Wednesday, April 30, 2014

[Part2] Train Ride (Geneva - Montreux - Interlaken - Lauterbrunnen)

Bonjour!

Hari ke-2 di Switzerland. 

Hari ni memang akan check-out dari hostel untuk menuju ke Lauterbrunnen yang mana aku akan stay sana selama 2 malam. Kiranya, kat sini adalah aku punya main highlight of the trip. Hopefully. 

Pagi tu, memang aku dan kawan aku dah diskas awal-awal sebelum tu, nak gerak awal kalo boleh amek 1st train ride in the morning. Yela, subuh pun awal skang ni. Since tido pun awal, i don't think it would be such a problem to wake early in the morning. Thank God, dia pun jenis tak kisah. 

By the time, pukul 7 pagi camtu memang kitaorang dah get ready nak check-out dah. Awal gilerkan? Yela, sepanjang trip kat Switzerland ni memang our main transportation adalah naik train. Kalo boleh taknak mulakan hari bila dah siang terang benderang sebab nanti sampai destinasi dah macam nak senja bla bla bla rugi dok rasa? I don't know about others, but time is important during travelling. Maybe sebab bujang ni, everything jadik cepat dan tangkas. 


keadaan luar time keluar menuju ke train station, dah mula ada cahaya

Monday, April 28, 2014

[Part1] Geneva, Switzerland - Pengenalan dan Jejalan

Bonjour!

Mesti ingat pegi Perancis kan? Hiks. 

Tapi takde pun, ni ada mood nak menaip petang-petang sambil makan sira ubi buatan sendiri. Bila duk kat perantauan ni, semua benda craving kenela masak sendiri. Kalo tidak, telan jela air liur menahan craving tu. 

Okeh, bermulalah entry pertama trip aku ke Switzerland ni. Entry London, Amsterdam ataupun ski trip di Poland, aku tinggalkan dulu. Kalo ada masa, aku try buat. 

Anyway, trip ke Swiss ni actually takdelah ada dalam plan aku dalam masa terdekat.  Dalam hati memang nak pegi, tapi tak sangkala jugak cepat sebegini pulak. Maybe pegi bersama yang tersayang yang taktau sapekan. *harap takde sesiapa komen yang menggedik akan statement ini*

Since, aku ada 7 days break kejap dari class maybe nak ke mana-mana lah. Kalo boleh yang dekat-dekat je. Kalo jauh-jauh ni kang balik penat nak mengadap kelas pulakan. Malas dalam diri ni tetap ada, walaupun dah try cuba buang jauh-jauh. 

Cut the story, kawan ni terasa nak naik kapal terbang katanya. Dia kata tiket pegi Swiss boleh dapat murah walaupun bagi aku nak beli skang dah agak last minute, plus ni kan time easter break. Memang akan expect mahal. Aku pun balik terus la bukak http://www.skyscanner.net/ sebab nak check harga tiket kapal terbang nak fly masuk ke negara Swizterland. I think most of us know how to use skyscanner kan? No need me to explain more as I believe my readers are very intelligent travelers and no need to be spoonfed all the time. 

Am I right? ^___^


Friday, April 25, 2014

Tips | Swiss Pass | Use or Not to Use?

Helllo!

Salam ceria buat kepada semua pembaca Kaki Berangan yang setia ataupun newbies. Salam ukhuwah saya ucapkan kepada semua walau dimana jua anda berada. 

Ape macam? skema tak ucapan pembukaan aku? Sesekali nak jugaklah amek hati mereka yang menyokong blog Kaki Berangan dari jauh mahupun dekat. Yang suka ataupun yang benci. Takpe, kita ni manusia lemah tak sempurna. Takleh nak puaskan semua hati orangkan. 

Whatever it is... kita hidup kenela enjoy! Bak kata aku yang sedang menaip rancak nih! Ewahh!


Thursday, April 24, 2014

Tips | Rangkuman 6H5M di Switzerland

Hello! 

Rasanya dah lama tak bukak blog. Nak menaip entry London yang tak berkesudahan pun dah agak malas. Ingatkan bila dah jadik full-time student ni ada masa nak abeskan entry blog yang terbengkalai tu. Tapi jadik makin teruk nampaknya. Hurm.. nasib badankan. Tapi insyaALLAH aku try abeskan dalam masa terdekat atau terjauh. Hiks. 

Papepun, sebagaimana mereka yang dah follow melalui instagram dan facebook page KakiBerangan mesti dah tau ke mana hala aku untuk 6 hari yang lalu. Alhamdulillah dah selamat jejakkan kaki ke Switzerland. Mesti ramai yang dah penah sampaikan. Aku jugaklah yang agak lambatkan. Orang kata, biar lambat biar sampai. Gituh! Hahahah. 

Actually, ni plan agak mengejut. Sebab memang aku check jadual kelas aku ada break dalam 7 hari camtu. Dalam kepala ni mulalah nak plan trip, walhal exam ni dah makin dekat. Satu persediaan pun takde pape nih. Haraplah luluskan. Mulanya nak jejalan kat area UK ni je. Alih-alih dapat tau tiket flight ke Swiss ni agak murah walaupun time ni memang tengah orang cuti Easter. So, memang dah agak maklum tiket papepun agak jadik mahal. Sama yang terjadik kat Amsterdam sebelum ni. 

