Tuesday, December 18, 2012

Jogjakarta : Never Ending Asia - Candi Borobudur

Assalamualaikum!!!

Bila kita bercakap pasal nak pegi bercuti ke Jogjakarta. Tempat yang paling femes yang wajib dilawati sudah semestinya Candi Borobudur. Memang plan asal aku dan Janggel nak pegi terjah Candi Borobudur time sunrise. Katanya paling cantik time tu ler. Malam sebelumnya, kami dah bagitau Pak Supir kami yang kami nak pegi tengok candi tu time sunrise. So, dia akan pick-up kami seawal jam 5 pagi. Tempat penginapan kami untuk malam sebelum tu ialah Rumah Boedi. Aku akan cerita dalam entry seterusnya. 

Gigih okeh malam tu tido awal sebab takut terbabas, tapi dah bagitau siap-siap receptionist supaya buat morning call seawal jam 4 pagi. Handphone si Janggel ni masih waktu Malaysia kalo tak silap aku. Pukul 2.30 pagi dah berbunyi suruh bangun. Ape kes awal giler nak bangun? Qiamullai? Hurm.. mimpi jela. Hahaha. Nasib baik aku tengok jam aku, aku cakap kat dia awal lagi dowh nak bangun. Terus sambung tido! Hahaha. Orang receptionist tu pun kejutkan kami dengan ketuk pintu. Bangun cuci muka, gosok gigi. Tak mandi pun later-later la kot. Mesti berpeluh punya nanti nak mendaki. 

Untuk melawat Candi Borobudur, mengikut kata Pak Supir kami, hanya boleh masuk melalui entrance dari Hotel Mahonara sahaja. Sebabnya hotel ni berada dalam kawasan Candi Borobudur ni. Kira lokasi hotel ni agak exclusive la kot. Kat receptionist counter Hotel Manohara tu, kene amek pakej Sunrise yang berharga 380,000 rupiah. Haaaa amek kau! Mahal nak mampos okeh! Kalo yang bukan sunrise yakni selepas jam 7 pagi tak silap aku, boleh masuk ikut entrance lagi satu. Aku lupa dah tapi entrance fee hanya 180,000 rupiah sahaja. Dek kerana nak jugak merasa sunrise view, maka pejam mata sajalah labu. Bila dah bayar tu, kita semua akan diberikan sehelai kain batik, lampu suluh dan tiket masuk. 



Actually, time kami sampai ni dah lebih kurang 5.45 pagi. Orang pun agak ramai duk daftar untuk sunrise package ni. So, amek masa gakla sebab kene isi borang bagai. 

Peringatan: Kalo korang dah nampak langit hari atau malam sebelum tu ibarat mendung dan awan tebal. Toksahlah berangan nak amek pakej sunrise ni. Sebabnya kebarangkalian nak tengok view yang awesome sangatlah tipis. Better amek pakej biasa je yakni bukan sunrise. Lagi murah dan tak bazir duit. 

Time ni aku tengok matahari dah nak terbit, tapi terlindung dek awan tebal. Aiseh man... camne ni? Lepas dah setel sume pendaftaran tu, terus bergegas jalan laju-laju ibarat nak masuk pertandingan sambil tertonggek bontot sebab nak kejar best moment. Katanyala... Jauh gak menapak dari Hotel Manohara ke pintu masuk Candi Borobudur tu. Adalah dalam 700 meter kene jalan kaki. Pelancong dari Jepun ramai yang kelihatan. 

Time ni lebih kurang jam 6 pagi. Dah cerah kan...

Bila dah sampai pintu masuk tu, ape lagi kan kene check dulu tiket masuk. Bila dah masuk tu, kene mendaki pulak hai... agak curam dan tinggi anak tangga tu. Bertabah jela. Peluh dingin membasahi dahiku yang licin. Jangan lupa kene pakai kain batik tu kat pinggang. Maybe sebagai simbol nak menghormati kuil penganut agama lain. Sama jugak untuk masjid, orang bukan muslim kene pakai menutup aurat. Aku bantai je pakai seluar pendek. Panas weh! Sebagai yang banyak dosa, memang selalu rasa panas ni. Takleh berpeluh skit. Hahaha. 

Sedikit info Candi Borobudur ni aku copy paste dari Janggel. Terima kasih... 

