Friday, April 17, 2015

#15 | Hari Pertama di St. Petersburg, Rusia

Lepas check-in, nasib baik boleh check-in awal. Kiranya katil aku takde penghuni sebelumnyalah. Aku amek 4-beds dorm. Dan seperti biasa memang aku request untuk lower bunk sebabnya senang nak turun naik katil ke, nak amek barang ke dan nak jaga barang. 

Takde aktiviti solid apa nak buat, jadik aku chill-chill jela. Lagipun, nak terus keluar pun hujan kat luar tu haaa. Baik setelkan yang mana patut. Mandi, solat, makan tak pun take a nap kata orang. 

Tips: setiap pelancong yang datang ke Rusia diharuskan untuk mendaftar diri masing-masing menerusi hostel/hotel jikalau berada di satu tempat melebihi 3 hari. Dan akan diberikan registration card untuk dibawa sepanjang berada di Rusia bersama passport masing-masing. Amat penting jikalau di tahan oleh polis time tengah syiok-syiok jalan tu. 

Lepas dah setel semua tu, try la tengok mana-mana tempat yang dekat yang boleh terjah sendiri dengan jalan kaki. Nak jimat katanya... lagipun lebih kurang 2-3 jam lagi dah nak gelap dah walhal baru nak masuk jam 4 petang. Perghhh penangan musim sejuk sungguh! 

Actually, time aku berada di Rusia ni masih lagi diperingkat awal musim sejuk. Jadik suhu biasanya dalam lingkungan 0-2 degree celcius. Ni adalah based on my observation la. And the weather was still bearable. Musim puncak adalah pada mid-january sampailah mid-february kalau tak silap aku yang mana suhu extreme boleh mencecah minus 30 degree celcius. Gilo beku wey! Ntah-ntah nak kencing pun terus jadik ais kannn~ lol. 

Nevsky Prospect merupakan jalan utama yang terletak di tengah-tengah bandaraya St. Petersburg yang bermula dari Admiralty hinggalah St. Petersburg Train Station. Dan hostel aku pulak terletak kira agak tengah-tengah jalan yang panjang ni. Kiranya segala mana main attractions, night life, shopping centre semuanya boleh di jumpai kat sini. Aku suggest duk kat sini, tapi nak carik makanan halal macam payah skit la. Tapi aku opted seafood tak pun vegetarian foods jela. 

Kalau larat boleh jalan kaki je lagi bagus. Kalau tak larat boleh naik mini bus yang amatlah bersepah kat sini. 

Ayuh la sedikit sebanyak kita tengok. 

baru lepas hujan rintik-rintik, sedikit gambar suasana di Nevsky Prospect
tak tau apebenda tapi tak silap menuju ke sebuah cafe
shopping mall ada dekorasi krismas sebab lagi dalam seminggu nak krismas
sebuah gereja
menara jam
Misi aku petang tu nak pegi carik landmark penting untuk St. Petersburg. Kata orang, tak sampailah kalau tak nampak landmark ni. Ahaks~! Akhirnya jumpa gak, dari jauhhh kat hujung canal dah nampak dah banguna berkubah candy lollipop Church of the Savior on Blood. Rekabentuk dia lebih kurang sama dengan St. Basil Cathedral yang terdapat di Moscow. 


Trivia mengenai Church of the Savior on Blood:
  • dibina di atas tapak di mana Emperor Alexander II cedera parah dan meninggal pada March 1881. 
  • didedikasikan oleh Emperor Alexander III untuk ayahnya.
  • terletak disebelah Griboedov Canal.
  • senibina gereja ini dipengaruhi oleh zaman medieval russian dengan dan jugak romantic nationalism. haaa camne tu?
  • dibina dengan niat untuk menyamai gereja pada era abad ke-17 di Yaroslavl dan St. Basil Cathedral di Moscow.
  • nak baca lebih? ---> SINI 
Disebabkan hujan makin lebat petang tu, pastu cuaca pun makin sejuk. Yela, nak amek gambar beria pun memang malas dah la. Simpan semua dalam beg balik, tangan dua-dua belah masuk poket kasik warm skit dan terus masuk Starbucks pekena kopi panas. Fuhh~ enak. 