Tapi Alhamdulillah.. rezeki menyebelahi aku. Tiket pegi dan balik dapat less than GBP80. Ok sangatla kan? Mulanya  nak buat pendek je tapi alih-alih sampai ke 6 hari. Fuhhh~ jenuh nak cekau duit yang mana aku sedia maklum yang kalo nak travel ke Swiss ni memang kene ade fulus yang lebih skit la sebab segala benda memang mahal la katakan... Tapi insyaALLAH selamatla hendaknya. 

Ni adalah gambar plan itinerary 6h5m aku kat Switzerland yang aku dah buat time dalam kelas! Adoyaiii... bertabahlah. 


Wednesday, April 16, 2014

London's calling? #3 - Camden Town

Helloooo! 

Entry kali ni adalah sambungan dari entry London yang sebelum ni ---> SINI 

Lepas dah selesai mencekek makanan Malaysia kat Malaysia Hall London dan menunaikan kewajipan. Maka, aku dah get ready nak bergerak untuk menuju ke lokasi seterusnya iaitu Camden Town. Kawan aku yang penah jejak kaki ke London kata, kalo nak tengok sisi lain London, silalah ke Camden Town. Katanya macam tu kat aku... 

Jadik moh ler kita... walaupun hari tu hujan agak lebat daripada biasa. Terpaksa meredah hujan dari Malaysia Hall menuju ke stesen underground yang berdekatan. Aku pun dah lupa nama stesen apa tu yang dekat dengan Malaysia Hall. Follow orang punya pasal, camnila jadiknya. Hiks. 

Nak sampai ke sini tak susah sebab banyak line tube stations yang akan lalu Camden ni. So, tak payah risau. Tapi time aritu aku naik tube Northern Line menuju ke Camden Town Station. 

Alhamdulillah.. by the time keluar je exit station. Cuaca dah tak hujan dan mula nampak matahari! Yeayyy! 

keluar je dari tube station terus nampak Aldo Sale Shop. How? Hahahah 

Sunday, April 13, 2014

Keukenhof Garden in Spring 2014!

Spring!

Satu musim yang aku rasa kebanyakkan mereka yang tinggal kat negara yang ada 4 musim ni akan suka. Yela, boleh simpan semua baju-baju tebal tu dalam kotak. Hanya perlu pakai light sweater or jacket untuk keluar. Kalo mereka yang berkulit tenggiling, maybe hanya perlu pakai t-shirt acah-acah pagoda je bila keluar rumah. Hahah.

Tapi takpe. Let them... 

Bila masuk musim bunga di bumi Eropah ni, maybe kebanyakkan mereka akan tertumpu untuk terjah Amsterdam! 

Kat mana lagi sebab kat sini kebanyakkan orang datang adalah nak tengok T.U.L.I.P.S! Specifically Keukenhof. Terletak di sebuah pekan kecik yang bernama Lisse. Tak jauh dari Amsterdam, ibukota bagi Holland yang berada di dalam negara The Netherlands. 

Friday, April 11, 2014

Thursday, April 3, 2014

London's calling? #2 - Buckingham Palace

2nd day in London!

Hurm... what should I do?

And I thought I should pay a visit my dear Her Majesty The Queen at Buckingham Palace. Alahh.. aku bukannya orang lain pun. Cucu jauh dia je. Hahahah ;p 

So, here we go to Buckingham Palace untuk tengok changing guard ceremony. Kalo orang datang London, istana ni adalah must place to visit. Katanya.. untuk memenuhi itinerary. Tak silap changing guard ni bermula pada jam 11 pagi. Kalo nak dapatkan view yang terbaik, nampaknya kene datang awal. Sebab, ramaiiii orang lain yang datang tengok jugak! Unless, nak datang tengok istana je, maybe boleh elakkan time ceremony tu. 



Tuesday, April 1, 2014

London's calling? #1 - Permulaan

London! 

"London is calling me baby!"

Tu ungkapan yang aku sering dengar orang duk kata, duk tulis kat facebook bila dorang dapat pegi travel ke London. Maybe korang punn familiar dengan ungkapan tu. Aku sendiri pun mempunyai cita-cita nak jejakkan kaki ke London. Kalo orang yang baru nak up atau baru nak travel, mesti kata nak terjah Europe atau lebih kurang UK secara spesifiknya. 

Tapi tak semua orang nak datang London. Maybe nak terjah tempat lain dulu yang lain dari kebiasaannya. Contohnya, Yugoslavia? Sekadar memberi contoh. London.. bagi mereka yang penah datang, teringin nak datang tapi tak berminat untuk datang maybe akan berkata London adalah too mainstream. Yela, semua orang nak pegi London. 

Aku pun nak datang London. Kalo sebelom ni asyik tengok orang je pegi, kalo ni aku sendiri yang akan sampai. Nak tengok, nak rasa ape yang tourist ni datang ke London ape yang dorang akan buat. Or maybe blend as local? Who knows right? 

London ni kalo tengok dalam peta dunia ni, atau secara kasarnya United Kingdom takdelah besar mana, tapi pengaruhnya dalam dunia travel untuk mereka yang suka travel. London is a must place to visit! Ni yang aku tengok dan perhatikanlah.. Orang lain maybe berbeda dari ape yang aku tulis. 


bayangan Big Ben muncul dalam mimpi ^_^