Monday, December 23, 2013

Kansai, Japan 2013 : #7 - Nijo Castle | Shinkyogoku Shopping Arcade, Kyoto

Ohayōgozaimasu!!! 

Okeh bersambung dari check-out dari Capsule Hotel ---> SINI 

Hari-3 dan kitaorang akan menuju ke Kyoto dan bermalam di sana selama 3 malam. InsyaALLAH. Nape 3 malam, sebab orang kata kene spend lama kat Kyoto baru puas hati sebab banyak benda boleh terjah kat Kyoto ni. Old Japan City. Kat sinilah tempatnya. 

Memang aim aku dan travelmates sume paling nantikan untuk berada di Kyoto. Berbunga hati masing-masing bila dah tiba masanya akan terjah Kyoto pulak! Hiks. 

Selama 3 malam di Kyoto, kami akan menginap di Bakpak Kyoto Hostel.  

Untuk review yang aku buat boleh la rujuk di ---> SINI 

Dari Shinsaibashi Station untuk ke Kyoto tak susah mana. Hanya perlu transfer 1 line je kat Yodoyabashi Station. Then, terus ke Kyoto. 

Secara ringkasnya, macam ni lah...

Shinsaibashi Station (M19) ---Midosuji Line---> Yodoyabashi Station (M17)

...Jalan kaki skit menuju ke Keihan Line Train...

Yodoyabashi Station ---Keihan Line---> Gion Shijo

Total tambang keseluruhan adalah 200yen + 400yen = 600yen untuk menuju ke Kyoto. 

By the way, sistem tambang kat Osaka/Kyoto ni macam pakai ikut kawasan. 

Let's say, dari station A hingga station E tambang yang dikenakan adalah 200yen/trip.

Kalo dari station E hingga station K, tambangnya pulak adalah 260yen/trip.


Haaa... macam tu la secara ringkasnya. Harap fahamlah. Tak sampai lagi tak perlu faham macam nak amek exam. Kat sana lagi senang faham. Okeh? 

Bila dah sampai Gion Shijo station tu, teruslah carik Exit 1 sebab hostel kitaorang tu berada kat exit 1 tu. Tapi masyaALLAH nak berjalan menuju ke tangga exit 1 tu aku rasa ada dalam 400 meter gak! Hahahah jalan lurus je... takde belok-belok pun. Bila keluar tu, terus belok kiri. 

Tadaaa! Nampak terus signboard Bakpak Kyoto Hostel. 

Walaupun sedia maklum memang waktu check-in adalah pukul 2 petang, tapi kami masuk jugaklah just in case memang bilik kosong ke ape. Boleh la terus letak beg yang maha berat nih! Nak jalan in peace gitu. 

Tetapi... receptionist pun tarakkkk! How? Masuk jela labu... letak beg kat koridor tu. Masuk kat bilik common room. Takde orang pulak time tu. 

Hurm..  takpelah kita lunch yang mana ada sambil tu terus siap-siap menunaikan yang wajib sebelum keluar jejalan nih. Takleh nak buang masa yang tak brape nak ada nih. Trip bukan style orang kayakan... mana boleh lenggang kangkung hirup kopi sambil baca buku kat coffee shop. Ahaks! 

Dari hostel, kitaorang menuju ke hentian bas yang terdekat. Blur lagi nak pegi mana dulu. Yang paling senang, terus terjah ke convenient store kat depan Gion Shijo Station tu. Tanya nak pegi sesuatu tempat. Petang ni, kitaorang akan terjah Nijo Castle dulu. Tak jauh dari tempat kitaorang ni, tapi still kene naik bas untuk sampai sana. 

Duk haittt haittt dengan orang kedai tu, dia suggest better amek Kyoto City Bus 1 Day Pass yang berharga 500yen/pax. Boleh turun naik bas suka hati sampailah bas tu tamat perkhidmatan untuk hari tu. Amat berbaloi untuk beli city pass ni sebab kalo sekali naik tanpa pass dah kene bayar 220yen/pax. 

Jadiknya kawan-kawan pembaca yang amattt budiman dan mulia (ayat bodek pembaca ;p), amatlah berbaloi untuk beli 1 day pass ni dengan harga 500yen. Kalo naik 2-3 kali bas, dah dapat cover harga yang dibayar. Betol tak? Tapi make sure jangan hilangkan tiket, kalo tidak kenelaaaaa beli yang baru. Takke rugi tu? Rasain! 