Time aku datang sini, matawang Rubles memang tengah jatuh yang agak teruk. Dan skang pun keadaan masih lagi sama. So, aku yang menggunakan pound ni memang terasa sedikit berduit la untuk berbelanja kat sini. 


Untuk semua makanan di atas termasuk tumbler tu, jumlah yang aku bayar hanyalah GBP12 sahaja. Kalau kat UK ni, memang takkan dapat la. Koman-koman lebih daripada GBP20 kene fork out untuk makan semua ni. Gedik aku ni amek sampai dua makanan. Patut amek cheese cake je. Nafsukan! 

Lama gak aku lepak kat situ sambil layan view kat depan tu orang lalu lalang, memang meriah lah bandar ni walaupun hari dah nak gelap. Berbeza sungguh suasana berbanding di bandar-bandar eropah dan kat UK sendiri. Kalau time ni, dah senyap sunyi dah semua kat rumah. Kedai pun dah banyak tutup. Tapi tidak di Rusia je kawan-kawan. 

Aku stay situ sampailah nak masuk waktu maghrib, aku plan nak jejak kaki ke Masjid St. Petersburg. So, aku ke sana jela naik metro. Direction untuk ke masjid ni dari area Church of the Savior on Blood adalah seperti gambar di bawah. 


Mesti korang kurang nak hadam kan macam mana la nak baca. Aku pun sama macam korang gak mula-mula. Blurrrrr giler nak faham. Tapi memang aku perhatikan jela huruf acrylic dorang ni. Kalau sama tu, betullah nama stesen tu. Cepat tangkapla lepas tu. 

Maybe aku patut ceritakan berkaitan transportation kat St. Petersburg dan Moscow. InsyaALLAH  kalau ada kelapangan masa nanti. 

Korang jangan terkejut bila naik metro kat sini, dia punya escalator menuju ke platform, fuhhhhh giler dalam weh! aku rasa adalah lebih dari 200 meter ke dalam tanah. Tak silap aku yang paling dalam adalah lebih dari 300 meter yang amek masa 3 minit untuk sampai ke bawah. Haaa lama tak? 



Nak spot masjid St. Petersburg ni memang tak susah. Keluar je dari stesen terbabit memang akan nampak kubah biru dari jauh.  Takdelah jauh mana pun, dalam 300 meter camtu. Time ni masjid ni tengah ada major renovation jugaklah. Banyak tiang-tiang yang senang naik time tu. Alhamdulillah sempatlah solat maghrib dan isyak kat sini siap-siap. 




Rekabentuk masjid ni mengingatkan aku kat salah satu masjid yang terdapat di Iran. Tapi tak pasti nama apa masjid tu. 

Usai menunaikan kewajipan, aku terus balik ke hostel. Takde rasa nak buat pape dah lagipun hujan masih turun dan makin sejuk. Balik hostel tu, tertido uols! Bangun-bangun pukul 11 malam, tu pun sebab lapar perut mintak isi. 

Dengar dari luar tingkap tu, keadaan kat luar masih lagi meriah dengan bunyi kereta. Terusla sarung jaket turun tengok apa yang ada lagi. Rupanya... masih meriah! Siap ada jem lagi kat jalan. Memang happening sungguh kat sini. Terasa macam kat Malaysia lak sebab banyak kedai yang tak tutup pun lagi especially kedai makan. 

Kedai makan kat sini jenis yang tayang menu kat luar kedai, sama macam kat UK dan Europe lain. Jadik boleh la usha-usha dulu makanan apa yang boleh telan berserta harga setiap jenis makanan. Takdelah masuk-masuk kedai makan, tapi tengok harga tak mampu nak bayar. Terpaksa keluar. Takke malu? huk huk huk. 

