Monday, June 29, 2015

#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015

YEAHHHH! PHOTO CHALLENGE DATANG LAGIIIII! 

ARE YOU GUYS READYYYYYYYYYYYYY? 

LET'S DO THIS! 


3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA! 
  1. Setiap gambar MESTI ada BLOGGER.
  2. Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".
  3. Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Tak kisah baju melayu/baju kurung/kebaya/jubah/apa2 yang motif raya la)
Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah je la kihkih! 

10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT! 
  1. Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya. (Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)
  2. Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)
  3. Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. (Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)
  4. Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak. (Lagi kreatif, lagi bagus.)
  5. Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih. (Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)
  6. Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)
  7. Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.) 
  8. Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR.(Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)
  9. Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. (Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)
  10. Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. (Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!) 
PERINGATAN!
  • Ingat! 10 challenges diatas, mesti kena ada 3 syarat utama tu dalam setiap gambar. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D
  • Tarikh tutup ialah Ahad (26 July 2015). Blogger kena publish post kat blog pada Isnin (27 July 2015). Jangan lewat tau!
  • Post kat blog mesti bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – Nama korang”. Pastu letak 10 challenges berserta gambar bukti, ikut sususan. (Copy paste je kat atas tu.)
  • Dah post, sila tinggalkan link post korang tu kat ruangan comment bawah ni. Senang kitorang nak view nanti. Kat sini je tau! Jangan comment tempat lain plak hehe.
  • Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (3 Aug 2015). Again, jangan lewat yeeee :)
  • Segala keputusan akan dijuri oleh ahli #TravelholivAwesome dan segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!
THE BEST PART IS, OF COURSE LA HADIAH-HADIAH NYER!

FIRST PRIZE :
TIKET FLIGHT 

SECOND PRIZE :
VOUCHER HOTEL

THIRD PRIZE :
VOUCHER TAMAN TEMA

Notes:
  • Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.
  • Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.
APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA! SEMUA ORANG BOLEH MASUK, JANJI POST KAT BLOG JE. APA? TAKDE BLOG? CEPAT BUAT SATU HANYA UNTUK PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA NI! INGAT! PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE. NAMPAK JE SUSAH TAPI ACTUALLY SENANG GILE KALAUUUUU KORANG TAU BERFIKIR SECARA KREATIF. KALO TAK TAU, JANGAN RISAU! KORANG IMPROVISEEEEEE :D OK? 

P/S: Nak tengok macamana peserta tahun-tahun lepas buat dengan jayanya? Klik link kat bawah ni. 

Contoh peserta tahun 2012 

Sunday, June 21, 2015

2015 | Ramadhan Kareem


Assalamualaikum! 

Pejam celik, pejam celik, dah tiba bulan mulia yang penuh keberkatan Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2015 ni. Maka, ni merupakan tahun ke-2 aku menyambut ramadhan di perantauan. Tapi sekejap jela. Sebab dah tiba masanya untuk aku pulang ke tanahair sedikit masa lagi. 

Tak sabar nak berhari raya di kampung tahun ni. Cukuplah sekali je raya kat overseas. Homesick yang teramat! Kah kah kah. What to do.. anak mak katanya. ;p 

Anyway, I wish all of you my readers a very blessed Ramadhan this year. May this Ramadhan brings you many blessings, love, forgiveness dan peace. InsyaALLAH. 

p/s: elakkan pembaziran makanan, jangan main mercun *ok yang ni tipu* ;p

Wednesday, June 10, 2015

#25 | Night View at Red Square, Moscow

Entry bergambar sekitar di Red Square, Moscow


Night view sebelum masuk ke Red Square
giant Christmas ball fall from heaven
lorong yang meriah dengan lampu
The Kremlin at night
festive christmas season in Red Square
Moscow's State Historical Museum
The Gum, Moscow | Shopping Mall mewah
The Kremlin dan State Historical Museum
The Mausoleum, belakang tu The Kremlin
kemeriahan pesta sempena christmas dan new year yang bakal menjelang tiba

nampak macam meriahkan... tapi malam tu sejukkkk!

persembahan dari rakyat tempatan

walaupun sejuk, tapi tetap ramai orang yang keluar jejalan

badut pun ada memeriahkan suasana
tak jauh dari situ, ada tempat ni. tempat pancung kepala orang zaman dulu
tak silap aku ni opera house
the beautiful St. Basil Cathedral at night


inside The Gum, semuanya dideko dengan begitu indah



Ok dah tu je... fuhhh. Getting there!