NOTA: Candi Borobudur diwartakan sebagai salah sebuah tapak tinggalan sejarah oleh UNESCO dan merupakan Candi Buddha yang terbesar di dunia. Ia mula dibina sekitar tahun 750 hingga 850 oleh pemerintah jawa ketika itu. Nama Bororbudur diambil sempena nama salah sebuah kampung berhampiran iaitu kampung Bore manakala Budur adalah Candi jadi ia membawa maksud Candi Bore. Borobudur berbentuk gunung 6 segi bujur dan mempunyai 3 tingkat. Pada puncak Borobudur ada stupa induk berbentuk loceng berlubang-lubang. Bahagian paling utama terletak di bahagian puncak yang dikelilingi oleh 72 patung Buddha. Setiap patung Buddha terletak dalam stupa loceng yang berlubang-lubang. Borobudur ini dihiasai dengan 2672 arca dan 504 patung Buddha. Monumen ini menjadi tempat utama Lord Buddha dan tempat perjalanan pemujaan terpenting penganut Buddha di Indonesia dan dunia. Semasa mendaki, mengelilingi Borobudur menuju Buddha, terdapat 1460 keping arca pada dinding dan hiasan balustrades 


Candi Borobudur ni memang salah satu impian aku nak jejak kaki. Alhamdulillah, dah sampai dah aku. Yahooo!!! Tapi mengah jugaklah sebab kene panjat tangga tinggi tu. Bila dah sampai puncak tu memang aku rasa dalam 70% adalah pelancong dari Jepun. Masing-masing penuh sabar menanti matahari terbit dari Timur. Tapi sayangnya matahari macam malu-malu kucing nak menonjolkan diri di sebalik awan tebal tu. Nampak muka-muka kecewa mereka termasuk aku sekali. Haii... dahla bayar mahal-mahal kan. Redho jela.. 






Bila dah sampai atas tu, mula la duk amek gambar. Klik-klik duk bunyi kamera tanpa henti. Ade certain view cantik gaklah. Tapi ultimate dream nak tengok sunrise tu tidak tercapai. Amek jela gambar. Posing sana, posing sini, camwhore, letak atas tripod dan segala-segalanya lah! Tapi ade tu macam dah kehabisan idea nak amek gambar dari angle mana dah. Yela, Candi Borobudur ni kan berbentuk simetri. Pegi utara, selatan, timur atau barat sama je bentuk dan binaannya. Aku pasrah maybe bukan rezeki kami. Kene buat trip repeat ke??? *pengsan*

Jomlah layan gambar...







Ade certain area di dalam kawasan candi ade beberapa info mengenai Candi Borobudur ni. Candi ni mengalami beberapa kali pengstrukturan semula dek kerana gempa bumi dan jugak letusan gunung berapi yang telah merosakkan binaan candi ni. Mengambil masa yang agak lama untuk pulih kepada sedia kala. Time aku datang ni, ada beberapa area yang masih lagi ditutup untuk kerja-kerja pemulihan. 








Lama gak kami duk berlegar atas tu, orang ramai mula masuk ke kawasan candi. Maybe it's time to get going... Aku pun dah melekit dah badan ni, rasa macam nak mandi je. Mula bergerak meninggalkan kawasan kompleks Candi Borobudur... 




Rupa candi Borobudur ketika pertama kali dijumpai yang tertimbus oleh lava atau debu gunung berapi


Kawasan Hotel Manohara


Ok dah tu je... nanti aku sambung pasal Rumah Boedi pulak ye. 

Till then..wasalam. 


18 comments:

  1. aduh..gambar-gambar mu membuat ku ingin terbang kesana sekarang juga..!marbeles....

    ReplyDelete
  2. nice pic.

    nak g jogja jugak, tapi x sempat nak jejak borobudur. huhu. xpe next trip g lagi.

    gua jomblang jom!!!

    ReplyDelete
  3. Uols,

    Manohara sangat. Teringat tak kesah Manok di kelate ittew? hahahaha. off topic plis.

    BTW kalau i dah gigil2 dah tu naik tangga banyak sgt. And macam nak pitam od coz! Over sgt kan.

    Ok lah itu jer.

