Tuesday, June 28, 2011

Esok Harinya Selepas 10 bulan Menanti!






Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

Di saat ini, apa yang aku rasakan adalah perasaan teruja tetapi sedikit kerisauan di hati. Yelakan, after Jetstar umumkan flights telah disambung semula sejak semalam aku dan rakan-rakan menyambut dengan perasaan syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana telah memakbulkan doa-doa kami dan pembaca blog aku dan kawan-kawan forummers. Terima kasih aku ucapkan kerana berkat dan sokongan anda semua amatlah aku hargai.

Pada hari sebelum kami mendapat tahu flights Jetstar telah disambung semula, kami telah berjumpa untuk diskus mengenai plan kami ini jikalau benar-benar membatalkan flights kami. Amatlah sedih jika ianya benar-benar terjadi. Kami berjumpa dengan Kak Alyn, salah seorang kawan aku yang aku kenali melalui email. Beliau dan husband kami temui di kedai mamak...sambil bercerita pengalaman serta berkongsi tips-tips yang berguna untuk kami gunakan ketika di sana kelak. 

Sambil mendengar dengan khusyuk cerita Kak Alyn, masih ada terasa perasaan sedih dan takut jika benar-benar flights kami dibatalkan. Aku dapat melihat setiap riak wajah kawan-kawan yang mengikut trip ini begitu teruja mendengar pengalaman Kak Alyn. Kesian yang amat menerjah benak hatiku...sayu je tengok riak wajah mereka. Aku pun turut sama sedih kot kalo betul-betul cancel. Huhuhu....

Disamping itu, Kak Alyn juga memberikan kami simkad talian di sana untuk digunakan serta brochures yang beliau bawa pulang khas untuk kami. Thanks a lot Kak Alyn! Kemudian, kami terus ke destinasi yang seterusnya iaitu Tesco Ampang untuk membeli sedikit bekalan untuk di bawa kesana kelak...yela, walaupun kami masih belum mendapat sinar samada kami akan berangakat atau tidak kesana nanti. Tapi persediaan mestilah di lakukan walaupun dalam keadaan sedih. Sob...sob...sob. Nak tengok apa yang kami beli? Jangan lupa list down semua makanan yang dibeli, supaya jika diperiksa oleh Imigresen senang nak rujuk. Make sure no dairy products! nanti sia-sia je kene buang dalam tong sampah...takde kompromi ye.

Banyak ke???
Bila hari ahad datang menjelma, kami mendapat update dari Jetstar bahawasanya, flights are back on schedule! Ya ALLAH....Kau telah makbulkan doa kami...Syukur Alhamdulillah yang teramat. Happy sangat-sangat kerna ada sinar yang mengatakan kami akan terbang ke New Zealand! Tapi taknak terlalu excited, just calm down...orang cakap jangan terlalu teruja atau seronok, nanti padah menanti. Bagi aku, bila mendapat tahu berita baik itu, memulakan langkah-langkah ataupun persediaan terakhir untuk ke sana....PLANNING!



Itulah hasilnya selepas 10 bulan membuat kajian mengenai perjalanan kami....gigihkan aku? Hahahah.... Malam sebelum berangkat, mula start untuk packing pakaian dan lain-lain. Untuk packing baju yang tebal-tebal since season yang aku pegi ni ialah winter, winter clothes mestila tebal kn, so, aku beli vacuum bag berharga RM28 kat Time Travellers....besar jugak sizenye. Jom tengok hasilnya...



Currency pun sudah ditukar di Monet Changer yang terpilih sahaja...ada yang mahal, ada yang murah. Jom lihat corak-corak yang ada. 




Itu sahajalah catatan aku untuk malam ni, InsyaALLAH aku akan ceritakan pengalaman aku disana nanti jika ada kelapangan...Mudah-mudahan journey kali ini membawa keberkatan dan diminta segalanya dipermudahkan oleh-Nya... insyaALLAH....

Selamat malam! See ya!

Saturday, June 25, 2011

Kebimbangan & Keresahan Hatiku.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pada saat dan ketika ini, hati aku dan kawan-kawan yang akan berangkat ke New Zealand tidak lama lagi tersangatlah gelisah. Tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan dengan kata-kata bahawasanya, aku sangat-sangat risau jika flight kami ke sana pada 29 June 2011 akan dibatalkan. Aku yakin yang semua sudah tahu mengenai letusan gunung berapi Puyehue di Chile telah meletus sejak 4 Jun yang lalu. Letusan ini telah menyebabkan awan debu yang panas merebak ke bahagian negara Australia dan juga New Zealand. Ini telah menyebabkan most of the flights operated from/to New Zealand are cancelled. Even for domestic flights! 


