Assalamualaikum....
Hahahah...bila laaa nak abes cerita aku kat Singapore ni. Dah nak dekat sebulan tak abes-abes lagi! Sabor jela.... Ada 2 episod lagi kot. Hehehe.
Pertama sekali, ingin mengucapkan terima kasih kepada Kakak Santek sekeluarga kerana sudi belikan sate Wak Tor kat Pasar Malam Keramat. Ya ALLAH, sedap bangat sate dia tu. Sampai termimpi-mimpi lagi. Overst. Tak sangka pulak, bila tanya kedai Wak tu kat mana, beliau berada di tempat kejadian. Kakak Santek pulak offer nak tolong belikan, plus mentioned that her papi pun suruh aku datang umah makan sate. Walllaaaaweyyy.... kebetulan atau suratan? Wah wah terharu ok. Kirim jela 15 cucuk, kang banyak-banyak kang gajah pulak aku nanti. Pastu, tanya berapa ringgit ni nak kene bayar, beliau menjawab dengan tenang, tak payah! Doakan supaya bersalin tak sakit tu je. Oleh itu, mari kita yakni Chawanna dan aku kita berdoa supaya Kakak Santek yakni Ely Hasrul dipermudahkan ketika bersalin dan di murahkan rezeki selalu. Motif sebut nama Chawanna kat sini? Sedap beliau pun dapat sate itu ok! Beserta dengan laksa air tangan Fatt lagi! Muahahah. Terima kasihhhh!!!
Kedua pulak...kepada Chawanna sekeluarga selamat bergumbiralah di Land of Rising Sun! Tak sabar nak tengok gambar yakni tayangan perdana nanti. Harap sumenye cun-cun belaka lah. Tak lupa, mainan yang terdapat di sana. Semoga semuanya selamat sejahtera. InsyaALLAH...
Ok, abes dah sesi ucapan kepada yang berkenaan. Jom sambung cerita kat Singapore. Malam tu, sume tido nyenyak kecuali sekali sekala terdengar bunyi yang agak kuat, krohhhh krohhhh krohhhh...tapi sebab penat, sumenye tido mati. Kekeke.
Lebih kurang pukul 9 pagi keesokkan paginya. Kami sume bangun bersiap untuk check-out. Yela, hari ni kami akan bertolak pulang ke Malaysia. Tapi sebelum tu masa yang ada akan diisi dengan activity sight-seeing. Actually, trip 2d1n ni agak rushing plus banyak tempat yang takleh cover. Maka, kami sempat cover yang mana patut jela. Bila bangun tu, bukan nak terus mandi, siap bantai berborak bagai lagi! Hampeh sumenye....dah la masa breakfast sampai pukul 10.30 pagi je. Sume orang macam terkedek-kedek sumenye. Lantaklah. Hahahah syiokk woo duk dorm ramai-ramai macam we all sume ni. Pagi tu, ternampaklah mamat Germany yang kami duk borak semalam bangun awal gak. Dia duk tenung je kat we all sume duk borak. Maybe die pun nak borak jugak, tapi apekah daya, english dia tak brape nak bagus kalo tak silap aku. Mesti mamat tu jeles. Kekeke. Duhhhh~ Riakk!
Ok.. dah setel mandi sume, terus turun bawah kat cafe sambil galas beg-beg sume. Hostel ni menyediakan kupon breakfast. Ada 5 pilihan breakfast yang ada seperti pancake, toast, dan etc. Tu jela yang aku nampak. Yang lain-lain lupa lak. Cafe berada di tingkat bawah. Jom layan gambar...
Time tengah breakfast tu, sempat we all discuss ke mana arah tuju masing-masing. Mulanya, semua sepakat nak tuju ke Mustafar Centre. Saje nak carik barang-barang murah kat sana. Idea sape ntah cakap nak pegi Chinatown. Lily ke Janggel dah lupa dah. Alih-alih, aku taknak kalah follow Lily dan the geng. Biqque, Chawanna dan Kak Anash pegi ke Mustafar Centre. Aku, Lily, Janggel, MasMZ, MasZuber dan Byya pegi Chinatown. Kami berpisah kat sini. You know what? I've made a wise decision! Hahahahah. Sebabnya Chinatown sumpah cantik gilerr!!!!
