Friday, May 2, 2014

[Part3] Mürren | A mountain village

Good morning!

Ada yang masih cuti bersambung dek kerana semalam cuti Hari Pekerja? Esok Hari Wesak pulakkan. Kot-kot ada yang pegi travel secara kecil atau sederhana. Hiks. Kalo tahun lepas, public holiday yang jenis bersambung camni amat aku tunggu sebab dah boleh plan nak ke mana bla bla bla. This year? Hampir terlupa ya'll! Hahahah tanam anggur katanya. 

Well.. i wish you Selamat Hari Pekerja! Jangan malas, nanti takleh travel~ ^__^

*******************************************

Jom aku sambung bahagian ke-3 trip aku kat Swiss. Aku janji entry ni tak panjang sebab cuaca pun tak brape nak elok hari tu. Kiranya hari ke-2 aku kat Swiss. Mana yang terlepas, boleh rujuk entry sebelum ni okeh? Takde skip-skip punyalah. 


view dari Gimmelwald Cable Car station


Kawasan persekitaran Gimmelwald tu memang sunyi. Agak-agak manalah penduduk asal kampung ni. Nak nampak pelancong lain pun payah. Adalah dalam 3-4 orang yang baru sampai dengan aku naik cable car sama-sama. Tapi dorang duk hotel/hostel lain. 

Aku? Terus masuk dalam Mountain Hostel Gimmelwald tu. Sunyi sepiii katakau. 

Aku jerit secara halus "helloo!~ hellloo~ helllo~" bunyi gema katanya. Kata atas gunungkan. Efek lebih. Ada orang menyambut. Tapi bukan owner dia. Tapi Kent (nama tetamu tersebut) blur gak, tapi dia suruh baca ade notes yang ditinggalkan owner. 



Note lagi satu ada nama aku dan jugak nombor katil aku. Sempat bertanya kat Kent, ada ramai ke kat sini. Katanya takde pun hanya dia dan 2-3 orang lagi yang ntah ke mana aritu. 

Nak tengok dorm lelaki camne?




Macam ni haaa... asrama sangat. Bilik dorm perempuan pun lebih kurang camni. Tido rapat-rapat tapi ada penghadang so, ok skit. Katil aku, betul-betul sebelah tingkap. Cuba bayangkan bangun pagi terus tengok gunung berselaputi salji. Tak ke nikmat? 

Bilik perempuan, bilik couple dan jugak bilik family ada kat tingkat atas. Memang rasa homey giler tempat ni. Tak lupa, ada free wifi disediakan. Walaupun atas gunung, we are still connected. Hahahah takdelah terpencil sangat pun kan. Nama host dia adalah sepasang suami isteri iaitu Walter & Petra Brunner. Tapi aku sempat jumpa Petra je untuk setelkan payment. Such a nice lady. 

Aku terlupa nak amek gambar belah dalam hostel ni. Tapi overall, boleh refer kat website dorang. Aku booked thru Booking.com dengan harga CHF33/pax untuk 1 malam. Tiada deposit yang dikenakan kecuali kene letak nombor credit card. Kalo yang takde, boleh letak debit card. 

Mountain Hostel Gimmelwald ---> Website 



Dah setel dapat katil masing-masing, terusla refreshkan diri. Shalat semua dah sedia maklum benda wajibkan. Dah setel semua, nak pegi mana? 

Ayuh ke stesen kereta kabel tu. Tanya kat pegawai dorang, kalo nak naik ni terus ke Schiltorn boleh tak? Katanya perkhidmatan dah tutup untuk hari ni sebab cuaca agak buruk kat atas sana. Kalo nak naik ke Murren je boleh takde masalah. 

So, dari duk melangut tak tentu pasal, baiklah kitaorang jejalan kat atas sana sambil nak carik beras nak makan malam ni. Takkan nak ratah serunding dan sambal ikan bilis je ye dak? Tapi takut gak kot-kot kedai runcit dah tutup sebab tadi kat Lauterbrunnen pun tutup dek kerana hari tu adalah Easter Friday. Semua kedai tutup pintu. 



Tunggu kereta kabel sampai. Kereta kabel ni akan sampai serentak dari Murren dan jugak Stechelberg. Sebab nanti penumpang yang nak terus turun ke bawah boleh naik cable car yang lagi satu tanpa perlu menunggu. 

Tapi sebelum aku share gambar lain, ayuh aku ceritakan sedikit pasal perkampungan Murren ni. Tak besar mana pun, kecik ja.. 

  • sebuah perkampungan di kawasan pergunungan pada ketinggian 1,650 meter dari paras laut
  • tidak ada access jalan raya dan hanya boleh sampai dengan kereta kabel
  • dari kampung ni boleh nampak top 3 mountain di Swiss iaitu Jungfrau,, Monch dan jugak Eiger
  • penduduk di sini hanyalah seramai 450+ orang tetapi bilangan katil hotel ada lebih daripada 2,000.  Kira femeslah dikalangan tourist untuk datang especially pada musim panas dan sejuk
  • Nak baca lebih? ---> Wikipedia 

Memang takde arah tujuan time ni kecuali kalo terjumpa kedai nak carik beras. Lagipun, hujan dah mula turun renyai-renyai. Sejukkk pulak tu. Nama pun atas gunungkan. 



view dari atas kereta kabel memandang ke bawah, kampung ape agaknya ye... 

ni lah Murren Village, esok viewnya akan berubah

tempat letak peralatan ski

ayuh jejalan...
tetingkap

haaaaa dah jumpa pun beras! terlebih awal kat kedai biasa, rupanya ada pasaraya Coop yang jual lagi murah. melayang CHF5.90/kg

dekorasi menyambut Easter

di kawasan pekan Murren, ada banyak hotel kat sini, tapi restoran tak nampak sangat pun

antara hotel dan guesthouses yang ada untuk menginap, harganya mestilah sedikit mahal berbanding yang kat bawah

masuk kedai jual peralatan ski and etc. berkenan betol dengan beg Deuter yang kaler hijau ni, sebab kaler dia rare okehhhh! tapi harga? pengsan!!

verandah, nampak tak titisan hujan tengah turun tu? huk huk

aku just jalan kaki untuk turun semula ke hostel, boleh la tengok kawasan kampung plus jalan tepi tebing gunung, amek masa kira-kira 30-40 minit gaklah.

easter bunny!

potongan kayu api

jalan dalam hujan

adakah ini salji? 

penahan runtuhan salji yang lebat untuk mengurangkan efek avalanche 

sebuah pondok

dah nak sampai hostel dah

Dah selamat sampai balik ke hostel, ape lagi masak nasik ler pakai microwave. Heaven rasanya sebab takde orang duk kacau. Sempat berborak dengan Kent gak, katanya student pertukaran dari Michigan, USA datang belajar di German. 

Malam tu tido agak awal, maybe penat kot? Hiks. 

Malam tu, memang snow turun lebattttttttt tanpa henti. Ape agaknya view esok?

Till then.

Bye!


P/S: Mulai hari ni, aku akan disable ruangan komen sebab aku ni ada satu penyakit suka peram komen dan kemungkinan takkan balas langsung. Bukan kerana aku tak hargai komen-komen anda semua cuma ni la orang kata penyakit malas dan suka bertangguh. Harap anda semua komen dalam hati je nanti. 

Lepas aku rasa rajin, aku akan bukak balik ruangan komen. Terima kasih semua! 

0 left their thoughts: