Wednesday, February 29, 2012

Post Universal Studios Singapore! - Episode 9 (Finale)

Helllooooooooo!!!! 

First of all, I would like to thank to Lily Riani : The Globetrotter for the the scrumptious dinner at Muhibbah, Kg Penchala. Your kindness, I will never forget. Wahhhh.....speech ok!

Ok...cut the crap. Jom sambung last part of my trip. Ni betol-betol last. Dah malas dah ni. Nak tulis benda lain pulak. Ok lepas dah jumpa Kak Coco kat stesen bas Larkin, kami solat dulu dan kemudian terus amek kereta. Tapi since sume orang dah kebulur time tu kecuali Kak Coco sebab dia dah makan dengan Chawanna dan Biqque, lepas tu beliau lepak kat masjid kat stesen bas tu. Lama jugak beliau beristikarah sambil memegang handphone beliau. Semoga pahala berlipat kali ganda. InsyaALLAH... 

Since nak try benda baru, Byya bekas warga Johor selama tujuh tahun telah cadangkan untuk makan kat kedai makan Singgah Selalu. Katanya port sini agak femes sebab penah masuk Jalan-Jalan Cari Makan? Betol la kot. Beliau lead jalan untuk ke sana. Boleh pulak kan....tempat untuk u-turn ke situ dah takde. Hahaha. Terpaksalah pusing jauh skit. Nasib baik jumpa. Time ni tak ramai lagi orang sebab almost maghrib kan.





Sebab masing-masing dah lapar giler dan kepanasan, sume pakat order ABC atau air batu campur. Overall makanan dia agak sedap. Terutama nasik Byya iaitu nasik kuning bersama daging goreng kunyit. Sedappppp!!!! 



Lepas dah kenyang sume...menujulah kami ke Johor Premium Outlet (JPO). Takde plan nak beli pape pun, tapi sebab dah alang-alang kan jom ler kita singgah. Please exit Senai. Tu jela...korang pandai-pandai lah sendiri macam mana nak ke sana. Memang nampak dari highway Plus tu. Tak besar mana pun kat situ. Banyak lagi outlets yang tak bukak. Hurm...bila masuk-masuk takdelah murah mana kecuali out Fossils! Best gilerr aku masuk sebab pilihan jam tangan boleh pilih plus murah dalam RM200-RM300 tau compare dengan harga kat Kuala Lumpur. Aku sangat suka Fossils! Kalo sape-sape nak beli hadiah hari jadi kat aku, sila beli jam tangan sebab aku akan pakai. Dont worry. Hehehe. 

Overall, indah khabar dari rupa. Bagi aku barang dia tak banyak pilihan plus still mahal. Ke memang aku seorang yang miskin? Hurm...takpelah. Aku ukur baju kat badan aku yang gemuk ni. Tapi kalo ade duit lebih ape salahnya merasa barang-barang branded kan? Untuk diri sendiri jugak 






Owh ya, terlupa lak. Sebelum kami sampai di JPO ni, MasMZ ade bagitau yang dia nak racun kami semua supaya shopping bagai nak rak kat JPO nanti. Alih-alih die yang tergoda sampai terbelilah something! Muahaha..sume orang pakat duk kutuk kaw-kaw punyelah! Nak racun orang tapi dia sendiri termakan racun sendiri. Camno tu? Kekek. Sabo jela. 

Kemudian, kami terus memandu pulang ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu singgah kat Melaka untuk drop Kakak Coco balik kampung. Tapi sebelum tu, pekena dinner pulak sumbangan Kak Coco lagi. Sedap jugak. Not bad. Terima kasih akak! ehem-ehem: "kalo ada sumur di ladang, boleh kita bertumpang teduh, kalo ada umur panjang boleh belanja lagi" sekian. Hahaha. 

Aku orang paling last sampai umah yakni pukul 3 pagi ok! Esoknya terus half day. Hahaha.... itulah cerita aku untuk 2d1n trip bersama Travelholics sume. Overall, memang bestlah!

Till then, bye! 

Post Universal Studios Singapore! - Episode 8 (Chinatown)

Assalamualaikum!!!

Sorry for keeping you guys waiting for the finale for my Singapore trip last month. Even though the trip was like 2 days and 1 night, but I kept dragging the entry until my 8th episode! What the heck! Hahaha. Just bear with it or just leave it. I don't bother at all. LOL. 

I think this entry is not the final entry yet. Hahaha. I'm hoping that this is the last entry but I can't...too sleepy to type all the sentences. Soorrrryyyyyyy!!!! 

Ok jom aku sambung balik. Hari ni nak pegi Chinatown! Ada apa dengan Chinatown? Aku pun tak tau sebab aku ikut geng Lily je. Eh, Lily ade geng ke? Dah femes dah sekarang ni? Wow...kekeke. So, untuk sampai ke Chinatown tak susah, hanya turun di MRT Chinatown Station. Keluar je dari bawah tanah tu akan nampak ni....



