Thursday, October 24, 2013

Victoria 2013 : #10 - The Journey to Halls Gap

G'day Mate!

Hari ke-6 aku di Victoria, Australia. Pagi ni agak sejuk tapi ada nampak petanda yang cuaca akan cerah yang amat arini sebabnya semalamnya hujan agak lebat! InsyaALLAH. 

Penginapan kat Port Campbell Motor Inn ni not bad. Nanti aku ceritakan dalam entry yang lain sebab terlupa nak pilih gambar. 

Website: http://www.portcampbellmotel.com.au/ 

Hari ni jugak aku akan berpisah bersama bibik jemputan dari Malaya dan Irdina sebab dorang akan terus pulang ke Melbourne City. Dorang punya trip lebih pendek dan agak santai berbanding aku dan kengkawan yang lain. Lagipun dorang dah request nak shopping sakan katanya kat DFO-DFO yang ada kat Melbourne tu. Nak perabih pitih katanya. Fine by me. 

Aku dan yang lain-lain? Meneruskan perjalanan ke bahagian lain pulak. Another reason kenapa aku datang balik ke Melbourne tahun ni sebab aku rasa ada tempat lain yang wajib terjah kat sekitar Victoria ni. Tak hanya terhad kat Phillip Island mahupun Great Ocean Road plus aku tak puas selagi tak dapat langit biru kat mana-mana spot yang dalam entry sebelumnya! 

Jadiknya... aku dah plan nak terjah ke area Halls Hap ataupun dikenali The Grampians National Park. Ianya terletak kira-kira 224km (3 jam) perjalanan dari Port Campbell ni. Sebabnya terpengaruh duk baca blog Hafizah Hassan ni. 



Entry pasal The Grampians dari blog dia boleh baca kat --> SINI dan jugak SINI 

OKEH OKEH! Tapi sebelum tuh...

Hari sebelum tu, aku dah cakap kat travelmate aku time singgah kat London Ard tu kalo langit cantik esoknya... kita datang singgah sini balik kejap sebab nak amek gambar lagipun memang dah on the way menuju ke Warnambool (satu pekan) menuju ke Halls Gap ni. Alang-alang orang kata... 

Jadiknya, lepas dah bergerak meninggalkan Motor Inn tu teruslah drive menuju ke London Arch. Memang betol.. cuaca hari ni memang subhanaALLAH amat cantikkk! dengan awan  berkepul-kepul dan langit biru! I loike~ 

Pitstop yang pertama adalah Port Campbell Look-out point. Ni kejap je singgah tapi macam masuk dalam belukar untuk sampai ke look-out tu. Boleh la nampak dari kawasan tanah tinggi bentuk mukabumi Port Campbell tu sebuah pekan kecik. 

Layan gambar sat...

lorong menuju ke lookout point

embun pagi membasahi dedaunan hijau

ada rumah, ade motel... pekan Port Campbell

the other side

jeti

lagi sebuah motel di Port Campbell

Dah puas tu... menuju la pulak ke London Arch skali lagi. Takde orang langsung pepagi ni. Park kete teruslah menuju ke platform. Ya Allah... cantiknya!!! Puas jugak hatiku ni.. walaupun kat area The Twelve Apostles tu tak sempat nak terjah untuk langit biru. Tapi kat London Arch pun jadiklah... alhamdulillah. *sujud syukur di platform* 

Tu la kan.. orang kata ikut nasib. Kalo betol lucky memang dapat view yang cantik. Tapi aku rasa kalo nak travel ni.. memilih musim/season yang sesuai amatlah perlu ye. Amat memainkan peranan yang penting. For me, the best season to visit Victoria/Melbourne would be during Spring Season. Tapi skali ni.. semua ni hanyalah nasib. Jangan lupa berdoa ok. InsyaALLAH....

Jom layan gambar lagi....

tadaaaaaaaaaaa~


limpahan air sungai terus masuk laut


ombak memukul pantai dan tebing...



Dah inzalna kat London Arch tu... ayuh la kita bergerak meninggalkan kawasan tu dengan seribu satu kenangan manis. chewaaah mak enon! Hahaha... aritu memang cantik sangat. Bawak kereta pun tenang sebab takde kereta duk lalu lalang...

Pastu ternampak pulak lagi satu lookout tak jauh dari kawasan London Arch ni. Namanya Bay of Martyrs. Kejap je stop sini semata-mata nak amek gambar. Nama lainnya adalah Bay of Islands Coastal Park sepanjang 33km yang dikatakan untuk melindungi sekitar, haiwan, tumbuhan dan perairan.

Bay of Islands Coastal Park

batu-batuan dari kejauhan...

Dah semua tu... teruskan perjalanan lagi. Kali ni memang jauh sungguh la bagi aku sepanjang berada kat sini. Paling jauh tak silap more than 200km kene drive. Tapi yang bestnya sebab jalan raya untuk hari ni adalah lurus-selurusnya! Kalo ada pun selekoh santai. So, boleh la pakai auto-cruise mode. Just kawal stereng semata! Syiokkk wooo... plus kete pun jarang jumpa. 

On the way tu jumpa lagi satu pekan yang agak besar namanya Warnambool. Kat sini femes dengan aktiviti cruise sambil tengok ikan paus. Kalo berminat boleh la terjah. Agak besar jugak pekan Warnambool ni siap kitaorang singgah kejap kat Woolworth beli makanan skit sebelom teruskan perjalanan. 



lembu korban....

lembu macam kat Malaysia santai je duk atas rumput

stadium yang penuh dengan susu. kalo ada sila try... sedap susu dia!

