Monday, September 16, 2013

Han River Cruise & Banpo Bridge Rainbow Fountain at Night!

Selamat Hari Malaysia!!! 

Nampaknya arini cuti lagi. Bestkan? Duk relax-relax kat rumah sambil tulis blog. Hahah

Jom sambung cerita Seoul ni pulak! Tak sabar nak abeskan... sebab aku dah mengalami long term memory loss dah ni. 

Kiranya ni adalah bahagian terakhir untuk tempat lawatan aku di Seoul. Actually ada satu kejadian tertinggal ketapi pada pagi tu, punyalah gigih beratur beli ticket, by the time sampai platform... train dah gerak meninggalkan kami. Punyalah amazing race pagi tu, tapi usaha agak sia-sia. Dahla ada satu train je untuk haritu. Huhuhu. Ralat gaklah, nasib baik dapat full refund. So, okla. Maybe kene datang ripit lagi la gamaknya. *pitam*

Jadiknya activity yang terakhir adalah naik Hangang River Cruise. Dalam trip sebelum ni, memang aku plan nak naik pun, tapi nasib tak brape baik sebab dah abes perkhidmatan untuk hari tu. Jadik, trip kali ni memang alhamdulillah... dapat naik. Kitaorang pilih naik petang ke malam, sebab cruise ni akan menuju ke Banpo Bridge. Malam-malam cantik wooo... 

Tapi nak berjalan menuju ke jetty cruise ni dari subway station memang giler hazab jaub nak menapak syaitan nirojim sangat! Kitaorang naik jetty Jamsil. 

Ok sebelum melalut, sedikit info berkenaan info ni:

Salah satu cara untuk menikmati the best views of Hangang River di Seoul. Terdapat 3 docks untuk naik cruise ni yakni Jamsil, Yeouido dan jugak Ttukseom. Terdapat dua jenis cruise. Pertama, yang jenis return (Jamsil to Jamsil). Kedua, yang jenis one menuju ke dock lain (Jamsil - Yeouido)

Dengan menaiki cruise ni, boleh nampakla bangunan 63 Building, N Seoul Tower dan lain-lain. Cruise ni semua kebanyakkan digunakan untuk upacara perkahwinan, birthday parties, music performance etc. 

Ok dah sambung.. 

Since travelmate aku cakap, kalo turun Jamsil adalah kene jalan jauh. Maka, disuggest supaya turun kat Sport Complex Station (Line 2 - Hijau). Kiranya tak payah jalan jauh-jauh sangat compare turun kat Jamsil Station. 

Keluar-keluar je dari stesen Sport Complex, nampak tersergam gah Stadium Olimpik Seoul. Time ni ada game kat stadium cricket. Punyalah kuat bunyi sorakan. Rasa seronok pulak! Yela, kita slalu tengok mana-mana event sports ke, concerts ke.. crowd dorang ni memang terbaek! 





parking untuk ladies


Berjalan menuju ke Han River. Kiranya kalo sesat, jangan lupa bertanya tau. Sebab aku nak kasik direction pun tak reti. Sebab dari exit stesen tu, kitaorang just jalan terus menuju ke Olimpik Stadium, lalu tepi stadium tu. Nanti akan jumpa stadium lagi yang sedikit kecik. Pastu akan nampak kawasan kondo-kondo yang tinggi-tinggi belaka. Then, belok kiri. Akan nampak terowong tapi hanya untuk kereta je lalu. Tapi takpe, dari terowong kereta tu, jalan terus di sebelah kanan. Dalam 700 meter camtu nanti akan nampak lagi 1 terowong untuk pejalan kaki. Seperti kat bawah ni:

time ni pun ada concert CN Blue

ni lah terowong pejalan kaki yang menuju ke Hangang Park!

Maka dah lepas terowong ni, nampaklah Hangang Park! 

Seronok je tengok time petang-petang camni. Ada yang tengah berkelah bersama keluarga, berbasikal, duk main bola, baseball, duk lepak-lepak pun ada! Ohhhh nyaman giler okayyy! 

