Wednesday, February 15, 2012

Universal Studios Singapore! - Episode 2

Helllooo peeps!

Pertama...nak mintak maaf sebab tak dapat nak balas komen-komen kat entry lepas tu sume. Memang agak busy nak mampos sejak 2 3 menjak ni. Busy keje hakiki...tapi aku sempat je nak blogwalking sambil belek-belek files. Harap mohon diampun. Papepun, biarkanlah aku first komen tau! Hukhukhuk....

Jom sambung perjalanan kami malam tu, kami sampai di hentian bas Larkin kira-kira jam 5.30 pagi kalo tak salah aku. Jalan ditunjukkan oleh Cik Byya kita. Katanya....penah belajar kat UTM Skudai dulu. Konon-konon down to memory lane la. Hahaha. Whatever la labu.... 

Alhamdulillah....sampai jugak. Mula-mula kami park kete kat parking metro yang betol-betol sebelah bangunan hentian bas tu, tapi jangan parking kat situ yee tuan-tuan dan puan-puan. Sila parking kat bahagian belakang atau tepi bangunan tersebut sebab ada lagi satu parking yang maksimum kene bayar adalah hanya RM5 sahaja untuk sehari. Kalo park kat metro parking tu dia charge hourly. Giler ko nak bayar mahal! 

Mula-mula sekali pegi cari toilet dan cari surau untuk solat subuh. Actually it's not a surau, tetapi masjid ye. Kat tingkat atas hujung sekali...carilah sendiri ye. Nak bagitau kat sini pun macam susah. Alhamdulillah...besar dan selesa sangat-sangat. Lepas dah setel menunaikan kewajiban, terus tukar baju ke baju negara masing-masing. Sebagai peminat no.1 negara korea, maka aku pun sarunglah baju negara korea aku. Baju baru tau! Tak penah dalam mana-mana gambar lagi! Hot from the plastic i tell you~




Then, dah setel sume...jom kita berangkatttt!!!! Time tu jam menunjukkan pukul 7 pagi kalo tak salah aku. Kami memilih jalan susah yakni bak kata Janggel."anak jutawan memilih jalan susah". YA! itulah jalan yang selalu kami pilih....that's why kami dapat travel. Alhamdulillah.... Kami pilih naik bas SBS bernombor 170. Bas ni akan terus pegi ke MRT Kranji di Singapura kelak. Bayaran untuk sehala hanya RM1.90. Nasib baik dapat naik awal, nanti boleh duduk! Kekeke..walhal, nanti kene turun jugak sebab nak lepas imigresen Malaysia dan juga Singapura. Ramai ok orang naik bas pagi-pagi camni! Rata-ratanya adalah penduduk Malaysia yang bekerja di Singapura. Gigih korang ye! 



Perjalanan menuju ke tempat imigresen Malaysia tidaklah begitu lama. Mengambil masa kira-kira dalam 15minit sahaja perjalanan. Ok, this is my first time nak masuk Singapore thru Tambak Johor. Plus bangunan imigresen ni baru ok! Besar dan macam airport!!! Wow!!! Impress jugak la. Tapi nak menapak naik eskalator tu agak memenatkan. This is Icam first time going abroad! Kudos to him ladies and gentlemen~ *clap*



Kami semua bertepuk tangan tatkala Icam melepasi autogate tu. Hehehe..happy nak mampus beliau tapi dalam hati jela. Takde nak tunjuk jakun sangat. Buat-buat cool katanya. Learn from the best ok. *ehem-ehem* Then, terus berlari menuju ke tingkat bawah untuk naik bas kembali. Hell noooo!!!! the queue was superrr long! We didn't realise it from the beginning. Hahaha...Lily did a great job by cutting the queue. So, we all sume follow the crowd! Thank God it was the correct queue, kalo tidak sume orang salahkan Lily. But everyone loves Lily. How lor???


Ok...naik bas balik. Tak payah tambang dah ye...tapi make sure korang simpan tiket tu nanti untuk tunjuk kat driver bas. Kang kalo hilang, kene bayar tambang yang lain pulak. Kali ni bas menuju ke Woodlands Checkpoint pulak. Wahhhhhhh...kene turun lagi! Kalo sesiap yang bawak bag bagak tu memang penat la kene bawak naik turun bangunan sebab dorang kene scan bagai bag kita nanti. Nasib baik we all sume bawak bagpacks. Hehehe...kate nak merempit di Singapura, haruslah bagpack...kalo bawak beg trolly dolly, memang kene tinggal la jawabnya. Kekeke. Gigih Kak Coco beli beg baru tau! 

