samping boleh jadik kenangan dan modal untuk riak kat orang yang datang kat rumah nanti. Hahaha. Aku siapkan 1 hari 1 buku. Giler rajin tak aku??? Memang agak leceh, dari ribuan gambar...ko hanya boleh pilih skit je untuk masukkan dalam photobook yang bermuka surat 40 sahaja. So, pandai-pandailah korang nanti. 

Memang aku agak terlambat buat photobook ni, yela orang lain dah berzaman duk buat benda alah ni sume. Aku baru nak berjinak-jinak lagi. Kiranya...belum mumaiyiz orang kata. Hahah. So, yang dalam progress sekarang adalah New Zealand dan Krabi. Pastu aku beli lagi yang softprint kat LivingSocial 3 buku lak untuk compilekan trip bersama Travelholicawesome! Yang mana gambarnya pening sungguh nak pilih nanti! 

Korang boleh beli dengan harga murah yakni less dari harga sebenar kalo beli dari Groupon, LivingSocials, Milkadeals, Mydeals, Dealmates dan sewaktu denganya. Korang kene alert bila mana ade promo photobooks nih. Pastu, jangan lupa tengok size skali yang ada. Macam yang aku beli ni bersize kertas A4. Memang besar dan puas hati kalo tengok. Berbaloi-baloi aku cakap kat ko. Hahah. Bilangan gambar yang korang boleh letak....letaklah sebanyak mana korang suka. Kalo nak letak muka sendiri sampai penuh 1 page pun takde sape larang. Kannn...pedulikan ape orang kata! Duit aku, effort aku! #emo pulakkan... Papepun, since ni first time aku buat, bila tengok hasilnya memang puas hati cuma....ade certain gambar aku rase besar sangat dah boleh letak lagi banyak gambar. So, pikirkanlah... next buku aku cuba taruk lebih banyak gambar lagi. Tapi sebagai permulaan...aku puas hati dengan hasil buatan aku sendiri. Hehehe. poyo je aku ni. Memang poyo pun! Ko ado? Muahaha. 

APE LAGI? SILA BUAT UNTUK DIRI SENDIRI!!! HAHAH

Marilah kita tengok beberapa keping gambar yang aku dah snap untuk letak dalam blog nih...ayuh! 














Ok jela yang aku nak kongsikan dengan korang.... nak kene bersiap. Malam ni ade formal dinner bersama Prince William dan Kate Middleton. Katanya aku kan son of the king! Hahah.

Till then...wasalam. 


9 comments:

  1. yea
    memang cantik cara susun gambo
    dah macam taraf NatGeo plak akak nengok eh...
    (ps..ps..Krabi tu agak2 lawa jugak ker nanti??)
    gigih ..teringin gak nak buat tapi nak curi masa bila ntah? huhu

    ReplyDelete
  2. oh maiii tidak syak lagi!!! aku terpaksa beli kekekek...

    ReplyDelete
  3. Oh maiiiii

    Cover book sangat kelassss ok!!!!!

    ReplyDelete
  4. canggih giler, tertarik aku...best!best!

    ReplyDelete
  5. wahhhhhhhh...

    harus cepat ku siapkan satu buku yang tak siap2 itewwwww......

    nak tengok nanti kayyyyy

    ReplyDelete
  6. Wow banyak juga gambar aku didalamnya! SUKA!!!! nak potostat satu!

    ReplyDelete
  7. Very nice and a very good idea.
    Think perhaps I should get one too. Or 2. Or 4, haha!

    Thanks for this info!

    ReplyDelete
  8. Cantik photobook Danny...nampak PRO...dolu2 akak rajin jugak buat macam ni...tapi akak ni otai...jadi album gambor tu dah menimbun, tak ada tempat dah nak letak he he he

    ReplyDelete
  9. comel la pula tgk pakai baju kebangsaan kat depan taj mahal...;)

    ReplyDelete