Thursday, January 29, 2015

#1 | Stockholm, Sweden - The Arrival

Hey hey!

I'm back! 

Sorry lama aku peram untuk update pasal winter trip aku pada bulan Disember 2014 aritu. Biasalah kalo tak travel, aku ni kadang-kadang busy dengan kehidupan seharian tak pun malas! Ahaks. What to do... Mood nak menaip ni tak tentu. Kalo ada tu, terus menaiplah orang kata. Lajuuuuuuuu je~ 

Anyway, aku ada post entry yang tak berapa teaser tempoh hari. Jadik kalo korang semua dah tengok, maka sedikit sebanyak dah tau la ke mana aku pegi kan? 

Apa? Tak tau? Ahaks... kalo tak tau, boleh rujuk ---> SINI


hellloo Stockholm! bentuk muka bumi negara Sweden seperti yang kita nampak dari peta

Monday, January 26, 2015

Tips | Preparation for Winter Trip 2014 (Accommodation)

Alrite!

Aku actually macam takde mood sangat nak menaip. Yela, balik keje macam dah penat pastu duk buang masa surfing benda-benda yang takde faedah. Ntah la bila duk buat keje yang takde faedah memang rasa cepattttt je masa berlalu. Cuba kalau tengah study ke, mengaji ke, rasa masa tu lambat yang amat nak berlalu! 

Pffft sangatkan. Haih. 

Anyway, since aku dah edit gambar untuk entry ni better aku gigihkan jugak untuk siapkan before aku masuk tido. Nanti auto-publish je. Hiks. 

Ni adalah entry berkisar tempat penginapan aku sepanjang winter trip aku aritu. Disebabkan aku travel kali ni pegi Scandinavian countries, anda mungkin tau cost of living adalah sangat mahal. So, memang aku expect rate untuk hostel pun maybe akan tinggi daripada negara Eropah yang lain. 

Ada certain tempat memang aku nak try sangat Couchsurfing untuk jimatkan kos tapi tak dapat pulak tempat dari hosts yang aku request. Maybe takde rezeki sebab kebetulan time tu memang dah nak cuti christmas. Reply yang aku dapat dorang out of town sebab balik kampung. Okla nak buat camnekan. Yela nak try ler sebab aku dah penah host 3 orang couchsurfers sebelum ni. Cuma tak penah aku sendiri yang jadik surfernya. Maybe lain tempat ada chance nak try. 

Korang penah try? Best benda ni. Selain dapat kenal orang baru, dapat jimat kos. Hiks. 



Wednesday, January 21, 2015

Tips | Preparation for Winter Trip 2014 (Transportation)

Pssssttt! Pssstttt!

Nak bagitau yang entry ni adalah amat penting! Kiranya segala info yang aku nak share ni adalah berkaitrapat dengan trip aku aritu yang telah menerjah beberapa buah bandar yang beriklim sejuk yang agak extreme. 

Jadik bagi mereka yang berminat nak terjah jugak. Harapannya entry ni dapat membantu. Tetapi, kali ni aku hanya fokus pasal mode of transportation yang aku gunakan. Yang lain-lain tu, insyaALLAH aku akan selitkan dalam entry yang berikutnya. 

Tapi sebelum tu, aku nak cerita la mukadimah kenapa aku buat winter trip ni agak lain dari ape yang aku nak buat. Actually, bila datang ke UK ni memang orang kata try la travel pegi negara sekian-sekian sebab cantik dan menarik kalo suka nak explore. Sebelum aku datang lagi ke sini, memang ada plan nak pegi terjah tempat-tempat seperti Prague, Vienna, Budapest, Copenhagen dan lain-lain bandar kat Europe ni lah. Yela, dah alang-alang dah duk sini setahun camtu why not try amek peluang nak tengok tempat baru. 

