Wednesday, December 18, 2013

Kansai, Japan 2013 : #5 - 1 Hari di Kobe (Kobe Mosque | Kobe Port Tower )

Ohayōgozaimasu!!!  

Ok jom aku sambung seharian di Kobe sementara aku masih ada mood nak menaip. Baru je lepas ngap burger Ramly 2 bijik. 2 bijik ye! Hahaha one is not enough!

Lepas dah abes pusing belek-belek disekitar Ikuta Shrine tu, kitaorang patah balik menuju ke Sannomiya Station. Kat situ akan ada hentian City Loop Bus yang bernombor 7. Kalo tak silap aku, kekerapan untuk bas ni adalah 30 minit. Dan jugak untuk membuat 1 pusingan akan memakan masa kira-kira 63 minit. City Loop Bus ni akan berhenti kat major tourist attractions seperti contoh Kitano, Old Foreign Settlement, Nankinmachi (China Town), Meriken Park dan jugak Harbour-Land. Total keseluruhan ada 17 stops nanti. Kalo korang larat dan ada banyak masa, insyaALLAH akan sempat cover semua. Tapi aku curiga. Hahaha. 

Sambil duk menunggu bas tu datang, sempatla layan mata duk tengok gelagat orang Jepun ni. Boleh katanya majoriti mempunyai disiplin diri yang tinggi. Nak naik bas pun beratur okeh, walaupun bas tu tak sampai pun lagi. Takde sikap nak potong-potong barisan. Jadik, kita yang datang negara dorang ni macam terikut-ikut dengan sikap berhemah macam tu. 

Tapi nape kat negara sendiri tak macam tuh? 

Sikap? 




Tak lama tu, bas pun sampai... beraturlah untuk naik city loop ni. Disambut pulak oleh pramugari bas tu. Takdelah cun mana.. tetap ade hitam skit2 kat gigi tu tapi senyum tetap tak lekang dari bibir dia. Dah macam robot dah aku tengok... suara pun lembut jah. Memang semangat bekerja dengan jujur dan amanah amat tinggi. 


So, perjalanan bas ni akan menuju ke Kitano Meister Garden (Stop no. 8), sebabnya Kobe Mosque berhampiran je dengan garden ni. Boleh la shalat dan lunch tengahari kat sini. Mesti ada beberapa kedai halal yang boleh terjah untuk isi perut ni. InsyaALLAH....

Kat area Kitano ni kalo ikut pembacaan aku merupakan kawasan elit yang mana ramai diplomat asing tinggal di kawasan ni. Katanyalah... bukan aku kata. Time sampai kat Kitano Meister Garden tu, ingatkan taman yang luas, rupanya bukan ye! Bangunan dua tingkat je macam pusat komuniti setempat. Kat dalam bangunan tu ade kedai-kedai menjual makanan macam roti, coklat, dan lain-lain. Kebetulan... time ni musim Halloween. Kiranya labu berukir memang bersepahlah dijadikan hiasan. 

Hanya untuk mendapatkan kepastian, tanya lagi pekedai kek tu kat mana letaknya Kobe Mosque ni. Dorang pun tau kat mana masjid tu. Rupanya tak jauh pun kira-kira less than 5 minutes jalan kaki dari Kitano Meister Garden tuh! Sempat borak dengan pekedai tu, tanya kitaorang ni dari mana. Nasib baik bila cakap Malaysia terus tau kat mana. Iyelah, kebanyakan Malaysian yang pegi mana-mana negara asing mesti disalaherti sebagai Indonesian. Especially perempuan bertudung. Tapi gaya tudung perempuan Malaysia ngak sama ya dengan perempuan Indonesia. Ngerti? Kadang-kadang aku macam hangin gak, muka ni macam Indonesian sangatkah? Helllooo... pan asian okeh! *pitam 2 saat*

aku rasa ni daun autumn tipu

pintu masuk utama Kitano Meister Garden

Time ni lebih kurang jam 1 tengah hari dah. Kiranya zohor dah pun masuk lebih awal lebih kurang jam 11.30 pagi. Selamat tiba di Kobe Mosque. Senyap sunyi je.. maybe sebab dah lepas lama waktu shalat. Teruslah masuk.. carik pintu masuk. Tak besar dan tak kecik masjid ni. Yela, ummah moslem kat Jepun ni takdelah ramai mana pun. Kebanyakkan adalah foreigners yang datang menetap kat sini. 

Kenapa aku nak datang Kobe Mosque selain datang untuk menunaikan kewajipan sebagai ummah moslem, tetapi nak saksikan sendiri keutuhan sebuah rumah ibadat Allah Taala yang kekal berdiri teguh walaupun sudah melalui pelbagai bencana gempa bumi dan jugak peperangan dunia ke-2 pada tahun 1945. 