According to self-appointed ambassador for Singapore, Lily Riani said that all of these shops are being paid by Government to decorate and maintain these buildings. Cuns gilos ok...plus colorful! Besttt gila. Masing-masing keluar je dari underground tu non-stop duk ketik-ketik kamera masing-masing tak kira la besar atau kecik. Klik sana...klik sini... Haishhh...rugi sangat-sangat Chawanna, Biqque and Kak Coco tak join we all sume. Huhuh. Takpelah, next time kita datang lagi ok! 

Since time we all datang ni, baru je lepas Chinese New Year, masing lagi terdapat lampu-lampu tanglung tergantung. Kat kawasan sini juga terdapat banyak kedai-kedai yang menjual barangan cenderahati yang bagi aku sangat-sangat berpatutan ok! Basically, semua kedai menjual barangan yang hampir sama antara satu sama lain. Bagi peminat fridge magnet, memang heaven nak mampos ok! Semua jenis adalah sangat unik dan comelll!!!! Dulu time aku datang tahun 2009, takde pun jenis macam sekarang ni. Makin lawa ok. Banyak gak masa kami semua terbuang dalam kedai-kedai souvenirs ni. Beli banyak gak fridge magnets untuk diri sendiri. Kekeke. Majority dalam 1 keping berharga SGD2/piece. Kalo beli secara pukal, lagi murah. Jom tengok ape yang ada... 






Time kami datang ni cuaca sangatlah panas dan melekit, tapi masing-masing tak kisah dah sebab duk keluar masuk kedai cari souvenirs. Sumenye kene kawal nafsu sebab rambang bijik mata kalo boleh nak beli sume bawak balik lekatkan kat peti ais. Hahaha. Makin masuk ke dalam...lagi banyak jenis. Waaaaaa.... dorang sume ade yang beli tshirts, dan lain-lain. Aku bawak SGD100 je. So, after dah tolak hostel dan transportation selebihnya memang beli souvenirs jela. Takleh nak beli benda lain dahhh...huawaaaaa...

Kebanyakkan bangunan di Chinatown ni adalah bangunan zaman dulu-dulu. Ala..macam bangunan yang terdapat kat bandar Ipoh, Perak jugak. Tapi yang lainnya, dorang warnakan dengan pelbagai jenis warna terang dan meriah. Memang cantik ok. Memang boleh jadik tarikan pelancong. Kerajaan Malaysia patut buat camni. Mesti ramai orang datang. Jomlah tengok gambar.....








Kawasan Chinatown ni agak besar, penat jugak berjalan dengan peluh menitik-nitik. Tapi gaya tetap penting sebab banyak paparazzi berkeliaran nak amek gambar. Kekeke...harus bergaya candid. Terima kasih yang sudi photoshop perutku. Kekekeke. 

Akibat cuaca panas, kami rehat seketika sambil minum air kepala di sebuah kedai dengan harga SGD3/sebijik. Kira okla tu. Lega skit tekak kami ni. 



Bila berada di Chinatown, jangan lupa singgah di salah sebuah temple yang terbesar di Singapore. If i'm not mistaken. Temple ni agak besar dan cantikkk ok! Ibarat macam istana Osaka tetapi kaler merah je. Tapi sumpah memang lawaaaa!!!! Lupa plak nak snap nama temple ni. Tapi kalo datang Chinatown, jangan lupa singgah untuk amek gambar ye. 







Lepas dah abes pusing, kami menyusuri jalan kecik kat area Chinatown. Dapat sms dari Kakak Coco yang mereka semua akan terus balik ke Johor sebabnya Chawanna terpaksa pulang ke Malaysia dengan kadar yang segera sebab hubbynya bekerja malam. Maka, Kakak Coco akan menunggu kami di Larkin nanti. Maka dengan tidak membuang masa...kami bergerak pulang. Sebelum balik sempat sambar sebotol perfume kegemaranku. Murah harganya...hehehe. 





Oklah...jom balik........tapi trip ni tak abes lagi tau. Nantikan episod terakhir nanti ok! Jangan lahar aku....hahaha


Till then...wasalam...

Tuesday, February 28, 2012

Post Universal Studios Singapore! - Episode 7 (Geylang)

Assalamualaikum....

Hahahah...bila laaa nak abes cerita aku kat Singapore ni. Dah nak dekat sebulan tak abes-abes lagi! Sabor jela.... Ada 2 episod lagi kot. Hehehe. 

