Thursday, October 31, 2013

Sunday, October 27, 2013

Victoria 2013 : #12 - MacKenzie Falls | Halls Gap

G'day Mate!

Jom sambung lagi!

Aku nak abeskan cepat-cepat kisah travel ke Victoria ni sebelom masuk bulan  November. Kalo boleh la... lagipun aku dah semakin busy dengan keje-keje hakiki kat ofis mahupun kat client. Takut takde masa nak tengok blog... pfft! Padahal tiap-tiap hari duk tenung. 

Orait! Dari The Balconies, kitaorang mula drive menuju ke destinasi terakhir untuk hari ni iaitu MacKenzie Falls. Nak tengok air terjun katanya, plus kat sana skaligus nak makan lunch. Perut dah lama duk mengamuk lapar. Cari parking dulu, kat atas ni pun agak ramai orang duk jejalan. Ada tour group, ada family, ada yang macam kitaorang ni. 

Nasib baik time sampai tu, ada 1 meja yang kosong. Boleh la lunch kat situ. Makan lauk simple je. Tapi cute~ Ahaks!



Friday, October 25, 2013

Victoria 2013 : #11 - Boroka & Reed Lookouts | The Balconies

G'day Mate!

Bersambung lagi perjalanan menuju ke Halls Gap. Alhamdulillah selamat tiba di Halls Gap lebih kurang jam 11.30 pagi waktu tempatan. Kat Malaysia, lebih kurang jam 9.30 pagi. Tengah sibuk duk breakfast kat cubicle sambil makan biskut cap ping pong cicah milo panas. Dapp errr! 



Thursday, October 24, 2013

Victoria 2013 : #10 - The Journey to Halls Gap

G'day Mate!

Hari ke-6 aku di Victoria, Australia. Pagi ni agak sejuk tapi ada nampak petanda yang cuaca akan cerah yang amat arini sebabnya semalamnya hujan agak lebat! InsyaALLAH. 

Penginapan kat Port Campbell Motor Inn ni not bad. Nanti aku ceritakan dalam entry yang lain sebab terlupa nak pilih gambar. 

Website: http://www.portcampbellmotel.com.au/ 

Hari ni jugak aku akan berpisah bersama bibik jemputan dari Malaya dan Irdina sebab dorang akan terus pulang ke Melbourne City. Dorang punya trip lebih pendek dan agak santai berbanding aku dan kengkawan yang lain. Lagipun dorang dah request nak shopping sakan katanya kat DFO-DFO yang ada kat Melbourne tu. Nak perabih pitih katanya. Fine by me. 

Aku dan yang lain-lain? Meneruskan perjalanan ke bahagian lain pulak. Another reason kenapa aku datang balik ke Melbourne tahun ni sebab aku rasa ada tempat lain yang wajib terjah kat sekitar Victoria ni. Tak hanya terhad kat Phillip Island mahupun Great Ocean Road plus aku tak puas selagi tak dapat langit biru kat mana-mana spot yang dalam entry sebelumnya! 

Jadiknya... aku dah plan nak terjah ke area Halls Hap ataupun dikenali The Grampians National Park. Ianya terletak kira-kira 224km (3 jam) perjalanan dari Port Campbell ni. Sebabnya terpengaruh duk baca blog Hafizah Hassan ni. 


Wednesday, October 23, 2013

7 tips to keep your tummy safe while traveling in South-East Asia

Hello guys!

[This is a guest post from Laura Kain] - http://itchyfoottravel-malaysia.com/ 


What are travelers chasing while wandering through South-East Asia ?

Incredible landscapes of course - thrilling city centers, wild jungles, paradise beaches, stunning architecture.

We come to discover new cultures as well.

But one of our main goals, and nobody will deny that, is  FOOD!

But even if it is incredibly tempting to go through all this new, exotic, tasty and cheap food, we soon end up regreting it. Stomach ache takes over and the greatest journey can turn into the road to hell.

It is actually quite easy to avoid these kind of issues as soon as you keep these 7 tips in mind while traveling in South-East Asia - easy to follow, and yet essential to fully enjoy your journey. 

Here are a few tips to avoid these situations:


Tuesday, October 22, 2013

Victoria 2013 : #9 - 12 Apostles | Loch Ard Gorge | London Arch

G'day Mate!

Dari Apollo Bay.... kitaorang bergerak menuju ke ultimate destinastion untuk GOR ni. Kalo datang GOR wajib akan sampai ke 3 tempat kat atas ni yakni 12 Apostles, Loch Ard Gorge dan jugak London Arch/Bridge. 