Jom layan gambar kat sekitar Hangang Park







Nanti kat tepi sungai tu, akan nampak jetty untuk beli tiket semua. Harganya tak silap untuk return Jamsil - Jamsil adalah brape ntah aku dah lupa. Tapi kalo tak silap dalam KRW13,000/pax. Cruise yang kitaorang naik ni adalah jam 7:30pm. Kiranya just in time dengan Banpo Bridge light show tu. Untuk tunggu tu, just lepak-lepak jela sambil makan. 



Lebih kurang 7:15pm tu cruise dah menghampiri jetty. Comel cruise ni sebab ada cartoon character whatsoever. 

Nak cite lebih-lebih... layan gambar lagi baguskan?

ni la cruise yang aku nak naik tu


boleh pilih samada nak duk kat open air kat belakang

takpun, kalo sejuk boleh duk dalam gak ada dua tingkat

kaunter nak beli snacks

bentuk kerusi yang comel, bentuk bungkusan gula-gula!



antara jambatan yang dilepasi. Ada banyak jambatan yang menghubungkan antara dua bahagian kat Seoul ni, aku pun dah lupa nama jambatan-jambatan yang disebutkan

tak silap ni macam pulau terapung ke aku salah?

Bila cruise mula menghampiri Banpo Bridge, orang ramai mula duk kerumun tepi cruise untuk amek the best views! Jom layan gambar sampai muntah okayyy! 






  


  




  


Ok dah... tu je. Lawa kan? Ada alunan muzik time berlangsungnya Rainbow Fountain Show ni. Banpo Bridge Rainbow Fountain ni merupakan jambatan air pancut terpanjang di dunia tau! More info ---> Banpo Bridge 

Okeyyy.. esoknya nak balik dah ke Kuala Lumpur. It was a great trip for me. Till we meet again Seoul. 

Bye!

7 comments:

  1. Hope to be there soon..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Nape x gi concer CNBlue tu.. huhuhu.. Concert sane jinjaa murah compare kat sini. Aku pegi Blue Moon kt Singapore and Malaysia. Tic price RM600 each T__T. nanges air mate darah.. BtW rainbow fountain show mmg cantek..

    ReplyDelete
  3. henry--> ko tobat tanak jalan kaki kat hangang park tu ka??? ritu tgk steady ja...akakakkakaka..nway banpo bridge show tu mmg best...kalo nak lagi best bleh jalan kaki je tepi jambatan tu or naik beskal..lenkali bleh buat gitu ye...ekekeke

    ReplyDelete
  4. huhuhu, tengok terowong pejalan kaki tu teringat plak pengalaman ktaorg yg mase tu blur2 turun dr hanggang cruise tu dr Yeouido ke Jamsil ni, masing-masing plak lupa bawa map, so jalan je la sambil tu tanya-tanya kat ajjushi/ ajumma yg lalu lalang..dek disebabkan english diaorg tu ade slang sikit kn, dok garu kepala gak le pikir ape yg diaorg bg direction tu.. mata asik dok cari patung chipmunk si Lotte park tu..xtau la chipmunk ke ape benda.. hahhah.. tapi memang best naik cruise ni.. time pegi siang, tapi kebetulan banpo bridge tu keluar air cuma xde lighting je, berebut gak le lari takut kuyup plus berlumba plak dengan kanak2 riang dr daegu.. huhuhu.. Nice experience! :D

    ReplyDelete
  5. Tak ada magic show ke dalam cruise tu..dulu JM naik ada show..terpaku JM coz yg buat persembahan tu hensem hahaha

    ReplyDelete
  6. terima kasih for the info.

    Banpo bridge ni best.

    nak tanya, kalau dari jamsil dock ni, ada banyak taxi tak? jadi tak perlu jalan jauh untuk ke station tren sbb musim sejuk suhu -1 celcius dan bersama orang berumur.

    ReplyDelete