Lepas beli pass tu, kitaorang diberikan peta perjalanan dan jugak route buses yang lalu di sekitar Kyoto ni beserta tourist attractions. So, memang amat senanglah perjalanan kitaorang kat Kyoto ni. Semuanya disusun dengan begitu teratur sekali. Senang untuk tourist macam kami (tak kata backpacker tau~) ni nak berjalan melihat apa yang best. 

More info about Kyoto City Pass, please refer ---> HERE and HERE 

Jadik dah setel bab pengangkutan di Kyoto. Tak perlu risau akak-akak sekalian, insyaALLAH kalian akan seronok di Kyoto kelak! 

Ayuhhhhh! Nakk pegi terjah istana lama nih~

Dari Gion Shijo menuju ke Nijo Castle, kitaorang amek bas yang bernombor 12. Nombor bas adalah bergantung kepada dari tempat anda naik bas. Kalo duk tempat lain, lainla basnya yang kene naik. Sila rujuk map yang diberikan nanti time beli Kyoto City Pass tu ye. Amat berguna! 

Nijo Castle - kalo ikut sejarah, merupakan tempat kediaman pertama Shogun pada era Edo Period (1603-1867) dan telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. kat Jepun ni memang bersepah sungguh tapak warisan UNESCO. Petik je... merata ada. Memang dijaga dengan begitu rapi bagi tatapan generasi masa depan. 

More info ---> Wikipedia 

Entrance fee: 600yen/pax

Kat entrance ni, boleh pilih samada nak beli tiket thru kaunter mahupun machine. Senangkan? Ada bahasa inggeris sume tak perlu risau. 

Jom masukkkk istana! 

klasik Jepun masih lagi dikekalkan...

konichiwa makciks! ada party tupperware ke tu~

view pintu utama dari belah dalam

salah satu sudut kawasan yang cantik bagi mata aku

Kawasan kompleks Nijo Castle ni memang luas. Aku nasihatkan spend about 3 jam untuk abes jalan-jalan dalam kawasan ni. Makin lama korang duk tilik sesuatu tempat mahupun admiring the archicture, maka makin lama laaa korang nak keluar. Plus, kene menapak kat sini. Kawasan memang besar dan luas. 

Kawasan kompleks Nijo Castle ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu the Ninomaru, the Honmaru dan jugak beberapa buah taman yang mengelilingi kawasan Ninomaru dan Honmaru. 

So, bila jejalan macam biasa tempat pertama yang akan kita ketemu ialah seperti gambar kat bawah:

the Karamon Main Gate yang menuju ke Ninomaru Palace kat belakang tu

pelajar sekolah bergambar depan Ninomaru Palace

kecantikan senibina bumbung Ninomaru Palace nih

bumbung lagi.... 

Hari ni memang ramai oranggg! Aku tak tau nak kata macam mana tapi memang ramaiiii sungguh ummah pelancong yang datang. Boleh katakan 80% adalah japanese sendiri. Adoyaiii dengan budak-budak sekolah lagi. Yela, autumn season is one of the best season untuk jejalan. Takleh nak buat ape la kan... redho dan pasrah jela. 

Jom masuk ke dalam Ninomaru Palace!

Yang utama, kene bukak kasut ye dan letak di rak yang telah disediakan. Kalo bawak payung pun boleh letak kat tempat parking payung. Siap boleh berkunci lagi! 

Inside the palace is strictly prohibited any photography. T_____T terpaksa la kamera duduk diam-diam. Pegawai yang bertugas memang ramai duk berjaga dan mengawal kawasan dalam tu. Kat dalam istana tu memang cantikk sungguh dihiasi dengan lukisan yang memang takleh kene cahaya matahari secara direct. If not, rosaklah lukisan tu! Jadik, pencahayaan telah ditapis dengan dinding kertas. 

Istana ni pun besar dan dilapik dengan tatami. Sedap je bila pijak. Ada banyak bilik yang mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza seperti bilik raja, balai mengadap, bilik menteri, bilik tetamu dan lain-lain. Kesemua bilik-bilik ni dihiasi dengan lukisan yang mempunyai motif yang berbeza. Khazanah yang tak ternilai nih! 