So far, Alhamdulillah ada beberapa bandar di Europe ni dah berjaya aku terjah sendiri. Tetapi after a while aku rasa aku nak tengok something different. Tak dinafikan yang bandar-bandar kat Europe ni agak berbeza antara satu sama lain. Kalo bukan nature, ada pulak bandar. Old town tak terkecuali. Tapi aku macam rasa lama-lama agak sama je semua tempat ni even tho actually ianya berbeza kalo kita tengok betul-betul akan sesuatu tempat tu. Jadik aku dapat idea nak tengok tempat sejuk yang ada salji, ada aurora borealis dan jugak Russia! So, target trip winter ni memang ultimate dream would be watching the northern lights as well as to be in Russia. 

Jadik... peluang tu takkan datang selalu. Kebetulan ni pulak dah penghujung tahun 2014 dan musim sejuk bakal menjelma tak lama lagi. Lagi-lagi bila aku check tiket flight pun agak murah. So, apa lagi! Yang penting, kita secure ticket flight dulu. Ingat motto aku "No Ticket, No Talk!" Bila dah secured ticket, barulah aku boleh plan pape yang patut. Tapi aku takdelah buat perancangan yang beria. Semuanya aku buat skit-skit sebab agak busy dengan dengan study. Plus, aku kene save duit untuk trip ni sebab nak terjah negara yang agak mahal dari segi kos sara hidupnya. Dan jugak aktiviti yang aku nak buat pun agak banyak nak pakai duit. That's why selama 2 bulan lebih takde pegi mana-mana. Demi mega trip katanya! Ahaks! 

Ayuhhh! Tanpa buang masa, aku mulakan. Kalo ada yang tertinggal tu. Harap maaf ler. 

Monday, January 12, 2015

Tips | Persediaan "Winter Attire" untuk Winter Trip 2014

Assalamualaikum!

Aku kembali semula selepas seminggu tak update. Maafla takleh nak update laju-laju sebabnya aku takde masa nak karang ayat best-best. Kagum dengan orang lain boleh update setiap harikan. Huk huk. 

Lagipun, aku sekarang bekerja part time sejak cuti ni. Saje nak carik pengalaman dan extra income. Yela, nak duk sini kene ada duit, if not kene la balik Malaysia. Oh! I'm not ready yet! ;p

Anyway, entry ni masih lagi berkaitan dengan Winter Trip aku pada Disember 2014. Tapi kali ni aku fokuskan kepada persediaan untuk aku mengharungi musim sejuk yang bagi aku agak extreme daripada musim-musim yang penah aku alami. Bahkan, lagi sejuk dari musim sejuk di United Kingdom ni sendiri. 

Jadik, langkah-langkah penting dalam membuat persediaan amatlah penting supaya tidak mati beku di negara orang. InsyaALLAH. 

terasa seperti polar bear. ahaks!


Monday, January 5, 2015

Winter Trip | Unforgettable Closure for a Year 2014

Assalamualaikum!

Selamat Tahun Baru 2015 kepada kita semua. *tak terlambatkan?*

Lama gak aku tinggalkan blog aku since November aritu sebab busy nak exam semua. This time takleh main-main sebab kene fokus. Lepas exam aritu tak sempat nak qada' tido ke ape semua terus berangkat untuk Winter Trip yang aku nantikan pada hari abes exam tu. 

Gigihkan? 

Nak buat camne, sebab time tu tiket murah. 

Anyway, aku tak plan nak menaip panjang lagi sebab masih berehat dari travel dan sakit urat belakang ni. Haih... sabar jela. Cuma aku nak kongsi itinerary aku untuk trip selama 2 minggu kat kawasan utara Bumi yang kita sayangi ni. 

Kira, kasik bayangan awal untuk anda semua. Bagi yang duk follow instagram aku mesti tau ke mana aku pegi aritu. Terima kasih kepada yang suka meng"likes" gambar aku. Yang tak penah "like" tu, ehem-ehem... 

Ahaks. ;p

ultimate goal for this winter trip, none other watching the majestic "The Aurora Borealis"