Wednesday, June 19, 2013

Hong Kong & Macau - Total Expenses!

Alright! 

Cerita Hong Kong dan Macau dah berjaya aku wrapped-up dengan suksesnya. Jadiknya, mari aku reveal pulak brape total expenses yang dah berjaya aku spent selama 5 hari 4 malam untuk berjalan-jalan di Hong Kong dan jugak Macau. InsyaALLAH aku akan berikan butiran terperinci samada luar atau dalam, prepaid atau cash berkenaan dengan jumlah perbelanjaan yang dah aku guna sepanjang berada kat sana. Maybe perbelanjaan ni bergantung kepada diri sendiri samada nak spent lebih kat situ atau kat sini. Ini hanyalah sebagai gambaran. Ada barisan perbelanjaan yang perlu buang, ada yang boleh diambil untuk merangka bajet sendiri. 

Untuk trip 5h4m ni, aku hanya tukarkan sebanyak RM1,500 sahaja. So, kene pandai-pandailah bajet nak guna nanti. Money changer kegemaraan aku sekarang ni ialah kat Petronas Nasi Kandar Kayu kat Ampang sana. Belakang Hospital Ampang Puteri. Bagi aku, rate dorang agak competitive berbanding dengan di Masjid India mahupun  Midvalley. 

Ayuh! 

Day 1

  • Tiket Airasia (sehala) : RM140
  • Luggage (15kg X 3 orang) and pre-booked meals : RM153/4 orang = RM38/sehala
  • Makanan (Brahims, biskut dan megi) : RM25/pax
  • Octopus Card : HKD150/pax (Deposit: HKD50 + Credit: HKD100)
  • Hong Kong Inn Hostels : HKD688 for 4 nights (HKD172/night)
  • Orange juice : HKD8.90 
  • Total bus fares : HKD33/pax
  • Total subway fares : HKD9.30/pax
Total expenses for Day 1 : RM203 + (HKD739.20** x RM0.3980) = RM497.20

**tidak termasuk harga Octopus Card. 


Day 2

  • Total subway fares : HKD9.30
  • Total buses fares : HKD18.50
  • Total tram fares : HKD4.60
  • Total ferry fares : HKD6.20
  • The Peak Tram (return fares) : HKD65
  • Lunch at Masjid Ammar : HKD33/pax
  • Miscellaneous** : HKD110
  • Starbucks at The Peak : HKD36
  • Sweater : HKD130
  • Souvenirs - Tshirts : HKD40 (HKD20/piece)
  • Souvenirs - Fridge magnets : HKD100 (HKD10/piece)
Total expenses for Day 2 : HKD552.60 x RM0.3980 = RM219.93

**benda-benda yang tak perlu tau. 


Day 3

  • Total subway fares : HKD16.30
  • Total buses fares : HKD18.10
  • Sampan ride at  Aberdeen : HKD40/pax
  • Ocean Park entrance fee : HKD245/pax
  • Lunch at Ocean Park : HKD61
  • Souvenirs : Fridge magnet : HKD30
  • Perfumes at Goodyear : HKD650 + HKD605
  • Dinner - Plain rice : HKD15/pack
Total expenses for Day 3 : HKD1,680.40 x RM0.3980 = RM668.80


Day 4 (Macau)

  • Total subway fares** : HKD52.70
  • Turbojet Ferry : HKD159 (to) + HKD184 (fro)
  • Starbucks at The Venetian : HKD34.50/pax
  • Souvenirs - Fridge magnet : HKD67
  • Souvenirs - Tshirts : HKD75 (HKD25/piece)
  • Souvenirs - HRC Sweater : HKD301
  • Souvenirs - sleeveless vest : HKD160
  • Egg tarts : HKD20
  • Mango juice : HKD5/pax (HKD20/drink)
Total expenses for Day 4 : HKD1,058.20 x RM0.3980 = RM421.16

**termasuk tambang subway menuju ke Shenzen


GRAND TOTAL : RM1,807.09

GRAND TOTAL (tidak termasuk hasil shopping melampau)

= (HKD2,094.40 x RM0.3980) + RM203
= RM833.57 + RM203
= RM1,036.57 

Ok, this time aku try untuk eliminate total kos yang terlibat dalam proses shopping barang-barang keinginan aku sendiri. Tapi dalam total kos yang berwarna biru tu, adalah total kos yang sepatutnya termasuk dengan perbelanjaan untuk membeli souvenirs seperti fridge magnets dan jugak t-shirts sahaja. Kiranya, korang kalo nak guna sebagai panduan, sila rujuk kepada warna biru sahaja ye. 

Dalam semua perbelanjaan ni, antara yang aku rasa boleh kurangkan kos yang agak banyak adalah pada accommodation, makanan dan jugak barang-barang souvenirs. Yela, kalo kita travel tu mesti tak lari kalo nak beli souvenirs. Ada orang nak beli untuk semua orang yang kenal kalo boleh, ada orang beli untuk diri sendiri saje. Tapi semuanya bergantung bajet masing-masing. 

Di Hong Kong, accommodation memainkan peranan yang amat penting sebab harga rate untuk hostel pun dah agak mahal. Kene book awal kalo nak dapatkan hostel-hostel yang murah. Begitu jugak makanan. Kami banyak save kat makanan sebab bawak banyak makanan sendiri dari Malaysia. Hanya beli roti mahupun nasik putih je. Ada sesekali tu ada jugak makan kat luar. Nak merasa katanya. 

Papepun, gudluck! 

4 comments:

  1. Murah la tiket flight tu... Tentang expenses yg lain tu, kalau ada yg rasa mahal,x leh wat apa sngt coz cost di HK mmg mahal. I used to buy lotsa souvenirs before, but when u tend to travel most of the time, dh kurang dh belik2 souvenir.. Belikla tp x bnyk sngt..;)

    ReplyDelete
  2. Henry Fox...nekcik pgi baru ni 7 malam...hk n shenzen...all in..termasuk tiket AA...n..all entrance fees...tak termasuk shopping pun lebih kurang rm 1700 sorang..tu pun tiket lbih kurang rm400....n mostly kami makan kat luar jugak...melain kan breakfast...so everyone can fly n travel cheaply...a big tq to uncle tony for the cheap airfare...we ve been flying over 20 destinations with you..with great satisfaction..n hopefully we can always fly n fly. ..insyaallah...promo lak nekcik ye!!! sorrylah guna laman henry ye....sbb ramai orang ingat orang kaya jer gi melancong....kita tak kaya pun boleh travel jugak..cuma kena cara kitalah..hi..hi

    ReplyDelete
  3. Flight tu murah le :) Tak pernah saya dapat naik flight semurah tu.

    ReplyDelete
  4. Tumpang tanya, gambar - gambar di hk tangkap pakai dslr eh? Semua lawa-lawa, insyaAllah akan ke HK hujung bulan ni, sambut merdeka di sana hehe

    ReplyDelete