Selepas tu... kitaorang mula keluar dari jalan Great Ocean Road. Pemandangan sudah berubah dari coastal drive kepada macam national park drive. Hutan hutan hutan semata.... tapi bukanlah jenis hutan tebal macam kat Malaysia ni. Still nampak pemandangan kat bahagian dalam. Jalan masih lagi lurus... 

Kat sini gak mula nampak bukit atau gunung berbatu yang besar-besar... hari tu semakin panas. Tapi takpe sebab cuaca memang cantik! 





pemandangan dari tepi gunung kalo tak silap aku.. macam miniature je tengok dari jauh


perjalanan masih lagi berbaki lebih kurang 1 jam... 

To be continued...

Bye!


17 comments:

  1. WOW canteknya pekan Port Campbell tu!!!

    ReplyDelete
  2. Port Campbell tuh kami singgah nak pi toilet je aritu...gambar pun amek sikit je sbb dah senja nan merah...hehuuu~

    ReplyDelete
  3. Port Campbell tu memang cantik sangat kan..kalau tgk live lagi la cantik.. tapi pekan dia macam tak ramai orang sangat..but still a good pitstop dari twelve apostles ;)

    ReplyDelete
  4. salam,

    Besar gak pekan Port Campbell ni ek. Masa saya gi bulan 9 ituhari, sampai sini dah ptg. Tambah lak sebab winter so, cepat gelap...Bandar ni nampak cam haunted sangat...Tido malam pn x tenteram. Last2, husbnd ajak cabut balik ke melbourne mlm tu jugak. Tp balik ikut Colac tu menempuh hutan belantara...Ingat mati jek...Gelap gelita...huhu...Inilah namanya pengalaman...Moral, tempat orang jangan gerak malam2...Gerak pagi2 sudah....huhu

    ReplyDelete
  5. cantik bangat...aku pun sanggup berenti kalau dapat tengok view macam ni, lupakan hal shopping menyopping tu, ahaha...pekan campbell tu pun cantik, sepesen je bumbung dia...

    ReplyDelete
  6. cantik bro!..oz neh memang seluas2 alam terasa kalau travel. hehe.

    ReplyDelete
  7. cantiknya!!!!
    pokok
    rumput
    tebing batu
    sume sume
    aaaaaaaa.....

    (sambung pekup muka dlm bantal)

    ReplyDelete
  8. @Janggel,
    giteww wow jugaklah! ;p



    @Khairudin Lim,
    mmg cantik bro. allahuakbar ;)



    @DJ,
    huhuhu bertabah jela. kat sini kul6 cmtu dh tutup kedai dah. nak berehat bersama keluarga katanya.



    @Awliya,
    pekan dia mmg kecik je. mmg tak ramai orang. mcm haunted town pun ada. tp still ok kalo nak jadikkan sbg pit stop. ;)



    @Azie,
    Waalaikumussalam... last year pn sy dh smpai agak malam kat port campbell tu mmg terus balik ke melbourne city lalu ikut colac gak. mmg lalu hutan belantara mcm awak cakap tu. agak scary ler jugak sbb gelap je.



    @Orga,
    harus berhenti bro. menikmati keindahan alam. ;) org putih ni aku tengok rekaan dorang simpel je. aku suka!



    @Agip,
    thanks bro! oz ni mmg besar dan macam2 ada kalo korek2 tempat2 menarik!

    ReplyDelete
  9. aku suka gamba last...serius aku teringin nak benti amik gamba berdiri kat tengah jalan tu ! jgn ckp ko ade gamba mcm tu. aku jeles.

    ReplyDelete
  10. Memang cantik pemandangannya.....saya suka saya suka.

    ReplyDelete
  11. uihhhhh sakit dada mak tgk gambar2 nih! huh!

    *tepuk dada sendri agar kekal bersabar*

    ReplyDelete
  12. salam perkenalan. pertama kali singgah sini.
    cantiknyer pemandangan kat sini. jelesnyer tengok...nak gi jugakkk hehehee ; )

    ReplyDelete
  13. Cantik! Best! Kagum!

    Susu lembu Aussie memang sedap. Wah siap korban lagi lembu tu...

    ReplyDelete
  14. huhuhu...serius scary mary..kami lak trip honeymoon gitu..so berdua aje..berganda2 takutnya...tapi apa2 pun, it was a really precious experience ever! hihi

    ReplyDelete
  15. @Hang Dhamin,
    hahaha sila jeles tapi dont worry aku terlupa langsung nak stop amek gambar tgh2 jalan tuh! hahaha ;p



    @Kak Anash,
    bertaabahlah akakkkkk... tp sumpah cantekkk! ;)))



    @Rozita,
    saya pun sukakkkk!!! ;)



    @Biqque,
    nak aku urut dada ko biq? eh feeling meh sangat! hahaha



    @Miesha,
    salam perkenalan. ;) sila pegi jugak okay! ;)



    @Naramas Aman,
    terima kasihhh! tula akak saya beli susu coklat dia. sedap sgt!



    @Azie,
    yup... couldnt agree more. really2 precious trip! ;)

    ReplyDelete