Tuesday, June 9, 2015

#24 | Gorky Park, Moscow (The Biggest Ice Rink)

Quick update! Nak tutup buku Russia ni cepat-cepat. 

Untuk entry sebelumnya ---> SINI 

Aritu, aku berjumpa dengan seorang student di Moscow nama dia Zamri. Dia yang approached aku kat instagram katanya kalau ade kat Moscow, boleh kontek dia. InsyaALLAH dia boleh la sedikit sebanyak bawak jejalan kat Moscow ni. Katanya, orang Malaysia jarang datang sini. Yela, jauh kot. Aku sambut pelawaan dia. Yela, bukan selalukan. 

Maka, tengah hari tu berjumpalah aku dengan dia. Sempat kami lunch kat restoran halal "Taj Restaurant" depan hostel aku ni di Old Arbat Street ni. Kalau tengok dari luar, memang gerun nak masuk sebab ala-ala fine dining. Tapi ok je. Bila tengok harga mampu la nak makan sini. Harus ingat aku guna pound bukan ringgit. So, takdelah terasa sangat plus time ni Rubles dengan mengalami kejatuhan yang teruk. Order briyani ayam. Fuhhh~ sedapnya makan! Lepas beberapa lama makan nasik putih kosong je. Nikmat weh! 


So, bila dah winter ni siang pendek! Takleh asyik duk melepak je. Jadik kami keluar la jejalan. Aku takde la solid itinerary nak tengok ape. Jadik Zamri ni bawak la aku pegi ke beberapa tempat yang ada. Jadik petang tu sempat pegi ke Gorky Park. Just tengok apa yang ada. Kat Moscow ni memang banyakkkk giler taman-taman. Pilih je nak pegi yang mana. Bukan kecik ye... tapi super besar dan luas! Dan, taman di memang ada aktiviti yang menarik untuk keluarga beriadah tak kira musim. Best tak? Kira boleh la hilang lelemak kat badan tu kalau menapak. 

Memorial Museum of Cosmonautics
Memorial Museum of Cosmonautics
Sambil berjalan tu, sambil Zamri ni bercerita. Banyak betul pengetahuan dia pasal Russia dan aku kagum the way dia cerita kat aku tu. Penuh penghayatan yang aku rasa kenapa aku tak jadik macam dia. Walaupun dia muda dari aku, tapi rasanya ilmu dia lagi banyak dari aku. Aku jenis yang malas belajar. Payahkan. Nampak matang dari cara berfikir dari aku yang banyak nak main dari serius. Haih!

Anyway, gambar diatas merupakan memorial muzium berkaitan aeroangkasa di Moscow. Plan nak masuk tapi hari tu memang tutup kekdahnya. Jadik tak dapatlah masuk. Seperti mana yang kita sedia maklum, ilmu teknologi Rusia dalam bidang cosmonautics ni memang ke hadapan berbanding negara-negara lain di dunia ni. Kiranya pioneer la dalam bidang ni. Bagi mereka yang minat, patut masuk. 