More info --> HERE 

pintu masuk utama

gambar selepas kawasan Kobe dibom, SubhanaALLAH... 

ruangan shalat utama... ni je kawasanya ada dalam 10 saf kesemuanya kalo tak silap aku

ruangan wuduk

salah satu menara

Dah setel menunaikan ibadat, perut pun mintak diisi... sempatlah makan kurma wakaf kat masjid tu. Sedappp sunguhhh haih! Hahahah rejeki... 

Since dah tau kat Kobe ni ada masjid, maka mestilah ada komuniti Islam kat sini, maka mestilah ada restoran halal ye dak? So, kitaorang explore la kawasan sekeliling kot-kot ada bayangan halalan toyibban kat depan mata kitaorang ni. 

Alhamdulillah... akhirnya jumpa jugak satu kedai halal. Saje nak try ape yang best. Tapi sebab aku nak buat khusus untuk makanan halal ni, jadik entry tu akan keluar ntah bila. Tapi sementara tu boleh la refer kat blog Janggel ---> KLIK SINI 

Nextttt! Hari dah semakin petang ni. Yela, pukul 5 camtu dah macam nak masuk waktu Maghrib dah. So, boleh bayangkan tak betapa pendeknya siang time autumn camni? 

Tak leh buang masa banyak, terus kitaorang amek City Loop Bus skali lagi menuju terus ke Harbour Land sebab nak bertapa kat Kobe Port Tower tu tower yang berbesi merah yang selalu muncul dalam siri Ultraman satu ketika dahulu. Kitaorang turun di Stop No. 1. 

Jom layan gambar! 

Time ni lah kami paksa Kak Coco bergaya sakan dengan trenchcoat hijau beliau yang cun melecun tuh! Mahal okeh~ Beli kat Paris katanya... 


hentian bas tu betol-betol stop kat bawah Kobe Port Tower ni

zoom skit... 

Kobe Maritime Museum, tengok dari kejauhan jah

Time ni memang buat pape sangat kecuali sakan bergambar dan macam-macam aksi diperlakukan di khalayak ramai. Ada kesah ke? Hahaha siap suruh orang amek gambar lagi. Keadaan di Kobe Port tu tenang sambil melayan sunset... tunggu masa untuk tengok view waktu malam pulak. Apabila Kobe Tower disimbah dengan lampu yang menaikkan seri yang amat! 

Tapi cuaca semakin sejukkkk ler... perut pun lapar balik. Nasib baik Kak Coco bawak kekacang dari Malaysia. Sedapppp sungguh duk kruk krapp krukk krappp... 

senja nan merah tak seberapa

kapal persiaran

rangka Kobe Port Tower
panorama
malam dah menjelma... cantikk! 

bertukar warna pulak.... 





Dah puas lepak kat tepi kat tepi port tu, kitaorang bergerak meninggalkan kawasan tu tapi terbantut lak gara-gara dapat wifi free kat dalam Kobe Port Tower tu. Hahah adalah dalam 15 minit tertangguh dek gara-gara nak main internet punya pasal. Dalam zaman serba canggih ni, memang tak sah kalo tak buat live update kat mana berada time tu. Atau dalam erti kata lain nak show-off. Betol atau tidak? Hahaha... 

Since dah lebih pukul 6, maka bas City Loop pun dah tamat operasi. Nak taknak kitaorang kene berjalan menuju ke stesen JR Line tau yang terdekat kira-kira dalam 20 minit jalan kaki. Since ok jomlah jalan... 

Peta di tangan tetap tak lepas nak tengok map supaya tak sesat. Alhamdulillah senang nak navigate. Takde payah mana pun. Kitaorang dari Kobe Port Tower berjalan menuju ke Motomachi Station (JR Line). 

Kebetolan... sambil duk jejalan tu, sempat lalu skali dengan China Town. Tapi takdelah besar mana pun plus tak crowded pun. Maybe sebab awal lagi kot.. 






Masing-masing dah keletihan... teruslah pegi ke Motomachi Station untuk terus balik ke Osaka-Namba Station. Nasib baik takyah tukar-tukar train. Seline saje katanya... 

Malam ni tido dalam kapsul! Untuk merasai pengalaman sebenar katanya... tak try tak tau kan. 

Untuk review boleh la rujuk ---> HERE 

Ok dah.. penat jari-jemari mulusku ini..

Till then.. bye!

24 comments:

  1. Huntungla sempat tengok gigi pramugari bas yang ada hitam2 sikit.

    ReplyDelete
  2. haha..mulus benor jari jemari ko. btw, part pan-asian tuh memang x tak bole blah.

