Thursday, May 7, 2015

Tips | Prayer Room berhampiran Big Ben, London

Quick Update!

Aku rasa aku patut share benda ni. Kebetulan weekend aritu aku pegi ke London. Saje jela nak jejalan. Bosan kot asyik duk kat Birmingham ni je. Lagipun, memang aritu long weekend untuk aku sebab Isnin cuti ada bank holiday.  So, aku ada 2 hari extra. Dapat la stay kat London 3h2m untuk jejalan. 

Nothing much to do. Buat benda apa yang tourist buat jugak. Kebetulan lagi ada event Malaysia Kitchen kat South Bank. Boleh la aku pekena nasik kerabu dan satey. Lepas craving aku ni haaa... walaupun takdelah sebijik sejibun macam kat Malaysia. Tapi better than nothing. Ye dak? 

Cut the story short.

Bagi sesiapa yang berkunjung ke London samada sekarang ataupun anytime in the future. Kalau nak carik tempat solat yang proper dan tak tau nak pegi mana selain dari Malaysia Hall London mahupun masjid-masjid yang ada di sekitar London. Boleh la solat di prayer room yang terletak di dalam Hospital St. Thomas yang terletak hanyalah seberang Sungai Thames di hadapan Big Ben tu. Just cross the bridge from Big Ben untuk sampai ke hospital tersebut. 

Prayer room ni terletak di South Wing hospital. Lengkap dengan tempat wuduk sekali. Jadik sangat senang. Dah alang-alang duk jalan-jalan kat sekitar Big Ben tu, bolehla solat siap-siap. Tak perlu nak tunggu pegi ke Malaysia Hall ataupun tempat-tempat lain yang dirasakan boleh. 

Anyway, aku jumpa prayer room ni pun secara kebetulan. Tak tau pun sebenarnya ada prayer room kat dalam hospital ni. Mulanya nak pegi toilet je. Pastu Byya kata nak solat terus kat sini. Okla finekan, solat bawah tangga hospital sebab takde orang lalu lalang. Bila time turn aku nak solat lak, rupanya ada orang yang duk memerhati. Jeng jengg jengg! 

Risau kang kene halau ke apa kan. Usai berdoa tu, tiba-tiba ada orang kasik salam. Rupanya security guard. Dia yang kata kat sini ada proper prayer room. You just need to ask! Hahahaha gituew dia tarbiah aku dan dan tu jugak. Ada la perbualan aku dan dia time menuju ke prayer room tersebut. Alhamdulillah, di tunjukkan prayer room tersebut. Nama dia Ahmad dari Sudan. Thank you. 

So, korang boleh la solat dengan selesa nanti kalau berkunjung ke London kalau dah alang-alang di area Big Ben tu. 

Renung-renungkan! 

view dari laman hospital St. Thomas, kusyukkk kapel tu duk bercium haaa!

lalu ikut sini, dalam 50 meter akan nampak signboard "prayer room"

depan untuk lelaki, dan belakang untuk perempuan

tempat wuduk ada dua bahagian
Till then.

Bye!

8 comments:

  1. wah bosan je pergi london. saya bosan duk dlm bilik je..

    ReplyDelete
  2. Info yang sgt berguna....~

    Follow me at www.mytravellicious.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, walaupun pun kena share, ada juga prayer room yg proper..yg penting tempat wuduk berasingan..

    ReplyDelete
  4. Thanks John .... memang senang kalau ada tempat wuduk dan tempat sembhayang ... rasa selesa sikit ...

    ReplyDelete
  5. Assalam john,
    ooo
    asing pakai kerusi ja yer
    takperla
    kira ada jugak disediakan tempat solat :)

    ReplyDelete