Pertama sekali, ingin mengucapkan terima kasih kepada Kakak Santek sekeluarga kerana sudi belikan sate Wak Tor kat Pasar Malam Keramat. Ya ALLAH, sedap bangat sate dia tu. Sampai termimpi-mimpi lagi. Overst. Tak sangka pulak, bila tanya kedai Wak tu kat mana, beliau berada di tempat kejadian. Kakak Santek pulak offer nak tolong belikan, plus mentioned that her papi pun suruh aku datang umah makan sate. Walllaaaaweyyy.... kebetulan atau suratan? Wah wah terharu ok. Kirim jela 15 cucuk, kang banyak-banyak kang gajah pulak aku nanti. Pastu, tanya berapa ringgit ni nak kene bayar, beliau menjawab dengan tenang, tak payah! Doakan supaya bersalin tak sakit tu je. Oleh itu, mari kita yakni Chawanna dan aku kita berdoa supaya Kakak Santek yakni Ely Hasrul dipermudahkan ketika bersalin dan di murahkan rezeki selalu. Motif sebut nama Chawanna kat sini? Sedap beliau pun dapat sate itu ok! Beserta dengan laksa air tangan Fatt lagi! Muahahah. Terima kasihhhh!!! 

Kedua pulak...kepada Chawanna sekeluarga selamat bergumbiralah di Land of Rising Sun! Tak sabar nak tengok gambar yakni tayangan perdana nanti. Harap sumenye cun-cun belaka lah. Tak lupa, mainan yang terdapat di sana. Semoga semuanya selamat sejahtera. InsyaALLAH... 

Ok, abes dah sesi ucapan kepada yang berkenaan. Jom sambung cerita kat Singapore. Malam tu, sume tido nyenyak kecuali sekali sekala terdengar bunyi yang agak kuat, krohhhh krohhhh krohhhh...tapi sebab penat, sumenye tido mati. Kekeke. 

Lebih kurang pukul 9 pagi keesokkan paginya. Kami sume bangun bersiap untuk check-out. Yela, hari ni kami akan bertolak pulang ke Malaysia. Tapi sebelum tu masa yang ada akan diisi dengan activity sight-seeing. Actually, trip 2d1n ni agak rushing plus banyak tempat yang takleh cover. Maka, kami sempat cover yang mana patut jela. Bila bangun tu, bukan nak terus mandi, siap bantai berborak bagai lagi! Hampeh sumenye....dah la masa breakfast sampai pukul 10.30 pagi je. Sume orang macam terkedek-kedek sumenye. Lantaklah. Hahahah syiokk woo duk dorm ramai-ramai macam we all sume ni. Pagi tu, ternampaklah mamat Germany yang kami duk borak semalam bangun awal gak. Dia duk tenung je kat we all sume duk borak. Maybe die pun nak borak jugak, tapi apekah daya, english dia tak brape nak bagus kalo tak silap aku. Mesti mamat tu jeles. Kekeke. Duhhhh~ Riakk! 

Ok.. dah setel mandi sume, terus turun bawah kat cafe sambil galas beg-beg sume. Hostel ni menyediakan kupon breakfast. Ada 5 pilihan breakfast yang ada seperti pancake, toast, dan etc. Tu jela yang aku nampak. Yang lain-lain lupa lak. Cafe berada di tingkat bawah. Jom layan gambar... 




Time tengah breakfast tu, sempat we all discuss ke mana arah tuju masing-masing. Mulanya, semua sepakat nak tuju ke Mustafar Centre. Saje nak carik barang-barang murah kat sana. Idea sape ntah cakap nak pegi Chinatown. Lily ke Janggel dah lupa dah. Alih-alih, aku taknak kalah follow Lily dan the geng. Biqque, Chawanna dan Kak Anash pegi ke Mustafar Centre. Aku, Lily, Janggel, MasMZ, MasZuber dan Byya pegi Chinatown. Kami berpisah kat sini. You know what? I've made a wise decision! Hahahahah. Sebabnya Chinatown sumpah cantik gilerr!!!! 

So, kami bergerak dulu sebab Lily nak makan kacang phool kat Pasar Geylang Serai. So, kami berjalan kaki menuju ke sana sebab jaraknya lebih kurang 500 meter berjalan kaki. Kira ok la kan. Hari ni dah tak penat dah sebab dah tido sume simpan energy. Impressed betol aku dengan pasar ni, reka bentuk dia macam sebuah muzium plus super bersih dan teratur ok! Tak berbau pasar langsung. Mentaliti yang sangat berbeza. Tapi nasib Lily malang sebab sume kedai yang kacang phool telah sold out. Mesti dalam hati beliau rasa sedih dan kempunan. Yela, dia duk mentioned pasal kacang phool since the beginning we planned this trip. Alololo....takpe, nanti kita datang lagi ok! 












Kemudian, kami bergerak menuju ke MRT Paya Lebar untuk ke Chinatown. Masih lagi berjalan kaki. Ternampak pulak kawasan rumah melayu yang telah dikosongkan. Katanya akan dirobohkan untuk tujuan pembangunan. 




Oklah...dah malas ni. Nak tido awal malam ni. Nantikan episod terakhir di Singapore. 


Till then..wasalam.