Dari Apollo Bay menuju ke Port Campbell National Park di mana terletaknya 3 tempat tersebut memakan masa jarak perjalanan kira-kira 96km ataupun dalam 1.5 jam drive. Kita akan bertemu dengan pit stop yang pertama iaitu The 12 Apostles.

Bibik aku kata... alah... datang tengok batu je pun! Pfffttt! Hahahah Sabor jela. 

cuaca cantikkkk!  

Monday, October 21, 2013

Victoria 2013 : #8 - The Split Point Lighthouse | Halal Foods in Apollo Bay

G'day Mate!

Entry hari ni adalah berkaitan sepanjang perjalanan di Great Ocean Road yakni hari ke-5.

Entry tahun lepas di Great Ocean Road ---> SINI 

Iklan sekejap: Bagi semua pemenang kontes aritu, ada sesiapa yang dah dapat ke? If yes, appreciate if you guys could update me via email or drop a comment okay? Thanks! 

Orait!

Hari ni begitu indah di sekitar Queenscliff sebelom aku bertolak menuju ke Great Ocean Road. Bagi aku, kalo sape-sape yang datang ke Melbourne, memang taksah kalo tak terjah sekali ke Great Ocean Road (GOR). Memang tak lengkaplah trip seseorang tu kalo tak datang sini. Ngerti? And again... semua ni bergantung kepada minat seseorang. 

Ni merupakan kali kedua aku nak terjah ke GOR ni. Kalo dulu aku hanya duk kat bahagian penumpang je. Tapi kali ni aku lak yang jadik driver. Boleh la rasa experience macam mana keadaan jalan ataupun suasana kat GOR tuh. Muntah hijau ke tidak? Ahaks!




Sunday, October 20, 2013

Review : Carisbrook Cottage, Queenscliff

G'day Mate!

Hari ni aku nak cerita pasal accommodation aku yang aku rasa agak istimewa berbanding accommodation yang lain sepanjang aku berada di Victoria untuk trip kali ni. 

Jika kita travel dalam 1 kumpulan let's say more than 5 pax, dalam planning mestilah kalo boleh nak duk sama-sama. Takmau berpisah katanya. Lagi best kalo ada dapur skali. Nak jugak main masak-masakkan? ;p 

Jadiknya... since kami dah sampai dari Sorrento ke Queenscliff dah malam. Nak tak nak kene la jugak overnite kat Queenscliff sebelum memulakan perjalanan di Great Ocean Road (GOR) pada keesokkan paginya. Dah memang tugas aku untuk carik accommodation yang boleh memuatkan kami semua. 

Untuk menginap di hostel adalah agak kurang convenient sebab kitaorang ada 1 baby bersama. Ibarat travel with a big family together with one bibik. Hahah ;p So, aku pilih style macam homestay. 

Antara website yang boleh terjah adalah ---> http://www.stayz.com.au 

Tapi kebanyakkannya takleh nak penuhi kriteria yang aku pilih dan jugak ada minimum stay pulak tuh. Aku nak hanya overnite untuk 1 malam saje. Tapi rezeki aku jugak ada terbaca yang ada sorang forumer ni menginap di Carisbrook Cottage. Aku pun, apa lagi... terusla google berkaitan tempat ni. 

Thursday, October 17, 2013

Victoria 2013 : #7 - Dari Sorrento ke Queenscliff (Searoad Ferries)

G'day Mate!

Kepada semua pemenang 1st GiveAway Contest aritu. Mintak maaf banyak-banyak sebabnya aku baru je poskan semua hadiah-hadiah tu semalam. Harap-harap korang nanti update aku ye kalo dah dapat. Takot ada yang tak sampai ke tangan nanti. 

Orait! Kali ni bersambung dari Phillip Island menuju ke Sorrento. Kalo tahun lepas, memang niat asal aku kalo dari Great Ocean Road takmau terus balik ke Melbourne sebabnya next day nak terus ke Phillip Island. Kiranya dari Queenscliff naik feri terus ke Sorrento. Jimat masa kat situ. 

Boleh refer peta kat bawah kalo nak lebih pemahaman...


Tuesday, October 15, 2013

Victoria 2013 : #6 - Makanan Halal di Phillip Island | The Nobbies Centre

G'day Mate!

Rasanya belom lagi terlambat untuk aku mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Adha" kepada seluruh umat Islam bagi tahun ini. Semoga ibadah korban kita diterima oleh Yang Maha Esa. InsyaALLAH. 

Orait! 