Yang paling penting, istana ni telah direka mempunyai "nightingale floors". Yang mana untuk memelihara atau menjaga kawasan istana dari penceroboh mahupun pembunuh. Lantai ni dibina untuk berbunyi seperti burung "krekkkk kreookkkk kreekkk kreoookk" ataupun "squeak like birds" bila seseorang tu berjalan atas lantai. Haaaaaaa.... macam tu lah! Memang disengajakan untuk berbunyi okeh. 

Untuk melihat keindahan interior dalam Ninomaru Palace ni boleh refer kat blog Rara ---> HERE 

jalan keluar dari Ninomaru Palace

budak-budak berpakaian tradisi

side view of Ninomaru Palace

sebahagian daripada taman

kak coco posing sakan~

view dari sudut lain pulak

early autumn T___T
Nexttttt! 

Kita akan masuk ke kawasan Honmaru Palace pulak. Nak pegi ke sini kene lalu jambatan dan jugak pintu gerbang lain pulak yang dihadangi dengan tembok batu yang besar! 

Tapi nasib kurang bernasib baik, Honmaru Palace takleh masuk sebab ada kerja-kerja pembaikan kalo tak silap aku. Takpelah takde rezeki. 

Jadik layan gambar dari sekitar luaran jela ek~



aku menantimu~

Honmaru Palace

view daripada atas

dedaunan yang mulai bertukar warna

jom bergerak pulang

Pejam celikkk rupanya dah lebih 3 jam kitaorang kat dalam ni. Dah la hari makin petang. Patutnya nak pegi lagi satu tempat yakni Kyoto Imperial Palace sebab dah tak jauh. Tapi bila kitaorang sampai, dalam pukul 4 petang camtu. Takleh masuk dah sebab dah tutup. Alangkah sedihnya sebab tak sempat, dah la dari hentian bas nak sampai ke pintu masuk actually agak jauh kene menapak. Sadis okeh! 

jambatan untuk masuk ke kawasan Honmaru Palace

gambar dari luar kawasan Nijo Castle




Tapi takde rezeki nak buat camne. Terusla kitaorang ke Shinkyogoku Shopping Arcade. Kalo nak beli souvenirs nak bawak balik, kat sinilah yang menawarkan harga paling murahhhh tak nak arwah lagi. Tapi paling murah berbanding tempat-tempat lain. Percayalah cakap aku nih. Percaya tau! 

Tak susah mana pun nak sampai sini sebab dekat je dengan hostel kitaorang je terletak di Karawamachi Street. Kalo nak senang, naik je bas tu sebab guna city pass kan. Gunakan semaksima mungkin. Harus diingatkan Shinkyogoku ni agak besar kawasan dia. Memang penat menapak je nanti. 

Yang penting kat sini ada certain kawasan disediakan free wifi!!! Hahaha. seronok sakanla berinternet. Tak pikir orang lain dah. Yang penting update! 






Kat sini macam jenis souvenirs yang boleh beli. Tapi ada tricks dia. Bagi yang nak carik fridge magnets kene pandai tengok kedai. Kalo boleh atau kalo rajin boleh la survey dulu kedai mana yang jual murah. Sebab ada certain kedai jual harga 350yen/keping. Tapi ada kedai jual 400yen/keping. Dan pulak ada kedai jual hanya 300yen/keping! Banyak tu beza untuk jenis magnet yang sama corak okayyy! Dan kitaorang pun dah terkena jugaklah. Nak buat macam mana dah takde rezeki nak survey-survey bagai sebab kaki pun dah penat seharian berjalan. 

Lama gak la kitaorang spend kat satu-satu kedai. Yela pegi berlima. So, masing-masing ada agenda untuk beli souvenirs yang kaum kerabat the kardashians di kampung halaman tuh. Yela, bukannya boleh sampai sini banyak kalikan. Beli sampai muflis! Hahahah tapi jaga-jaga ye... baru hari ke-3 nih tau. 

