Thursday, June 2, 2011

Ice Room a.k.a Bilik Ais

Hi! 

Bila dah cuti untuk study, maka dengan sendirinya akan jadi malas. Masa dibazirkan dengan benda-benda yang tidak berfaedah. Hayoohhh...orang kasik cuti suruh study, tapi benda lain yang dibuatnya. Apa nak jadik kat aku nih! Ada lebih kurang seminggu lebih je lagi nak exam. 1 apa pun tak bukak lagi. Huhuhu.

Tapi sebelum itu, tadi tengah hari terasa nak pegi makan kat Ice-Room yang terletak di Kota Damansara. Kalo lebih specificnya, depan Giant Kota Damansara. Senang je nak cam restoran ni, sebabnya warna bangunannya agak striking! Bersebelah Restoran Sekinchan Ikan Bakar. One day, aku nak try kat situ plak. Sebelum ni, aku penah datang ke Ice-Room tapi waktu malam. So, rasanya kurang skit. Apa yang aku dapat perhatikan, disini specialty nya ialah aiskrim yang dihias cantik dengan pelbagai perisa. Terdapat lebih kurang 20 jenis aiskrim yang kelihatan agak sedap dan menarik. Menurut cerita yang aku dapat, aiskrim mereka adalah homemade ice-cream. Hihihi. Restoran ini kepunyaan sepasang suami isteri yang bergelar Datuk. Restoran ini juga terdapat cawangan di Bangi, kalo tak silap aku laaaa.....hihihi. 

Selain dapat menikmati kelazatan aiskrimnya, mereka juga menghidangkan pelbagai jenis makanan dari hidangan tempatan hingga ke barat. Time aku pegi waktu malam dulu, kami ambil Fish & Chip dan kawan aku lak amek Megi Goreng. Portion untuk fish&chip adalah agak besar dan rasanya agak sedap. Manakala untuk megi goreng hanyalah so-so sahaja. 


Oh ya, time malam kami duduk di tingkat atas restoran. Terdapat juga playground untuk kanak-kanak bermain. Untuk aiskrim pula, kami memilih Yamy Yamy (Yam Snow Ice - RM7.90) dan juga Fresh Strawberry Fruit Snow Ice - RM8.90. Rasa kedua-duanya amatlahhh sedap! Buah-buahan juga banyak. 


Di tingkat atas adalah sangat sesuai untuk majlis hari lahir untuk kanak-kanak kerana suasananya bagi aku sangat selesa dan juga nyaman sebabnya open-air. Hihihi....sesiapa yang suke merokok boleh la kot duk bahagian tepi balkoni. Jom tengok...

Pelbagai jenis aiskrim
dah abes.....tapi ada skit, tak larat daahhh...
Untuk tengah hari tadi, aku dan kawanku mengambil set makan tengah hari yang ditawarkan. Harganya juga berpatutkan. Ada 3 set. Aku amek Famous Fried Rice + Orange sunquick, kawan aku lak amek Ikan Asam, naik putih + Orange sunquick. Not bad juga rasanya....boleh datang lagi kalo mahu. Hihihi


Untuk aiskrim pula, kami memilih Mango Pamelo Snow Ice - RM7.90  dan juga Nut Case (Peanut Snow Ice - RM7.90). Kedua-duanya juga lazat! Sampai sakit perut nak abeskan....huhuhuh. Oh ya, harga untuk set makanan tadi adalah less than RM10. Murah kan? 


Jom layan gambar-gambar yang lain.....




Overall, apa yang aku boleh katakan restoran ini adalah biasa-biasa sahaja kalo untuk makanan yang dihidangkan. Tapi untuk aiskrim nya bolehla untuk datang lagi untuk just lepak2 dengan kawan-kawan. Hihih...

Till then! 

2 comments:

  1. hi salam kenal,

    sy rasa sebelum saya balik malaysia lagi skali sy kena study blog2 mcm ni,br bleh buat list nak jalan2 cari makan.best2!

    ReplyDelete
  2. Ninie,

    hi ninie! salam kenal jgk. thanks for visiting my blog. ur blog also nice...mcm2 bnda blh baca & tgk.

    ReplyDelete