So, kami bergerak dulu sebab Lily nak makan kacang phool kat Pasar Geylang Serai. So, kami berjalan kaki menuju ke sana sebab jaraknya lebih kurang 500 meter berjalan kaki. Kira ok la kan. Hari ni dah tak penat dah sebab dah tido sume simpan energy. Impressed betol aku dengan pasar ni, reka bentuk dia macam sebuah muzium plus super bersih dan teratur ok! Tak berbau pasar langsung. Mentaliti yang sangat berbeza. Tapi nasib Lily malang sebab sume kedai yang kacang phool telah sold out. Mesti dalam hati beliau rasa sedih dan kempunan. Yela, dia duk mentioned pasal kacang phool since the beginning we planned this trip. Alololo....takpe, nanti kita datang lagi ok!
Kemudian, kami bergerak menuju ke MRT Paya Lebar untuk ke Chinatown. Masih lagi berjalan kaki. Ternampak pulak kawasan rumah melayu yang telah dikosongkan. Katanya akan dirobohkan untuk tujuan pembangunan.
Oklah...dah malas ni. Nak tido awal malam ni. Nantikan episod terakhir di Singapore.
Till then..wasalam.
Marking first!
ReplyDeleteni dah entry last ke belom???
ReplyDelete@Janggel,
ReplyDeleteblom....ade 1 lg. kekke
Ucapan di awal cerita memang takbleh blah!>
ReplyDeleteOk walaupon namaku tak demensyen, aku nak doakan jugak supaya Kakak Santek dapat bersalin dengan mudah....udah2 le kemas beg tu...
weh..
ReplyDeletekorang nih tak kemas beg ker?
....heheheh
btw...
pesal muka janggel hensem semacam???
(hahahahahaaaa....sat lagi ade le org tak bley tido...)...
ucapan jua buat adik santek Ely: selamat maju jaya..
eh
semoga selamat semuanya...amin...
sebab tak dapat first, nak tunggu last larrr baru nak komen. hahahahaha..... kbai dulu ;p
ReplyDeletesian nye i tunggu kat tiang tuh... eh! layout lain yek blogspot nih...
ReplyDeletenext time tgk staircase, simlim, bridges, night safari etc etc etc... ehhehe
ReplyDeletejohn
ReplyDeleteicam tu protege kau kan?
kena asuh dia senyum memanjang macam kau. serius je icam, kau buli dia ekk?
zany
gila lah cer bayang kalu john menang oscar cemana la ucapannye nye pulak.. hahaha eh makaseh atas doa2 kalian.. aminnnn
ReplyDeletependek sungguh entry nih.. tp kan aku rasa mamat germen tu bgn pagi sbb dok tensen korg berborak hahahha
suka tengok gambar2ni semuanya.... buatkan akak teruja nak sampai sana juga...
ReplyDeleteya Allahhhhhh ko pegi singapore 15 hari ke nokkkkkk! hahahaha! takpe, aku TETEP baca :D
ReplyDeleteApa kejadah ko ni!! aku ingat dah abis dah entry SG ko! ko memang overst la dari orang lain!!! Dah basi weh..tutupppppppppppppppppppppppp buku hahahaha.. baik ko amik feel utk trip india ko plak kekekek
ReplyDeleteok la babai aku nk menuju ke ng matahari terbit ni..nanti kan update aku plak lepas ni.. *muah laga pipi*
weh lawa2 pic ko amik..ko edit guna apa john?
ReplyDeletekempunan gilos nak rasa kacang phool tu camner. Huuu sob. sob. seb baik ada kebab tornado yang sedap....
ReplyDeletehahahaa... last selepas Janggel, k.Anash, Ely, BlueEwoke, Lily, Biqque aaah suma aaaaa... hahahahahahaa (sebab diorang dah komen ~ aku tinggal jejak je sebelum nih! ekekeke)