Lepas dah cop passport dan scan bag sume, kene turun balik untuk tunggu bas. Sekali lagi....kene beratur panjang ok! Kali ni dah terasa bahang kepanasan pulau. Sebagai seorang yang mudah berpeluh, aku sangat tak suka! Adoyaiii....dah la tak mandi lagi pastu dah berpeluh, Memang lemas! Nasib baik kelajuan kene beratur tak lama. Jangan lupa simpan tiket ye.... naik bas bernombor yang sama yakni n0.170. 




Tak sampai dalam 15 minit, kami dah sampai kat Stesen MRT Kranji. Memang first stop bas ni akan ke stesen tersebut. Mulalah sesi membeli tiket, tapi we all sume beli EziLink. SGD12 untuk pertama kali. SGD5 untuk deposit, ada kredit SGD7 kat dalam tu. Actually...aku pun hairan nape we all sume beli kad EziLink ni? Bukannye nak datang tiap-tiap minggu pun. Especially, Chawanna.....huhuhu. Kesian....motif? Hehehe. Takpelah, berguna nanti untuk korang di masa hadapan....tak gitu? 







Dari MRT Kranji, kami kene melalui 16 stations tauuuu sebelum sampai ke Station HarbourFront yakni terletaknya Vivo City berhampiran Sentosa Island dan jugak Universal Studios (USS). Gilerrr ko. Dengan sorang-sorang tak makan lagi, dengan muka penat, panas! Masing-masing dah terkulai lagi di pagi hari. Biqque dah awal-awal surrender kat dinding MRT, sambil baring oppppsss bersandar. Ikuti Kak Coco mengorak langkah beliau. Bertabah jela... Tapi sumpah...ketika ni aku memang terasa penat yang amat. Rasa kalo dapat katil ni memang terbungkang layu je. Dahla tak tido semalaman...gilerrr ko tak penat!


Penantian merupakan satu penyiksaan ok! Sape cakap penantian sesuatu yang lazat? No No No!!!! Dahla siap kene tranfer ke line lagi satu. Punye laaa besar ok Station Dhoby Ghaut tu! Lily memang selalu bengang bab tranfer-transfer nih! Adoyaiii.. Akhirnya sampai jugak kami di Station Harbourfront. Time ni almost 9am. Sume orang carik toilet...keke nak melepaskan hajat terpendam. Tidak terkecuali...Icam. Nk berry berry katanya. Beliau terpaksa gunakan botol lain untuk "uuk uuk". Pelik bak kata Icam. Hahaha. 

Kami breakfast aka brunch terus di food court lower ground kat Vivo City tu. Memang halal ye tuan-tuan dan puan-puan. Dorang siap tampal notis mengatakan makanan TIDAK HALAL TIDAK DIBENARKAN DIBAWA MASUK! haaaa...sampai macam tu sekali. We all sume amek makanan berat yakni nasik ler uols! Harga tak mahal macam standard kat Malaysia jugak dari segi nombor. Tapi jangan convert. Hahaha. Sume makan diam seribu bahasa tak tengok kiri kanan dah. Aku je mulut bising. LOL. 







Oklah....takat sini saja. Penat sambil tunggu AirAsia promo ni....bertabahlah! 




Bye~ 

16 comments:

  1. nak no soploh larrrr.... lalalalalala.... errr first??? ishkkk

    ReplyDelete
  2. larrr takde orang lain lagi??? ko kat mana john? waiting room ke changing room ke labour room??? aku nak tidooo..... zzzzzzzzzzz

    ReplyDelete
  3. @MasMZ,
    kekeke...ko tak tido lagi??? omg!
    aku kat payment room. boley gitu? oppppsss!!!

    ReplyDelete
  4. apesal muka icam awal-awal lagi dah seposen? kes paksa rela ke apa nih.. kesiannn kat dia. dah la gambar asyik sentiasa kena sabotaj. haha.. tapi bagus gak, boleh buat gelak malam2 sambil layan slide nak exam lusa. selamatlah.