Tak jauh dari situ ada Gorky Park. Hari semakin gelap... tapi jalan jela. Kat sini katanya ada biggest ice rink time musim sejuk. 

pintu masuk

tu diaaa.... besar giler park ni weh! kene menapak ni sampai hujung. belakang bangunan tu nanti ade ice rink

ice rink keliling park ni, time ni tak bukak lagi. masih lagi dalam proses menyiapkan

boleh berpeluh time tengah ice skating kalau camni punya luas dan panjang

rumah terbalik

main building

Kat belakang kawasan ice skating ni, ada lagi kawasan berkaitan aeroangkasa. Tapi aku tak pasti nama apa tempat ni. Lebih kurang macam exhibition centre. Siap ada spaceship dan kapal terbang. Tapi takleh masuklah sebab hari dah terlalu petang time tu. Just amek gambar jela. 







Sebab terlalu sejukkk, memang tak lama la kami lepak situ. Makin berangin lak tu. Terusla bergerak meninggalkan kawasan walaupun time tu baru dalam jam 5 petang. Terus ke Red Square untuk night view picture! Ahaks. Tak puaskan... 

Tu je dulu. 

Till then..

Bye!




Stonehenge | Do You Wanna Go?

Hello! Lama tak update blog dek kerana takde idea, kekangan masa dan jugak penat. Ni bila dah selesai satu perkara penting boleh la jenguk-jenguk blog ni. Zaman nak update blog laju-laju dah berlalu. Tunggu ada mood baru update. Cerita basi pun lantaklah. 

Tapi sebelum tu, takziah untuk keluarga mangsa gempa bumi di Ranau, Sabah. Sekarang ni bencana ni tak mustahil akan berlaku kat Malaysia. Kita sendiri di akhir zaman. Ayuhlah sesama mengingati antara satu sama lain. InsyaALLAH. 

************************
Anyway, ni adalah cerita bulan Oktober tahun lepas! Kah kah kah baru ada masa belek-belek gambar tengok ada lagi cerita lama tak sempat nak update. Okla, aku update secara ringkas untuk korang. 

Stonehenge.. satu tempat warisan UNESCO yang aku rasa kebanyakan daripada mereka yang datang travel ke UK  takkan melepaskan peluang untuk datang dan tengok sendiri lokasi Stonehenge ni. Kalau ikut google, Stonehenge ialah "Legendary neolithic monument made using stones transported from Wales and built for unknown purpose" Haaa camtulah lebih kurang maksudnya pasal tempat ni. 

Aku sendiri? Takrifan aku "datang hanya tengok itu batu yang tersusun di tengah-tengah padang hijau" Kah kah kah keji kan tak faham sejarah. Honestly, aku tau wujudnya Stonehenge ni tapi cerita sebenar tidaklah aku sendiri tau. Cuma sedikit sebanyak yang aku tau ianya digunapakai oleh orang zaman dahulu untuk mengkaji pergerakan matahari dalam menentukan musim dan pengetahuan berkaitan alam yang lain. Selain daripada tu, ada jugak yang kata kawasan tu sebenarnya adalah kubur! Haaaa kira keras punya kawasanalah kan. *genggam tasbih bila jejak kawasan tu*

Malas nak cerita nanti pandai-pandailah korang carik sendiri. Aku pasti 50% daripada kita semua macam aku jugak. Hanya pegi untuk sekadar... owhhhh "been there, done that". Ahaks!


Nak sampai ke Stonehenge dari Birmingham ni bukan dekat ye.. jauh giler okeh! Adela kene drive dalam 2.5 jam camtu ataupun 146 miles. Jauhkan? Kalau dari London, dalam 2 jam camtu. Ianya terletak di Wiltshire, England. 

Korang jangan ingat, sampai-sampai je terus parking nampak batu berdiri ni tau. Hahaha tidakkk ye. Dulu mungkin ya dekat je. Tapi sekarang tidak lagi. Kene parking agak jauh dari kawasan Stonehenge ni. Ada tourist information centre dia sendiri terletak kira-kira 2.5km dari tapak Stonehenge ni. Kat situlah nanti ada kawasan parking yang luas, kaunter beli tiket, gift shop dan jugak cafe kalau lapar. Dari sini, boleh pilih samada nak menapak sendiri ke sana dalam 20 minit camtu lalu kawasan rumput hijau yang cun ataupun boleh pilih untuk naik free shuttle ke sama dalam masa 10 minit camtu. Pilihan di tangan anda. 