    ReplyDelete
  4. Hi Henry,

    Demo raso berbaloi dok gi pagi2 buto utk sunrise visit tu? Kawe raso mace mukin berbaloi gak pasa dok rama oghe sangak kot kalu banding denge lepah pukul 7 pagi dok? So lagi, dok panah sangak la kot? Kalu dok, confirm peluh keluar mace air huje je kot.

    Anyways, demo ghoyak demo banyok camwhoring tapi so gambo demo pun takdok nih guano cito? Dokke malu kot? :-)

    ReplyDelete
  5. OMG HENRY?????
    OMG OMG!

    Lawanya Candi Bororbudur ni kan.

    ReplyDelete
  6. Yeay! Akakpun dah pergi..Baru je minggu lepas. Tapi akak panjat siang hari (pagi). Tapi pemandangan di atas tu cantik, menghijau, nampak kabus dan Gunung Merapi yang masih aktif.

    Gambar-gambar yang Danny ambil di sini cantiklah.

    Nanti tunggulah entri akak pasal Jogja ya...kisah akak lain sikit....insyaAllah coming soon.

    ReplyDelete
  7. Beza benar reger untuk tengok sunrise compare dengan normal, tapi berbaloi kan...lupa tanya janggel, wajib ker pakai kain batik tu...anyway, gambar-gambar memang cantik sangat!

    ReplyDelete
  8. patung2 tu menakut kan..yg nganga mata terbelik..grrrrr.

    ReplyDelete
  9. @Penunggang Bulan Putih,
    unikla ID ko nih...dh beberapa kali aku perasan. mcm org bunian pun ade. hehehe ;p hahah sila beli tiket sekarang okeh! btw, ko pegi musim panas la weh baru cuaca cantik dan langit biru! cnfirm gmbr lagi awesome!. ;)



    @PM,
    terima kasih! ;) insyaALLAH ade rezeki sampai jua kamu di sana. gua tu mana pulak? hehehe ;p



    @Fida Jacob,
    hahahah yeee i pn teringat gak kisah manohara tu. hahaha. mmg agak tinggi. kalo u daki tangga tu confirm gigil2 bagai. nk kepit lagi kan. hahaha jgn marah ye~



    @Raw,
    hi Russel, hahaha

    kalu cuaco molek time tu meme berbaloi la kalo nok bangun pagi buto gitu. pahtu meme tok rama sangat ore time tu kironyo boleh amek angel2 best time takdok ore gitu. tapi kalo g buke sunrise tu meme panah ngetik la weyyy.

    mano bulih letok gambar gitu sini. ore lain nak tengok gambar tepak, buke gambar ambo duk posing. hahaha



    @Janggel,
    hahahah motif nak berOMG bagai?? magad sudeyyy~ hahaha. tiru abbaz smakl. mmg cantikkkkkkkk!

    ReplyDelete
  10. @Naramas Aman,
    tu la x sabar nak baca kisah akak pulak. mybe different view from me? ;)



    @Orga,
    mmg lain benor bro. okla not bad jugaklah actually sbb tak ramai org time tu. aah mmg wajib pakai sbb kuil kan.



    @Zila,
    agak menakutkan jugaklah. maybe xleh bawak baby kot. kang takut pape jadik.

    ReplyDelete
  11. Cantik.. Terus tak sabar nk g end of jan nanti..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. Kalau ke sini kena tenaga yang banyak sebab nak lihat semua sekeliling Candi ini,baru puas-hati.

    ReplyDelete
  14. John/ Henry? : Lebih tertarik pada nama hotel tu. Jumpa tak owner dia? hehehe..

    ReplyDelete
  15. lawa gambo2,

    aish, ni rasa tak sabo nak p ni..
    penerangan ko ni membuatkan aku nak tuka plan utk kesana sesudah subuh je..walaupun takde sunset, tapi suasana nampak damai di pagi hari

    ReplyDelete
  16. hoho..penunggang bulan putih = whitemoonriders.blogspot.com..haa meh la melawat,tapi banyak merapu jek...

    aku la yang komen tersesat cari kedai ikan bakar kat dongdaemun tu..huhu

    ReplyDelete
  17. Hi, I nak ke Jogja with family and inlaws seramai 7 orang this november. nak tau kat mana nak dapat pemandu pelancong or supir yg boleh bawak kami dgn keretanya. Thanks. Reply me: salizatula@yahoo.com

    ReplyDelete
  18. salam,

    boleh bagi contact supir tu x? thanks

    ReplyDelete