    ReplyDelete
  3. SETUJU sgt SIKAP tu..entahlah...rakyat msia ni nama je negara Islam..opss..tak leh komen byk2...sensitif isu

    Pan Asian?...ada gak sikit2 heee

    Habis susah seharian di Kobe..tempat yg wajib pegi ni..maybe destinasi yg sama tp view yg berbeza

    ReplyDelete
  4. @Monologue Diri,
    kannn huntungla sangat! ahaks.



    @Agip Roslan,
    hahahah mulus benor bro. hahah berkat air wuduk sepanjang waktu. hiks. haishhhh pan-asian sgt bro. kekeke



    @Jari Manis,
    hahahah sensentap nnt. hiks.



    @Nurzakiah Hanum,
    terima kasihh! mmg cantik kat sana! ;)

    ReplyDelete
  5. Cun gak masjid kat Kobe ni. Aku pun tak tau history masjid ni yg bertahan walaupun dh gempa bagai..syabas bette! syabas!

    ReplyDelete
  6. Terasa tenang je solat dalam mesejid tu... walau pun sejuk gigil2.

    ReplyDelete
  7. oo aku br tahu masjid kobe masih gah berdiri lepas bom tu...subhanallah!

    wah bagus nak buat entry khas utk halal food di jepang...penting utk aku tu!hahaha!

    ReplyDelete
  8. Kqk Coco pakai jaket hijau beli kat paris... waaa.... mana2.. nak tengok :P

    Betul tu orang di jepun mmg kuat dgn displin yang amat tinggi..

    Masjid tu terselamat dlm perang.. Hebat kan agama islam itu :D

    ReplyDelete
  9. mananya gambar kcc dgn trench coat hijau beli dari paris tuuuuuuuuuu?

    ala cantek nyer daun kaler coklat tu :) gambar kobe tower lampu terang pun cun!

    subhanallah...cantik mesejidnya...

    ReplyDelete
  10. gigil2 kaki menapak hari ni...

    Untunglah tetiber ada Chinatown laksss iya?!

    ReplyDelete
  11. salam kenal ... mmm .. one day i pkal nak pi situuuuu .. one of my dream ... pls follow saya juga...

    ReplyDelete
  12. motif jual nama akak dgn trench kot kaler hijau beli kat paris?

    *buang abuk letak dalam pelastik bubuh ubat gegat takut lipas gigit baju*

    hai biqque!!! *tetiba lambai*

    laa...tak perasan rupanya ada nama kat bangunan yg kita singgah utk pi masjid Kobe tu???

    hai semua...

    ReplyDelete
  13. nampak mcm bila malam baru happening kat jepun....

    ReplyDelete
  14. Hahaha, terbaiklah. Duk baca entri japan ni tak sabarnya nak jejak kaki dekat sini satu hari nanti.

    ReplyDelete
  15. syahdu baca pasal masjid kobe ni, even dah berkurun, still maintain sampai sekarang...dengar ko cakap pasal burger, teringin pulak tengah-tengah malam camni...

    ReplyDelete
  16. @Chawanna,
    aah mmg cun! ;) kata peminat sejarahkan~ A+ x? hahahah



    @Ren,
    alhamdulillah... tenang jiwa~.



    @DJ,
    SubhanaALLAH... insyaALLAH akan diusahakan kalo ada kesempatan masa.



    @Time Traveller,
    haaaa... nantikan kemunculan khas beliau dlm entry yg sepatutnya okeh! mmg hebat agama Islam itu.;)



    @Biqque,
    haaaaaa tunggu tau! tu daun tipu biq. jgn caye okeh~ lol.

    ReplyDelete
  17. @MasMZ,
    yeke gigil? bukan gagah perkasa ke? ;p



    @Syieda,
    helloooo helloooo! hahahah



    @Rozita,
    hahahah helloooo!!! hellloooo!!!



    @Nayfatimah Rasyid,
    salam kenal. insyaALLAH one day akan sampai gak. nape saya kene follow awak? hurm...



    @Kak Anash,
    hahah akak kan femes. kene la promote lebih2. iya? ;p



    @Faizal Fredley,
    tak jugak. tgk kawasan... kalo bandar mmg hidup waktu malam.



    @Radin Fadli,
    hehehe terima kasih bro. haaa sila pegi okeh~ pilih musim yg best mcm autumn.



    @Orga,
    kannnn sgt syahdu! tak berkesempatan jumpa jemaah kat situ. heheh mengidam burger ramly ke~

    ReplyDelete
  18. Menarik nii.. .haruskah di terjah?? He..he...kna chek tabung buluh dulu

    ReplyDelete
  19. baru tahu pasal sejarah masjid kobe ni..subhanallah

    hai pan asian!

    kobe port tower tu bila malam fuuuh cantiknya, kalo siang biasa-biasa jer tengok

    ReplyDelete
  20. Salam admin, currncy duit kita dgn yen jepun mana mahal/murah?

    ReplyDelete