Dek kerana penat sangat kaki ni, maka terhasilah gambar kat bawah ni. Time ni dah tak kisah dah janji dapat duduk! 


kalo nak carik souvenirs kat Shinkyogoku, make sure carik kedai ni tau. Sori takde alamat aku just snap gambar depan kedai je. Kedai ni menjual pelbagai souvenirs yang paling murahhhh yang penah aku tengok selepas aku keluar masuk kira-kira 5-6 kedai yang lain. Terbukti kedai ni jual paling murahhh! Maka, carilah sendiri ye~ 

Since dah penat, teruslah balik ke hostel dengan naik bas. Walhal kalo jalan kaki actually dalam 1km je. Eh, jauhhh jugak tu kan? ;p

keadaan malam yang happening di kawasan Karawamachi Street nih

Ok dah panjang dah ni... nanti sambung. 

Untuk membaca dan melihat gambar lain yang lagi details boleh la rujuk ---> Janggeltrekker 

Bye!

12 comments:

  1. First..???? hahahaa... laju benor mengupdate lepas pekene tom yam hahaha.. :D

    Semalam baru tengok nona farah fauzana pergi Kyoto ni.. hari ni baca lagi pasal Kyoto.. adakah ini satu petanda bagi ku untuk ke sana hahaha :D

    ReplyDelete
  2. Cantik giler kawasan UNESCO kat situ tu...

    Makcik2 tu nak pergi meeting tupperware la tu. hahaa.

    eh gamba kak coco ngn uncle tu, mcm cover album weyh. haha

    ReplyDelete
  3. Cantiknya view....

    Akak dulu pun pakai Kyoto 1 Day Pass tuuu...memang untung !!

    ReplyDelete
  4. Haruslah ke Nijo Castle time Eutumn kan..baru cantik dengan daun yg colouful tu..ada tak pokok sakura kat sini..

    Cuaca cantik...gambar2 semua cantik termasuk model2 yg cantik2..

    ReplyDelete
  5. dah kenapa pi tepek gambo akak sensorang tuh..malu la weh!!(dalam ati berbunga2..kiki )

    ku menantimu?-tajuk album akak dengan apek jepun tersebut ..

    bersihnya jalan raya tu,kan??

    ReplyDelete
  6. @Time Traveler,
    amboihhhh diaa tetap firsttt! hahah tahniah drpd aku ye. harusss tu petanda kecik utk ke japan nih!. mohon beli tix ye.. ~ ;)



    @Nurzakiah Hanum,
    alhamdulillah... ade rezeki skit. ;)



    @Khai,
    mmg cantekk bro! ^_^ hahaha kak coco tgh amek feel tu.



    @Rozita,
    kannnn mmg berbaloiii pakai 1 day pass tuh.



    @Jari Manis,
    betolll pilih timing peak autumn. barulahhhh puas hati insyaALLAH...



    @Kak Anash,
    hahahah alaaaa akak skali skala k. iya akak? iyaaaa~ hiks.

    ReplyDelete
  7. kat japan nie ramai gak warga tempatan yang pakai baju tradisi diorang...comel sangat tengok sambil jalan terkedek kedek tuh

    ReplyDelete
  8. @Mrs. Smile,
    ramai akak, tp kdg2 ikut occasion gak. tp kalo nampak dorang pakai mcm ni, rasa nak bergambar lak. mmg tak semua org pakai mcm ni hari2kan. ;) comelll!

    ReplyDelete
  9. Thanks for the picture kedai tu.saye capture untuk rujukan bile nak shoppinh ke Kyoto nanti.
    Tapi tu le,cari Shinkyogoku arcade dekat google map,tak jumpe.yang ade cuma nishikikoji dori.ataupun tempat shopping ni memang sederet dengan kawaramachi street.
    Senang tak nak cari tempat ni? Ataupun dalam map yg kite dapat mase beli Kyoto city bus tu ade highlight tak pasal shinkyogoku ni?

    ReplyDelete
  10. @Feeza Fauzi,
    insyaALLAH akan jumpa sbb kedai ni dah dekat dgn Kawaramachi Street. actually, mmg pintu masuk Shinkyogoku ni memang terletak di jalan Kawaramachi. So, perhatikan je elok2. InsyaALLAH nampak. dalam map tak silap takde tulis, ti kitaorang tanya org tempatan ckp nk pegi ke shinkyogoku. nnt dorang akan tunjukkan arah,

    ReplyDelete
  11. shikyogoku arcade tutup pukul berapa?

    ReplyDelete