    ReplyDelete
  5. Artis Korea tu nyorok kat mana ye, takde gambo dia... :)

    ReplyDelete
  6. ingat icam ckp "tak takut bontot berulat ke?" hahahahahaha! to that extend kan!

    ReplyDelete
  7. aku tgk mase awal2 pagi semua lipstick merah2 bagai :) aauuuwww...

    bile kat USS, ni mesti kes tak touchup semulaa.. he he..

    haa, tak lupa ade yg makan tumis "petai" utk breakfast tu! ohhhh..

    ReplyDelete
  8. John
    masih mengekalkan konsep komik dalam gamba...unik weh...suka baca..hehe
    expressi muka memasing..hahahaha
    now i know who start the 'potong que' thing...

    nasib baik muka akak elok sopan tertib gitu..hahahahah

    yeap..beli beg baru..ok, ngaku nih...

    ReplyDelete
  9. @Ainul Arina Madhiah,
    hehehe...muka icam memang selalu seposen. ntah mengapa jadik camtu. kekekek. gudluck in your exam!



    @Mie,
    eh eh..haruslah takde sbb ni gmbr dr kamera sendiri. hehehe



    @Biqque,
    aisehhh...terlupa nak letak ayat tu. kekek. teringat pulak aku...mmg bontot berulat ke kalo x basuh???



    @Cawan,
    hahaha..tula aku baru perasan! pagi tu sume lipstik merahhh ko! hahaha...dah smpai sana abes sume hilang dek penat giler!

    tumis petai tu sedappp woooo



    @Kak Anash,
    kekdahnya malas bebenor weyy kak anash! hahaha....xtau nk bgtau camno!

    ce tepek skit bag baru akak tu. saya aritu tak perasan sgt

    ReplyDelete
  10. kalu aku dh xbleh nk beri2 dah hahaha.. icam muka tenang tiada buaya gamaknye..

    caption terbaek hahahhaa

    ReplyDelete
  11. oh maiiii suka ayak kak koko "MasyaAllah semput..." hehhee

    Kisah Icam berak pon ko bubuh kat sini???? oh maiiii! Hahhaa

    ReplyDelete
  12. Hahaha mesti Icam bengang kite kepoh2 pasal dia berak kt singapore!! kah kah kah kahhhhh..

    Kad EZlink tu kitorg simpan je la, kot2 esok menang cabutan bertuah tidor di Marina Sands Bay ke, leh gune pusing SG lagik..kekekekek

    ReplyDelete
  13. i love KL! terbaik! hehe. biqque selamba sandar kt dalam mrt tu. sempoi. hahaha.

    takpleha beli ezlink tu, nanti ley pakai lagi 5 thn. hehe. terasalah macam org singapura gitu. hehehe. stesen dhoby ghaut mmg terbaik! dlm stesen MRT ada travelator! hahaha

    ReplyDelete
  14. John,
    nak paste gamba beg? ok..nanti nak cari ah..hehe
    bila nengok balik gambar akak kata semput..hahahaha...tak boleh blah..ok? lawakkk

    ReplyDelete
  15. takde nafsu nak touch up make mase kat sannaaa..dah la panas lagi lengas tau...huhuhuhuhuuuu

    pepehal, i still the comics!!!

    cepat sambung!

    ReplyDelete
  16. @Ely Hasrul,
    hahaha...wahhh peribahasa baru ke nih? kekeke

    caption mana yg terbaek tu?



    @Janggel,
    kekdahnya semput sangat la wehhhhh jalan bukan main jauh nak mampos! hahaha. overall mmg bestttt! tula...aku pun xfhm nape aku letak kisah icam nak berak? motif sgt!!! hahaha



    @Na,
    hahaha...nasib baik die jrg masuk blog. kalo tidakkkkkk!!! mati aku tau! LOL....

    insyaALLAH...aku pun berdoa camtu gak. takpelah..tumpang lily jela nnt. kekeke.



    @Khai,
    i love KL too!!! biq mmg ratu sempoi...kekek

    tula, aku pun terbeli sbb pikir nak dtg lagi nnt dlm june. insyaALLAH...



    @Kak Anash,
    sila paste ye...sy menunggu dengan sabar. akak semput ke? mcm berdengkur je tido dlm mrt tu. kekekek. jgn marah naaaa....



    @MasZuber,
    kekkek...panas ok!!!!!

    ReplyDelete