Cakap banyak pun tak guna. Hari ini adalah hari baru yang ke-4 aku di bumi Victoria. Kira hari-4 ni lah bermulanya roadtrip yang sebenarnya. Kira arini betol-betol akan berjalan jauh meninggalkan Melbourne City buat sementara waktu. 

Hari ni nak ke mana destinasinya? Tak lain dan tak bukan nak pegi terjah Phillip Island yang terletak di bahagian Tenggara Victoria ataupun kira-kira 142km (Perjalanan sebenar dalam lebih kurang 3 jam jugaklah). 

Untuk entry tahun lepas berkaitan Phillip Island ---> SINI 


Sunday, October 13, 2013

Victoria 2013 : #5 - Puffing Billy | Brighton Beach

G'day Mate!

Dah puas melayan keindahan bunga tulips dalam entry yang lepas? 

Apa kata kali ni kita pegi naik steam train pulak? Untuk mengimbau kenangan macam mana naik steam train. Dalam kunjungan aku tahun lepas, aku tak naik train ni. Jadik, trip kali ni by hook or by crook memang aku mesti naik jugak! If not, mogok? Hahaha

Entry tahun lepas berkenaan Puffing Billy ---> HERE 

Dari Tesselaar Tulip Festival menuju ke Puffing Billy,  Belgrave Station tak jauh mana pun kira-kira 12km saje. Just nice kan? Still lalu jalan ikut GPS lalu ikut celah-celah taman negara. Time ni lebih kurang jam 12 tengah hari.. ada la hujan renyai-renyai menambahkan lagi rasa dingin arini. Dah masuk lunch hour, why not kita picnic tengah hutan ni? So, aku stopkan kereta kat satu hentian rehat ataupun macam lebih kurang kawasan perkelahan keluarga. Agak menarik plus ada kerusi meja semua. Paip air pun ada untuk basuh tangan! Hujan pun dah berhenti...

Let's!


kawasan piknik yang indah permai tapi sejukkkkk! 

Friday, October 11, 2013

Victoria 2013 : #4 - Tesselaar Tulips Festival

G'day Mate! 

Hari ke-3 di bumi permai Melbourne, Australia. 

Harap readers semua boleh layan gambar yang agak banyak aku rasa untuk entry kali ni. Kalo nak skip pun takpe, tapi rugilakan.. penat-penat aku snap untuk tatapan kalian semua, takmau tengok pulakkan. Takpe. Aku redho. 

Target hari ni? Nak pegi tengok bunga tulips! Korang ingat kat Keukonhof, Amsterdam je ade tulips? Kat Victoria pun ada okayyy! Kebetulan time ni adalah musim bunga kat belah hemisfera selatan. 

Kat mana nak tengok tulips ni? Tentulah kat Tesselaar Tulips Festival yang terletak di Silvan. Tak jauh dari Belgrave station tempat nak naik steam train nanti. Festival ni berlangsung dari 12 September - 9 October 2013. Apa lagi memang aku tak lepaskan peluanglah nak datang sini. Tak penah hayat dapat tengok tulips... nak sampai Amsterdam taktau tahun hijrah yang keberapa. Sampai yang ada kat Victoria pun jadiklah. 

Nak sampai ke festival ni, kene la drive bawak kete untuk lebih convenient. Kira-kira 55km (1 jam) dari Melbourne City. Tapi harini nampaknya cuaca hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan. Nak taknak... aku pasrah lagi sekali. Dah sampaikan... 

Even time dah sampai pun still hujan lagi. Terpaksa kuarkan payung lipat yang aku bawak sendiri plus arini memang extra sejuk skit. Terpaksa pakai muffler dan snowcap bagai. Kononnya...~ 

Entrance fee: AUD20/pax

ticket counter - kosong!

Wednesday, October 9, 2013

Victoria 2013 : #3 - Steavenson Falls | Lake Mountain

G'day Mate!

Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang untuk 1st GiveAway Contest tu. InsyaALLAH kalo ada rezeki lebih aku buat lagi. Hadiah-hadiah tu semua aku belom sempat nak poskan lagi sebab keje kat ofis tu dah menimbun dah. Maybe Isnin depan baru aku start poskan semua. Harap bersabar... dah siap bungkus dah. Tarak tipu punya. 

Orait!

Taknak buang masa, aku nak sambung hari-2 trip aku kat Melbourne, Australia. Melbourne ni adalah ibu negeri, manakala Victoria adalah negeri. Since kali ni, aku banyak cover dalam negeri Victoria, adalah lebih afdhol kalo aku buat title "Victoria" kan?

Untuk trip kali ni, memang aku target kalo boleh nak merasa main ski. Yela, alang-alang baru je masuk musim bunga/spring, tak salah kalo pegi jalan jauh skit untuk ke gunung yang ada salji. 