Ya Allah Ya Tuhanku, hati mana yang tidak resah dan gelisah bila mendapat tahu kebanyakan flights telah pun dibatalkan di saat-saat akhir-akhir ekoran dari debu-debu panas ini. Aku masih menanti status penerbangan aku yang masih lagi tinggal less than 1 week. Huhuhuhu....apakah dugaan ni yang melanda kami semua? 

Buat masa sekarang aku hanya mendapat updates dari facebook Jetstar yang berbunyi,

"UPDATE - NZ FLIGHTS
We’ve been monitoring the ash with the Volcanic Ash Advisory Centre (in Wellington) and the Bureau of Meteorology. Regrettably NZ services (domestic, International & Trans-tasman) have now been cancelled for the remainder of today and all day tomorrow (Sat 25 June)"


Semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan kami nanti. InsyaALLAH...amin..

Monday, June 20, 2011

I'm counting days now!

Hi guys! Macam mana weekend? Best ke tak best?

Aku dan rakan-rakan yang berkenaan dah menanti hari dah ni. Setelah apa yang diidam-idamkan sejak bulan 10 2010, akhirnya bakal tiba dalam masa 9 hari saja lagi. Uihhhhs, macam-macam perasaan ni dah timbul, passport dah renewed, lesen belom lagi, beg baru dah beli (kecik je), duit dah tukar (ada skit lagi belom tukar), baju-bajan dah tersedia (asyik duk pakai je sambil pose depan cermin), apa lagi ek? Hurm...

Apa yang aku dan rakan-rakan harapkan hanyalah tiada sebarang halangan yang datang menimpa nanti. Hanya ku berharap kepada-Mu Ya Allah... Semoga perjalanan kami diberkati dan dirahmati oleh Mu. InsyaALLAH.... Kami ingin melihat sendiri keindahan alam yang tercipta oleh Mu yang terbentang indah. 



Thursday, June 16, 2011

KL Gangster

Hi guys! How was your day? I hope it was ok....

So, malam tadi aku hang out and went for a movie with my dearest friends kat MidValley. Wahhhh.....dah lama tak jejak MidValley nih, sebab jalan sesak plus susahnyaaa nak cari parking kalo weekend. Alamatnyaaa kirim salam jela. Since, arini hari rabu ingatlah dapat tiket murah, tapi mahal jugak...but it's worth it sebab tengok KL Gangster. Aku dengar filem ni dah kutip RM6.2 juta dalam masa 4 hari!!! Perghhh....lagi kaya laaa Dato' Yusof Haslam. Tadi tayangan pukul 10 malam memang fullhouse! Sampai ke row paling deeeepaaaannnn orang sanggup tengok. Macam tu skali penangannye. Kuikuikui.....syabas2!~


Watak-watak dalam filem ni, bagi aku semua sangat bagus. Aaron sebagai Malik memang sesuai sebagai mafia @ gangster yang dah bertaubat...ala-ala innocent. Ady Putra sebagai Jai kena dengan wataknya sebagai gangster yang keras kepala. Zizan sebagai Fadil a.ka. Abang Long Dil....hahahaha memang sangat-sangat lawakkkk dan bagus sebagai penyeri filem ni. Agak terkejut bila dia mati ditikam! Terkejut jap aku dalam panggung tadi. Innalillah.... Syamsul Yusof sebagai Shark....hurm...bagi aku lak terlampau baku bahasa loghat cina yang cuba dibuat olehnya. Haishhh....kadang-kadang macam nak tumbuk je muka kasik lunyai. Lagaknya memang macam gangster yang baru nak masuk tapi dah poyoooo..sori ye peminat syamsul. Not a big fan. Ajib lak, haishh...tak sangka lak tubuh kurus kering dah leh fight-fight dengan Jai. Not bad jugak lakonan dia. King lak mati macam tu je kena bunuh dengan Shark. Haiii...kata taiko besar kat KL, mane kuncu-kunci yang ada pagi tuntut bela. 





Overall, jalan cerita filem ni memang straight-forward. Takde masuk belukar mana-mana. Actions all the way...memang best! So, aku rekomen sape-sape yang belum lagi tengok. Pegi la tengok di panggung yang berhampiran umah masing-masing. Beli tiket online better ye. Kekekekek... Just my 1 cent opinion. 

All pictures are courtesy from Pak Cik Google. 

p/s : I wonder whether Malaysia got this kind of mafia @ gangsters or not. Hurm....

Till then...gudnite!!!


Monday, June 13, 2011

Today is the BIG day!

Selamat Pagi!!! Bangun-bangun.....solat subuh semua!

