Assalamualaikum!!!
Sori lama tak update blog pasal kisah Jogjakarta. Terpaksa aku stop dulu sebab keje aku kat ofis tu terlalu banyak. Pening dah aku nih!
By the way, dalam entry khas ni aku nak reveal macam mana aku merangka setiap travel plan aku dari awal hingga akhir. Dan aku harap korang-korang sume yang secara halusnya baru nak belajar travel, maybe boleh amek sedikit atau taknak amek langsung pun takpe panduan dari aku yang tak seberapa mahir dalam dunia travelling ni.
1. Mempunyai tiket kapal terbang!
Itu adalah motto aku dalam kehidupan yang suka travel. Aku kalo boleh tak suka duk canang satu dunia yang aku nak pegi sana, pegi sini. Tapi ended up, tak jadik! Sebabnya, tak semua orang suka setiap angan-angan kita tu. Maybe kalo orang yang berhati busuk tu, akan mendoakan supaya trip kita tak jadi. Alahai...~ kesian mak jemah nanti. Adalah lebih elok, kalo angan-angan kita tu kita rahsiakan dulu (plan dengan travel partner senyap-senyap) dan bila ada promo tiket murah, terus grab! Then, barulah boleh bukak cerita kat orang lain. Kalo nak rahsiakan pun, lagi bagus! Jangan gigil-gigil tau!
2. Mencari tempat-tempat menarik yang ditawarkan.
Bila dah beli tiket kapal terbang, kita dah boleh start dengan mencari tempat-tempat yang berbaloi dan best untuk dilawati. Boleh list down tempat-tempat tu dalam Word atau notepad. Kajian tempat-tempat ni kita boleh mendapat idea dengan membaca forum, blogs ataupun mana-mana website yang korang Google. Ketahui musim anda lawati dengan menggunakan Google Search! Tahu musim apa yang akan anda lawati.
3. Merangka itinerary perjalanan.
Bila dah list down semua tempat nak pegi. Boleh start pulak dengan merangka itinerary. Try to know your main destinastion (tempat tinggal), carik jarak perjalanan dengan menggunakan Google Maps. It will help you a lot in giving the rough travel time as well as route selected. Try untuk menulis ataupun jot down berapa jauh setiap lokasi dari hostel atau hotel tempat anda menginap. Tengok jugak Maps kat Google tu samada sesuatu tempat berada di Barat, Timur, Utara ataupun Selatan. Susun setiap tempat tu mengikut arah perjalanan anda samada dari Barat ke Timur ataupun Utara ke Selatan. Supaya adalah mengelakkan kejadian membuang masa di dalam kereta, bas ataupun keretapi. Boleh buat clockwise ataupun anti-clockwise.
4. Public transport.
Buat research bagaimana anda akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Samada termurah atau termahal yang ada carik. Sumenye bergantung kepada budget masing-masing. Try to eliminate travel time kalo anda mempunyai percutian jangka pendek. Sume berguna selalunya akan didapati dari kawan-kawan, bloggers, ataupun forum. Yang paling penting Google Search adalah amat bagus!
Yang paling penting, untuk memandu di Australia ataupun New Zealand : LESEN MEMANDU MALAYSIA ADALAH BOLEH DIGUNAKAN! TAK PERLU DI TRANSLATE ATAUPUN MEMOHON LESEN MEMANDU ANTARABANGASA (International Driving License). Penat aku duk jawab soalan yang sama setiap kali orang berbeza tanya.