Dalam bandar Melbourne sendiri memang takde salji turun. So, untuk main salji atau nak berski bagai, ada beberapa buah gunung di sekitar Victoria yang boleh terjah. 

Antara ski resort yang ada --> Aussie Snow

  • Mount Buller 
  • Mount Baw Baw
  • Mount Buffalo 
  • Falls Creek
  • Mount Hotham
  • Lake Mountain

Monday, October 7, 2013

Jawapan & Pemenang - 1st GiveAway Contest!

G'day Mate!

Nampaknya 1st GiveAway Contest telah pun berakhir pada tengah malam 5 Oktober 2013. Jadiknya, aku dah berhempas-pulas duk check jawapan yang dihantar oleh mereka yang menyertai contest yang tak seberapa nih. Terima kasih daun keladi atas respons dan kritikan yang membina yang telah diberikan kepada aku. Orang kata, buang yang keruh dan amek yang jernih. Yang elok kita terima, yang tak elok kita perbaiki. InsyaALLAH.. 

Orait, buang masa pun tak guna nak menceceh kat entry nih. Aku nak reveal jawapan untuk kesemua gambar yang aku kemukakan. Aku percaya takdela susah mana pun. Tempat yang ramai orang dah jejakkan kaki. Cuba nak carik jawapan berdasarkan hints tu maybe agak renyah. Nasiblah... buat research untuk travel pun malaskan. ;p

Halong Bay, Vietnam

Saturday, October 5, 2013

1st GiveAway Contest!

G'day Mate!!!

Sori terpaksa tarik balik entry yang sebelum ni sebab ada beberapa kesilapan ayat dan maksud. 

Sempena meraikan another milestone untuk blog Kaki Berangan ni, aku nak mengajak readers yang rajin nak mencuba nasib untuk meneka kesemua lokasi gambar dibawah ini untuk memenangi hadiah istimewa daripada aku sendiri. 

10 pemenang menanti hadiah istimewa! 

Cara-cara menyertai:
  • Meneka lokasi gambar dibawah mengikut susunan yang betol dengan jawapan yang betol sekurang-kurangnya 6 jawapan tepat dengan berpandukan hints yang diberikan. Format jawapan mesti diberikan adalah seperti berikut ---> (Nama tempat, Negara)
  • E-melkan jawapan anda kepada kakiberangan@gmail.com dengan subjek emel adalah "1st GiveAway Contest"
  • Sertakan nama penuh, nombor telefon dan alamat rumah untuk proses pengeposkan jika anda berjaya
  • EXTRA: ni adalah bagi mereka yang rajin nak buat keje lebih je. Di sini aku nak memohon sebarang kritikan/kutukan/penambahbaikan/kekurangan/nasihat/respon yang membina/tak membina untuk blog KakiBerangan ni tak kira dari aspek gaya bahasa, layout, info dan etc. Segala pujian kata-kata manis adalah tidak diterima sama sekali. Hanya satu (1) sahaja mereka yang berjaya memberikan respon yang bernas berserta jawapan yang betol untuk meneka akan menerima hadiah extra dari aku sendiri. 
  • Tak susahkan? Penyertaan ini dibuka sehingga 5 October 2013 (Sabtu). Dan pemenang akan diumumkan pada 7 October 2013. InsyaALLAH. 


GOODLUCKKK  & ALL THE BEST!

Friday, October 4, 2013

Victoria 2013 : #2 - St. Kilda Beach House | University of Melbourne

G'day Mate! 

Jom aku sambung bahagian ke-2 trip ke Melbourne Victoria aku nih. Kang lama-lama lupa lak nanti. 

Hari pertama pun aku tak abes cerita lagikan. Lepas amek kereta dari Apex Car Rental tu, terusla set GPS menuju ke St. Kilda sebabnya kat situlah terletaknya penginapan aku untuk 3 malam sebelum bermulanya roadtrip secara jemaah. Nasib baik ada co-pilot yang mahir dalam selok belok GPS ni. Senang zap zap zappp terus dia setkan. Bukan 1 GPS yang guna okay.. ada siap back-up lagi guna smartphone. Just in case, our main GPS gone crazy. Hahah GPS yang aku sewa tu siap dah setting untuk jalan untuk elak tol. Jadik takdelah masalahnya nak bayar tol dikemudian harinya. 