Today is the BIG day....tau tak kenapa? Arini ialah hari exam aku yang aku sangat-sangat nantikan setelah 2 minggu bercuti. Haish...taktau laaa kenapa musim exam kali nie amatla malas untuk belajar. Why do i have to take this paper??? Arghhh.....2 minggu yang diberikan untuk belajar hanyalah dibazirkan dengan mengadap laptop sambil melayan facebook (xde modal pun sbnrnya), forum (gian nie duk mengadap website nih), blog (rajin sangat duk blogwalking, bookwalking xnk lak, ceit!), layan drama series. 


Banyak betol benda-benda yang aku kena hafal, alahai....dah laa aku nie jenis yang amat susah nak mengingat kalo bab-bab pelajaran nih! Kalo benda lain, kuat pulak ingatannya yakni 10 tahun lepas pun. (motif yakni?) Korang tau tak apa benda itu Kohlberg Teory, Turnbull Report, Tucker 5 Questions Model? Haishhh...banyak seyyy nak hafal-hafal nih. Menyesal aku tak study betul-betul. Dah takde gunanya, memang kalo fail kena salahkan diri sendiri je. Sape suruh malas???


  

Anyway, wish me luck even though I know that I will "pass" this paper with flying colors not with flying kicks from my parents. 

Thursday, June 9, 2011

Bday Bash with Traveller's Theme

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom aku ceritakan perihal mengenai birthday party yang dianjurkan oleh one of my close friend, Kak Fiza. Majlis yang dianjurkan adalah bertemakan Travellers! Menarik kan? Rasanya tak ramai yang terfikir untuk membuat majlis hari jadi bertemakan sebegini. Majlis ini telah diadakan di CyberView Lodge Resort & Spa, CyberJaya

Majlis ini telah diadakan pada waktu petang hingga ke lewat petang. Kami semua dikehendaki untuk memakai pakaian yang bertemakan travel. Camne tue? Pakai short pants & t-shirt pun dh ok what? Hihihi.....kalo cuaca kat Malaysia ni sejuk boleh la pakai trench coat, ni panas kalo pakai jugak orang yang pandang cakap gila. Hahaha. Suasana dan pemandangan di sekitar resort ni amatlah menarik dan best kalo nak berehat dihujung minggu. But, make sure poket tebal ye. Aku ada tanya pakcik google tentang rate untuk semalam di sini, yaaa ampunn....boleh seminggu makan. Huhuh...maybe bila dah kaya boleh laa merasa nanti. InsyaALLAH. 

Dekorasi untuk birthday party ni sangat-sangat menarik. Banyak hiasan yang disusun-atur semuanya mengenai travelling. Memang menaikkan semangat untuk travel lagi! Hoyehh....Jom layan.. Oh ya, setiap jemputan yang datang dikehendaki membawa boarding pass mereka sendiri tau. Sangat-sangat cool!


Hadiah untuk para pemenang

for Little Traveller


my dream to be there one day
Germany anyone?
Boarding Pass! Need to bring it


Makanan yang dihidangkan amatla enak sekali. Especially, spageti cabonara. It was the best! Nama pun tempat mahal kalo tak sedap tak tau laaa... Selain itu terdapat juga side dishes yang lain. Ada piza, crab cake dan lain-lain. Selain itu, diadakan juga game yang menguji tahap geografi kita. Hahahah...teka lokasi sesebuah negara! Korang tau tak mana letaknya Negara Iceland??? Hahaha...


Time tengah bersuka-ria, datanglah seorang jemputan yang betol-betol mengikut tema travellers ni. Dia pakai sut pilot! Semangat giler! Syabas untuk brader itu. Bergaya seyy...tapi pakai crocs? Hihihi. 

Terdapat juga papan tanda yang menunjukkan tempat-tempat yang best untuk dilawati bila ada rezeki lebih. 


Acara kemuncak pada hari itu tentula acara memotong kek! Weehuuu....dah lama tak makan kek. Red velvet yang dihidangkan. Sangat-sangat sedap. Ada jugak cupcakes untuk si kecil yang tersayang. Si besar pun nak jugakkk!!! Hahaha...yummy!


Setiap jemputan yang hadir diberikan "bag-tag". Betul ke ayat aku nie? Ala....kad ni digunakan untuk gantung kat luggage kita supaya dapat kenal beg masing-masing. Nice one! Overall, it was really fun coz this party only involved closedt friends and family. Thanks kak fiza Happy "n" th bday! May God always bless you!


Best tak tengok? Ada siapa-siapa teringin nak buat camni jgk? Hihihi....aku pun berangan nak buat camni jgk, tapi taktau bila laaa....hihihi

Till then!