Sunday, March 31, 2013

Surabaya, Indonesia - Part 10 : Krowi Inn, Plaza Jambatan Merah & Sekitar Bandar Surabaya

Assalamualaikum!!!

Ok aku rasa ni part terakhir untuk trip aku ke Surabaya, Indonesia. Pasni dah takde dah kot. Ok kami selamat tiba di Krowi Inn, penginapan malam terakhir aku dan kawan-kawan di Surabaya. Booking untuk Krowi Inn ni memang 100% done by Janggel. Aku mengiyakan saja since harga pun tak mahal.

Pada mulanya, Pak Hafidz macam tak pasti kat mana lokasi sebenar Krow Inn plus tak familiar. Tapi berkat tanya-tanya orang local, akhirnya jumpa gak. Rupanya kat kawasan perumahan. Kami sampai lebih kurang jam 7.30 malam. 

KROWI INN (Google pun boleh)
Jl. Ciliwung 66,
Surabaya Centre, Surabaya, 
Indonesia

First impression? Bersih dan teratur. Masuk bilik... walaweyyy luas! Siap ada attached bathroom untuk setiap bilik. Ruang tamu pun luas. Ada free tea and coffee. Free flow katanya but no breakfast. Towel pun tak disediakan. Rate untuk 1 malam yang aku bayar adalah IDR112.5k/pax. Kami amek bilik bunkbeds. Ada 4 katil semuanya. 

Tanpa buang masa... ayuh layan gambar... 

Pintu masuk. Owner dia adalah a Chinese Lady yang fasih berbahasa Indonesia

Bahagian living hall cum receptionist skali. Tengok Masmz tengah meraih undi tu kat tab dia. Gigih benor! 

Bahagian belakang... macam boleh buat candle light dinner kat sini. 

Bilik kami.. bunkbed dia gila tinggi wehhhh!!! Nak panjat pun dah 1 hal. Kat gambar kiri pulak adalah hallway menuju ke toilet. Is'nt that nice? 

Lepas dah siap letak beg semua... kami mengucapkan selamat tinggal kepada Pak Hafidz dan menyerahkan bayaran untuk trip kami ni. Memang puas hati dengan pakej yang diambil. Tak sesia.. lepas tu, kami lapar dan menuju ke salah sebuah shopping mall yang berdekatan. Dekat je just dalam dalam 15 minit. Mall ni agak besar. Nama mall ni adalah Surabaya Town Square. Ada banyak pilihan makanan yang halal. We ended up makan kat kedai macam kopitiam tu. Order nasik goreng namanya pelik-pelik tapi sedap. Badan dah tak larat lepas tu, balik ke Krowi Inn untuk mandi dan tido! 

********************

Esoknya? Apa aktiviti kami? Arini kami hanya ada masa lebih kurang sampai jam 12 tengah hari sahaja sebab kami perlu ke airport untuk flight ke Kuala Lumpur jam 3 petang tak silap aku. So, memang kene pegi tempat yang penting jela. Dalam kepala kami nak pegi Plaza Jambatan Merah dan House of Semporna. Tapi sebelum tu kami jalan jap carik post office. Nak hantar kiriman poskad kepada sahabat handai... 

Untuk ke Jambatan Merah, kami naik angkutan yang bersepah kat jalan raya. Sebelum naik tu, jangan lupa tanya tau. Tambangnya dalam lingkungan IDR1,500 - IDR 2,000 sahaja untuk seorang. Murah kan. Time duk dalam angkutan tu, kami try tanya penumpang lain macam mana nak pegi ke House of Semporna tu? FYI, House of Semporna tu adalah kilang rokok buatan tangan yang terkenal di Surabaya. Kiranya headquarter dia memang kat sini. So, adalah seorang akak ni... gigih Masmz duk tanya dia macam mana nak pegi sana semua. bla bla bla... We ended up pegi ke Plaza Jambatan Merah dulu. Okla takde hal. 






Terjumpa boss kat Surabaya??? oh noooo!!!!!

Ni lah Jambatan Merah yang diperkatakan....

Chinatown....






Disebabkan kami agak kesuntukan masa... tak sempat nak explore abes dalam Plaza Jambatan Merah tu. Aku sempat sambar tight renang dan stokin je sebab murah. Hahaha So, takde komen pape dalam plaza ni. Untuk orang perempuan memang heaven la kot sebab banyak variety baju-bajan untuk dibeli. 

Terus langsung kami carik angkutan lain untuk menuju ke House of Semporna. Bila dah naik tu... driver tu kata actually kami dah terlepas House of Semporna tu, rupanya terletak kat belakang Plaza Jambatan Merah tu je. Haishh... local pun actually tak brape pasti lokasi sebenar tempat ni. Memang hampeh kan. Tapi disebabkan dah takde masa... kami terus balik ke Krowi Inn. Lunch dulu kat kedai makan sebelah Krowi Inn tu. Rupanya kat sebelah Krowi Inn tu ada jual brownies, tapi kene order in advance sebabnya dia buat skit je setiap hari less than 30 cakes. Frust kami sebab dapat beli 1 kotak je sorang. Harga tak mahal dalam IDR27,000 untuk 1 kotak panjang. Sori takde gambar lor.. 

Balik semula ke Krowi Inn, packing barang-barang semua dan get ready. Suruh pekerja Inn tu telefon teksi untuk ke airport. Tambang ke airport hanya IDR90k. Terus check-in tapi apekan daya... Airasia delayed for more than 2 hours. Kami dijangka berlepas jam 6 petang. Haishhh geramnya aku! Sabor jelakan... nasib baik ada wifi kat airport. Boleh hilangkan kebosanan. Airasia ada kasik nasik dan minuman sebagai compensation. Okla kan.. dapat makan. 

Jam 10.30 malam, kami selamat tiba di LCCT. Alhamdulillah... another trip has completed with a lot of great memories and achievement. Thank you all.. 

Till then.. wasalam. 

7 comments:

  1. Salam,
    Nampak selesa Krowi Inn tu.

    Banjir ke sungai dalam gambar tu?

    Akak pergi House of Sempoerna tu. Tak pergi Jambatan Merah. Tapi pergi ke Jambatan Suramadu.

    ReplyDelete
  2. aik?
    senapas akak baca...
    hahah
    dah hujung2 nak abiskan cepat...
    heheh
    akak pun nak abiskan satu part lagi...

    ReplyDelete
  3. Gitew gigih gigihdate dikala coti katanya!

    ReplyDelete
  4. agak-agak, senang tak dapat angkot kat surabya ni?

    ReplyDelete
  5. camnelah boleh jumpa bos dekat tempat yang sama, ker dia pergi skodeng, ahaha...giler tinggi katil, kalau mimpi golek-golek syok nih :)

    ReplyDelete
  6. Haha..tergolak ciku tengok gambo jumpa boss tu..hihi..nak tanya gak masjid ajaib di malang indonesia tu dekat ngan surabaya kan..

    ReplyDelete
  7. ala...dh habis ke? takde ayat2 merapu meraban mcm selalu..hehe

    ReplyDelete