Aku makan malam tu tak jauh pun, bawah hostel tu je ada banyak kedai 24 hours tinggal nak masuk jela. Usha dulu menu kot-kot ada pasta seafood ke apa. Tengok harga pun agak berpatutan, kira boleh la sesekali makan kat luar kan. 

ni lah kedai yang aku masuk tu, ada banyak cawangan
seafood pasta berserta berry juice, total semua adalah GBP8
Yang aku suka kat sini, merata-rata ada free wifi! Ahaks! Sakan ler! Tak kedekut langsung wey! 

Dah makan tu, kene la exercise skit, berjalan la aku tengok keadaan tengah malam kat St. Petersburg ni. Memang meriah weh, keadaan jalan pun masih lagi sibuk. Aku jalan sampailah ke persimpangan main train station. Di tegur pulak oleh homeless time aku duk selfie. Sakai punya perangai ape la manusia ni duk pegang momopodkan! Mula-mula tu layan jela, pastu bau arak dari mulut dia... ya rabbi! Busukkkk giler! Pastu dah mula nak mintak duit ape dah... Aku tak layan, jalan jela laju-laju, dia ikut! Last-last, aku buat-buat masuk dalam sebuah cafe. Barulah dia blah! 

Fuhh~ lega. 

selfie bersama homeless hahaha depan panggung wayang
dekorasi krismas
suasana pada tengah malam
Nevsky Prospect
Bila dah jumpa train station tu, aku jalan balik semula ke hostel. Walaupun aku rasa selamat je jejala sorang-sorang kat St. Petersburg ni, aku kene alert dengan setiap keadaan yang ada disekeliling aku time tengah malam gini. Yela, nak mintak tolong kang jadik pape, bukan dorang faham pun english. 

Anyway, berakhirlah malam pertama di St. Petersburg. Esok harapannya cuaca elok la skit. 

Till then.

Bye!

16 comments:

  1. Assalam john,
    ish3
    scary jer akak nengok homless tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.... kannnn! nasib kat tangan dia takde pape.

      Delete
  2. Ok...agak menarik. Akan aku gi jgk rusia satu hari nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa insyaALLAH sampai gak ko nanti amin... ;)

      Delete
  3. tak nampak macam homeless pun org 2.....
    it's more like tourist taya jalan dekat ko.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah maybe dalam gambar kot. tp mmg time tu dia mcm mabuk gak duk cakap merapu. lols

      Delete
  4. Wooowwww !!! Memang menarik kat Russia nih ... ada cuba Kek dia tak? Sebab my office collegue kat sini, kalau balik cuti, mesti bawak kek datang sini ... sedap kek dia ... rasa lain sikit ...

    Cuma leceh nak ke sini itulah, kena plan betul betul , sebab kena ada Visa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada try! mmg kat sana mmg banyak cafe-cafe menarik nih. pastry ni dia pn taknak kalah. semua rasa nak makan je.. yup mmg ada visa, plus besarrrr negara ni banyak bneda nk tengok kalau berminat. ;)

      Delete
  5. Bestnya dapat ke Rusia. Church tu mengingatkan saya pada Cathedral yang pernah saya tengok di Harbin, China. Senibinanya sama, sebab Harbin adalah di bawah jajahan Rusia suatu ketika dulu.

    Besar juga masjid tu ya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sampai jugak saya. yup harbin kan dah di utara china memang tak mustahil penah jadik jajahan russia dulu. yup agak besar.... ;)

      Delete
  6. Salam..nk tanye. Memandangkan kt msia ni payah nk jumpa rubble so better tukar dulu dlm euro ke usd ye?

    ReplyDelete
  7. Bestnyeeeeeeee(sambil berguling sebab terlalu jeles..T-T)..

    ReplyDelete
  8. Akak br nak jrnjalan ni skrg kat moscow.nk gi st petersburg sorang2 je

    ReplyDelete