5. Accomodation.
Sumenye bergantung kepada budget. Kalo anda orang kaya, maybe pilihannya adalah hotel. Kalo yang tak brape nak ada duit, boleh cuba hostel ataupun bed and breakfast. Kalo berjalan bersama keluarga besar, boleh gunakan apartment ataupun holiday houses. Pilih accommodation yang lokasinya adalah dekat dengan public transport, good reviews, harganya. Kalo setakat travel berdua atau ber3, maybe hostel adalah pilihan yang agak bagus. Kalo bersama keluarga, adala lebih elok untuk memilih apartment ataupun holiday house. Maybe kalo combine rate yang perlu dibayar adalah sama dengan rate sebijik apartment untuk 1 malam, adalah lebih baik amek apartment. At least, u can cook on your own! Always read the reviews! Kalo book thru Hostelbookers, Hostelworld, Booking.com and etc, dorang mesti ada tab untuk reviews. From there, you will know whether the place is worth to stay or not. Kalo dari 10 reviews, katakanlah ada 1 review yang kondem tempat tu tak bagus. Tak semestinya tempat tu tak bagus, maybe penghuni tu yang banyak cekadak!
6. Tips and tricks.
Benda-benda macam ni kita boleh dapat dari pembacaan kita dari travel forum, blogs or maybe Google Search! Some bloggers like me wil not do it in points form. Sebabnya aku malas! Hahaha. Maybe korang kene digest benda-benda yang bagus ataupun tak bagus dari pembacaan. Read between the lines ya. Some people will do it in proper sentence or points. Kudos to you~
7. Memilih pakain untuk travel.
Ada sesetengah orang suka travel light, ada pulak suka travel heavy and in style which is me! Hahaha. Need to know which season are u visiting. So that, u can prepare a proper attire while being there. Gunakan GOOGLE SEARCH kalo nak tau musim apa kat negara tersebut! Cepat dan pantas! Check the current weather forecast. Berguna nanti.
8. Membawa makanan atau tidak.
Kalo melawat negara yang mempunyai ramai penduduk muslim, maybe keperluan untuk membawa makanan tu tak brape nak penting, yang paling penting adalah membawa duit yang secukupnya! Kalo melawat negara yang kurang muslim, maybe anda perlu membawa makanan yang perlu. Kalo nak tau kat mana restoran halal yang available, boleh gunakan Zabihah.com.
Peringatan ataupun pemberitahuan: Bila aku travel, ada aku bawak makanan ataupun tidak. Kalo bab nak makan diluar, kalo negara tu ada a few restoran halal, why not to try. Dah tau halal kan. Kalo restoran tu takde tanda halal, dan taktau samada halal ke tak, maybe korang boleh tanya terus kepada kaunter. Okla, actually susah nak bercakap pasal makanan halal ni. Aku secara boleh cuba untuk tidak bercakap lanjut kang nanti dianggap kurang didikan agama. Macam ni la, kita belajar agama, kita tahu halal dengan haram. Bezakanlah sendiri. Bila travel, janganlah anggap cop halal JAKIM terpampang kat pintu masuk restoran tu. Jangan amek sebarangan yakni ayam ataupun daging atau benda yang boleh menyebabkan korang was-was, terus jatuh hukum haram kalo di makan. Ikut hukum halal haram based on Al-Quran tuhan Allah.
9. Merangka jumlah perbelanjaan.
Bila dah survey semua pasal transport, accomodation or any entrance fee need to pay. Maybe sebelum buat booking untuk accomodation ataupun tiket transport, korang kene buat budgeting. Buat guna excel pun boleh. Tulis brape yang akan dijumlah termasuk makanan, shopping dan jugak emergency cash. Tapi saya tahu, setiap orang selepas dah beli tiket flight, dalam kepala ni mesti duk berkira-kira brape banyak duit nak bawak nanti. Aku pun macam tu jugak. Macam trip australia aku June 2012, aku dah set nak bawak RM5,000 termasuk tiket flight untuk trip 2weeks. Tapi sedikit terbabas sebabnya terlebih shopping. Hehehe.
Hurm... apa lagi ek, aku rasa tu jela kot bebelan aku untuk korang semua. Nanti kalo ada lagi, aku tambah okeh!
Segala yang baik itu datang daripada Allah. S.W.T, dan yang buruk tu datangnya dari kekhilafan aku sendiri.
Till then, wasalam...