Tuesday, June 28, 2011

Esok Harinya Selepas 10 bulan Menanti!






Assalamualaikum dan salam sejahtera! 

Di saat ini, apa yang aku rasakan adalah perasaan teruja tetapi sedikit kerisauan di hati. Yelakan, after Jetstar umumkan flights telah disambung semula sejak semalam aku dan rakan-rakan menyambut dengan perasaan syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana telah memakbulkan doa-doa kami dan pembaca blog aku dan kawan-kawan forummers. Terima kasih aku ucapkan kerana berkat dan sokongan anda semua amatlah aku hargai.

Pada hari sebelum kami mendapat tahu flights Jetstar telah disambung semula, kami telah berjumpa untuk diskus mengenai plan kami ini jikalau benar-benar membatalkan flights kami. Amatlah sedih jika ianya benar-benar terjadi. Kami berjumpa dengan Kak Alyn, salah seorang kawan aku yang aku kenali melalui email. Beliau dan husband kami temui di kedai mamak...sambil bercerita pengalaman serta berkongsi tips-tips yang berguna untuk kami gunakan ketika di sana kelak. 

Sambil mendengar dengan khusyuk cerita Kak Alyn, masih ada terasa perasaan sedih dan takut jika benar-benar flights kami dibatalkan. Aku dapat melihat setiap riak wajah kawan-kawan yang mengikut trip ini begitu teruja mendengar pengalaman Kak Alyn. Kesian yang amat menerjah benak hatiku...sayu je tengok riak wajah mereka. Aku pun turut sama sedih kot kalo betul-betul cancel. Huhuhu....

Disamping itu, Kak Alyn juga memberikan kami simkad talian di sana untuk digunakan serta brochures yang beliau bawa pulang khas untuk kami. Thanks a lot Kak Alyn! Kemudian, kami terus ke destinasi yang seterusnya iaitu Tesco Ampang untuk membeli sedikit bekalan untuk di bawa kesana kelak...yela, walaupun kami masih belum mendapat sinar samada kami akan berangakat atau tidak kesana nanti. Tapi persediaan mestilah di lakukan walaupun dalam keadaan sedih. Sob...sob...sob. Nak tengok apa yang kami beli? Jangan lupa list down semua makanan yang dibeli, supaya jika diperiksa oleh Imigresen senang nak rujuk. Make sure no dairy products! nanti sia-sia je kene buang dalam tong sampah...takde kompromi ye.

Banyak ke???
Bila hari ahad datang menjelma, kami mendapat update dari Jetstar bahawasanya, flights are back on schedule! Ya ALLAH....Kau telah makbulkan doa kami...Syukur Alhamdulillah yang teramat. Happy sangat-sangat kerna ada sinar yang mengatakan kami akan terbang ke New Zealand! Tapi taknak terlalu excited, just calm down...orang cakap jangan terlalu teruja atau seronok, nanti padah menanti. Bagi aku, bila mendapat tahu berita baik itu, memulakan langkah-langkah ataupun persediaan terakhir untuk ke sana....PLANNING!



Itulah hasilnya selepas 10 bulan membuat kajian mengenai perjalanan kami....gigihkan aku? Hahahah.... Malam sebelum berangkat, mula start untuk packing pakaian dan lain-lain. Untuk packing baju yang tebal-tebal since season yang aku pegi ni ialah winter, winter clothes mestila tebal kn, so, aku beli vacuum bag berharga RM28 kat Time Travellers....besar jugak sizenye. Jom tengok hasilnya...



Currency pun sudah ditukar di Monet Changer yang terpilih sahaja...ada yang mahal, ada yang murah. Jom lihat corak-corak yang ada. 




Itu sahajalah catatan aku untuk malam ni, InsyaALLAH aku akan ceritakan pengalaman aku disana nanti jika ada kelapangan...Mudah-mudahan journey kali ini membawa keberkatan dan diminta segalanya dipermudahkan oleh-Nya... insyaALLAH....

Selamat malam! See ya!

7 comments:

  1. bila ko berangkat? harini ke? aku doakan semuanya smooth..insya allah.

    masa hadap kastam tu buat biasa je..dorg ok, frenly ppl. anyway sbnrnya aku dah taip pjg berjela tadi tapi hilang pule so aku dah lupa aku taip apa tadi. i got info from a fren in queenstown, kat sana skifield pun belum bukak lagi sbb snow tak cukup tebal utk org main ski. it's "the warmest winter" they ever recorded in history. weird though? tula skrg ni dunia dah akhir zaman, masa last year awal pulak skifield bukak, as early as june dah turun snow, but this year seems like everything delays.

    pastu series of earthquake tu since raya last year smpai la nak raya tahun ni pun masih aktif..weird rite? tulah..dunia akhir zaman. aku pun tak tau camne nasib aku time nak pegi nanti. kalau jadi benda camni mmg kena pasrah jela. but lets keep our finger cross...insya allah..ko byk2 doa moga Allah permudahkan semua urusan.

    enjoy nz and have fun!

    ReplyDelete
  2. bestnyerrrrrrrrrrrr! tak sabar nak menyusul sept ni! :D

    ReplyDelete
  3. @Fatt,

    jap lagi nk gerak pi klia dh. thanks a lot for your support. tula dunia akhir zaman kene expect what not to be expected. aku dan kwn2 still cuak ni if anything happen kat sana. just berdoa hope evrything will go smoothly. hrp2 by the time kitaorg smpai, ada laa snow...hahaha


    @biqque,

    pasni giliran u guys lak!

    ReplyDelete
  4. have fun, enjoy! Bring back LOTS of beautiful photos :D

    ReplyDelete
  5. Selamat travelling.. Harapnya semua ok saja di sana. Amin... Jangan lupa balik malaysia sudah la.. hehehe

    ReplyDelete
  6. bdk2 jelez nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! btw have fun there, jgn lupe post gmbar2 lawa ye,,nnti aku ikot jejak ko pulakkk :)

    ReplyDelete
  7. travel molek2 okay, btw wa pon travelholic..dah follow n ltak dlm bloglist...:)

    ReplyDelete