Sunday, February 26, 2012

Post Universal Studios Singapore! - Episode 6 (Betelbox Hostel)

Assalamualaikum!!! 

Ok jom sambung tanpa buang masa. Nak abes dah ni..lagi skit je lagi. Sabar ek. Okla, lepas dah beredar pegi dari USS tu, kami semua berjumpa semula dengan Travelholics kat tempat food court dalam Vivo City tu. Terus dinner sebab masing-masing dah kebulur giler dah ni. Bila tengok muka masing dah macam hazab abes dah. 

Lebih kurang pukul 8 malam lebih camtu, terus bergerak ke MRT Station Paya Lebar sebab kami dah booked hostel kat kawasan Geylang Serai tu. Hostel yang kami dah booked ialah BetelBox Hostel. Katanya hostel ni banyak menang anugerah plus dekat dengan nak cari makanan halal sume. Kira okla kan. Bila dah sampai station Paya Lebar tu, boleh pulak we all sume terlupa nak print kan direction nak pegi ke hostel tu. Gila tak? Hahaha. Nasib baik ingat nama jalan yakni  Joo Chiat Road. Mula-mula tanya orang ramai kat mana jalan ni, tapi tak ramai yang tau. Nasib baik lagi ada sorang uncle ni tau kat mana. Terus beliau menunjukkan cara hendak ke sana. 

Bermula lah perjalanan kami menuju ke sana. Perghhh! Ingatkan dekat ok, rupanya kene menapak baikkk punye jauh! Lebih dari 1.1km kot kalo tak silap. Cuba korang imagine kene berjalan sejauh dengan beg kat atas bahu, dengan penat satu hari duk berjimba-jimba. Melepet beb...hahah. Siap boleh cross satu padang lagi sambil ditemani dengan sinaran bulan purnama. Yela, hari tu kan baru selepas kelahiran Rasulullah S.A.W. Cantik je bulan malam tu sambil dengan tetibe Lily Riani duk melantun suara beliau mendendangkan lagu tersebut. Aku pun tak penah dengar lagu tu. Hehehe. 

Kami masih lagi berjalan kaki. Time ni aku duk menyumpah seranah dah sorang-sorang sebab aku jalan laju ke depan meninggalkan dorang. Hahaha. Yela, badan dah penat abes, pastu kene pulak berjalan jauh, mana tak meyumpahkan. Hahah. Nasib baik Cawan ade GPS sempat jugak navigate jauh lagi ke tak. Berjalanlah kami menyusuri rumah kedai, sambil terjumpa beberapa ekor ayam yang agak tak selera nak tengok. Yela, kawasan lampu merah lah katakan. Tapi aku tak perasan pun ayam tu, dorang yang bagitau. Hehehe

Selepas lebih 30min berjalan kaki. Ye ke 30 minit? Hahaha. akhirnya sampai jugakkkkk kami ke Betelbox Hostel. Terus check-in, adoyai pakcik yang jaga hostel ni punyelah cerewet. Katanya...takleh buat bising, takleh mandi lambat sangat, takleh bangun awal sangat, pastu cadar dan selimut kene amek lipat letak dalam laundry basket bla bla bla..macam-macam lah! Haishhh banyak songeh sungguh! Untuk tinggal di hostel ni adalah pengalaman kali pertama bagi Biqque and husband, Kak Coco, Chawanna, Icam, Lily Riani sebab kene tinggal dalam dorm yang ada 14 katil! Hahaha. Tapi kami Travelholics memegang wilayah almost 80%. Ada aku kisah? Ye..kene kisah kat orang lain jugak. Sampai malam tu aku mandi pun senyap-senyap tau! Bunyi air pun slow-slow je kedengaran. Kekeke. Tapi malam tu siap sambung borak lagi dengan MasMZ, MasZuber yang tido bangun balik, Byya dan Chawanna kat area communal. Berborak pasal teknik amek gambar yang cantik guna kamera dslr. Best gilak bila dapat tukar-tukar pendapat. Heheh. Lebih kurang masuk tido dalam pukul 1 pagi. 

Owh ya, bercakap mengenai BetelBox Hostel ni, bagi aku takyahlah korang teringin nak duk sini. Tak best pun dah la jauh nak mampos dengan MRT, pastu lantai die ibarat simen zaman dulu tu. toilet dia macam almari, katil dan bantal agak lusuh, plus nampak buruk sedikit. Kami bayar SGD20/bed.  Tapi kami tido terbungkang jugaklah malam tu. 

Overall, dekorasi dia sangat old-skool, yela bangunan dia pun zaman dulu jugak. Kat area communal ade free computers to be used. Free untuk 30minit. Kira okla kan. Ade free wifi jugak.  Owh ya...malam-malam jugak agak bising dengan bunyi dari kelab malam berhampiran, tapi jangan risau ade dijual earplug. Kekeke








Oklah...terpaksa stop dulu. Ingatkan pendek je nak type tapi dah panjang berjela. Haishh...sabo jela. K lah sambung esok pulak.

Till then...wasalam.. 

13 comments:

  1. Yeay first!!! Walauu pakai henpon!!!

    ReplyDelete
  2. yeayyyyy,.....

    mana lirik lagu tak ada pun?!!!

    Tilam kat betelbox tu empuk! Sebab tu larr jugak lena!!

    ReplyDelete
  3. eh jap! tadi dah kuar first!

    mana ilang!!! tak aci!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. La kata panjang??? Penddek je ?? Heheeh

    Betelbox ni kalo dekat ngan stesen MRT tu lagi best kan!

    ReplyDelete
  5. Biar lah kenangan di Betelbox menjadi peristiwa yg paling dikenang kite sampai tua esok2..hahahha..ha orang lain mampu?? ha? ha? ha?

    ReplyDelete
  6. nih kire entry pendek nih! saya tidak berpuas hati! pulangkan duit kami!!!

    hahah direct ckp xpayah la tingin nk tido sini hahaha.. org lain mmg xmampu ah nk conquer 80% occupancy cmnih hahahaha

    ReplyDelete
  7. Saya rindu tinggal di dorm jenis macam nie masa saya belajar kat UK. Lebih kurang sama lah, 10 katil 1 bilik dan 5 double decker bed. Yang paling menjijik ialah tinggal di mixed dorm dan nampak orang putih cuma pakai seluar dalam berjalan-jalan dalam bilik. Adui!

    ReplyDelete
  8. saye pernah tido dorm mase dip. kt Kolej Jati.. takde hal punye.. kalo ade dorm kat Redang menarik!!

    yg sampai bukak GPS tu sbb masing2 xtau punca jalan.. ish ishh..

    dr google maps, 1.2km tapi takde laa sampai 30min berjalan.. haha haa...

    ReplyDelete
  9. dorm pertama sejak menjadi travelholic :D rasa cam kat asrama dulu2...hehehe! menggamit memori tul...

    ReplyDelete
  10. La..
    lupa nak komen
    last to komen
    oooo
    padan le lajuuu je jalan malam tuh..
    dok sumpah seranah rupenyer..
    hehehe

    ReplyDelete
  11. Duk kat area geylang serai ada try g mkn kat restoran hjh maimunah x? bakso die cam sedap je...hehehe

    ReplyDelete