Entrance fee? Mahal nak arwah bagi aku. Untuk dewasa dikenakan bayaran sebanyak GBP14.90/pax. Pffft! Nak tengok batu je pun ni. Nasib parking free. Hahaha. 


By the time aku sampai sini tak silap dalam jam 2 petang dah. Nasib cuaca biru, tak sejuk dan tak panas. Just nice lah orang kata. 

Jom layan gambar!

view dari dalam shuttle bus

dalam proses pemindahan untuk kecantikan kawasan sekeliling Stonehenge

keluarga

dari tempat parking bas

kelihatan sayup-sayup je dari jauh

haaaa nampak dah

tiada benda lain selain dari batu yang disusun berdiri, sekelilingnya padang rumput yang menghijau!
Bila dah sampai dekat, jangan ingat boleh main sorok-sorok di celah-celah batu tu. Nehi nehiiiiii! Hahahah ada pagar ye yang mengelilingi Stonehenge ni. Seakan-akan bulatan, ada spot yang yang dekat, ada spot yang paling cantik tapi ianya paling jauh sekali. Hahaha. Sabar jela. Yela, kene la memelihara batu-batu ni semua. Kang datang mereka yang jenis jakun, terus panjat batu-batu ni semua terus roboh susunatur. Sapa yang susah? Kita tersengih jela. Benda ribuan tahun ni, kene jaga. warisan sejarah yang masih lagi di kaji oleh pakar sejarah. Kita sendiri pun tak tau kan. 

So, redho jela dengan jalan yang dibuat untuk keliling Stonehenge ni. 

Kalau ikut susunan asal, memang penuh batu yang membuat bulatan. Tapi sekarang tak semua berdiri, Ada yang dah roboh, ada jugak yang masih gah berdiri. Bayangkan batu yang mana paling berat ialah seberat 240 tan disusun camni. Ntah mana datang batu ni pun tak tau tiba-tiba ada di tengah padang rumput yang luas ni. Mesti ada sesuatu yang mistikkan. Hmmm... Terbentuk kira-kira 3000 tahun sebelum masihi lagi. Perghh lama. 

kawasan yang bersih

zoom skit

macam mana tu dorang angkat susun kat atas tu zaman dulu

dah berlumut skit batu-batu ni, kene sental

ade malaysian! lols

cuaca cun, so bergambarlah kita

shot dari bawah lak

makin jauh pulak pathway dia

sedikit info

view yang angle yang cantik bagi aku,. ni actually dah zoom dah. 

view sebenar kalau tak zoom, jauh! 

anak kecik bermain pagar. eh! hahah 

nampak kecik je haaa manusia kat situ

platform untuk pemerhati

tak lama lepas tu, awan mendung mula datang menyerang.... huawaaaa larikkk! 

cukup tawaf satu pusingan
So, adakah lama aku lepak sini? Ade la 2 jam camtu. Ke less than that? Huhuhu adela lepak atas rumput kat situ sambil layan tengok orang. Kebetulan terjumpa satu auntie ni yang anak sedara dia keje satu ofis dengan aku! Kah kah kah! Fasih lagi auntie ni cakap melayu. Gembira dia jumpa kitaorang. 

Anyway, hari makin petang dan ade tanda nak hujan. Patutnya nak kene drive pegi ke Bath pulak aritu tapi sebab dah macam terlalu lewat je, maka tak jadik ler. Yela, nak ke Bath jauh lagi tu. Maybe next time jela nampaknya. 

Anyway, berbaloi ke? Hurm... aku cakap cukuplah sekali je. Aku jenis tak brape nak appreciate ilmu heritage ni payah la skit. Jujur ni cakapkan. Hahaha. 

Tu je. Fuhh~ lama tak menaip panjang camni. 

Till then. Bye!