Lebih kurang pukul 10.30 pagi camtu mula bergerak menuju ke St. Kilda. Alhamdulillah, cuaca agak baik takde tanda-tanda nak hujan. Langit biru je ada la beberapa ketul awan duk golek-golek kat atas sana. Semoga macam ni la tiap-tiap hari hendaknya. Amin... dari airport ke Melbourne CBD amek masa kira-kira 30 - 40 minit bergantung kepada trafik. Kira agak jauhla jugak yela dengan speedlimit nak kene jaga lagi.  Kalo tak, kene saman. Tak kuasa aku nak bayar saman yang mahal tuh. Bukannya kaya nak membayarnya kalo kene saman. 

Okeh... cut the story short. Ada sedikit sesat nak carik St. Kilda Beach House ni. 

St. Kilda Beach House
109, Barkly Street
3182 Melbourne, Australia

Website: Homepage

Thursday, October 3, 2013

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013

G'day Mate!

Semalam 2 October 2013, merupakan hari terakhir bagi Pertandingan Bunga Api Antarabangsa yang berlangsung di Putrajaya bagi tahun 2013. Untuk show finale adalah dari negara UAE  ataupun Emiriah Arab Bersatu. 

Kali ni aku datang bawak tripod lepas tengok hasilnya dari blog Abbaz . Jeles nak mampos tengok hasilnya! Gigil-gigil mintak ilmu katanya. Terus diberinya crash course. Thanks bro! 

Papepun... nak bagitau pemenangnya untuk tahun ni adalah Malaysia! Rasanya show Malaysia time hari merdeka tu. 

Cakap banyak pun tak guna, ayuh layan hasil didikan Abbaz nih. Hahaha ;p

Aku puasss!!! Inzal gituh! ^____^ walaupun masih banyak yang kene belajar nih! 


Wednesday, October 2, 2013

Victoria 2013 : #1 - The Arrival | Apex Car Rental

G'day Mate! 


Kalo datang Australia, tu antara greetings yang kita akan dapat. Dengan slang pekatnya, nak tiru lidah dah terlalu melayu abes. Hahah. 

Melbourne....? Kenapa pegi Melbourne lagi? 

Tu antara pertanyaan yang aku dapat lepas aku beli tiket, semasa dan balik dari sana tempoh hari. Honestly, maybe sebab aku tak dapat captured the best moment while in Melbourne last year, yela dulu pegi time winter! Sejuk nak mampos okay time tuh! Nak berak pun takut sebab toilet bowl dia takde heater! So, this time around pegi time spring. The best time to visit Melbourne. Katanya kalo ikut website yang aku baca kat internet. Suhu tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Plus, chances nak ada langit biru adalah tinggi. 

Selain tu, sebab kenapa pegi Melbourne lagi adalah kerana aku rasa tahun ni banyak travel ke negara mata-mata sepet. Sesekali nak jugak nak tengok orang putih. Nak pegi europe, blom ada rezeki lagi. So, pilih jela asia pasifik. Nak dijadikan cerita, tengah lunch kat area ofis, tengah duk makan-makan ni ada ofismate kata nak pegi Melbourne, kiranya nak ajak aku skali sebagai masterplanner. 

Tuesday, October 1, 2013

Tips | Suggested itinerary for Melbourne, Australia for 10D9N

Assalamualaikum!!!

Dalam entry yang aku rasa agak berguna untuk mereka yang nak buat trip ke Melbourne, Australia pada masa hadapan. Ni adalah suggested itinerary yang aku buat untuk mereka yang teringin nak buat roadtrip kat Melbourne. Aku buat untuk 10 days 9 nights. Aku tau itinerary ni agak ambitious skit sebabnya kebanyakkan daripada kita akan spend about 5 - 6 days kat Melbourne sahaja or maybe lesser than that kalo korang combine together with other cities such as Sydney or Gold Coast. So, ni hanyalah cadangan semata-mata. Feel free to make it suitable with your time. By the way... ni itinerary yang bagi aku sesuai untuk orang bujang. Mereka yang sudah mempunyai anak maybe agak ambitious sebab memerlukan persediaan yang cukup rapi. 

Permulaan ni adalah kalo flight AirAsia X adalah pada waktu malam, dan tiba di Melbourne pada waktu pagi. Untuk tulisan yang berwarna BIRU, korang boleh klik kat situ sebab aku dah hyperlinked. 

Day 1
  • Touch down Melbourne
  • Check-in at hostel/hotel/apartment etc (check-in at 2 pm, maybe just put your luggage there)
  • Sight-seeing around the city such as Melbourne University, Melbourne Cricket Ground, Melbourne Prison, Crown Entertainment Complex, Eureka Skydeck Tower, Hosier Lande (Graffiti Lane) and maybe Royal Botanic Gardens Melbourne.